Apr 15, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Salam'alayk

Alhamdulillah hari ke-3 di rumah terchenta!
Sangat bahagia =)
Hari ini baru aku keluar menjengah dunia hehe poyo semacam je ayat
dah berjanji dgn ibunda mahu tidur di rumah ibunda hari ini maka ak merancang perjalanan dari rumah tok di Tasek Gelugor ke Jalan Masjid Negeri dgn sebaiknya..
pukul 11.30 pagi aku bergerak ke jeti bersama dgn Syakinah, sahabat se-tadika+se-sekolah rendah+se-sekolah menengah heee
kebetulan dia pun nak balik Shah Alam tgh hari tadi jadi aku pun tumpang lerr..
tiba di jeti, feri ku naiki yeay! hmhm alhamdulillah tambangnya masih RM1.20 utk org dewasa [dewasakah aku?? haha]
em mungkin disebabkan hari biasa maka feri tidak ramai orang
kalau takkk...huhu penuh dgn mat indon,bangla ja semua sampai kadang-kadang ak terasa cam ehhh kt oversea ke aku ni..??
smpai di jeti sana, aku mencari-cari rapid penang yg akan melalui KOMTAR huu
kenapa aku nak pegi KOMTAR?
sebab aku takde kunci rumah, nk masuk umah tak boleh dan mak aku pulak balik keja pkul 5..dlm 5.30 cmtu baru smpai rumah..situlah port lepak aku mcm biasa..
jadi utk memenuhi masa aku pun merayap laa! haha bajet je..padahal memang saja nk jalan2 kt shopping kompleks kt negeri terchenta pun huahua
em sampai di KOMTAR dah dekat pukul 2ptg jadi aku terus ke surau dahulu
huuu surau tetap mcm dulu, xde kemajuan punnn!tapi alhamdulillah mujur bersih dan kemas =)
1st destination: PRANGIN MALL
hehe dh puas keluar masuk kedai-kedai kt situ, naik atas turun bawah lalu aku melangkah ke GAMA- the one n only supermarket yg boleh dijumpai di Penang je- di seberang jalan nun!
hehe sebenarnya ak memang nk pegi GAMA je asalnya huahua
sebab barang2 kt GAMA memang murah, memang berbaloi!
em hampir jam 5
kaki,jomlah kita balik..nk tunggu bas lagi ni..
di tepi GAMA, aku sabar menanti rapid penang bernombor 202
sewaktu di dalam bas..
Subhanallah terharunya dpt hidup dgn aman kt negara yg masyarakat majmuk ni
segala jenis warna kulit ada! mami penang ka, nana tanjung ka semua ada
aku sekadar memerhati dan tersenyum sendiri
em tiba di jalan apa ntah lupa nama hehe
waahhh Penang Times Square dh 90% siap rupanya!! tu dia laa nak kata lamanya tak balik tanah tumpah darah terchenta huhu
pastu tetiba baru perasan ada beberapa bdk sekolah di sisi
akan tetapi ada sesuatu yg buat ak tertarik
hoho budak2 sekolah sekarang dh advance! dah takda masalah nk dye rambut gi sekolah huuu sedey..sebab bdk pompuan sebangsa+seakidah dgn aku =(
tiba-tiba loceng berdeting, ada orang nak turun..move!move!
aiyakkk aku terkagum! sebab kakak tu bertudung comey molek dah tapi tiba-tiba wujud 1 jenis makhluk plak kt atas hidung dia..kak apesal tindik hidung maa??
huuu sungguh aku confuse identiti seketika!
anak bangsaku generasi wawasan
penyambung warisan kegemilangan

huuu lagu tema masa aku kt Kem Gerak Sedar Bersepadu Dadah Kebangsaan masa form 4
uhuk tatau nk ckp apa, jdi speechless seketika..
em alhamdulillah ak berjaya tiba di Jalan Masjid Negeri dgn selamat
utk ke rumah ibunda aku perlu melintasi Masjid Negeri Pulau Pinang
'mak dah smpai belum?'
'belum lagi, baru kt traffic light sini bla bla bla'
haaaiit! em kat mana nk lepak lagi ni..??
lalu ak decide lepak kat kerusi yg ada kt perkarangan masjid negeri..
di hujung kerusi sana ada seorang pakcik berusia lebih drpd separuh abad jangkaanku
'pakcik tunggu sapa?'
aiyakk apesal tetiba aku terlebih ramah plak..huuu
'tunggu cucu. kelas agama. kamu?'
'saya tunggu mak saya'
'balik keja ka?'
'eh taklah pakcik, saya belajaq lagi'
'belajaq mana?'
'UIA pakcik'
'jurusan?'
'saya ambik misi pakcik. nurse' jawab aku penuh yakin
'kenapa tak amik kedoktoran?'
huuu kenapa mesti pakcik tanya soalan yg 1 ini? hailaaa memang soalan fav sungguh kat mana-mana pun..
'sebab minat'
'dulu sekolah mana?'
'sekolah IRSHAD pakcik'
'ooo yg kat Pokok Sena tu..'
aku senyum dan angguk
'bdk Irshad bkn ka boleh pi lagi tinggi2? pakar jantung kt Island Hospital tu kalau bedah seorang boleh dpt RM18,000' pakcik menambah
huuu pakcik..jgn la buat hati saya jadi cirrhosis..
kemudian aku senyum =)
saya nk jadi front liner pakcik, aku jawab dlm hati
cuba lapangkan hati, positifkan mentaliti
takpe pakcik tu tak baca Health Today jar
[huu teringat Health Today edisi May yg baru dibeli tadi, helaian 44;
It's been said that " nurses are the heartbeat of the health care system. Without them they cannot survive"]
kemudian kami terus berbual-bual itu dan ini bla bla bla
dan hoho pakcik ni orangnya agak well-educated juga rupanya
em perkara yg menarik minat bila pakcik kata;
'kalau ada masa bacalah buku2 psikologi tentang manusia, tentang psikologi parenting etc sebab kita org agama jadi bila ilmu itu digabung dgn agama ianya akn menjadi sgt mantap dan kalau dapat peluang belajarlah tahfiz ke'
insyaAllah pakcik, terima kasih
perbualan kami berakhir bila kelibat cucu pakcik kelihatan dan aku pula meminta diri memandangkan jam sudah pukul 5.30, ya pasti ibunda sudah sampai di rumah

hoho seharian yg penuh makna!

1 comment:

  1. awat x habaq jer...kalau semua org nak jd doktor, sape nak jd nurse yg solehah? xkan nak biar org2 yg xtau ilmu agama conquer nursing...

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni