Nov 21, 2012

Bicara seorang aku

Bila membaca blog orang, status-status orang di muka buku, pasti akan ada rasa yang membungkam di hati. Saya tidak pasti dari mana ia berakar umbi, yang pasti adakalanya saya seperti menangisi nasib diri. Tidak bersyukurkah saya dengan apa saya ada hingga ke saat ini? Wallahi saya terlalu bersyukur atas segalanya.. Cuma ada masa dan ketika, saya tetap tidak dapat lari daripada fitrah seorang manusia yang lemah, yang senantiasa berbolak-balik hatinya..Maafkan saya Ya Allah.

Jujurnya saya suka membaca tulisan junior/senior saya di blog mereka. Suka membaca pengalaman suka-duka kehidupan undergrad mereka di rantau orang khususnya. Dan saya selalu membayangkan, alangkah indahnya jika saya yang dapat menaip sebegitu di halaman blog saya. Alangkah indahnya jika saya yang punya lakaran kenangan sebegitu dalam kamus hidup saya. Alangkah indahnya itu dan ini. Ahh bayangan dan angan-angan, pasti sahaja ianya indah-indah belaka! 
Lalu saya tarik diri untuk kembali sedar ke alam realiti. Menelek nasib diri. Merenung jauh ke dalam diri sendiri. Lalu saya katakan pada diri, " Bersabarlah. Itu bahagian orang lain. Rezeki mereka. Setiap orang punya jalan cerita tersendiri bukan? Jikalau semuanya sama sahaja jalan ceritanya, tak syoklah. hmmm..

Dan mungkin juga disebabkan saya ini seorang yang punya impian setinggi awan dan bermacam-macam awan impian yang saya telah dan cuba saya pahatkan di papan impian. Lalu situasi itu sedikit-sebanyak membuahkan segala macam perasaan. Gembira bila sesuatu impian dimakbulkan Tuhan dan sedih bila sesuatu impian hanya tinggal sebagai harapan yang tak tertunaikan. Pada saya itu perkara normal pada seorang manusia biasa. Gembira dan sedih. Dua perasaan anugerah Tuhan. 

Namun, saya masih tidak merasa cukup sekadar itu. Untuk seorang saya yang seringkali tunggang-terbalik hatinya, saya perlu mencari titik kekuatan dan keinsafan yang sebenar. Itu yang saya fikirkan. Supaya saya dapat jadikan bekalan untuk tetap bertahan dalam melalui hari-hari esok yang belum pasti apa kesudahan. 

Kalaulah dari awal-awal lagi Tuhan sudah khabarkan hidupmu begini, begini, begini dan ini kesudahannya. Ohh senangnya hidup macam tu. Duduk goyang kaki pun tak apa. Biarkan masa berlalu begitu sahaja. Tapi alangkah tak best la pulak..Ibaratnya seperti dalam satu pertandingan lumba lari. Kalau awal-awal lagi kita sudah tahu kita akan menang atau kalah, nahh tak perlu bersusah-payah mengerah keringat sejak dari mula lagi kerana natijahnya sudah jelas sejak awal lagi. Sejak perlumbaan belum bermula lagi. Kamu tetap akan menang walaupun kamu yang paling terakhir membuka langkah, kamu tetap akan menang walaupun kamu tak pernah berlatih bersusah payah, kerana nanti sewaktu perlumbaan akan ada bantuan jutsu-jutsu rahsia daripada Sasuke dan kawan-kawan yang boleh menerbangkan kamu teruuus ke akhir garisan. Ataupun kamu tetap akan kalah sekalipun kamu telah berhempas-pulas berlatih saban waktu. Nahh jikalau semuanya sudah diketahui, maka tak perlu lagi segala usaha dan penat lelah itu. Persetankan segalanya! Just follow the flow. Kita sudah tahu kan kesudahan cerita..

Namun, setelah difikir-fikir, berbaloikah jika sekadar mengikut arus...?? Follow the flow? Tak rasa rugi ke jika di hujung waktu nanti bila kita baca semula catatan hidup kita, tak ada pun sangat corak dan warna..? Sekadar stereotype sahaja.. Itu je ke catatan istimewa tentang sejarah hidup kita yang nak kita persembahkan kepada generasi kita dan utamanya kepada Pencipta kita nanti...? Nak patah balik ke masa lampau dan edit apa yang patut adusss itu harapan yang sama sekali takkan jadi kenyataan. Hmm s
oalan-soalan seperti inilah yang senantiasa bermain dalam minda saya.. 

Setelah difikir-fikir lagi..realitinya, Allah itu suka memberi kejutan. Itu yang saya lupa... Allah tak bagi siap-siap manuskrip kehidupan sebab dia nak bagi kita kejutan. Ya, saya sudah mendapat jawapan. Life is full of surprise! Ya itu satu point. Namun, sejauh mana kita mampu nak memahamkan diri tentang realiti hidup yang penuh dengan kejutan dari Tuhan, itu yang menjadi persoalan. Tapi saya rasa, asalkan kita MAHU berfikir dan terus membuka mata hati meneliti setiap apa yang Tuhan kurniakan, inshaAllah kita mampu menempuh hari-hari mendatang.

Point yang kedua, Allah wants us to be creative! Although HE already has our manual book, still He wants us to make some effort to create something special for HIM..Ya Allah I just realize..

Ya utk itu kita perlu merancang. Dan sekarang, teruskan merangka plan kehidupan. Teruskan membina awan impian. Kerana saya fikir kita tidak akan dapat hidup tanpa mimpi dan harapan. Kerana dari harapan akan tumbuh impian. Biar sekecil apapun impian yang kita ada, biarkan ia terpahat kemas di dinding awan impian. Sekalipun kita tidak dapat menggapainya, setidak-tidaknya kita pernah bermimpi tentang hal demikian. Tak rugi apapun. Maka, teruskan perjalanan. Jalani hidup seperti biasa. 
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat, setiap kita punya naskah kehidupan yang istimewa dan ternyata berbeza daripada orang lain. Yes Hajar, please bear in mind! 

Yang lepas biarkan ia berlalu, cuma sekali-sekala tolehlah ke belakang memerhati apa yang tertinggal. Kerja kita sekarang adalah merancang hidup, menghargai dan memanfaatkan setiap ruang masa yang ada. Selebihnya serahkan kepada-Nya. Kerana DIA Pencipta, pasti DIA tahu segalanya =)

Ya Allah tetapkan hatiku dalam menelusuri ranjau kehidupan yang penuh berliku ini. Sabarkan aku dalam menanti setiap bahagian rezekiku yang tidak akan diambil orang.. dan aku TETAP ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur biarpun adakalanya nawaitu, tutur kataku, tindak-tandukku tidak selari dengan janjiku. Please guide me to the right path Ya Allah..  Ameen.

(Bicara seorang aku...)

1 comment:

  1. pernah juga sy tfikir bknkh senang klu Allah turunkan kitab hidup sy spy sy tahu di mana rezeki sy berada n xmbuang masa mlakukan pkara yg sia2...hu..tp Allah mahu yg tbaik utk kita.

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni