Dec 13, 2012

Dec 4, 2012

Telan



'Salsabila! Tunggu dulu!'

Dia tersenyum seperti selalu.

'Terlalu banyak yang mahu aku perkatakan. Perasaan tak terluahkan. Setelah DIA, hanya kau yang mengerti'

"Nah untuk kau! Walaupun tidak sesedap seperti Mesir punya, mahal 10x ganda daripada sana, ahh pedulikan. Semoga kau enjoy kawan!"

'Tapi, aku tak mahu ini. Aku....' belum sempat ayat dihabiskan,

"Telan!"

..dan Salsabila pun buru-buru berlarian meninggalkan dia keseorangan... 


Nov 28, 2012

Petang

Petang tadi alhamdulillah diberi kesempatan menziarahi keluarga Mami Timah, merangkap kakak angkat ayah di Bandar Perdana. Lama sungguh aku tidak ketemu mereka.. Waktu terakhir aku bertemu mereka sewaktu menziarahi mereka di Johor Bahru dahulu ketika usiaku baru 9 tahun dan baru sebesar tahi hidung cuma. Sejak mereka berpindah ke utara, hanya emak yang sudah beberapa kali bertemu mereka.

Mami Timah dan suaminya, Mamu Usop adalah orang yg bertanggungjawab menguruskan perkahwinan ayah dan emak suatu masa dahulu. Sementelah ayah sudah tidak punya sesiapa maka mereka menawarkan diri untuk membantu menguruskan pernikahan ayah. Mamu Usop itu merangkap rakan sekerja ayah. Senior. Mereka terlalu murah hati untuk membantu sesiapa sahaja. Junior-junior bujang seperti ayah, mereka anggap seperti adik sendiri. Itulah yang menyebabkan tautan ukhwah itu terlalu kuat hingga sekarang.

Saat kami bertentang mata, mereka kata wajah aku persis ayah! Saling tak tumpah dari hidung dan sebagainya. Makcik Siti pakcik Jabbar juga pernah berkata perkara yang sama ketika terserempak sewaktu majlis kenduri anak salah seorang sahabat ayah tempoh hari. Malah beliau sampai tidak sanggup menatap wajahku berlama-lama kerana teringatkan ayah. Ya, sesiapa yang pernah mengenali ayah pasti akan mengatakan perkara yang sama.

Lalu segala nostalgia 20 tahun lalu terhambur semula...Aku lebih banyak diam mendengar butir bicara emak dan mereka. Menjadi pendengar setia cerita suka duka suatu masa dahulu. Sekali-sekala aku menyampuk bila perlu. Tiba-tiba, Kak Ida, anak Mami Timah yang kedua pulang bersama suami dan ibu mertua. Lantas beliau pun menegur perkara yang sama, "Laaaa muka macam Uncle Mad!" dan dia pun terjebak dalam bual-bicara di meja itu. Bila tiba cerita tentang aku, mereka juga yang bersungguh-sungguh memberi nasihat itu dan ini hingga membuat aku terharu.

"Wahh bagus tu ambik nursing. Boleh buat banyak pahala"

'Ada rezeki pi la sambung oversea'

'Pi Saudi setahun dua ke jadilah. Takpun pi keja Singapore ke'

'Umur muda lagi, keja cari duit dulu nanti dok rumah goyang kaki'

'Nanti nak kawen, carilah orang yang begini, begini dan begini..'

Blablablabla...

Wah wah wah banyak sekali suara yang memberi komen serta cadangan itu dan ini! Terbakar segala semangat yang sedia ada. Aku suka!

Kami memang tiada pertalian darah namun itulah anugerah ukhwah yang Tuhan berikan. There are time when strangers are like family and family are like strangers.

Lalu setelah selesai bersolat maghrib di rumah mereka, melantak laksa semangkuk dua dan setelah puas menyambung cerita, kami mohon mengundur diri saat jam sudah menginjak pukul 9 malam.

Terima kasih Tuhan atas anugerah ukhwah ini. InsyaAllah akan aku jaga amanah ukhwah ini seterdaya yang mampu.

..dan aku pun pulang bersama suntikan semangat baru. Terasa agak puas menerima dos-dos terbaik daripada orang2 yg bersemangat. Terasa impian kembali dibajai dengan harapan ia akan subur kembali. InshaAllah biiznillah!

Tersenyum puas. Alhamdulillah.

Nov 25, 2012

Pagi

Antara perkongsian menarik ketika menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 sebentar tadi....;
(Terjebak amalan khurafat, Ust Syarhan Shafie)

1. Cara paling mudah utk pagar rumah: Ayat 4, surah Yassin

2. Elak anak-anak dari sebarang kecacatan : Ayat 78, surah An-Nahl (info: yg disebabkan oleh jin Ummul Sibian, suka ganggu anak2. RUhul AHmar pula suka attack orang tua. Paling baik amalkan semas
a sejak mengandung lagi)

3. Jika ada menyimpan sebarang azimat atau terjumpa azimat, cara membuangnya:
- masukkan dalam botol, tutup
- baca Bismillah
- surah Al-Fatihah
- Ayat Kursi
- Ayat 81-83 surah Yunus
- kemudian BUANG ke dalam air yg mengalir

4. Cara utk nyahkan/muntahkan saka dari dalam diri: Amalkan baca Doa Taubat Nabi Yunus


Semoga bermanfaat. Jom amalkan! InsyaAllah biiznillah. Selamat beramal~

Nov 21, 2012

Bicara seorang aku

Bila membaca blog orang, status-status orang di muka buku, pasti akan ada rasa yang membungkam di hati. Saya tidak pasti dari mana ia berakar umbi, yang pasti adakalanya saya seperti menangisi nasib diri. Tidak bersyukurkah saya dengan apa saya ada hingga ke saat ini? Wallahi saya terlalu bersyukur atas segalanya.. Cuma ada masa dan ketika, saya tetap tidak dapat lari daripada fitrah seorang manusia yang lemah, yang senantiasa berbolak-balik hatinya..Maafkan saya Ya Allah.

Jujurnya saya suka membaca tulisan junior/senior saya di blog mereka. Suka membaca pengalaman suka-duka kehidupan undergrad mereka di rantau orang khususnya. Dan saya selalu membayangkan, alangkah indahnya jika saya yang dapat menaip sebegitu di halaman blog saya. Alangkah indahnya jika saya yang punya lakaran kenangan sebegitu dalam kamus hidup saya. Alangkah indahnya itu dan ini. Ahh bayangan dan angan-angan, pasti sahaja ianya indah-indah belaka! 
Lalu saya tarik diri untuk kembali sedar ke alam realiti. Menelek nasib diri. Merenung jauh ke dalam diri sendiri. Lalu saya katakan pada diri, " Bersabarlah. Itu bahagian orang lain. Rezeki mereka. Setiap orang punya jalan cerita tersendiri bukan? Jikalau semuanya sama sahaja jalan ceritanya, tak syoklah. hmmm..

Dan mungkin juga disebabkan saya ini seorang yang punya impian setinggi awan dan bermacam-macam awan impian yang saya telah dan cuba saya pahatkan di papan impian. Lalu situasi itu sedikit-sebanyak membuahkan segala macam perasaan. Gembira bila sesuatu impian dimakbulkan Tuhan dan sedih bila sesuatu impian hanya tinggal sebagai harapan yang tak tertunaikan. Pada saya itu perkara normal pada seorang manusia biasa. Gembira dan sedih. Dua perasaan anugerah Tuhan. 

Namun, saya masih tidak merasa cukup sekadar itu. Untuk seorang saya yang seringkali tunggang-terbalik hatinya, saya perlu mencari titik kekuatan dan keinsafan yang sebenar. Itu yang saya fikirkan. Supaya saya dapat jadikan bekalan untuk tetap bertahan dalam melalui hari-hari esok yang belum pasti apa kesudahan. 

Kalaulah dari awal-awal lagi Tuhan sudah khabarkan hidupmu begini, begini, begini dan ini kesudahannya. Ohh senangnya hidup macam tu. Duduk goyang kaki pun tak apa. Biarkan masa berlalu begitu sahaja. Tapi alangkah tak best la pulak..Ibaratnya seperti dalam satu pertandingan lumba lari. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu kita akan menang atau kalah, nahh tak perlu bersusah-payah mengerah keringat sejak dari mula lagi kerana natijahnya sudah jelas sejak awal lagi. Sejak perlumbaan belum bermula lagi. Kamu tetap akan menang walaupun kamu yang paling terakhir membuka langkah, kamu tetap akan menang walaupun kamu tak pernah berlatih bersusah payah, kerana nanti sewaktu perlumbaan akan ada bantuan jutsu-jutsu rahsia daripada Sasuke dan kawan-kawan yang boleh menerbangkan kamu teruuus ke akhir garisan. Ataupun kamu tetap akan kalah sekalipun kamu telah berhempas-pulas berlatih saban waktu. Nahh jikalau semuanya sudah diketahui, maka tak perlu lagi segala usaha dan penat lelah itu. Persetankan segalanya! Just follow the flow. Kita sudah tahu kan kesudahan cerita..

Namun, setelah difikir-fikir, berbaloikah jika sekadar mengikut arus...?? Follow the flow? Tak rasa rugi ke jika di hujung waktu nanti bila kita baca semula catatan hidup kita, tak ada pun sangat corak dan warna..? Sekadar stereotype sahaja.. Itu je ke catatan istimewa tentang sejarah hidup kita yang nak kita persembahkan kepada generasi kita dan utamanya kepada Pencipta kita nanti...? Nak patah balik ke masa lampau dan edit apa yang patut adusss itu harapan yang sama sekali takkan jadi kenyataan. Hmm s
oalan-soalan seperti inilah yang senantiasa bermain dalam minda saya.. 

Setelah difikir-fikir lagi..realitinya, Allah itu suka memberi kejutan. Itu yang saya lupa... Allah tak bagi siap-siap manuskrip kehidupan sebab dia nak bagi kita kejutan. Ya, saya sudah mendapat jawapan. Life is full of surprise! Ya itu satu point. Namun, sejauh mana kita mampu nak memahamkan diri tentang realiti hidup yang penuh dengan kejutan dari Tuhan, itu yang menjadi persoalan. Tapi saya rasa, asalkan kita MAHU berfikir dan terus membuka mata hati meneliti setiap apa yang Tuhan kurniakan, inshaAllah kita mampu menempuh hari-hari mendatang.

Point yang kedua, Allah wants us to be creative! Although HE already has our manual book, still He wants us to make some effort to create something special for HIM..Ya Allah I just realize..

Ya utk itu kita perlu merancang. Dan sekarang, teruskan merangka plan kehidupan. Teruskan membina awan impian. Kerana saya fikir kita tidak akan dapat hidup tanpa mimpi dan harapan. Kerana dari harapan akan tumbuh impian. Biar sekecil apapun impian yang kita ada, biarkan ia terpahat kemas di dinding awan impian. Sekalipun kita tidak dapat menggapainya, setidak-tidaknya kita pernah bermimpi tentang hal demikian. Tak rugi apapun. Maka, teruskan perjalanan. Jalani hidup seperti biasa. 
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat, setiap kita punya naskah kehidupan yang istimewa dan ternyata berbeza daripada orang lain. Yes Hajar, please bear in mind! 

Yang lepas biarkan ia berlalu, cuma sekali-sekala tolehlah ke belakang memerhati apa yang tertinggal. Kerja kita sekarang adalah merancang hidup, menghargai dan memanfaatkan setiap ruang masa yang ada. Selebihnya serahkan kepada-Nya. Kerana DIA Pencipta, pasti DIA tahu segalanya =)

Ya Allah tetapkan hatiku dalam menelusuri ranjau kehidupan yang penuh berliku ini. Sabarkan aku dalam menanti setiap bahagian rezekiku yang tidak akan diambil orang.. dan aku TETAP ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur biarpun adakalanya nawaitu, tutur kataku, tindak-tandukku tidak selari dengan janjiku. Please guide me to the right path Ya Allah..  Ameen.

(Bicara seorang aku...)

Nov 20, 2012

Seorang dia..

Sedang makan nasi tadi, sambil tu dok bersembang dengan tok tentang seorang sahabat, yg currently sedang sambung belajar di UK, yg bakal mendirikan masjid Disember nanti. Lalu tok pun bertanya itu dan ini mengenai tempat belajar beliau,
"di mana dia belajaq?"
'UK. United Kingdom'
"Ooo yg England, London tu ka? Yang dekat atas yg pulau dua tu?" 'Alamak tak pasti la pulak, cuba check kt peta'.
Sekali tok masuk dalam dan keluar dengan sesuatu di tangan dan terus menghamparkannya di tengah laman. Tak sangka la pulak!! I'm sooo impressed with her action!!
K.E.G.I.G.I.H.A.N itu yg buat ak terharu.. Allah2. dan kami pun terus melalut membelek peta ke Terusan Suez, Palestin, Mekah, Australia dan seantero dunia =) Tok sy memang cemerlang bab ilmu alam alhamdulillah2. May Allah bless u my dear tok! Barakillah~


Nov 19, 2012

Harapan

"Harapan yang selalu disakiti, akhirnya akan hancur. Bila kerap kali dihancurkan, harapan itu akan mati...bila harapan telah mati, maka bekulah kehidupan ini". Oleh itu jgn bunuh harapan sesiapa pun disisi anda, kerana apabila kehidupannya beku, anda hanya bergaul dengan jasadnya sahaja, bukan jiwa dan hatinya..
(Ust Mokhtar)


Nov 14, 2012

Buku Baru

Salam Maal Hijrah! Happy new year =) 

Jom buka buku baru. Moga lembaran baru bakal melakarkan memori yg lebih bermakna untuk sejarah hidup kita yg seterusnya. JOm CARI at least SATU perkara utk kita HIJRAH. Tak kiralah sekecil-kecil apapun perkara itu, yg penting kita ada EFFORT utk berhijrah ke arah yg lebih baik! Biar tak panjang umur asalkan hidup berkualiti. Memaknakan hidup yg sementara. Moga hidup bermanfaat =)

Nov 6, 2012

Retak sejuta..


Teguran dari Allah...
just few hours ago sewaktu otw ke rumah Ust Mahizan..Allahu Allah. Ingatkan bom apa meletup rupanya bnda lain yg jadi..Astaghfirullah astaghfirullahal'azim. buat banyak dosa lagi nah Allah bayar cash je! 
Tetapi walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kasih sayang Allah tetap mendahului kemurkaanNya.. Sebab 1.sewaktu kejadian, saya tidak keseorangan seperti selalu sebaliknya bertemankan sepupu Norhidayah Ahmad, 2. lokasi kejadian di hadapan Petronas Bndar Mutiara bukannya di kawasan tepi hutan gelap gelita huhu...
Alhamdulillah Alhamdulillah. All praise be to Allah!
Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan....?
Things to ponder tonight~

P/S: Terima kasih buat skuad rescue rangers Md Juhari Ismail Abdul Razak dan bigboss Ust Mahizan. Tak dilupakan Pakteh saya. Allah yubarik fikum!

Oct 20, 2012

Doa

Semalam, sewaktu menunggu emak check-up di GH Penang, sy menyambung pembacaan karya Prof MKI, Bersyukur Saat Diuji. Tinggal sikit saja lagi tetapi gagal dihabiskan sejak hari tu lagi haduii..Menghampiri bab2 terakhir ini, semakin seronok pula isi-isinya..saya suka part Prof menyentuh tentang konsep berdoa. Sebab setelah direlatekan dgn diri sendiri, ianya benar2 membuka mata serta seluruh isi kepala otak saya.. 
Kita ni manusia, sebolehnya bila kita berdoa tu, kita nak Allah tunaikan doa kita seberapa segera yang boleh. Katakan malam ni berdoa, sebolehnya esok pagi celik mata kita nak doa itu dah dimakbulkan Allah. Takpun, saat ita berdoa tu, kita nak Allah makbulkan la-la tu la jugak! haduii.. Tapi itu semua tak mustahil sebab memang Allah berkuasa untuk tunaikan doa hambaNYa atau lakukan apa sahaja hanya dengan sekelip mata. Allah Maha Berkuasa. Kun Fayakun. 

Ataupun, ada kalanya kita merasa sudah terlalu puas berdoa sehingga sudah berputus asa serta tidak larat lagi untuk berdoa. Sudahnya kita gigih mencari dan meminta orang lain mendoakan kita dengan alasan kita sudah banyak kali berdoa.. Ohh alasan itu.. 

Realitinya, tiada jalan pintas. Tiada magik. Allah nak kita memahami konsep berdoa secara tulus kepadaNya. Berdoa berdoa berdoa. Bak kata Sunan, kekuatan doa itu sangatlah dahsyat!

Sedar ataupun tak, kadang-kadang kitalah yang menjadi penyebab doa kita tertunda. Kita yang menunda doa kita. Kita yang jadi penyebab doa kita terhijab. Doa-doa kita terhijab dengan dosa-dosa kita.. Allahu Allah.. Saya merujuk kpd diri sendiri.. 

Sedar ataupun tak, kadang2 setelah banyak kali berdoa tetapi Allah tak makbulkan juga, kita mula rasa bosan. Kawan-kawan, ada kalanya Tuhan tidak terus tunaikan permintaan hambaNya tetapi DIA beri pertolongan. DIA beri jalan!! Kita je yang tak perasan..Subhanallah! Cuba fikirkan.. Tufakkir tufakkir!! 

~Hanya yang mahu berfikir mampu menterjemahkan apa yang cuba Tuhan sampaikan..Allahu AKbar!

Oct 12, 2012

Waweee

Dunia kerjaya saya akhir-akhir ini benar2 menguji rasa..Allahuakbar..
Supaya tidak tenggelam terlalu lama, saya memaksa diri mencari sisi-sisi positif di mana sahaja ruang yg ada. Memikirkan esok perlu bekerja double syif lagi bermula jam 7pagi hingga 9malam, saya ambil keputusan utk merayau ke Sunway Carnival Mall selepas pulang dari kerja tadi. Selain untuk cuci mata, tujuan saya hanya dua, kedai kamera dan kedai buku. Walaupun dalam purse hanya ada seringgit dua, kesahh apa, dapat jamu mata sudah laa..hehe..Dan bohonglah utk seorang saya yang akan masuk ke kedai buku tanpa membeli apa2..adusss..sudahnya keluar semula mencari ATM dan rembat buku ini!! wohoo dalam ada hati ada taman haha~ ...way out to stress!


Oct 5, 2012

How about us?

Semalam ada saudara dkt rumah mnta tlg sy bawa mereka ke Penang (island part) utk menziarahi saudara mereka yg bakal menunaikan haji. Turut serta dalam kereta ialah anak mereka, YU, yg usianya sebaya dgn saya tetapi dia insan istimewa.. Ya dia memang istimewa. Anak Sindrom Down ini pandai bertutur walaupun ada sesetengah sebutannya agak pelat di telinga. Dia pandai menguruskan diri, memahami araha
n dan pendek kata dia memang macam org biasa. Alhamdulillah itu anugerah Tuhan untuk dia. Bezanya, cara dia berfikir belum cukup matang seperti usianya.

'Pandai Yu lipat telekung. Kemas' saya memuji.
" Yu memang selalu lipat baju di rumah. Ni balik satgi nak kena lipat banyaaak lagi baju. Semuaaa baju Yu lipat" seronok dia bercerita complete dgn gaya.
'Semua baju?? Wahhh rajinnya Yu!'
"haaa semua la. Em Yu tolong mak masak jugak. Potong-potong ja lah. Nanti be-saq baru boleh masak-masak blablablabla..."
Saya senyum dengar dia bercerita. Seronok. Terhibur.

Namun, ada satu perkara yg memang menjentik jiwa. Sebelum bertolak pulang, kami solat maghrib di rumah bapa saudara YU di Taman Pekaka. Kami solat bergilir-gilir. Ketika saya sedang melipat telekung di belakang Yu, dia sedang menadah tangan berdoa. Suaranya jelas di pendengaran saya. Sengaja saya lambat-lambatkan melipat telekung kerana mahu memasang telinga mendengar butir bicaranya yg memang menarik perhatian saya.

Gaya dia berdoa lagaknya seperti seorang budak tadika menuturkan doa sebelum makan, satu persatu patah kata. Tetapi penghayatannya.. mashaAllah! saya tak rasa kita yg punya akal sempurna mampu punya penghayatan sebegitu setiap waktu..

"Ya Allah..ampun-kan-lah do-sa-do-sa-ku. Do-sa ke-dua ibu bapa-ku..
"Ya Allah..be-ri-lah ke-ja-yaan kepada adikku. Bagilah dia berjaya Ya Allah..Bagilah dia berjaya..
"Ya Allah.. te-ri-ma kasih Ya Allah. Te-ri-ma ka-sih. A-ku ber-syukur Ya Allah.. A-ku ber-syukur..Ameeen"

Dia meraup wajah. Saya tarik tangannya untuk bersalam. Saya lihat mata dia berkaca! Ada juraian air mata membasahi pipi. Allah.. Allah.. Terlalu kudus dan ikhlas dari hati! Panjang dia berdoa tetapi hanya ini yg berjaya sy tangkap dengan jelas..

Walaupun Allah tidak memberi dia akal yg sempurna tetapi tanda ingatan dan terima kasihnya pada Allah begitu menebal dalam jiwa. Kita bagaimana...??

Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan..?

Selamat hari Jumaat!!

Sep 23, 2012

Soalan standard

Soalan standard di kala usia separuh abad.....
"Bila nak kawen??"
Haduiii...

Rasa malas nak jawab. Tetapi bila berjumpa, orang tetap terus bertanya. Kemudian bila kita beri jawapan setulus jiwa dan raga, seperti tak ada orang berkenan nak buat mcm mana, mereka tidak mahu percaya pula. Diperli-perli, diperlekehkan lagi jawapan kita tu ada laa haduiii.. bermasalah betul orang yg bertanya jenis bangsa lagu ni. Bertanya, tetapi setelah diberi jawapan tidak mahu terima pula. Ohoiiii baik tak payah tanya bai!

Lalu, pada suatu ketika sewaktu bersembang dgn seorang ex-schoolmate di fb, merangkap makhluk yg suka singgah melepak membuat kacau di kelas aku hampir setiap hari sebelum beliau pulang ke rumah, confirmlah beliau seorang lelaki, aku tanyakan soalan cepu cemas kepadanya

A: Aku garang ka masa sekolah dulu?
D: Hang memang la garang, hehe lagi mau tanya ka. Aku pun takut..hehe
A: Huahuahua padan muka aku sekarang takda orang nak haha..
D: Hehe takpa, jodoh mai punya. Saja mai lambat pasai nak dapat hat elok la tu! hehe..

Jawapan beliau ringkas dan jelas. I like! Maka nikmat Tuhan yg manakah yg kamu dustakan..??~

Sep 13, 2012

Ups and Downs

...sebenarnya hari ni sy pulang dari kerja dengan perasaan yg tak berapa best seperti selalu. Hati sedikit walang. Biasalah alam kerjaya..
Tetapi tiba-tiba tadi di inbox, saya disapa oleh seseorang yang telah memberi 'dos-dos' terbaekk yg bikin hati saya kembali berbunga riang!!

1. "cikgu selalu baca apa yg hajar post, tahniah kerana sedang menimba pengalaman, kerjaya yang mulia

2. "Semoga Allah mempercepatkan jodoh Hajar, calonnya seperti suami yg mengiringi Puan K yg baru shj bersalin tu...

Allah!! Terima kasih yg tak terhingga cikgu Rokiah Puteh for the lovely words!! Thanks for the du'a. Saya sangat suka. Jzkk! Allah berkati kamu cikgu! ameeen

Sep 10, 2012

Terkagum

Semalam hari Sabtu, saya kerja syif petang. Sejak saya mula kerja di sini, pada saya inilah peristiwa yg benar-benar menyentuh hati. Sudah dua hari Puan K warded, masih belum bersalin lagi kerana pintu rahim baru buka sedikit shj. Beliau juga under special case sebab kandungan just 36 minggu++. Borderline antara pramatang-cukup bulan. Puan K seorang jurutera bertaraf sarjana. Raut wajah beliau Subhanallah Tabarakallah..cukup tenang dan sejuk mata memandang.

Em sudah dua hari juga saya mendengar suaminya, En F mengaji Quran tanpa jemu di bilik beliau. Menurut data yg tertulis, En F seorang businessman tetapi beliau kelihatan sempoi sahaja, ringkas dengan T-shirt dan jeans. Ketika Puan K sudah ditolak ke dalam dewan bersalin, En F ikut bersama.

Ketika kami, staff sibuk membuat persediaan untuk menyambut kelahiran, saya dengar En F tidak putus-putus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian disambung dengan doa, selawat, tasbih, zikir memuji Allah secara berterusan. Ketika Puan K sedang berjuang bermati-matian untuk melahirkan, En F tidak putus memberi semangat supaya isterinya ingat Allah dan beliau sendiri semakin kuat melafazkan segala doa dan ayat Quran yg terlintas di fikiran. Very supportive! Saya mula kagum dengan beliau.

Bila tiba saatnya permata hati kedua mereka lahir ke dunia, sy lihat En F sungguh-sungguh melafazkan kalimah Alhamdulillah Allahuakbar silih berganti. Dan serentak air mata jantan beliau gugur dan meluncur laju. Tersedu-sedu. Air mata kesyukuran dan kegembiraan berpadu. Saya yg menonton adegan sebabak itu pun terasa nak nangis sama! Terharu dengan ketulusan dan kerendahan hati En F... Nina, rakan sekerja pun rasa yg sama. Dengan mulut yg masih terkumat-kamit melafazkan syukur ke hadrat Ilahi, tangan dan dahi isteri diciumi.

Apa yg saya nak katakan, tak semua orang mampu ingat Tuhan terutamanya dalam keadaan terdesak dan tertekan. Saya dapat lihat mudahnya proses bersalin Puan K, selepas pertolongan dari Allah, selebihnya adalah disebabkan oleh kesungguhan dan berkat doa suami yg tak putus-putus. Tidak ramai suami yg mampu utk berada di dalam dewan bersalin bersama-sama dgn isteri.. Maka beruntunglah siapa yg dapat suami seperti ini. Err saya pun nak suami mcm nilah! Doakan~ Thanks in advance.

(Sebelum balik kerja, kami dapat hadiah sorang sekotak KFC drpd En F, nak buat kenduri sket katanya..alhamdulillah rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka...)

Sep 7, 2012

Maka diciptakan seorang perempuan...

Hampir setiap hari saya menyaksikan para ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yg dikandung kurang-lebih 9 bulan 10 hari. Ada yg mudah sangaaat proses bersalin, dan ada juga yg payah nak bersalin. Ada yg masuk dengan wajah yg cool bersama senyuman yg tak lekang, tenang-setenangnya sehinggalah saat melahirkan. Ketenangan dan kemudahan yg Allah hadiahkan buat dia bisa meruntun jiwa kita yg menjadi saksi detik penuh debaran.. Dan ada juga yg sakan menjerit-jerit, berputus asa sudah tidak mahu meneran dan sekali-sekala terhambur perkataan yg tidak enak di pendengaran. Maaf cakap, bahasa mudahnya bercakap gaya tidak punya Tuhan. Allah..Allah..mohon sgt dijauhkan. Teman, aku tidak berniat mahu mengaibkan, apatah lagi untuk memburukkan. Aku hanya mahu berkongsi secebis pengalaman buat dijadikan pedoman.

Ya, sakit nak bersalin memang sakit. Hanya Tuhan yg tahu segala perasaan yg tertanggung. Saat melahirkan benar-benar membutuhkan kebergantungan yg maha tinggi dengan Tuhan. Hanya kita dan DIA. Ya dan ya. Suami di sisi pun mungkin sudah tidak dihiraukan. Agaknya bila tiba waktu utk kita melahirkan, bagaimana ya Tuhan mahu menguji kita? Apakah akan dipermudahkan ataupun sebaliknya?? Nauzubillah...

Buat semua bakal-bakal ibu ataupun yg sudah bergelar ibu atau sesiapa sahaja yg diciptakan sebagai seorang perempuan, bersiap-sedialah dari sekarang mengukuhkan hubungan dengan Tuhan kerana apabila tiba saatnya menahan sakit tidak tertanggungkan, hanya DIA yg bisa menghulurkan bantuan...

Ingatan khas dari wanita utk wanita..~

Duhai anak, hargailah jasa emak. Duhai suami, sayangilah isteri sepenuh hati!

Aug 24, 2012

JANGAN!

Orang yg tak pakai tudung...mungkin kesilapannya hanya di bab itu sahaja. Ada yg sudah sedia mengerti segala hukum-hakam yg telah Tuhan tetapkan tetapi masih tak punya kekuatan, tidak kurang juga dgn segelintir yg buat-buat tak faham dan juga terus-menerus memberi alasan. Teman, bukankah hidayah itu milik Allah?? Apa jua sebab dan alasan, itu urusan dia dengan Tuhan. Tugas kita sesama insan perlu
saling mengingatkan supaya kita semua semakin dekat dengan Tuhan. Bukannya semakin jauh dari Tuhan..

Mungkin kekurangan dia hanya pada bab menutup aurat, tetapi siapa tahu mungkin dia seorang yg kuat berdoa supaya niatnya utk berubah dipermudahkan, siapa tahu mungkin dia seorang anak yg baik dan tidak pernah melawan, siapa tahu mungkin juga dia seorang yg sangat menjaga hubungan sesama rakan dan taulan.

JANGAN MUDAH MENGHUKUM ORANG.

Sebab kerja menghukum bukan kerja manusia tetapi kerja Allah. Sebab hidayah tu tetap dan selamanya milik Allah. Allah akan beri kpd siapa yg Dia kehendaki. Setiap orang ternyata punya kekurangan dan kelebihan masing2. Apa yg penting kita punya usaha utk mendapat syurga Allah.

Org yg lengkap berpakaian menutup aurat, mungkin utk bab itu dia dah settle. Alhamdulillah.. tetapi siapa tahu mungkin juga dia punya 1001 kekurangan dan kelompangan pada bab lain seperti kurang ajar dgn ibubapa, busuk hati suka mengata orang dan sebagainya. Apakah dgn berjaya menutup aurat tetapi punya mulut longkang kita menjamin kita dapat masuk syurga? Contoh..

Maka, apa jaminan kita utk masuk syurga? Allahu Allah.. Bukankah jalan utk ke surga itu luas? Kita tak tahu amalan kita yg manakah yg sebenarnya akan melayakkan diri kita utk mendapat tiket ke surga. Kita tak tahu yg mana satu sebenarnya amalan kita yg Allah pandang dan ada nilainya di sisi Allah. Boleh jadi amalan yg kita banggakan selama ni sebenarnya tak punya nilai pun di sisi Allah. Allahu Allah.. Sebab tu kita kena sentiasa berusaha utk perbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Al-Kahfi ayat 103-104:
Katakanlah (Muhammad), apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yg paling rugi perbuatannya?," "(Iaitu) orang yg sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya..."

saya selalu belek ayat ni..kalau saya tersalah tafsir dan tersalah faham tentang mafhum ayat ni maka tolonglah perbetulkan.. Cuma apa yg dpt saya katakan, ayat ini buat saya fikir tak sudah. Ayat ini buat saya teropong diri saya sedalam-dalamnya..

Maka JANGAN, jangan dan selamanya JANGAN mudah menghukum orang..Teringat pesanan Ust Abd Kadir Aljoofre di TV9, "..Siapa kita nak hukum orang lain..?"

(....peringatan buat diriku yg alpa. Eid Mubarak! esok baru nk start cuti raya hehe better late than never!)

Jul 20, 2012

Oh Allah..

Allah menyembunyikan kasih sayangnya dalam setiap ujian yg didatangkan,
Allah menyembunyikan kemurkaanNya dalam setiap dosa yang kita lakukan,
Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam Ramadhan yg penuh kemuliaan.
Maka,
jangan memandang rendah sekecil apapun ujian yg melanda
jangan memandang rendah sekecil apapun dosa kita
jangan memandang rendah dengan setiap malam yg hadir di sepanjang Ramadhan yg mulia :)
(olahan drpd Tanyalah Ustaz, TV9, Jumaat)


Jul 19, 2012

hado0o??



Kebanyakkan lelaki demand nak perempuan yang sedap mata memandang, punya paras rupa yang indah-indah, berwajah cerah, berdiri sama tinggi duduk sama rendah dan bermacam lagilah. Andai kesempurnaan fizikal lah yang dicari maka sekadar itu sahajalah yang akan kalian dapati. Habis madu sepah dibuang?? Perempuan pun boleh demand nak yang ada rupa macam Anuar Zain ke, Ashraff Muslim ke, Mas Azzam ke, korang hado0o??

Tetapi uniknya perempuan, Allah ciptakan mereka sebagai makhluk yang rendah hati yang hakikatnya tidak terlalu mengira paras rupa bakal suami.., asal soleh dan ada jaminan kehidupan inshaALlah boleh terbuka hati. Beauty lies on the eyes of the beholder! Jangan lupa, segala kecantikan, baik buruk, segala kesempurnaan itu milik Allah jualah segalanya...Belajarlah untuk bersyukur~





Jul 15, 2012

Menjadi yang terpilih

Terima kasih kpd rancangan Safiyya TV9 mlm ini kerana membuat liputan tentang suka-duka pengalaman pesakit-pesakit kanser. How they endure the pain, how the treasure their lives until this moment etc.. Ada yg sudah selamat berumahtangga dan sedang menanti saat-saat menimang cahaya mata. Jangan pernah menghina serta merendah-rendahkan diri mereka. Never ever put the blame on them. Remember, nobody asks to get sick. They are just the chosen one~

Jul 13, 2012

Jumaah mubarakah!






Ilmu menarik di pagi Jumaat :)

1) Kunci pembuka sihir lambat jodoh;

Ayat 102 Surah Al-Baqarah, baca 3x yg ni
فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه


kemudian 3x yg ni
وماهم بضارين به من احد الا بإذالله


2) Ayat pembatal sihir

Surah Yunus ayat 81, 83
[ bacalah setiap kali lepas solat, bila terjumpa tangkal etc]

-Ust Syarhan, Tanyalah Ustaz TV9 pagi ni

Jul 12, 2012

He knows..


When I'm alone and need someone to support me, no one comes to help me except Allah. 
When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I'm sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful and all praise belongs to Him~

Jazakallah Prof Tariq Ramadan for the lovely words. Even though i just rewrite it but i feel it and i mean it!
Bersyukur bersyukur dan terus bersyukur saat diuji kerana Tuhan tahu apa yang kita tidak
tahu. Mati itu pasti, hidup inshaAllah. Ayuh diri, berjiwa seluas langit!

Jul 10, 2012


Alhamdulillah rezeki Ramadhan... =)

Jun 24, 2012

Yana dan Pitt




Masih segar di ingatan, jika tersalah ejaan namanya pasti dia bising, "Nama aku eja F.I.Q.R.E.E! bukan Fikri". hehe marah benar dia. Masih ingat selalu bergaduh dengannya sewaktu zaman tadika dan melarat ke sekolah rendah. Bergaduh yg dahsyat-dahsyat sampai simbah air, taboh semua ada. Dia juga adalah dua pupu aku. 

Liyana pula ialah teman setadika, se mengaji Quran, sesekolah rendah serta sesekolah menengah. Teman aku utk ke masjid menunaikan solat sunat hari raya hampir saban tahun lamanya. 

Sejak dibangku sekolah lagi mereka ini sering dikenen-kenenkan. Dan Pitt pastinya akan tersipu-sipu malu bila diejek begitu. Ahhh sudah besar kita semua! Siapa sangka kuasa Tuhan serta berkat doa teman-teman sejak berzaman, Tuhan telah satukan mereka di usia 25 tahun.
Kalian aku doakan semoga bahagia sampai ke syurga ya!







Jun 21, 2012

2552



Alhamdulillah wa syukurlillah =)


Sudah lama tidak mendapat hadiah. Terima kasih atas ingatan kalian dhuyuf saya pasangan Mujahid dan Nihlah bersama si comel Ikram. Semoga Allah berkati kalian.


Seronoknya bulan Jun sebab Jun merupakan bulan kelahiran ramai ahli keluarga terdekat;


  5  Jun CIkti Norhayati Ahmad (cousin)
*14  Jun Azimah Ali (cousin)  
 18 Jun Paklong Ali
 20 Jun hajrunsasuke
 24 Jun Makngah Yati
 27 Jun Nurhafizah Ahmad (cousin)
*28 Jun Azlina Ali (cousin)


(* tak pasti tarikh sebenar tpi rasanya lebih kurang gitulah tapi yg pasti lahir in June jugak)


Alhamdulillah
sudah suku abad. Allah Allah sekejap ja masa berlalu.
25-52
Ibunda saya berumur 52 sewaktu umur saya suku abad! Subhanallah mashaAllah what a lovely numbers!


Sedang menuju kpd kematian. Masa menghambat terlalu cepat! 
Ya Allah semoga hidupku dan diriku menjadi lebih bermanfaat~

Jun 20, 2012

Dua Insan


Sewaktu di Kemboja, seseorang yg punya nama seperti saya datang dari belakang lalu memegang lengan saya lantas dia membisikkan, "awak kena bersedia. Orang yg bernama Hajar ini banyak dugaannya.."  
Lalu saya terus berkalih kepadanya seraya mencium lama tangannya lalu saya katakan "Ya Allah terlalu benar apa yg akak cakap!... iya benar saya telah dan sedang merasainya. Terlalu dan terlalu akak.."
Dia senyum sambil mengangguk-ngangguk.
Bumi Kemboja ternyata menjadi saksi bicara hati dua insan Hajarain ~

May 18, 2012

Kayuh

Di kala ada yg mempertikaikan ketentuan Tuhan terhadapku, di saat aku diremehkan seadanya dan segala kesalahan itu dihempap ke atas diriku, namun masih ada sahabat-sahabat yg menjadi saksi suka-duka, susah-payah di zaman itu yg lebih mengerti dan memahami hakikat yg berlaku.


Terharu dengan pengakuan seorang sahabat yg pernah sama-sama mengayuh basikal ke sekolah dulu, walaupun sekarang ada yg sudah jadi bini orang, laki orang, ada juga yg sudah punya anak dua orang...;


"....ingat2 balik semua best. tpi ak ingat lg time hg sakit...ak pi tunggu tiap-tiap pagi...
tp hg takpi...sedih oo...."


hang tunggu dekat simpang masuk umah aku ka?


"ha la.."


Allahuakbar...baru hari ini ku tahu!


Terlalu terharu dengan ketulusan hati kalian! Wallahi.


Ya Allah yg sentiasa Mendengar, permudahkanlah segala urusan sahabat-sahabat saya ameeen..


(..teringat cerita Tentang Bulan..1998: i just love all the memories!)
cc: Liyana Sudin Abarai Renji

Apr 19, 2012

Maka diciptakan mereka yg bernama sahabat...


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. 
Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. 
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi..Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.
(..Jumpa semua ni di blog Diari Hati dan jatuh chenta!)

Semoga saya mampu menunaikan hak sebagai seorang sahabat dgn sebaiknya. Maafkan atas segala hak yang tak tertunai. Maafkan juga jika saya berlebihan dalam bersahabat kerana saya hanya ada anda semua sebagai teman jatuh bangun saya dan hanya kerana..saya terfikir banyak kali bila teringatkan ini;

‘La yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu li nafsih..’
(Tidak beriman seseorang itu selagimana dia tidak mencintai sahabatnya sebagaimana dia mencintai dirinya)

Allahu Allah.. Andai ini salah satu jalan yang membolehkan saya beroleh syurga maka saya ingin berusaha untuk menjadi sahabat yg baik! ...dan Tuhan tolonglah bimbing saya supaya berjaya menjadi sahabat yg baik. Ameen..



Apr 10, 2012

So Soon


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon


Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever


There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

[So Soon, Maher Zain]
---> Can't wait for the album! It's on its way. Thanks sahabat =) Moga Allah berkati kamu

Mar 30, 2012

Jangan pernah mendahului nasib


Ketika dalam perjalanan menuju ke KL Isnin lalu,  Allah menguji dgn cuaca hujan di sepanjang jalan bermula dari Taiping. Kemuncak ujian ialah bila sudah masuk ke sempadan Selangor, sekitar kawasan Lembah Beringin, hujan sungguh maha lebat. Inilah hujan yg paling paling paling lebat yg saya pernah tempuhi setelah bertahun-tahun memandu kereta. Saya ingatkan hujan dalam perjalanan ke Melaka suatu masa dahulu yg paling lebat, rupanya tidak. 


Lebat yg amat sehingga pasang wiper yg paling laju pun macam tak pasang wiper. Lampu kereta hadapan, tepi, belakang semuanya sudah tak kelihatan, emergency light yg dipasang kereta lain juga sudah tak kelihatan. Segala-galanya tak nampak. Tengok depan hanya nmpk air yg seperti dicurah-curah dgn baldi. Nak berhenti dan saya memang nak berhenti di tepi jalan tapi tak boleh sebab tak nampak jalan. Cuaca gelap. Line putih terus hilang dari pandangan. 


Segala kerisauan ada. Takut terlanggar kereta depan dan tepi serta takut dilanggar kereta lain juga. Memang tak nampak apa-apa. Lalu saya hanya straightkan stereng supaya tetap lurus di lorong sedia ada. Masa tu sungguh saya rasakan seperti akan mati pada bila-bila masa dan saya mula berserah segalanya kepada DIA. Mulut tak henti-henti memohon pertolongan daripadaNYA dan memang rasa nk nangis. Saya mohon Tuhan ampunkan segala dosa saya dan segalanya. 


Sepupu saya Nurshuhada Ahmad yg duduk di sebelah sudah diam tak terkata. Kami seolah-olah sedang bertarung nyawa! 


Sejujurnya saya rasa sudah tidak sanggup untuk meneruskan perjalanan yg punya 1001 risiko yg menanti! Tetapi memang tidak ada harapan untuk berhenti. Lalu, saya cekalkan hati untuk meneruskan perjalanan walaupun saya tidak pasti apakah kesudahannya. Apa yg pasti, saya mesti tetap terus pergi! Itu sahaja pilihan yg ada. Kawasan ribut hujan ini tidak boleh tidak mesti saya lalui dan mesti saya tinggalkan dengan segera. Saya pasti bahawa kawasan ribut hujan ini tetap ada penghujungnya. Saya tidak boleh mendahului nasib!


Setelah melepasi persimpangan keluar ke Lembah Beringin, ternyata hujan mula reda. Di hujung jalan sana saya nampak biasan cahaya mentari! Allah Maha BEsar.. 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! 


Baru berjaya menarik nafas lega dan terasa sakit sangat jantung seolah-seolah dihempap batu. Macam kena mild heart attack pun ada. Paroxysmal kuasa sejuta!


..dan setelah itu, saya belajar sesuatu.. 


Bahawa dalam hidup ini, betapa besar, hebat atau apa sekalipun dugaan yg melanda kita tetap perlu maju ke hadapan. Kita tetap perlu terus bergerak. Terasa makna 'Life must go on' betul-betul difahami dalam ertikata yg sebenar.


Kita tidak boleh menyerah kepada nasib. Kita tidak boleh membiarkan nasib memperkotak-katikkan hidup kita sewenang-wenangnya. Walau apa cara sekalipun, kita mesti berusaha selagi terdaya! Kita tidak boleh mati sebelum waktunya!


Walaupun saya terasa seperti nasib saya pada waktu itu ialah akan mati pada bila-bila masa tetapi saya percaya selagi Tuhan tak izinkan sesuatu itu berlaku, selagi Tuhan kata belum tiba masanya, maka terus-meneruslah yakin dengan-Nya dan jangan sekali-kali berputus asa dengan-Nya.


Jangan pernah mendahului nasib! =)


[.....saya semakin mamahami makna ungkapan ini yg Andrea pernah nukilkan dalam tetralogi Laskar Pelanginya =) ]



Mar 15, 2012

Thursday's Favourite!

Sg Tengas


otw ke Padang Cempedak




Teratak Tok! =)

Subhanallah today is just amazing!


Mar 7, 2012

Larian Kehidupan


Larian kehidupan

Tak pernah surut dengan rintangan dan dugaan

Senantiasa membutuhkan kekuatan

luaran mahupun dalaman

Menuntut mujahadah berterusan!

Jangan pernah mengalah sebelum tiba ke akhir garisan!!

Tuhan tahu tapi menunggu =)



Mar 5, 2012

Bulan 3, Lima

'Bila abah Pia balik?'


"Bulan 3, lima!" jawab sepupu saya.


'Hah??'


..dan setelah dijelaskan oleh nenda, saya ketawa terguling-guling. Barulah saya mengerti bahasa si kecil itu.


BULAN TIGA, LIMA.


yakni..


Daddy's birthday =) semoga tenang di sana ayah.
Semoga Allah jauhkan ayah drpd azab api neraka. Semoga Tuhan ampunkan segala dosa ayah. Tuhan jangan hukum ayah saya atas segala kesalahan saya. Maafkan saya kerana tidak mampu menjadi anak yg baik, menjadi qurratu a'yun kepada anda berdua.
Asifah ya abi! ..ana leyssa bintu kuwaisah!


Daddy..,i just want u to know that i really really really (infinite) miss u! saya nk bagitahu ayah yg saya sgt sedih sebab tak mampu jadi anak yg baik. saya nk bagitahu ayah juga yg saya seorang yg sangat tak kuat dan semakin lemah. Ada manusia-manusia buat saya hilang percaya pada sebuah janji dan harapan. Sampainya hati mereka! 
Ada masa dan ketika saya rasa macam dah letih untuk terus berbuat baik sebab saya teringat Hidayah pernah kata, "orang baik ni memang selalu kena pijak kepala". Betulkah ayah..? Tapi saya ni baik ke sebenarnya..?? Tapi saya tetap ingat dalam Quran banyak kata yg Allah suka dan banyak ganjaran buat mereka yg beriman dan mengerjakan kebajikan. Semoga saya salah seorang daripada golongan itu. Doakan saya ya. Ok saya nak bagitau ayah itu sahaja. 


Semoga kita ketemu nanti di negeri abadi!

Mar 4, 2012

Ranah 3 Warna





Nil


Rindu tak terucap!!
Wallahi

Feb 20, 2012

Way to go


Long waaaaaaay to go!

Stay still and be strong.

The tough will win!

Innallahama'ana =)




Feb 15, 2012

Cas-cas negatif semakin banyak
..Semakin beranak-pinak..!!
Rasa sesak jiwa dan raga
Lemas!


Tuhan tolong!

Feb 9, 2012

....setelah menjejak Haramain dan belayar ke Misra seterusnya tercampak ke bumi Urdun, rupanya pada hari ini, pada detik ini sebenarnya Tuhan mahu menunjukkan apa yg aku cari selama ini..Subhanallah rencana Tuhan!

Min haisu la yahtasib!

Benar-benar datang dari arah yang tidak disangka-sangka....

Tiap yang mencari akan menjumpai, bukan?

Terima kasih Tuhan
atas jawapan!

...bersedia utk terus terbang hajrunsasuke!

Jan 21, 2012

Selamat tinggal bumi Misra! 


Nanti aku cerita~

Jan 19, 2012

Moment

Asalnya mahu tidur.., gigih aku membungkus diri dengan buble, menyarung stoking lapisan pertama dan melilit kepala dengan pashmina walaupun sudah memakai dua lapis t-shirt dan track. Semuanya hawa sejuk punya angkara. Betullah apa yang pernah Husna dan Syafiq khabarkan suatu masa dahulu sebelum aku sampai ke sini bahawa sejuk di sini memang terasa menyucuk hingga ke tulang!


Mata terus jadi segar selepas aku secara tak sengaja terbuka file gambar di desktop laptop. Ah..kenangan.. Gambar sungguh punya nilai memori yang tak terganti. Walaupun kualiti gambar berbeza sentiasa, ada masa macam terbaek dan ada masa sekadar sempat snap apa saja pada sela masa yang cuma hanya seketika sekelip mata. Namun, pada gambar yang biasa-biasa itulah selalunya punya 1001 cerita yang buat kita senyum sampai telinga dan rasa nak ingat sampai bila-bila. Moment itu yang penting. M.O.M.E.N.T.

Jan 10, 2012

Kau buatku tersenyum!

Mencari damai di bumi Iskandariah...


Akhirnya Tuhan temukan aku! Bukan sekadar itu sahaja, bahkan pesona Iskandariah bikin aku separa gila! Alex aku jatuh chenta! Bahrul Mutawassid atau Laut Mediteranean benar-benar buat aku terkesima. Wallahi.


Sebelum bertandang ke Iskandariah, aku sedikit jiwa kacau. Fikir apapun entahlah. Sekuat apapun aku, setabah manapun aku, aku menyedari hakikat yang aku tetap seorang perempuan yang punya hati dan perasaan yang ada masanya akan jadi bengong tak ketahuan.


Lewat ini, aku sering bertanya kenapa Tuhan masih tidak menjawab doaku? Kenapa aku sering menjadi insan terpilih? Kenapa mesti aku? Kenapa itu dan kenapa ini? Bertubi-tubi soalan datang memenuhi ruang fikiran. Walaupun aku tahu La yukallifullahunafsan illa wus'aha (Tuhan tidak akan menguji  seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuan dirinya) dan walaupun aku tahu yang aku tidak layak berkata sedemikian dan sememangnya aku tidak langsung punya hak untuk bertanya sebegitu kerana ianya boleh menyebabkan aku menjadi orang yang kufur nikmat, tidak bersyukur! Tetapi kerana kedangkalan seorang aku, kerana lemahnya Iman di dada, kerana kekhilafan aku dalam mentafsir segala kurnia dari Tuhan, demikianlah yang berlaku..Ya Allah.. Wa'firi zunubi. Benarlah syaitan itu tidak pernah menunggu walau sesaat untuk terus menghasut anak Adam, terutamanya manusia lemah serta tidak tabah seperti aku ini. Arghhh kurang ajar betol aku ini! Betapa lemahnya seorang aku tiap kali didatangi ujian perasaan.. Benci betoll! 


Ya aku manusia yang lupa. Lupa diri, lupa segalanya. Lupa yang aku hidup disebabkan kasih sayangNya. Lupa bahawa hakikatnya aku tak punya apa-apa. Astaghfirullahal'aziim.. 


Terus, harus menyerah atau apa?


Tidak dan tidak.


Sebab sabar itu kena belajar! Mesti belajar untuk bersabar. Sebab itulah Allah kata Dia sentiasa berjalan bersama orang yang sabar. Allahu Akbar!


Jangan pernah tinggalkan aku keseorangan. Jangan pernah pisahkan aku dari rahmatMU Tuhan. Aku bermohon Ya Tuhan Yang Sentiasa Mendengar. 


Azam tahun baru: Belajar untuk lebih bersabar. Jika tidak cukup, perlu belajar lagi dan terus belajar sebab; learning is a lifelong process! 


Tirai 2012 aku buka dengan moment yang begitu mengujakan. Moga hari esok dan seterusnya menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna inshaAllah.


Ketibaan kami di Iskandariah disambut dengan awanan hitam yang memenuhi ruang angkasa. Semuram perasaan akukah? Usai solat asar di rumah Wani di Camp Caesar, Syari' Bur Sa'id dan setelah berehat untuk seminit dua, Wani membawa kami ke Qaitbay Citadel. Di situ aku menemukan Laut Mediteranean yang semakin menggugah jiwa. Namun, suramnya cuaca membuatkan aku berasa sedikit kecewa kerana biru air laut yang aku cari tidak ada sebaliknya yang ada hanya warna hijau tua. Warna air laut itukan dipengaruhi warna langit.. Erm tidak mengapalah, tidak ada rezeki barangkali hari ini untuk berfoto dengan bahagia. Itu yang terdetik di hati.


Kami ke pintu masuk Kubu Qaitbay, namun sayang sekali kami tidak dapat masuk kerana sudah tiba masa untuk tutup. Aku dan Maryam hanya dapat bergambar di luar binaan kubu sahaja. Sekali lagi aku dihempap perasaan kecewa. Lalu kami berpatah balik semula untuk sekadar ambil angin di tepi pantai dan melihat sunset jika ada. 


Ternyata Tuhan punya rencana berbeza. Tuhan punya rencana yang tidak terduga akal fikiran kita. Betapa Tuhan suka memberi kejutan dari arah yang tidak disangka-sangka! Kepulan awan hitam yang menghiasi langit sebentar tadi beransur-ansur berarak pergi dan sekaligus lenyap dari pandangan mata. Langit sudah cerah! Dan warna biru langit ternyata memberi impak yang luar biasa terhadap warna air laut. Itulah biru laut yang aku cari! Subhanallah walhamdulillah..


Apakah ini tamsilan perasaan seorang aku? Sungguh Tuhan tahu apa yang kita tidak tahu.


Malam pertama di Alex aku sudah kena cakaran kasih sayang daripada si dia yang bernama Baby, kucing parsi berbulu putih dan bewarna merah di sekitar bola matanya. Milik Syu, teman serumah Wani. Berdarah la jawabnya haha..tanda aku menjejak tanah Alexandria.


Ohh terlalu banyak sebenarnya yang aku mahu ceritakan, tetapi apa yang boleh aku katakan ialah Iskandariah ialah tempat yang MESTI kalian datangi jika ada rezeki. Mesti!


Alex kau buatku tersenyum!


Terima kasih Tuhan =)




Qaitbay Citadel







at Montazah








"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni