Apr 25, 2009

Reaching the limit..

Allahuakbar....
ak jdi bisu seketika sebab ak terlalu bengang!!
yup ak fail emotional management...
Ya Allah tabahkan hati hambaMU ini
arghh sungguh aku taktau apa perasaan aku skrg
kenapa lelaki mcm tu??
Arghhh tetiba ak rasa ak benci lelaki yg suka trigger perasaan perempuan!
maafkan aku wahai kaum adam
bukan niatku..
em bila p'puan marah,membebel,menangis dikatakan p'puan emosi lebih
tapi korg yg selalu trigger keadaan2 mcm tu!!
Astaghfirullah..ya Allah lapangkan dadaku seluas-luasnya
em bukan sekali dua aku berhadapan dgn kes sebegitu tapi countless..
em kenapa ak jdi bengang sgt ni?? begini...
em ak sengaja tidak ikut naik bas bersama peserta2 Baktisiswa yg lain utk pulang ke Kuantan sebab aku nak singgah umah utk ambil kereta yg hampir sebulan lebih ditinggalkan di bengkel
sebab org bengkel tu dh berjanji dgn aku kereta akan siap segalanya 20hb
maknanya hari ni 25hb memang kereta dh siap la sepatutnya
em sebelum ni ak pernah balik dh sekali utk check kereta dh siap ke belum dan pernah telefon jugak
maknanya ni kali kedua la ak balik
yg buat aku jadi bengang sangatt pagi tadi bila aku call,
'kereta xsiap lagi dan tak dpt siap esok'
'haaa??'
aku terus siap2 utk pegi ke bengkel nk tgk apa cite sebenarnya niii
aku rembat Honda Wave milik pakcik
arghh kepala otak dah start menggelegak masa tu
ya Allah sabarkan aku
aku tgk PCL masih tersadai dgn badannya berbalut dan masih belum dicat baru lagi
arghhh aku mengalami tekanan perasaan tahap Z!
'bang, sy nak balik Pahang esok ni. hari tu janji boleh siap dah, Isnin saya keja'
'kalau esok memang tak dan siap, lgpun la ni pun kejap2 hujan'
'saya emergency ni bang. kena bg siap esok jugaklah mcm mana pun'
'em tak dapatlah kalau esok, mmg takdan'
ak tarik nafas dalam, rasa panas kepala otak..
the incredible hulk in me terasa nk keluar bila-bila masa
em keluar jap ke luar mencari ruang
apakah disebabkan ak hanya seorang perempuan maka ak diperlakukan sebegitu??
Ya Allah sabarkan aku
em tiba-tiba terasa sukarnya berdiri di atas kaki sendiri arghhh
bertabahlah! ya Allah ampunkan aku..
terus aku call Ckg Shimah,
'ckg, keta tak siap lagi ni'
'haaa? hari tu bukan dia dh janji ka? berapa lama dh hntr?'
'sebulan lebih dh pun, masa awal2 dia kata boleh buat dlm masa 2 minggu ja. ni malas nk bwk mai kedai melayu ni'
'hmm tu la, org melayu suka mcm tu.try la gempaq dia sket ckp nk bwk g kedai lain ka'
'ckg kt mana? boleh dak mai?huuu sy takleh nk ckp dah sebab dh rasa kembung pipi semacam dah, satgi bisa kott. rasa geram taktau nk ckp ni, satgi meleleh kot'
'sy tak dpt nk pi, Ammar demam plak, Iman pun dok kacau ni..em sat2 saya try cari jalan, japgi saya call'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
ak duduk kt luar tepi bengkel tu dgn muka menahan perasaan
YA Allah pasaipa la bangsaku mcm ni?
macam mana bangsaku nk maju kalau berniaga mcm ni??
em mgkin sebab dia tgk ak hanya seorang perempuan pastu dtg bengkel pun sorang sejak awal hntar keta dulu lagi
hmm tapi apa pilihan yg ada??
oh abg bengkel, janganlah ambil kesempatan dgn keadaan sy mcm ni
pasaipa abg tak cakap awal2 yg abg xdapat nk buat kereta sy?
i don't mind n takkan kisah klu abg ckp awal2 xdpt nk siapkan sebab sy akan cari altrnatif lain like hntr gi kedai lain ke apa ke
tpi sebab awal2 abg dh janji, sy pegang janji tu..
dan sy balik ke Penang ni bukannya dekat, sy dari Kuantan nun
kalau setakat Bayan Lepas, Balik Pulau ke sy tak heran
em awal2 duluuu lagi, aku ada 2 pilihan; 1 kedai abg ni, 1 lagi kedai cina
selepas membuat timbang-tara dan memikirkan takpalah kita tolong org kita
tapi tengoklah mcm mana jadinya....
sebab nk tolong org kita punya pasal lah ni..
bukan tak tahu mcm mana beza org melayu dan cina buat keja tapi sebab nk tolong org kita..sebab nk tolong org kitaaa!
Ya Allah sedihnya!!
incoming call: Ckg Shimah
'sy call husband ckg Rokiah, dia ada kt Bagan la pulak, sat2'
few mins later,
'nmpk keta ckg Aysraf tak?'
'em tak nmpk lagipun.awat? suh ckg asyraf dtg ka?'
'ckg asyraf kt Irshad tadi, sy mntk tlg dia'
within few mins after that, nmpk sebuah kereta Peugeot masuk ke halaman bengkel.
Yes that's Ckg Aysraf!
'ha apa cerita?'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
aku cite 1 by 1 bla bla bla kt ckg
slps ckg asyraf negotiate dgn abg tu
'em esok tak dpt siap jgk la hajar tapi dia janji dgn sy Selasa ni. Awk bg kunci, duit smua dekat sy nnti hari Selasa sy mai ambik'
'terima kasih ckg!'
There're times when strangers are like family, and family are like strangers
Em Ckg Shimah, Ckg Rokiah n Ckg Asyraf memang mcm kawan, kakak n abang sndri dah
memang kamceng sejak sekolah n selalu join diorg ni gi camping ke jalan2 ke masa di Irshad dulu..
Alhamdulillah i feel better!
ak nk bercerita je huuu
em seorg rakan msg,
'ko relax2 je k'
yup apa pilihan yg aku ada..
Life is not easy huh??
Expect the unexpected??
em kena mencari tiket bas ke Temerloh lah kejap lagi sebab OJT kt Temerloh start Isnin ni, 27hb
kalau nasib baik ada, ada lah..kalau takda, call abg Samad n abg Borhan suh dtg ambik laa..best jugak boleh terbang sama2 hoho kalaulah semudah itu....
bak kata ibunda, pandai-pandailah nk hidup... baiklah

Apr 24, 2009

tade tajuk

Salam'alayk

Alhamdulillah finally ak kembali ke alam nyata!
haha mcm laa mengembara ke alam misteri, back to the future ke hehe
SYukur alhamdulillah Baktisiswa disperse secara rasminya dlm pukul 6.30ptg tdi
setelah menyelesaikan tugasan terakhir sbg cmte Transport, ACcomodation & Catering aku pun balik dgn hati yg bahagia
alhamdulillah mak K.Rif offer nk hantar smpai rumah =)
hhuuu nk tulis lagi tapi ak dh nk bertukar jadi zombie dh within few mins..

Apr 15, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Salam'alayk

Alhamdulillah hari ke-3 di rumah terchenta!
Sangat bahagia =)
Hari ini baru aku keluar menjengah dunia hehe poyo semacam je ayat
dah berjanji dgn ibunda mahu tidur di rumah ibunda hari ini maka ak merancang perjalanan dari rumah tok di Tasek Gelugor ke Jalan Masjid Negeri dgn sebaiknya..
pukul 11.30 pagi aku bergerak ke jeti bersama dgn Syakinah, sahabat se-tadika+se-sekolah rendah+se-sekolah menengah heee
kebetulan dia pun nak balik Shah Alam tgh hari tadi jadi aku pun tumpang lerr..
tiba di jeti, feri ku naiki yeay! hmhm alhamdulillah tambangnya masih RM1.20 utk org dewasa [dewasakah aku?? haha]
em mungkin disebabkan hari biasa maka feri tidak ramai orang
kalau takkk...huhu penuh dgn mat indon,bangla ja semua sampai kadang-kadang ak terasa cam ehhh kt oversea ke aku ni..??
smpai di jeti sana, aku mencari-cari rapid penang yg akan melalui KOMTAR huu
kenapa aku nak pegi KOMTAR?
sebab aku takde kunci rumah, nk masuk umah tak boleh dan mak aku pulak balik keja pkul 5..dlm 5.30 cmtu baru smpai rumah..situlah port lepak aku mcm biasa..
jadi utk memenuhi masa aku pun merayap laa! haha bajet je..padahal memang saja nk jalan2 kt shopping kompleks kt negeri terchenta pun huahua
em sampai di KOMTAR dah dekat pukul 2ptg jadi aku terus ke surau dahulu
huuu surau tetap mcm dulu, xde kemajuan punnn!tapi alhamdulillah mujur bersih dan kemas =)
1st destination: PRANGIN MALL
hehe dh puas keluar masuk kedai-kedai kt situ, naik atas turun bawah lalu aku melangkah ke GAMA- the one n only supermarket yg boleh dijumpai di Penang je- di seberang jalan nun!
hehe sebenarnya ak memang nk pegi GAMA je asalnya huahua
sebab barang2 kt GAMA memang murah, memang berbaloi!
em hampir jam 5
kaki,jomlah kita balik..nk tunggu bas lagi ni..
di tepi GAMA, aku sabar menanti rapid penang bernombor 202
sewaktu di dalam bas..
Subhanallah terharunya dpt hidup dgn aman kt negara yg masyarakat majmuk ni
segala jenis warna kulit ada! mami penang ka, nana tanjung ka semua ada
aku sekadar memerhati dan tersenyum sendiri
em tiba di jalan apa ntah lupa nama hehe
waahhh Penang Times Square dh 90% siap rupanya!! tu dia laa nak kata lamanya tak balik tanah tumpah darah terchenta huhu
pastu tetiba baru perasan ada beberapa bdk sekolah di sisi
akan tetapi ada sesuatu yg buat ak tertarik
hoho budak2 sekolah sekarang dh advance! dah takda masalah nk dye rambut gi sekolah huuu sedey..sebab bdk pompuan sebangsa+seakidah dgn aku =(
tiba-tiba loceng berdeting, ada orang nak turun..move!move!
aiyakkk aku terkagum! sebab kakak tu bertudung comey molek dah tapi tiba-tiba wujud 1 jenis makhluk plak kt atas hidung dia..kak apesal tindik hidung maa??
huuu sungguh aku confuse identiti seketika!
anak bangsaku generasi wawasan
penyambung warisan kegemilangan

huuu lagu tema masa aku kt Kem Gerak Sedar Bersepadu Dadah Kebangsaan masa form 4
uhuk tatau nk ckp apa, jdi speechless seketika..
em alhamdulillah ak berjaya tiba di Jalan Masjid Negeri dgn selamat
utk ke rumah ibunda aku perlu melintasi Masjid Negeri Pulau Pinang
'mak dah smpai belum?'
'belum lagi, baru kt traffic light sini bla bla bla'
haaaiit! em kat mana nk lepak lagi ni..??
lalu ak decide lepak kat kerusi yg ada kt perkarangan masjid negeri..
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik berusia lebih drpd separuh abad jangkaanku
'pakcik tunggu sapa?'
aiyakk apesal tetiba aku terlebih ramah plak..huuu
'tunggu cucu. kelas agama. kamu?'
'saya tunggu mak saya'
'balik keja ka?'
'eh taklah pakcik, saya belajaq lagi'
'belajaq mana?'
'UIA pakcik'
'jurusan?'
'saya ambik misi pakcik. nurse' jawab aku penuh yakin
'kenapa tak amik kedoktoran?'
huuu kenapa mesti pakcik tanya soalan yg 1 ini? hailaaa memang soalan fav sungguh kat mana-mana pun..
'sebab minat'
'dulu sekolah mana?'
'sekolah IRSHAD pakcik'
'ooo yg kat Pokok Sena tu..'
aku senyum dan angguk
'bdk Irshad bkn ka boleh pi lagi tinggi2? pakar jantung kt Island Hospital tu kalau bedah seorang boleh dpt RM18,000' pakcik menambah
huuu pakcik..jgn la buat hati saya jadi cirrhosis..
kemudian aku senyum =)
saya nk jadi front liner pakcik, aku jawab dlm hati
cuba lapangkan hati, positifkan mentaliti
takpe pakcik tu tak baca Health Today jar
[huu teringat Health Today edisi May yg baru dibeli tadi, helaian 44;
It's been said that " nurses are the heartbeat of the health care system. Without them they cannot survive"]
kemudian kami terus berbual-bual itu dan ini bla bla bla
dan hoho pakcik ni orangnya agak well-educated juga rupanya
em perkara yg menarik minat bila pakcik kata;
'kalau ada masa bacalah buku2 psikologi tentang manusia, tentang psikologi parenting etc sebab kita org agama jadi bila ilmu itu digabung dgn agama ianya akn menjadi sgt mantap dan kalau dapat peluang belajarlah tahfiz ke'
insyaAllah pakcik, terima kasih
perbualan kami berakhir bila kelibat cucu pakcik kelihatan dan aku pula meminta diri memandangkan jam sudah pukul 5.30, ya pasti ibunda sudah sampai di rumah

hoho seharian yg penuh makna!

Apr 14, 2009

Mari beramai-ramai ke Pesta Buku


Salam'alayk

KLIBF 2009 PWTC 17-26 APRIL

Seperti tahun-tahun yg sebelumnya aku akn tetap mencari ruang utk ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC walau cemana sekalipun huuu
jadi kpd sesape yg kelapangan jomlah kita pergi ke Pesta Buku beramai-ramai =)

Apr 10, 2009

Kerja Tuhan Siapa Tahu

Salam'alayk

Allahuakbar...ujian apakah akhir-akhir ini??
kes kecurian hp anje dan kejadian di bilik Kak Ess masih panas lagi
tiba-tiba pula pagi tadi,
'Vee..Mas..'
terdengar suara esakan yg memanggil-manggil nama Vee dan Mastura
waktu itu aku di compartment Kak Rif, bermastautin di situ
eh mcam suara kaYan je tu
lantas aku pun jenguk
ya itu memang kaYan, wajah suram dgn tangisan itu menimbulkan 1001 persoalan
'kaYan kenapa? hang pasaipa ni?'
'aku kena ragut jaq..aku kena ragut!'
Allahuakbar..
Ya Allah tak sampai seminggu pun lagi tapi macam2 kes bermotifkan kecurian berlaku terhadap kenalan-kenalan di sekeliling..
Pagi tadi,kaYan keluar atas urusan tertentu dgn menaiki Honda Wave miliknya
dalam perjalanan pulang ke kampus kami di Bandar Indera Mahkota
waktu itu di Jalan Bukit Ubi
ada sebuah motosikal daripada arah belakang melanggar Wave milik kayan
lalu kayan memperlahankan motosikalnya kerana memikirkan accident telah berlaku dan memandangkan waktu itu juga lampu isyarat di hadapan masih merah
sejurus selepas itu terus beg sandangnya yg kebetulan terletak di posisi kanan badan diragut kasar!
kayan cuba melawan dan mengejar tetapi oleh kerana noradrenaline telah menguasai diri hingga menyebabkan kayan shaking tahap maut maka peragut itu terlepas..

Ya Allah dugaan apakah?
apakah ini kafarah?
Atau apakah ini secebis tarbiyah?
teringat lirik lagu Kehidupan nyanyian Inteam feat Nazrey,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya...


Kepada mahkluk2 perosak alam
semoga kalian disembur pesticide yg paling advance
takpun diberi minum potassium cyanide!
Ya Allah 'adili mereka dgn selayaknya
Berilah petunjuk dan hidayah agar spesies mereka terus luput dari muka bumi!

Duhai sahabat-sahabatku, teman-teman yg dikasihi sekalian
Bertabahlah dan bersabarlah
dengan segala ujian dan dugaan
memang ianya pahit utk ditelan, sakit utk dikenangkan
tapi kita tiada daya utk menidakkan takdir dan percaturan Tuhan!
positifkan minda dan jiwa;
bahawa Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya
bahawa tarbiyah Allah itu boleh jadi apa sahaja,
boleh datang dalam pelbagai rupa..
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya
Barangsiapa bertakwa maka Allah akan membukakan jalan baginya
Bersangka baiklah dgn DIA Yang Maha Kuasa!

Kerja Tuhan siapa tahu
(Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu)

Apr 8, 2009

Nak Detektif Conan lah....huuu


Salam'alayk

Alhamdulilah OSCE berlangsung dgn jayanya walaupun terasa macam ntahpape heee..
Tawakal lah, usaha dah usaha dah..moga yg terbaik insyaAllah =)
Erm aku kena sesi pagi, last session..w.pun kami semua budak2 sesi pagi dah selesai dah part kitorg tapi kami semua tetap kena kuarantin sampai laa bdk sesi petang pulak masuk huhuhu..sengsara kot menanti!
sungguh la penantian itu satu penyeksaan huuudebar menanti OSCE

dalam pada waktu itu
kecoh telefon bimbit anje hilang!
kedua-dua telefon bimbit milik anje dicuri sekitar jam 6pagi..
sebab menurut anje, sekitar jam 4 pagi dia masih mendengar bunyi alarm telefon bimbitnya..
dan sebaik sahaja anje keluar drpd bilik utk pergi mengambil wudhu' sekitar jam 6, anje menyedari Sony Ericson W880i yg berada di atas katil telah tiada.. dan setelah puas mencari dan menggeledah kamarnya + apabila dia cuba menghubungi melalui telefon bimbit milik Yayan,
"the no. u've dialed..."
huu kemudian anje mencari telefonnya yg lagi 1, Nokia 2310 yg selalunya memang ditempatkan disebalik langsir ditepi tingkap kerana telefon yg itu memang diletakkan di situ utk tujuan mencari frekuensi radio..tiada!
Allah Allah ujiannya buat anje!

em penantian kami berakhir..dlm 1.30pm mcm tu kami akhirnya dibebaskan juga drpd tempat kuarantin!
Ya Allah nikmatnyaaa!!
mcm burung terlepas drpd sangkar kot haha
sebab kena kuarantin since pukul 7.30pagi huuu bayangkanlah..lapo weh!
bila dah dibebaskan tu barulah dapat semula h/p masing2..
dan bila buka inbox,
tengok ada mesej drpd Cik Kem,11.30am,
"Jar, dah habis exam? huu bilik aku kena masuk pencuri awal pagi tdi..huu takot!"
ehhhhh???
kebetulan apakah??
em aku tak tunggu lama, terus dial Cik Kem
"weh apa cer??"
lalu cik Kem cite A to Z apa yg telah berlaku..
"dlm pkol 5 pagi camtu, Kak Ess terjaga drpd tido sebab dengaq mcm ada org masuk bilik. terus Kak Ess panggil Bah di compartment sebelah..
disebabkan terkejut pencuri tu terus lari dan Kak Ess just nampak kelibat cmtu je, tak nmpk exact muka sebab Kak Ess tak pakai spek. Bila semua dah bangun check2 tengok pintu bilik terbuka dgn keadaan ada kunci bilik di situ.Takot gile!"
Allahuakbar!!
'Bah tertinggal kunci kt luaq ka apa?ka kunci safi?'aku tanya
'Dak lah. Rupanya tengok2 tingkap bilik Bah terbuka dgn luasnya dan barulah Bah ingat semalam dia terletak kunci bilik atas meja study..Bila call security, depa mai check semua, memang jumpa kt luar tingkap Bah ada kayu kt bwh tu"
maka fahamlah aku yg pencuri itu menggunakan kayu utk mengambil kunci melalui bilik Bah dan dapatlah dia masuk ke bilik mereka dgn mudah..
Hasilnya, Bah hilang purse, Kak Ess hilang purse+broadband huuu..
[lokasi bilik cik Kem: ground floor, roomates cik Kem: Kak Ess,Bah,Safi]

Allah Allah..dugaan apakah terhadap teman-temanku ini??

Em pukul 4ptg kami perlu berkumpul semula untuk mendengar keputusan dan komentar tentang OSCE kami..
dan saat menanti
kami semua tak sudah2 berbincang tentang 2 kes kecurian yg berlaku awal pagi tadi..
Allah..tak habis fikir weh!!
'toyol ke apa'
'pro gile laaa'
'aku kalau jmpa pencuri tu ak nk tampar smpai berdarah hidung'
'aku nk ikat,cucuk tgn kaki dia mcm waktu bedah katak time form 5 dlu'
haha macam2 suara yg kedengaran..
lucu laa pulak!!

hmm hebatnya makhluk2 perosak ni, pencuri kelas pertama..
aduhaii takkan laa sesama sahabat2 sendiri pun nk buat dajal?
What's the motive? Who's the real culprit? btol ke bdk kita?? How they do it, why bla bla bla
Allahuakbar..sungguh kami semua buntu bila fikir bab ni!
tak jumpa jalan keluar..
Persoalan yg tinggal persoalan..
tetiba rase nk panggil Detektif Conan plak huuu
abg samad pun boleh juga heee

Ya Allah berilah petunjuk + hidayah kepada makhluk2 perosak ini
Bantulah kami Ya Allah!

Erm tadi sudah diadakan solat hajat 1 blok, dan
insyaAllah esok kami squad rescue rangers heee =P akan buat operasi gempur ke sekitar Bandar Kuantan utk check kat kedai2 hp samada ada org trade-in hp anje ke tak..Itulah usaha yg terdaya buat masa ni!
Oo Allah please help us!
Yeah jom gempur!!

Apr 7, 2009

Hati Tua Ibarat Kaca

Salam'alayk

Alhamdulillah i just have another 1 clinical exam and 1 written exam to go! Yeah I can do it insyaAllah =)
Hehe sekarang aku dah boleh psycho budak-budak sciences merangkap teman-teman seblok aku dengan bahagianya
sebab
diorang semua baru nak start paper pertama, kedua camtu sedangkan aku dah nak habis dah final exam
huahuahua
setiap kali lepas solat jemaah kt surau yg kebetulannya terletak kat depan bilik aku,
"korang, nak dengar ayat psycho aku tak?"
"mende?"
"aku dah nak habis exam, tinggal 1 paper je lagi =p"
"ahhh diam ko hajar"
"shut up jar"
haha, sarcastic huh?
well, revenge! haha takdelah..
fair and square, peace!
sebab aku mula exam sangat awal daripada bdk2 yg course lain kot hehe
korang tak tahu betapa berjihadnya aku nak study di waktu orang lain semua belum exam lagi huhu takpe takpe tadehal!
learning process =)

Well,well,well this is not the core business for today okay!
It's all about gerontology paper..
Erm answering yesterday's paper, Gerontological Nursing, did realize and remind me on something.
Looking at one of the Multpile Esei Questions(MEQ) which asked about how to maintain physical and mental health of the elderly [something like that, forgot already hehe]
oh gosh!! the phrase came across my mind;

DEALING WITH THE ELDERLY IS LIKE HANDLING A PIECE OF GLASS

Yes that's true.
I admit it.
Bila usia semakin meningkat apatah lagi menjengah ke usia emas ironinya fizikal akan berubah,begitu juga dgn emosi dan segala bagai akan berubah.
Umpama sebuah kereta yang cantik lagi segak dan bergaya di awal waktu membelinya tetapi lama kelamaan mula rosak di sana sini,sahamnya jatuh dimamah usia..
Aging process is an inevitable process!

Have you ever seen a signage saying;
"Do not touch. Once broken consider sold!"
Hati tua ibarat kaca
Tersilap cara, tidak kena gaya kaca akan retak malahan jika daya yang dikenakan ke atasnya adalah lebih kuat maka kaca akan pecah, retak seribu..
kerana
sifat kaca itu adalah rapuh, mudah pecah. Fragile.
Begitulah juga dengan jiwa seorang warga tua.
Lewat usia ini, jiwanya amat sensitif. Mudah terluka.
Adakalanya kita tidak pernah terniat untuk menyakiti, apatah lagi melukai namun niat itu disalahertikan
Bila percakapan atau perbuatan mereka cuba diperbetulkan
"Aku lebih lama makan garam daripada kamu semua"
kita disalahtafsirkan..
Adakala bila kemahuan mereka tidak diturutkan atas sebab kekangan masa yg begitu menekan
"aku sedar siapa aku. Aku sekadar bebanan kepada kamu semua"
Rajuk hati menjadi balasan..
"Aku tak suka itu, aku tak suka ini"
Leteran demi leteran dan bebelan demi bebelan yang kadangkala sampai membingitkan telinga
Arghhh sukarnya mahu memahami jiwa seorang tua!
Begitukah yg kita rasa?
Tetapi itulah hakikat jiwa seorang dilewat usia!

Elderly is twice a baby! [Community Health Nursing subject]

Ya memang benar
Tidak dinafikan sama sekali ungkapan di atas
sebab
aku hidup dalam dunia itu
dunia di mana dikelilingi dengan mereka-mereka yg berusia emas ini
pengalaman tinggal bersama dgn tok sejak kecil menjadikan aku seorang yg memahami,agak peka dan berhati-hati dalam berurusan dgn golongan seperti mereka..
My dearest grandma, Rokiah Mat, my dearest Tok Long, Habsah Mat [my grandma's sister] and my beloved great grandmother, Zainab Hussin.
What a precious experience Allah has granted to me-living with these people since I was young!


Lantas, bagaimana harus mahu berurusan dgn jiwa sekeping kaca ini?
Dealing with a fragile heart?
The keyword is = SATH BA RA
Kitalah yg perlu banyak bersabar
dengan segala karenah, leteran dan sebagainya
Kitalah yg perlu melatih diri agar lebih berhati-hati
kerana kaca sifatnya tidak gagah,mudah pecah
Jiwa lewat usia ini amat perlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kita
Spend more time with them so that they can feel the sense of belonging
Take them out to somewhere they like such as garden etc
To those who stay further away, ring them frequently thus they don't feel lonely
Please,please and please don't put stress on them!
Thanks a lot tok for growing me up until what I am right now

Fahami,sayangi dan selamilah sekeping hati insan di lewat usia
kerana
suatu hari nanti,kita semua akan dimamah usia jua!

Kitakan hamba

Apr 3, 2009

A HandOver


Salam'alayk

Seusai solat Subuh dan menyelak kalam Allah, aku termenung

mengintai suasana pagi melalui jendela kamar Kak Siti

Subhanallah nyaman dan tenang!

Aku suka

Rutin pagi yg jarang ditinggalkan..

Bilik Kak Siti jadi kamar peraduan utk semalaman mlm Jumaat

sengaja mencari kelainan suasana

Hmm..hari ni tampuk kepimpinan negara bakal bertukar tangan

PAK LAH in Memory

Jasamu dikenang

"Macam mana ni Kak Siti?"

kami berdua berpandangan, bertafakur bersama...

Ya Allah andai ini yg terbaik utk kami semua

peliharalah agar bumi Islam Malaysia ini Islam bukan hanya pada nama

ameeen

Apr 2, 2009

TAKING AN EXAM tip

Salam'alayk

just wanna share a health tip from Health Today magazine, April 2009 edn.

EAT RIGHT FOR POWER!

TAKING AN EXAM

For immediate energy just before an exam, drink a glass of juice.
It contains simple sugars that are easily digested and absorbed by the body.
"Eat a regular meal three hours before the exam so you'll have an adequate supply of blood glucose for the brain," advises Liezl Marinay (a member of the Institute of Human Nutrition and Food, Univesity of the Philippines-Los Banos College of Human Ecology).
"[Without food] you will not remember things or might even have a mental block," Nieves Serra (Chief Dietician at The Asian Hospital and Medical Center,Philp).

[Health Today, April 2009, p21]

Apr 1, 2009

Welcome to My Life SOLUSI

Salam'alayk

2nd paper for final exam is over. Alhamdulillah.
after having my lunch with anje and the rest
aku merayap ke bilik Kak Siti sementara menanti waktu Zohor masuk..
tiba-tiba ternmpk ada majalah di atas katil Kak Siti
ehh majalah picisan apakah??? heee
lalu aku ambil, belek dan telek..
Subhanallah bestnya! menarik dan tertarik heee
terus aku jatuh chenta tak perlu pandang dah haha
SOLUSI
unik namanya. sebuah majalah ilmiah yg berorientasikan motivasi dan panduan fardhu ain kepada ummah terbitan Telaga Biru Sdn Bhd[hehe promo..promo]
antara kolumnisnya ialah Ust Zahazan Mohamed, Ust Hasrizal Abd Jamil, Ust Zaharudin, Ust Pahrol Mohd Juoi, Fatimah Syarha etc
aku kira kalau sesape yg malas2 nk buka rujukan lain tentang hal2 fardhu ain yg berkaitan dsb sebagai contoh, cukuplah SOLUSI sebagai teman =)
sebab SOLUSI amat sarat dgn ilmu
argghh sungguh aku teruja!

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni