Oct 2, 2010

Good Lesson

Sebenarnya seronok kerja syif malam ni. Enjoy. Di kala orang lain sibuk buat tahi mata kita sibuk berjaga. 


Waktu inilah kita dapat tengok mana anak yang sanggup berkorban menjaga ibunya, mana ahli keluarga yang sanggup bergilir-gilir bersengkang mata menjaga saudara mereka, mana cucu yang sanggup tidur di kerusi malas bersebelahan nenda tercinta. Baru terbukti nilai kasih sayang dan pengorbanan yang sebenar. 


Walaupun pesakit di katil 17 seorang wanita berusia 50-60an dan disahkan ada Sepsis si anak lelaki tetap sabar menunggu si ibu yang kerap-kali muntah sepanjang malam, kemudian merengek-rengek tidak selesa dan juga menangis sesekali dua. Si anak tetap tenang melayan dan memenuhi permintaan si ibu.


Walaupun pesakit di katil 21 yang baru berusia 50 tahun baru sahaja selesai pembedahan AKA (above knee amputation) bahana kencing manis, sejak pukul 4 petang hingga 11 malam tetapi seorang anak lelaki dan anak perempuan beserta 2 orang lagi saudara mereka tabah menanti di luar dewan bedah hingga lewat malam itu. Kemudian berkejaran bersama-sama kami ikut ke wad pula kerana mahu melihat keadaan terkini ibu mereka sewaktu Staff Nurse Sham dengan aku pergi ambil patient di dewan bedah. 

Walaupun pesakit di katil 26 seorang warga emas berusia 70-an dan sudah tak berapa ketahuan tetapi cucu lelakinya tetap tabah melayan keletah si nenek yang tidak berkesudahan. Lucu juga bila sesekali tengok si cucu semacam tertekan dengan kerenah nenda yang inginkan lebih perhatian.

Ya Tuhan, pengajaran apa yang KAU mahu tunjukkan?

Juga aku ingin berpesan. Untuk diri ini dan sesiapa jua. Jagalah kesihatan anda dengan sebaiknya. Eat well-balanced diet + exercise sepanjang hayat! Itu pesanan Dr Islah sewaktu kuliah dahulu tentang apa petua untuk hidup sihat. 

Kerana rata-rata pesakit yang masuk ke Wad Ortopedik selain punya masalah seperti terlibat dengan accident, kebanyakannya adalah disebabkan diabetes atau bahasa mudahnya kencing manis. Ramai yang masuk sebab kaki sudah infected teruk akibat Diabetic Foot Ulcer. Sudahnya potong kaki adalah jalan terbaik agar kuman tidak terus merebak ke seluruh badan. Itu lebih bahaya.

Jika penduduk Afrika mati kerana tak cukup makan, ramai rakyat kita pula mati kerana terlebih makan. 

Sedentary lifestyle. Dangerous!  

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni