Apr 8, 2009
Nak Detektif Conan lah....huuu
Salam'alayk
Alhamdulilah OSCE berlangsung dgn jayanya walaupun terasa macam ntahpape heee..
Tawakal lah, usaha dah usaha dah..moga yg terbaik insyaAllah =)
Erm aku kena sesi pagi, last session..w.pun kami semua budak2 sesi pagi dah selesai dah part kitorg tapi kami semua tetap kena kuarantin sampai laa bdk sesi petang pulak masuk huhuhu..sengsara kot menanti!
sungguh la penantian itu satu penyeksaan huuudebar menanti OSCE
dalam pada waktu itu
kecoh telefon bimbit anje hilang!
kedua-dua telefon bimbit milik anje dicuri sekitar jam 6pagi..
sebab menurut anje, sekitar jam 4 pagi dia masih mendengar bunyi alarm telefon bimbitnya..
dan sebaik sahaja anje keluar drpd bilik utk pergi mengambil wudhu' sekitar jam 6, anje menyedari Sony Ericson W880i yg berada di atas katil telah tiada.. dan setelah puas mencari dan menggeledah kamarnya + apabila dia cuba menghubungi melalui telefon bimbit milik Yayan,
"the no. u've dialed..."
huu kemudian anje mencari telefonnya yg lagi 1, Nokia 2310 yg selalunya memang ditempatkan disebalik langsir ditepi tingkap kerana telefon yg itu memang diletakkan di situ utk tujuan mencari frekuensi radio..tiada!
Allah Allah ujiannya buat anje!
em penantian kami berakhir..dlm 1.30pm mcm tu kami akhirnya dibebaskan juga drpd tempat kuarantin!
Ya Allah nikmatnyaaa!!
mcm burung terlepas drpd sangkar kot haha
sebab kena kuarantin since pukul 7.30pagi huuu bayangkanlah..lapo weh!
bila dah dibebaskan tu barulah dapat semula h/p masing2..
dan bila buka inbox,
tengok ada mesej drpd Cik Kem,11.30am,
"Jar, dah habis exam? huu bilik aku kena masuk pencuri awal pagi tdi..huu takot!"
ehhhhh???
kebetulan apakah??
em aku tak tunggu lama, terus dial Cik Kem
"weh apa cer??"
lalu cik Kem cite A to Z apa yg telah berlaku..
"dlm pkol 5 pagi camtu, Kak Ess terjaga drpd tido sebab dengaq mcm ada org masuk bilik. terus Kak Ess panggil Bah di compartment sebelah..
disebabkan terkejut pencuri tu terus lari dan Kak Ess just nampak kelibat cmtu je, tak nmpk exact muka sebab Kak Ess tak pakai spek. Bila semua dah bangun check2 tengok pintu bilik terbuka dgn keadaan ada kunci bilik di situ.Takot gile!"
Allahuakbar!!
'Bah tertinggal kunci kt luaq ka apa?ka kunci safi?'aku tanya
'Dak lah. Rupanya tengok2 tingkap bilik Bah terbuka dgn luasnya dan barulah Bah ingat semalam dia terletak kunci bilik atas meja study..Bila call security, depa mai check semua, memang jumpa kt luar tingkap Bah ada kayu kt bwh tu"
maka fahamlah aku yg pencuri itu menggunakan kayu utk mengambil kunci melalui bilik Bah dan dapatlah dia masuk ke bilik mereka dgn mudah..
Hasilnya, Bah hilang purse, Kak Ess hilang purse+broadband huuu..
[lokasi bilik cik Kem: ground floor, roomates cik Kem: Kak Ess,Bah,Safi]
Allah Allah..dugaan apakah terhadap teman-temanku ini??
Em pukul 4ptg kami perlu berkumpul semula untuk mendengar keputusan dan komentar tentang OSCE kami..
dan saat menanti
kami semua tak sudah2 berbincang tentang 2 kes kecurian yg berlaku awal pagi tadi..
Allah..tak habis fikir weh!!
'toyol ke apa'
'pro gile laaa'
'aku kalau jmpa pencuri tu ak nk tampar smpai berdarah hidung'
'aku nk ikat,cucuk tgn kaki dia mcm waktu bedah katak time form 5 dlu'
haha macam2 suara yg kedengaran..
lucu laa pulak!!
hmm hebatnya makhluk2 perosak ni, pencuri kelas pertama..
aduhaii takkan laa sesama sahabat2 sendiri pun nk buat dajal?
What's the motive? Who's the real culprit? btol ke bdk kita?? How they do it, why bla bla bla
Allahuakbar..sungguh kami semua buntu bila fikir bab ni!
tak jumpa jalan keluar..
Persoalan yg tinggal persoalan..
tetiba rase nk panggil Detektif Conan plak huuu
abg samad pun boleh juga heee
Ya Allah berilah petunjuk + hidayah kepada makhluk2 perosak ini
Bantulah kami Ya Allah!
Erm tadi sudah diadakan solat hajat 1 blok, dan
insyaAllah esok kami squad rescue rangers heee =P akan buat operasi gempur ke sekitar Bandar Kuantan utk check kat kedai2 hp samada ada org trade-in hp anje ke tak..Itulah usaha yg terdaya buat masa ni!
Oo Allah please help us!
Yeah jom gempur!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."
'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni
erm,maaf sbb susahkan semua org.nje bukan nak sangat hp tu smula, cuma nje nak cari sape dajalnya tu. sampai lobang cacing nje akan cari.huh!!! sbb mungkin dia akan lakukan hal yg sama pd org lain pula...ape2 pun, terima kasih byk2 sahabat!
ReplyDeleteala lepak rr nje.. xdehal lah! =)
ReplyDeletemoga dimudahkan anje cari pencuri yang xda hati perut tue..xtau nak kata pa.moga pencuri dapat diberi pengajaran yang sewajarnya.
ReplyDelete