Oct 29, 2010

Kamu yang Malang

Henset hilang. Nak cakap apa? Gelak berdekah-dekah lagi ada laa kahkahkahkah..

Haha sebabnya henset aku tu buruk gile, sesungguhnya buruk sampai tak nampak rupa henset dah haha sungguuhhhh, tak caya tanyalah budak-budak ni. Siap ada yang suruh beli henset lain pun ada sebab kesian tengok henset aku ahahahaha.. tapi haiilaa ada juga orang berkenan henset aku yang super chantek dan canggih itu? Tapi yelah memang silap sendiri pun sebenarnya sebabnya aku pi tinggal pencil case kat tepi koridor luar exam hall. Henset pula aku letak dalam tu. Bijak sungguh laa. Baju kurung takda poket hari ni.Tetapi nak katanya deria bau dia kuat sungguh laa kan sebab boleh hidu henset aku dalam pencil case? Haha nak jadi cerita...

Aduss sungguh laa buat aku tepuk kepala dan gelak sepanjang masa. Apa yang lawaknya? Sebab orang yang curi henset aku tuh memang malang gilo lahh!! haha sebab henset Samseng aku memang la flip, tapi confirm once bila dia buka tengok dalam tu mesti dia terkejut biawak punya! Haha sebab semua button huruf nak taip segala bagai dah tanggal kot wakakaka kesian gilaa....Mesti dia pening kepala cemana nak guna haha kesian kesian..aku jelah yang tau cemana nak guna nak tekan apa hehehe.. Pulak tu kalau kata la dia nak gi trade in kat kedai pun sumpah tak laku punya! kahkahkah.. sebab memang huduh aku cakap haha...orang kedai pun tengok sebelah mata jaa..Hmm dah la ada password untuk buka henset tu hahaha kalau dia berjaya..Haha itu kan henset second hand sahaja yang harganya tidak lebih seratus ringgit pun dan dibeli sebab henset ak jatuh dalam air suatu ketika dahulu hehehe..

So aku takda la rasa ralat sangat. Baru je balik dari Celcom Centre pergi buat simkad baru. Henset baru?? Ohh tidak mengapalah. Daripada nak beli henset baru baik aku gi beli G12 muahaha sebab kecintaan terhadap kamera jauhh lebih hebat daripada kecintaan terhadap henset! Asal boleh mesej dan call sudahhh.. Bukan salah ibu mengandung ok. Afisha kata nak pinjamkan henset dia yang lagi satu tu..Thanks in advance.

Cumanya 1 benda jelah buat aku terkilan. Jenuhh laa nak cari balik segala contact no. kenalan rakan dan taulan serta cikgu-cikgu yang sudah jarang jumpa! Fuhh nasib baik semalam sempat mesej dekat cikgu-cikgu minta tolong doakan aku untuk final exam. Erm tidak mengapa. Pasti akan ada jalan keluar. Lepak sudaa...

Sebelum ini aku jarang juga bawa henset pergi exam tetapi sejak peristiwa masa final exam sem lepas yang aku tersilap venue, gilo gelabah taktau nak cakap, dah la tak bawa henset ah sudaaa.. Nasib baik jumpa seorang junior kat tengah jalan, dapat pinjam henset dia untuk contact lecturer. Mujur la juga dia ada contact no. lecturer tuh. Haishhh...Kalau tak selamat laaa aku terlepas satu paper last sem huhu...Lepas tuh memang aku tak tinggal dah henset kat bilik time nak pergi exam. Trauma kott!

Sebenarnya kejadian hari ini Allah nak uji orang yang lalu-lalang di tepi koridor. Dan aku pula jadi insan terpilih untuk dikorbankan henset yang kudus itu. Jadi takpe ah. Redha sudahh... Dugaan hari Jumaat.

Jadi sekarang apa cerita? Teruskan hidup macam biasa yeah dan nanti pergi pinjam dahulu henset Afisha. Andaikata ada bajet lebih selepas beli G12 baru berfikir tentang henset okeh. Atau ada sesiapa mahu membuat amal kebajikan nak bagi saya henset percuma? Kecik tapak tangan, padang bola saya tadahkan!

Kepada kamu yang tangan panjang, semoga ini jadi pengajaran untuk kamu agar tidak meneruskan lagi kegiatan ini. Tengokk sia-sia je nak curi henset tetapi malangnya kamu merugikan dan mensia-siakan diri kamu sahaja. Kamu yang malang bukan saya. 

Saya nak gelak guling-guling lagi kahkahkahkahkahkah~

Oct 28, 2010

Ini gambar di skrin versi yg telah diedit sket oleh Moja the Sifu. Gmbr ori dekat flickr hee~
||Panorama Hill view; Sunrise||

Unzur ma qala
La tanzur man qala! 

Lihatlah apa yang diperkatakan
Jangan lihat siapa yang memperkatakan

Oct 27, 2010

TRUST Him

Atas apa jua yang kita kerjakan
setelah segala usaha dicurahkan
setelah lafaz doa sentiasa dipanjatkan
berserahlah...
Berserahlah kepada-NYA
kerna DIA Maha Tahu segala apa yang tidak kita ketahui!
Tetapi sentiasalah beringat
Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi
agar saat kita jatuh menyembah bumi
kita tidak akan serik untuk terbang lagi...

Teruskan berdoa kerna kekuatan doa itu sangatlah dahsyat
Janji ALLAH itu pasti amat
Percayalah dan yakinlah dengan-NYA pada setiap saat 
Percaturan ALLAH tak pernah salah wahai sekalian umat!!


~Leave the rest to ALLAH~

Slow down
Calm down
Don't Worry
Don't Hurry
Trust ALLAH
HE knows best~

p/s: stalker kelas pertama sila ingat ini sampai bila-bila

Suatu Pagi Buta

A:kalau hg berkawan ngan somebody, hg harapkan apa2 x..?
B:haii mimpi apa la hg ni tny soalan cmni pepagi buta nih

A:erm...im expect better answer
B:em tak sgt kot. ntah. ikut keadaan. tpi ak selalu pegang 'in whatever u do,don't put your hope so high'
A:hahaha
xde larh
sje nk tanya view hg
mmg la kita xletak harpan tinggi, tapi jika nak dibandingkan usaha kita menjaga persahabatan, seharusnya dibayar setimpal ngan kesungguhan kita berkawan
hg xkan xterdetik atau merungut..?
B:sebab tu ak slalu ingatkn diri don't put your hope so high. after usaha n segala bagai, leave the rest to Allah. He knows best
A:erm...kuat juga hg
B:sebab kalau nk berharap utk setiap bnda yg kta lakukan, memang jiwa kcau seumur hdup. so berserah dan yakinlah Allah tahu apa yg tidak kita ketahui
A:so, just assume eh
just assume
anggap je eh..bukan betol2
aq bg cth
mcm kes 24 hours tuh
hg tlg kwn hg
then let assume its totlly effect ur exam
and then
kwn yg hg tolong tuh, xtolong hg bila hg dlm kesusahan
so..what ur response??
B:assume ermmm ntah la tak juga kot
oh kes tu erm
ak sntiasa percaya yg janji Allah itu pasti. kalo dia tak tlg, ak redha lah. anggap ni takdir, Allah nk uji ak. Give u shall receive. As long as kta yakin dgn Allah, i.Allah pertolongan ALlah tu sentiasa ada
A:ouh okk
B:apapun yg berlaku dlm hdup ini sbnrnya Allah nk uji sejauh mana keyakinan kta terhadp DIa je
weii ak suh hg motivate bdk demotivated td nii terbalik dah
A:actually, secara hg xsedar, aq guna method ke2 utk motivate kan hg
B:hah blah laa
A:ni la method 2
hg prefer yg ni ker or yg first td..?
hahaha
B:heh cover line
siot arr
A:betol
ni la kita panggil reverse pschology
biar pesakit tu explore seniri
B:tipu ak! bengong
A:n biar pesakit tu bagi jawapan
B:ok marka ak dah bising2
A:actually jawapan pada setiap masalah, ada dlm diri
eleh..cover line ngan marka
B:terima kasih atas sandiwara anda
A:tp actually sambil selam minum ayaq
aq mmg nak tanya soalan tuh pon
sbb soalan aq mmg sesuai ditanya waktu hg x bermotivasi mcm nieh
so, i apreciate ur given answer
B:cehhhhh buhsan glerrr
A:i locked it in my mind
and u realize me
B:alasan tak bleh blah
A:betol..kalau hg tanya kwn2 aq, depa kata aq dah gila
selalu suka marah
cepat melenting
once, aq melenting kt kawan aq dlm lecture
sbb maybe...u give me da answer..sbb aq letak high expectation
bila berkawan
dulu aq selalu buat baik, tp aq merungut, kenpa aq xdapat bayaran yg setimpal ngan apa yg aq buat
n tonight u gave me de answer
thanx sgt2
B:so after this hg kena ubah mind set. usaha kemudian doa kemudian tawakal. kekuatan doa itu sangatlah dahsyat! percayalah. then don't put ur hope so high. Percayalah yg Allah takkan sia-siakn hambaNya
A:yeah thanx...
B:nanti ak letak entry best kt hg kt blog. tp bukan mlm ni sbb internet ak bengong
A: ..(..fuh lega..dia xmarah aq..)
B:ingat keja ak marah ja ka

Water Strider

Hari ini bangun awal sebab semalam syahid awal kahkahkah.. Erm di kala orang lain sibuk bersiap untuk ke library JHC untuk study, aku pula sibuk merencana mahu ke Taman Gelora bagi mencari track batu refleksologi dan menghirup udara pagi. Kegilaan yang sukar dibendung! No offense.
Melangkah ke luar dengan niat mahu mencari water strider thehehehe...Pergi dengan ditemani oleh malaikat Raqib dan 'Atib. Singgah di JHC terlebih dahulu kerana mahu memulangkan buku di perpustakaan. JHC ialah Jalan Hospital Campus tempat kami warga nursing menuntut ilmu. Akal merencana mahu pekena mee sup Kak Yah balai polis di hadapan JHC. Tetapi bila tiba, tengok semua clear! Hah biar betul??! Tengok jam. Baru pukul 9 pagi tapi...Uishh awal la pulak habis hari ni..huhu tak pe ah takde rezeki.

Erm setibanya di traffic light yang menghala ke Tanjung Lumpur-Beserah-Teluk Cempedak mata terpandang sesuatu di sebelah kiri. Kebetulan lampu isyarat merah waktu itu. Eh ada skrin baru! Besar la jugak. Di skrin itu ditayangkan 'Selamat Datang ke Kuantan', 'Kuantan Gerbang Pantai Timur' dan adalah gambar sultan Pahang semua sempena hari keputeraan baginda pada hari Isnin lalu.
Elok je lampu isyarat dah hijau, kemudian aku nampak sesuatu yang amat aku kenal dekat skrin itu. Eh itu gambar aku!! Aku semacam termenjerit dalam kereta wakaka macam kena sampuk pun ada. Oh my God! Glemer ah weh! Satu Kuantan tengok gambar aku wakaka.. Gambar aku di situ bukanlah bermaksud gambar paras rupaku akan tetapi gambar yang aku menang antara 10 hadiah saguhati pertandingan fotografi anjuran Majlis Perbandaran Kuantan awal tahun hari itu. Ohhh hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan! Hati berbunga riang kuang kuang kuang.. Alhamdulillah syukur!

Haishh ini yang buat tak sabar nak beli DSLR nih! hehe dana dah cukup ni Cik Kem. So cemana? Haha jenuh la nanti Cik Kem ketuk kepala sebab aku dok trigger dia kahkahkah.. Takpa Cik Kem aku rembat G12, hang ambik la D90. Bajet hang kan up sket hehehe.. Lagipun DSLR aku kan dah masuk dalam wish list tutttt. Haha hang mengertikan? Hahahaha...To be determined wokehh!

Aku tiba di Taman Gelora sekitar jam 9.30 pagi. Orang masih boleh dikata ramai juga. Tetapi lebih ramai kaum Cina daripada bangsa aku. Tarahal punya. Kaki melangkah laju menuju ke track batu refleksologi yang kurang lebih semacam menjadi penyambut tetamu juga kerana lokasinya yang agak terkehadapan. Selipar di tanggal dan langkah dihayun satu persatu. Perghh best gilaa wa cakap sama lu! Heaven. Sakit la juga tetapi best. Alah bisa tegal biasa!

Udara sejuk melingkari tubuh. Sangat bahagia. Kemudian setelah tiba di hujung sana, langkah diatur ke tepi pantai pula. Duduk di bangku simen menghadap laut. Port baikk punya! Sentimental wooo ingat apa ka.. haha teragiga bahagia! Suka suka suka suka suka suka. Infiniti punya suka. Kemudian aku menarik nota di dalam beg sekolah. Baru sahaja membaca muka surat pertama nota Introduction to Nursing Management and Organization kemudian tiba-tiba ada mesej masuk.
'Hajq, hg ktne'
'Kt luar.Td p hntr bku kt jhc. Awat zyla?'
'Ak dri td cirit birit n muntah. Nak minta tolong beli makanan kat Kak Ana jap. Nasi goreng ka apa yang tak pedas.Nak isi perut. Taktau buat cemana'
'Ok2 bole. Em aku ada ubat cirit birit. Satgi aku balik. Minum teh kelat dulu'

Alamak baru je semangat nak study tapi.. Haishh hang kan nurse. So dok nganga apa lagi? Balik laa cepat! Terus sahaja ak mesej Cece (my private doctor merangkap senior sekolah dulu);

'Slm. Cece org pregnant boleh ambil ubat diarrhea like lomotil + antiemetic tak? A friend of mine diarrhea n muntah. Dia pregnant'
'Bole ubat muntah..Lomotil tak sure. Kena baca'
'Ok thanks'
Singgah di kedai atas seketika kerana gigih mahu mencari sup ayam juga beserta air barli. Itu lagi satu kegilaan yang sukar dibendung; mencari sup di pagi hari. Alhamdulillah jumpa. Lalu terus pulang ke kampus Indera Mahkota dan singgah seketika di IIUM Clinic kerana mahu bertanya Staff Nurse atau doktor samada orang pregnant boleh ambil lomotil atau tidak. Jawapannya boleh. Peringatan kepada sesiapa sahaja; Orang pregnant tidak boleh mengambil dadah sewenang-wenangnya. Sila rujuk any healthcare practitioner terlebih dahulu.

Alhamdulillah berjaya tiba di bilik Mar yang hanya selang beberapa bilik sahaja dari bilik ak kerana Zyla bermastautin di situ. Oh lupa Mar ada presentation pagi ni, Aina pula exam. Haishh kesian kawan aku sorang nih. Dah rupa macam mayat hidup pun ada. Pucat sungguh dia!

Lepas makan sket, dia nampak segar dan bertenaga. Fuhh lega~
Hmm so kesimpulannya jumpa water strider takk?? Hehe biarlah rahsia...wakaka sejak bila ak pandai buat ayat cenggini nih haaaa?

Jumpa. Sebab water strider = happiness. So bila aku balik dengan ada sedikit perasaan bahagia so kira jumpa laa. Haha ini semua Tsuki no Koibito punya angkara!!
Tabahlah wahai diri
atas apa jua yang kau harungi!

Mahu keluar mencari water strider lah~


Oct 26, 2010

Mahu menulis sesuatu 
tetapi arghhh sudah tidak mampu
Berat mata berat kepala
Harus tidur dengan kadar segera!
Lain kali cerita~

p/s: itupun nak bagitahu ke? wakaka whateverr

Oct 22, 2010

Selamat hari Jumaat

Selamat hari Jumaat~

Man jadda wa jada
Man zar'a hasoda
Man sarra wasola

Ok jom pi pekena roti canai di warung Pak Lah! 
Kemudian merayap ke pantai Taman Gelora mungkin haha
plan baikk punya~

Res Ipsa Loquitur

Pagi tadi kami exam subjek Issues in Nursing. Akan tetapi boleh dikatakan 80% keluar soalan tentang Medical Law termasuklah essay segala bagai! Gilo~

Sekarang aku sudah terasa sebagai budak law. Tidak lagi sebagai budak nursing. Owh bangganya aku menjawab soalan tadi!

Ingatkan ak sorang sahaja yang mereng tahap luar alam rupanya yang lain-lain pun sama sahaja hahaha

Major in nursing. Minor in acting. Double degree law. Perghh hebat tahap apa pun tatau nih!
Res Ipsa Loquitur. The thing speaks for itself. Haha cubalah kaitkan istilah ini dengan tajuk di atas jika anda punya kerajinan tahap super~ 
takda kaitan pun sebenarnya kahkahkah

24hrs on the road

19.10.2010
Jam sudah menunjukkan pukul 8.15malam. Aku baru bergigih memakai telekung. Berkejaran menuju ke surau yang terletak di aras dua ini juga. Isya' masuk pukul 8.05 malam. Allah confirm kena masbuk dah ni!


Setibanya di surau, saf hadapan sudah penuh. Kemudian terperasan kelibat Ramlah, ex-roomate di hujung sana. Dia menegur,

'Hajar dah tau kan?'
'Tau apa?'
'Ayah Farah dah tak ada'
'Farah?? Farah mana?'
'Farah Faiqah lah'
'Hah??Allah...'
Lantas aku berlari semula ke bilik kerana mahu mengkhabarkan kepada Anje. Kata Anje, Anje baru sahaja dapat mesej. Allah Allah.. Aku meraup wajah. Terasa jantung berdetak dengan kencangnya. Lalu aku bergerak semula ke surau untuk mengadap Ilahi.
Seusai solat, aku bersiap seberapa segera kerana mahu mendapatkan Farah secepat mungkin. Tangga ke blok M5 didaki hingga ke tingkat 4 sana. Bilik Farah dikerumuni. Aku tatap wajah Farah. Dia kelihatan sugul sekali. Sedih, hiba semuanya berpadu. Aku melangkah setapak dua ke hadapan memegang tangan Farah dan kemudian memeluk dirinya. Dia merangkul kemas. Menangis semahunya di bahu ini. Menangislah sahabat. Menangislah sepuasnya andai itu yang dapat mengurangkan sesak di dada. Seketika terimbau, beginilah juga keadaan diriku sewaktu menerima berita mengejut tentang pemergian ayahanda. Deja Vu.

Farah sahabat seperjuangan sejak di Irshad. Aku mengenali Farah sejak di tingkatan 3 sebelum dia berhijrah ke Irshad sewaktu kami tingkatan 4. Dialah guru add-math terbaeekk pernah aku kenali. Sangat sabar mengajar diriku yang mangkuk hayun sungguh bab ilmu hisab nih.Semoga Allah menganugerahkan ketabahan dan kesabaran luar biasa buat kamu.


Keluarga Farah menetap di Sarawak sejak setahun yang lalu kerana ayahnya ditugaskan mengajar di sana. Arwah meninggal maghrib 19.10.2010 setelah collapse secara mengejut sewaktu sedang membuat dialisis. 2-3 hari sebelum itu arwah sudah masuk wad kerana tidak sihat.
'So cemana nih? Nak balik Kulim dengan sapa lagi?'
Akhirnya setelah sedikit perbincangan dibuat ak akan memandu kereta Farah bersama Huda dan Aida menemani dan konvoi dengan kereta sepupu Farah yang baru tiba dari Terengganu sebentar tadi. Kereta Farah akan ditinggalkan di rumahnya nanti bagi memudahkan pergerakan mereka sekeluarga kerana segala benda kan ada di rumah di Sarawak sana.

Dekat pukul 10 jugaklah kami baru bertolak. Menghala ke KL terlebih dahulu kerana mahu mengambil Faris, adik Farah di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Setibanya di KL plan berubah. Kami menghala ke Kota Warisan, Sepang untuk mengambil dua orang lagi sepupu Farah. Faris sudah selamat bergerak pulang bersama salah seorang bapa saudara mereka. Setibanya di Kota Warisan, kami berehat seketika di rumah Che Su, ibu saudara Farah. Makan, minum sedikit untuk menjana tenaga bagi menempuh pengembaraan di malam hari.

20.10.2010
Hampir jam 2.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke utara. Huda mengambil posisi sebagai driver pula. Huda memandu hingga kami tiba di hentian Bukit Gantang, Perak untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian kami tukar posisi kembali. Perjalanan diteruskan hingga kami tiba di rumah Farah di Taman Angsana, Kulim sekitar jam 8 pagi. Sarapan dan rehat seketika untuk menjana kekuatan diri.

Ummi Farah dan adik-beradiknya yang lain akan bertolak dari Sarawak sekitar jam 11 pagi kerana itulah flight terawal yang ada. Manakala jenazah pula dijangka tiba di airport Penang sekitar jam 4 petang. Oleh sebab itu, aku dan Huda mohon untuk mengundur diri lebih awal sket kerana esoknya aku exam final paper kedua heee...Aida memilih untuk tidak pulang bersama.

Disebabkan Farah mahu keluar mengambil Kak Long di airport Penang sekitar jam 10.30 pagi maka aku dan Huda tumpang sekaki. Selepas mengambil Kak Long di airport, Farah menghantar kami ke stesen bas Butterworth. Alhamdulillah kami dapat bas ke KL pukul 12.30 tengah hari.

Bab transit bas nih memang keja biasa ak dok buat. So tarahal punya! Nak tunggu bas direct Butterworth ke Kuantan malam je baru ada. Lambatlah macam tu. Macam biasa aku minta abang kaunter Mara Liner untuk check availability tiket KL-Kuantan siap-siap. Dia kata ada. So bereh. Beli tiket siap-siap. Settle. Naik bas je terus tido tak ingat dunia! Sedar-sedar dah masuk KL. Waktu itu jam hampir pukul 5 petang. Kami masih punya banyak masa untuk pergi ke Stesen Pekeliling dan menanti bas ke Kuantan pada jam 8.30 malam nanti. Tiba-tiba Huda berkata, 'Jaq aku lapar la..'. Lantas aku berpaling, ' Macam mana hang tau aku pun nak cakap macam tu?' Hahahaha dan kami pun ketawa...

Sejurus turun bas di hentian bas sementara Bukit Jalil, kami ambil Star LRT. Menuju ke satu destinasi yang di luar jangkaan. Kahkahkah.. Times Square. Sebab sehala je nak ke stesen Titiwangsa di Pekeliling nanti. Heee..

'Jaq, sedar diri sket. Hang tu exam esok tau' Huda mengingatkan.
' Ye baikkk..'

Alhamdulillah selamat tiba di Kuantan sekitar jam 11.45 malam dan Aina telah siap sedia menanti kami di dalam Viva Putih di hadapan Restoran Safwa di Terminal Makmur..

21.10.10
Dan aku pun pergi exam pagi tadi dengan bahagianya...Exam, exam ah. Kawan, kawan ah!~

Oct 19, 2010

Buat yang Mencari

Exam Critical Care sudah pun berlalu.. Alhamdulillah.. Tetapi memang critical sungguhlah! kahkahkah critical questions, critical thinking semua ada perghh memang terbaekk ah!

Erm sebenarnya semalam aku sangatlah mereng. Biasalah setiap kali musim final exam, sindrom-mereng-jiwa-kacau-ntahpape aku akan datang menyerang. Nak kena pulak time malam exam tak boleh blah...
Baca Quran dah, call mak pun dah, sembang dgn Bgmer pun dah (sebab ak suruh dia call wakaka), siap sembang masalah negara pun ada huahuahua dan YM dengan Sya pun dah juga tapi still rasa bengong tahap lima haiilaaaa... Demotivated. Sya pun pening taktau nak buat dengan aku kahkahkah rasa nak sekeh pun ada budak sorang ni kan Sya?

Sudahnya aku terus layan blues je dengan earphone terpasang kemas di telinga sambil mendengar Nasyid.fm online. Dan tiba-tiba... satu lagu ini berkumandang! Ya Allah finally...Finally..Finally! Aku jumpa juga akhirnya sesuatu yang boleh motivate aku semula. Alhamdulillah.. Pada setiap yang mencari dia pasti akan menjumpai, kan?

Lagu ini sangatlah buat aku kembali ke alam nyata. Get back on the track hajar! First time dengar lagu ni dulu masa form 1 di Irshad. Zaman Abg Zahir nyanyi masa jadi tekong nasyid sekolah, kemudian turun ke generasi Paan dan seterusnya ke generasi Zakuan tak silap. Lagu ni asalnya daripada kumpulan Suara Firdaus dan dinyanyikan semula oleh UNIQ. Hayatilah...




MENUJU WAWASAN

Wawasan Diri Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Mengharap Keredhaan Allah
.
Chorus:
Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh?
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh
.
Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha Bersatu Tuju Wawasan
Wawasan Dunia Dan Akhirat
.
Akidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Akidah Wawasan Syaitan
Ulama’ Warisan Anbia
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari


Oct 18, 2010

FINAL EXAM SEM 1 YEAR 4

19.10.10 Critical Care Nursing 2 credits

21.10.10 Issues in Nursing 3 credits

26.10.10 Oncology in Nursing 3 credits

29.10.10 Nursing Management 4 credits

01.11.10 Research Methodology 3 credits

Health Economics (to be determined)

FiGhT till tHe eNd!!! Yeahh
Never say never. We all can do it inshaAllah
Bijiddi wajtihad
ameen

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya" (39;An-Najm)

~Ma'annajah!

Cerita Tentang Dia

Dia sedang duduk makan-makan bersama Mikal, kemudian tiba-tiba sahaja telefon bimbit yang sudah tidak berupa telefon bimbit itu bernyanyi riang. Nama seseorang yang dikenali tetapi sudah sekian lama tidak dihubungi muncul. Nama Kak Ra tertera. Pelik. Sangat pelik. Mindanya penuh dengan tanda tanya tetapi Dia jawab juga.


'Assalamualaikum. Ni Dia ke?'
'Wa'alaikumussalam. Ya saya.'
'Err ni akak ni Kak Ra. Kenal tak? Ini Dia kan? Yang sekolah sama dulu kan? Yang sakit tu kan?'
'Err ya saya kak..'
'Sekarang tengah buat apa? Maaf ya mengganggu'
'Oh tidak mengapa. Tengah makan-makan sahaja. Ada apa ya?'
'Err sebenarnya akak nak minta tolong ni..Akak tak tahu dah nak minta tolong pada siapa'
'Erm tolong apa ya? InshaAllah kalau mampu saya bantu'
'Sebenarnya ada masalah sikit di tempat kerja. Komisen belum dapat'
'Ok..'
'Dan hari ini pula hari terakhir akak perlu membayar sewa rumah. Err kalau boleh akak mahu pinjam duit dengan Dia'
'Akak ada duit berapa sekarang? Akak sudah makan?'
'Err sekarang akak hanya ada RM7...'
'Sewa rumah akak berapa?'
'Err 400.. Dia ada duit tak? Bagi pinjam berapa pun tidak mengapa. Err tetapi kalau Dia ada duit lebih akak mahu pinjam 500 bolehkah? Hujung bulan nanti bila duit komisen dah masuk akak janji akan bayar'
'Beginilah akak, akak bagi dahulu nombor akaun akak nanti saya tengok berapa yang mampu bagi'
'Terima kasih ye Dia! Minta maaf sangat menyusahkan'
'Tidak mengapa'


Kemudian talian dimatikan. Dia meraup wajah. Allah... Biasiswa tiada. Pinjaman apatah lagi. Di hujung-hujung semester sebegini masalah kewangan pasti merisaukan seluruh penuntut menara gading. Kepala otak dikerah pantas mencongak-congak angka simpanan yang masih berbaki. Tidaklah banyak tetapi mampulah kiranya mahu meminjamkan sejumlah wang kepada Kak Ra yang sedang dirundung kesulitan waktu itu. Cuma impian untuk memiliki Nikon D90 harus diketepikan seketika.


Dia sapu muka kembali. Allah...Bagaimana mahu memutuskan? Bagaimana mahu membuat keputusan? Soalnya sekarang antara mahu dan mampu. Dia mencari kekuatan. Tiba-tiba Dia teringat perbualan dengan Pak Daus suatu ketika dahulu,


'Kenapa Pak Daus ni baik sangat? Mudah aja tolong jika ada orang minta tolong'
' Aku ini biasa-biasa sahaja. Andai ada orang meminta tolong dan pada waktu itu aku rasakan aku ada kemampuan untuk menolong maka aku akan tolong'


Senada jawapan Pak Daus membuatkan Dia ke kembali ke alam nyata.
Dia bertanya kepada Ayi pula,
'Ayi, kalau ada orang minta tolong pada kau dan kau mampu untuk menolong, kau akan tolong tak?'
'Erm kalau aku mampu aku tolonglah..tapi kalau bab duit tengok jugalah'


Resah di dada masih ada. Tiba-tiba hati berbisik, rezeki itu kan milik Allah. Apa yang kau risaukan? Ya Allah amat benar! Tepat sekali. Kenapa Dia tidak ingat? Sekarang Dia sudah punya jawapan yang amat meyakinkan.


Rezeki itu milik Allah. Jadi usah risau. Ya Dia semakin yakin dan teramat yakin. Lantas langkah pantas diatur menuju ke bangunan berwarna kuning yang tertera gambar kepala harimau di atasnya.

Oct 17, 2010

They said..

They said I am a happy-go-lucky person
I said nahh.. I just a lucky one not so happy maybe

They said I am outspoken
I said yeah.. You may say so. I just love to fight for the right

They said I looked so serious and fierce
I said no. It's just an inherited disease or could be an optical illusion

They said I looked so cool and tough
I said no. I just pretend to be like that

They said I am independent and a brave person
I said no. I just do it because my life asked me to do so

They said I am a patient person
I said no. I just have to do it because I got no choice

They said I am generous and very helpful, sometimes can go overboard..
I said no. I just do it because I remember my ultimate goal of life is to be a helper. That's it

They said I do care a lot about others rather than myself
I said no. It's just my responsibility as a friend and to me my friends are my family
They said I am a good person
I said no, they are absolutely wrong. I just do good things to compensate all my wrongdoing and sins to HIM
That's it...
Jalan juang masih jauh 
JANGAN jatuh!

i'll keep looking for you water strider~

Oct 16, 2010

What a relief..

Alhamdulillah.. What a relief! The most stressful week was just walked away few mins ago.. Really, I can take a deep breath right now..Alhamdulillah!


Verily after each difficulty there's a relief. Yup absolutely perfectly correct. No doubtMaka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?


You know what, finally I end up my day by baking a moist chocolate cake at Mak Cha's house! haha again huh? No offense. Thanks Ecah for the lovely deco you made! Does anybody need a part timer for a cake house? Seriously I can recommend her.  Because I don't have so much passion in decorating a cake like Ecah has therefore I just let her do anything she want to do.You got the talent dude! While we were focusing on our moist choc, Yuwi and Aina gave their full heart in making the cocktail pudding. Marvelous!


What a wonderful Friday we had.. Sayyidul Ayyam. Alhamdulillah! TAkbirr!!


p/s: Muchas gracias everyone! Jzkk. May Allah bless

Oct 14, 2010

J for..

J for Jarr...
J for 'Jadilah budak baik'
J for 'Jangan degil'
J for 'Jangan suka bertangguh'
J for 'Jangan cepat emo. Control jiwa'
J for 'Jangan suka mengarut melalut sampai luar alam'
J for 'Jangan aniaya binatang terutamanya kucing gatal'
J for 'Jangan banyak cakap'
J for 'Jaga lidah jaga perut jaga hati'
J for 'Jiwa mau maintain'
J for 'Jalan juang jarang senang tapi banyak jurang'
J for 'Jangan takut, jangan lemah. Innallaha ma'ana'
J for 'Jangan rasa rugi untuk memberi'
J for 'Jadilah diri sendiri'
J for 'Janji Allah itu pasti'
J for 'Jadi orang bukan senang, jadi beruang,koala, mangkuk tingkat dan yg sewaktu dengannya sangat senang'
J for 'Jadilah orang biasa-biasa yang berakhlak mulia'
J for 'Jangan risau tarahal punya'
J for Just do it!


Oct 13, 2010

Newly Weds

Congrats to Imran & Nadia! (Both are my classmates)
Ini pasangan keenam dan ketujuh kelas kami hehe
Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair
03.10.10 @ Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Luv this pic sebab dia guna kanta cembung! Terbaekkkkk

Oct 12, 2010

Cerita karut tetapi benar

Petang ini tenang sahaja. Lalu aku pun turun ke bawah dengan harapan untuk menyidai baju di ampaian bawah. Sedang aku menyidai sehelai dua kain tiba-tiba aku terperasan ada sesuatu yang merenungku dari jauh. Oh kau.. Duduk diam-diam di situ ok. Jangan cuba-cuba nak kacau aku. 


Namun dia datang semakin dekat. Aku mula rasa tak selesa. Ketenangan petang itu dinodai! Lantas aku bergerak ke sebelah sana dan dia juga ikut sama. Aku bergerak ke sebelah sini dan dia juga menuruti. Ahh sudahh.. Jangan kacau akulah.. Niat aku murni nak sidai baju je nii.. Tetapi dia tidak mengerti apatah lagi cuba untuk memahami..


Aku bergerak setapak dua ke belakang. Dia ikut. Melangkah lagi dua tiga tapak. Dia laju mengejar. Ahh ini tak boleh jadi ni! Ini kepantangan aku nih! Jangan kacau akulahh kucing gatal! Walaupun kau masih lagi layak dipanggil bayi akan tetapi sifat kegatalanmu itu buat jiwa aku kacau tau takkk...


Aku pusing ke sana dia juga ikut ke situ. Ahhh sudahh! Lantas aku terus naik atas meja yang memang ada kat depan tu dan terus duduk di situ. Hahaha kau ingat kau sorang je hebat haaa?? Aku nak sidai baju pun tak aman tau takk..


Duhhh cemana nihh? Aku pandang bawah tengok dia dengan muka yang penuh bangga sambil angkat kening double jerk dan dia pandang atas tengok aku dengan muka yang langsung tidak ada rasa bersalah seakan-akan mahu berkata ' haaa sekarang nak lari ke manaa??'


Arghhh.. ikut hati aku nak je baling anak kucing ni jauh-jauh takpun buat flying kick je. Tetapi sumpah aku akan dikutuk oleh seluruh warga blok M6 terutamanya pencinta-pencinta kucing tegar. Cukup-cukuplah aku dok buat jenayah sepak-terajang kucing ni masa zaman sekolah dulu. Berubahlah.


Tiba-tiba aku nampak kelibat Yayan dekat depan bilik aku di tingkat dua
'Yannnn!'
Yayan menoleh.
 'Wei tolong ambik anak kucing ni jap. Aku nak sidai baju niii'
Dan Yayan ketawa terkekeh tengok aku yang bertenggek kat atas meja macam hapa jaa..
'Alah takpe je Jaq, kesian anak kucing tu. Dia tak bersalah pun'
'Wei kesian aku ni weii'


Haishhh cemana aku nak buat nih... Hmm dapat idea hehe..Nak tau apa yang aku buat untuk meloloskan diri?
Disebabkan anak kucing tu macam eager sangat nak terkam aku, aku pun test buat gaya ala-ala nak gerak ke sebelah sana. Dia terpengaruh dan mula nak gerak juga. Aku gerak badan ke sini dia pun ikut. Lantas aku terus cabut sebelah selipar dan campak kat hujung sana dan dengan serta-merta dia terus berlari ke arah itu. Hahaha terpedaya juga dia dengan sandiwara aku. Dan tanpa membuang masa aku pun terus angkat kaki dan blah naik ke bilik ikut tangga sebelah kiri. Yeah berjaya juga akhirnya!


Anda jangan tiru aksi ini. Tidak bagus. Anda cintailah kucing dengan sepenuh hati. Kucingkan binatang kesayangan Abu Hurairah? Saya cakap kepada anda kerana tahu anda mampu. Saya tak mampu... Allergik tahap 12 kuasa tiga. My bad...


Dan baldiku yang masih ada kain baju tetap duduk molek di bawah ampaian itu...

Oct 7, 2010

ikod

IIUM KUANTAN OPEN DAY 2010 (IKOD)





Jemput datang!!

Oct 3, 2010

Patutlah...

Saat ini aku baru sahaja menghabiskan Rotiboy pemberian Syazana petang tadi. 


Owh rupanya hari ini 23 Syawal. Patutlah...Baru tengok kalendar seketika tadi. Patutlah aku beriya-iya sangat nak keluar ke mana-mana. Patutlah...Rupanya hari ini Sabtu, 23 Syawal. Patutlah..23rd Syawal is my birthday =)


Terima kasih Sya kerana sudi menemaniku siang tadi. Walaupun cuma setengah hari. Walaupun kamu sibuk dengan tugasan yang macam-macam mengalahkan menteri. Today is really a lovely day. Really enjoy hanging out with u at Midvalley. Walaupun aku pun tak tau apa istimewanya Midvalley, apa yang best sangat kat Midvalley pun entahlah tetapi sudah sekian lama aku asyik dok jaja seluruh alam aku nak pergi Midvalley hahaha. Betul tak Cik Kem?


Dan terima kasih Sya sebab bagi kat aku sesuatu yang aku sudah jatuh chenta hahaha.. U know my taste! Kira hadiah la kan?? 


Em ingat nak cari Rich Dad Poor Dad kat memana bookstore tetapi sudahnya ini yang aku rembat sebab buku yang dicari sudah sold out =(




Apapun terima kasih tuan punya bilik kerana sudi menumpangkan saya di bilik anda. Tuan punya bilik sangatlah sibuk outstation ke sana ke mari. Jadi saya pun buatlah bilik anda macam bilik saya wakaka

Dan di bilik ini aku jumpa chenta hatiku yang telah terpisah buat sekian lama sejak zaman matrik rasanya... Ayuh pulang ke Kuantan bersamaku nanti ya!

 




23 Syawal 1431/02.10.10
bedtime
Bilik 'Izzah
UIA Gombak

Oct 2, 2010

Good Lesson

Sebenarnya seronok kerja syif malam ni. Enjoy. Di kala orang lain sibuk buat tahi mata kita sibuk berjaga. 


Waktu inilah kita dapat tengok mana anak yang sanggup berkorban menjaga ibunya, mana ahli keluarga yang sanggup bergilir-gilir bersengkang mata menjaga saudara mereka, mana cucu yang sanggup tidur di kerusi malas bersebelahan nenda tercinta. Baru terbukti nilai kasih sayang dan pengorbanan yang sebenar. 


Walaupun pesakit di katil 17 seorang wanita berusia 50-60an dan disahkan ada Sepsis si anak lelaki tetap sabar menunggu si ibu yang kerap-kali muntah sepanjang malam, kemudian merengek-rengek tidak selesa dan juga menangis sesekali dua. Si anak tetap tenang melayan dan memenuhi permintaan si ibu.


Walaupun pesakit di katil 21 yang baru berusia 50 tahun baru sahaja selesai pembedahan AKA (above knee amputation) bahana kencing manis, sejak pukul 4 petang hingga 11 malam tetapi seorang anak lelaki dan anak perempuan beserta 2 orang lagi saudara mereka tabah menanti di luar dewan bedah hingga lewat malam itu. Kemudian berkejaran bersama-sama kami ikut ke wad pula kerana mahu melihat keadaan terkini ibu mereka sewaktu Staff Nurse Sham dengan aku pergi ambil patient di dewan bedah. 

Walaupun pesakit di katil 26 seorang warga emas berusia 70-an dan sudah tak berapa ketahuan tetapi cucu lelakinya tetap tabah melayan keletah si nenek yang tidak berkesudahan. Lucu juga bila sesekali tengok si cucu semacam tertekan dengan kerenah nenda yang inginkan lebih perhatian.

Ya Tuhan, pengajaran apa yang KAU mahu tunjukkan?

Juga aku ingin berpesan. Untuk diri ini dan sesiapa jua. Jagalah kesihatan anda dengan sebaiknya. Eat well-balanced diet + exercise sepanjang hayat! Itu pesanan Dr Islah sewaktu kuliah dahulu tentang apa petua untuk hidup sihat. 

Kerana rata-rata pesakit yang masuk ke Wad Ortopedik selain punya masalah seperti terlibat dengan accident, kebanyakannya adalah disebabkan diabetes atau bahasa mudahnya kencing manis. Ramai yang masuk sebab kaki sudah infected teruk akibat Diabetic Foot Ulcer. Sudahnya potong kaki adalah jalan terbaik agar kuman tidak terus merebak ke seluruh badan. Itu lebih bahaya.

Jika penduduk Afrika mati kerana tak cukup makan, ramai rakyat kita pula mati kerana terlebih makan. 

Sedentary lifestyle. Dangerous!  

Oct 1, 2010

Bagus Tetapi Hancus

Selamat hari Jumaat!


Semalam sangat tenang. Wad pun tenang. Tak sibuk macam malam sebelumnya. Allah tapi bila tenang lama-lama sangat ni aku mula la gelisah. Sebab  kerja semakin kurang untuk dibuat dan mata mulalah dok bagi signal. Lawan jarr lawan!


Sudahnya aku pergi duduk dekat kaunter depan sebelah radio sambil buat report dekat case note patient dan belek-belek apa yg patut kot ada kerja yang tertinggal ke apa ke apa ke sambil telinga melayan SinarFM. Sesekali aku g buat round tengok patient.


Em ada satu cerita. Lebih kurang dalam pukul 12 lebih aku dengan Amy tolak trolley untuk buat observations. (Observations = check BP, pulse, respiration rate, temperature, pain score). Sampai dekat cubical yang last sekali tiba-tiba ada seorang budak medic sebuah universiti atas sket dari KL turut serta. Sebelum tu aku dah menyedari kehadiran dia dengan kawannya yang sedang sibuk menelaah case note patient di meja tengah. Ok fine.


Dia mula buat ramah. Bertanya itu dan ini. Amy je yang layan. Aku diam je. Malas nak ambil kisah. Ayat-ayat dia bunyi macam tak sedap untuk didengari. Mula rasa macam tak senang hati. Tapi takpe. Aku bo-layan dulu perasaan tak senang itu. Kemudian dia bertanya sinis kepada Amy,


'Oh lepas habis ni korang takde buat apa dah la? Korang gi tido laaa?'


Haishh mamat ni apesal. Fikir panjang sket boleh tak? Cuba think out of the box sket. Aku semakin rasa tak senang. Aku masih lagi mendiamkan diri.


Amy jawab,


'Banyak lagi keja nak buat. Tulis report blablabla'


Hmmm...


Tiba-tiba dia tanya soalan lain pula,


'Eh korang minggu depan posting kat HUKM kan? Posting apa haa?'


Amy jawab,


'Haah posting kat HUKM. Em posting Oncology, ICU'


'Hah? Posting Onco? Ish peliknya posting korang. Buat pe korang nak posting Onco? Ish peliknya...' sinis dia bersuara.


Kali ni memang tak boleh tahan.


'Yelah nanti kalau nak up chemo semua nurse yang buat. Bukannya doctor. Doctor bukannya tahu sangat punnn' itu ayat yang terkeluar dari mulut.


'Eh asyik nak perli je dari tadi' dia membalas.


'No. Tak perli. But I'm telling you the truth ok' ....dan beberapa ketika selepas itu dia pun blah.


Nah ambik ko! Free je dapat 1 dose dengan aku. Sapa suruh cari pasal. Nak ikut kami buat kerja mulut tu dok diam-diam sudahlah. Ini tak. Lebih baik diam dari berkata-kata la wei kalau kata-kata lu tu boleh menyakitkan hati orang. Apa daa.. Meh sini aku suruh ko basuh berak seorang patient je dah la. Try buat aku nak tengok. Ko mampu? 


Apesal la kepala otak tu jumud sangat? Kepala otak janganlah letak dekat kepala lutut. Haishhh pantang sungguh aku orang underestimate karier masa depan aku nih. Apa nurse ni lekeh sangat ke haa? Sedar tak bro yang satu hari nanti ko akan keja satu team dengan nurse? Mampu tak doctor nak survive tanpa nurse? Lu pikir la sendiri bro. 


Yang tak boleh blahnya dan buat aku nak ketuk-ketuk kepala sangat, bro kopiah kat kepala tu aku rasa baik ko takyah pakai. Simpan je kat dalam laci almari. Aku yang malu tau tak! Attire dah bagus tapi attitude hancus. Apa cerita nih? Tolonglah berakhlak mulia sket. Takkan la kopiah kat kepala tu buatkan minda ko jadi lebih tertutup dan tak berkembang maju? Haiilaaa... Nilah dia golongan soleh tetapi aneh, bak kata Izzah.Ini baru jadi student medic ni bukannya real doctor lagi. Kalau beginilah sikapnya haiilaaa aku tak tahu nak cakap apa..


Doctor yang non-Muslim boleh je behave well, apesal doctor Muslim tak mampu? Malu plak aku dengan Dr. Joy dan Dr Shakil yang sangat bagus sikap mereka, boleh je say hi masa jumpa kita, cakap baik-baik waktu nak minta tolong itu dan ini. Kita pun rasa sejuk je dengar dan memang rasa nak tolong. Manner! Manner! Tolonglah...


Kepada bakal-bakal doctor di luar sana, tolonglah behave. Susah sangat ke nak berakhlak mulia? Mahal ke harga untuk berakhlak mulia? Kata Izzah lagi, lebih baik jadi orang biasa-biasa yang berakhlak mulia daripada jadi orang soleh tetapi aneh.


Think about it.

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni