May 16, 2013

G U R U

Dahulu, saya begitu kepingin mahu makan gula-gula kapas. Untuk seorang kanak-kanak berusia 5-6 tahun, keinginan untuk makan gula-gula kapas bukanlah suatu kepelikan. Tetapi ayah selalu tidak pedulikan permintaan saya yg satu ini. Setiap kali ke pasar malam dan lalu di hadapan pakcik penjual gula-gula kapas, saya akan menarik-menarik baju ayah untuk berhenti. Tetapi ayah tetap tidak peduli. Pura-pura tidak mendengar rengekan saya.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu menziarahi saudara di Alor Setar, sepupu saya mengajak ke kedai. Kebetulan di kedai itu ada dijual gula-gula kapas. Wah inilah peluang! Saya minta dibelikan gula-gula kapas tersebut. Alangkah girangnya hati tatkala tangan mencapai gula-gula kapas tersebut! Saya makan di sepanjang jalan dgn penuh perasaan. Sebaik sahaja tiba di rumah saudara, terus saya khabarkan kepada ayah,

'Haa ayah tengok ni. Ceq dah beli dah aih gula-gula kapas. Suruh ayah beli, ayah takmau beli sangat!'

Ayah senyum-senyum tengok saya lalu berkata, "Haa syok ka makan benda tu? Sedap? Lekat celah gigi ja"

"Eleh!" hati saya sedikit membengkak. Apalah ayah ni. Benda ni bukan mahai pun, tu pun ayah takmau beli. Saya merungut di dalam hati. Sebagai seorang sahaja anak ayah, saya agak terasa hati. Iyalah, masakan tidak hanya soal gula-gula kapas yang tidak seberapa ringgit itupun ayah seperti berkira.

Tetapi, apabila sudah dewasa barulah saya faham. Kenapa banyak keinginan saya tidak tertunai. Kebiasaannya anak seorang mudah dapat apa shj yg dihajati. Tetapi tidak untuk seorang saya. Ayah tidak mahu mengajar saya bermewah-mewah. Kata ayah apabila saya minta dibelikan sesuatu, 'Ayah dulu orang susah. Pi sekolah pun tak pakai kasut. Nak beli apa pun semua susah sebab kami orang susah. Kalau hendak sesuatu kena kerja cari duit sendiri baru boleh beli'. Saya akan terdiam saat ayah berkata begitu.

Ayah nak saya usaha. Itu sebenarnya.

Tetapi saya agak perasan ayah agak tidak berkira bila masuk bab buku. Jika kemana-mana dan lalu di hadapan kedai buku, ayah akan ajak saya singgah. Walaupun tidak beli apa-apa, sekadar pusing-pusing ronda jamu mata. Mungkin inilah puncanya saya punya daya tarikan yg kuat dgn kedai buku. Ahh tetapi tetap tidak cemerlang pun. Saya masih ingat beliau selalu mengulang kata, "kami dulu tak ada peluang belajar mcm zaman hampa. Susah. Sekarang peluang banyak. Kita nak taknak sahaja".

Ayah juga merupakan orang yg bertanggungjawab dengan kegilaan saya terhadap kamera. Sejak kecil ayah sudah mengajar saya cara-cara untuk mengambil gambar dari sudut yang betul. 'Rule-of-Third' mungkin sudah diajar masa ini tetapi saya yg tidak faham haha.. Ayah sudah biasakan saya memegang kamera dan memberi kepercayaan kpd saya utk shoot. Walaupun hanya dengan kamera kodak biasa tetapi pesonanya bisa membuat saya ingat sampai sekarang!

Oh maafkan saya!! Saya hanya rindukan seorang 'guru' saya yang ini =)

SELAMAT HARI GURU buat semua warga PENDIDIK! Khususnya kpd;

-ibu bapa, keluarga
-Cikgu Sam, Tadika Kemas Tok Bedu
-warga pendidik SK Kg Tok Bedu + KAFA
-warga pendidik SMKA Al-Irshad, KISAS (seketika)
-warga pendidik UIAM
-teman-teman serta sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu, mengajari aku walau hanya sesuatu di setiap persinggahan dalam hidupku!

TERIMA KASIH atas segalanya! Semoga Allah merahmati kalian di mana sahaja kalian berada. Fi amanillah wa barakallahufikum!~

May 6, 2013

Gelombang Anak Muda

Young voters, ahlan2. Please get ready for the next 5years =) Bagus juga ada tempoh lgi 5 tahun ni, maksudnya makin ramailah anak muda di bawah umur yg boleh mengundi bila tiba pilihanraya seterusnya nnti. Sekarang pun dah banyak penipuan dan ketidaktelusan terang-terangan kita boleh nampak dalam PRU 13 ni. Jadi anak muda sudah boleh menilai dari sekarang. Tetapi jika tidak mahu buka mata lagi dan sengaja menjadi golongan yang pekak dan tuli, sungguh saya tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi...

Apa guna belajar tinggi-tinggi hingga masuk universiti tetapi minda kelas ketiga masih dimiliki? Bukankah generasi muda adalah pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang?

Ayuh anak muda, jom sama-sama kita tambah ilmu di dada supaya menjadi golongan terpelajar yang lebih terbuka mata dan minda serta tidak mudah diperdaya atau dimanipulasi sewenang-wenangnya! Gelombang 'young voters' sangatlah mampu memberi impak yang besar terhadap pilhanraya Malaysia. Kami sayangkan dan cintakan Malaysia! Ya Allah tunjukkanlah kebenaran, hancurkanlah kezaliman dan kebatilan..

Generasi X, Y Penentu Masa Depan Politik Negara (dah lama tak baca BH, tpi tiba2 terjumpa ni. Interesting! 'Gelombang-anak-muda' is coming. Get ready!)



"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni