Jan 19, 2011

Cerita limited edition

Assalamualaikum wbt..

Semalam, sekitar jam 12 malam aku dan Afisha mengatur langkah untuk pulang ke mahallah atau bahasa mudahnya asrama, dari bangunan KOM (Kulliyyah of Medicine). KOM ibarat pusat tumpu para pelajar (buat masa sekarang) kerana di situ ada perpustakaan, ATM bank Muamalat, ada masjid sementara, ada klinik mata, ada klinik telinga dan  blablabla.. 

Kami menapak bahagia untuk pulang ke asrama sambil menikmati pemandangan indah malam tadi yang berbumbungkan sinaran rembulan purnama. Bulan penuh. Subhanallah. Bercerita itu dan ini sambil disulami tawa dan air mata (nak bagi sedap ayat je ni) kaki kami laju melangkah. Tiba-tiba terdengar salakan anjing di dataran yang terletak agak jauh di sebelah kiri kami

Me: Weh, ada anjing la kat gurun. Anje weh!
Afisha: Alah takpe, dia kan balik naik kereta
Me: Ha'ah laa..

Kemudian salakan anjing bertambah menggalak. Bukan lagi seekor dua nih.

Me: Weh kang dia datang kot depan jalan tu cemana weh?! 
Aku cuak. Kami masih terus menapak mengikut laluan berbumbung yang wujud di situ.
Afisha: Haish..situ kan ada air. Boleh ke dia nak datang

Ada benarnya kata Afisha kerana di sebelah kiri kami adalah kawasan yang nak kata macam lembah bukan lembah, nak  kata paya bukan paya akan tetapi senang cerita kawasan yang dipenuhi takungan air hujan. Seakan tasik pun ada.
Akan tetapi cuak aku masih menggila
Me: Haishh don't underestimate weh. Boleh je weh

Dalam kegusaran kami berbicara perihal anjing di gurun, tiba-tiba mataku terarah ke sebelah kanan jalan. Seekor anjing berwarna putih pantas melompat keluar dari semak tempat pembinaan bangunan admin dan dia meluru ke arah kami. Dan aku yang menjadi saksi kemunculan makhluk itu yang secara tiba-tiba terus 'Anjingggggg! Pacah lariii!'

Afisha secara refleks terus menyambar tangan kiriku dan kami mengangkat langkah seribu. Berlari sekuat hati gaya tak ingat dunia. Waktu itu yang ada dalam kepala adalah kemungkinan diterkam dan digigit anjing tersebut.

Ya Allah tolonglah! Secara refleks aku bertakbir dengan sekuatya. Allahuakbarrr!!
dan kaki memang terus laju berlari. Aku dah rasa tak jejak bumi. Ini bukan lari dah ni tetapi terbang! Sungguh. Bahagian hujung koridor yang akan menghubungkan dengan jalan raya, yang ada rumput-rumput, batu-batu serta pembahagi jalan kami belasah lompat sampai terus landing dekat atas jalan raya dekat roundabout. Oh Tuhan kamikah yang buat aksi terbaekk itu?

Kemudian tiba-tiba ada cahaya yang menyuluh kami dari belakang dan kemudian berhenti di tepi kami dan setelah itu barulah kami perasan bahawa anjing itu tidak lagi mengejar kami sebaliknya berlegar-legar di sana sebelum blah entah ke mana.

Ya Allah alhamdulillah! What a relief. Leganya! Kami tercungap-cungap. Orang dalam kereta bertanya mengapa. 
Kami dikejar anjing! Laa ingatkan korang berdua dok berlumba lari!

Dan sekilas aku menoleh ke arah makhluk itu sambil berkata haishh tak guna punya anjing.

Dan waktu itu juga baru sedar kasut aku tercabut dan tertinggal kat sana! Aaaaa!
Waktu itu juga baru terasa lutut yang injured dan macam rasa sengal kembali.
Waktu itu juga Afisha juga baru sedar kakinya yang injured dah boleh berjalan dengan elok kembali. Tetapi sakit la weh! Huuuu.........

Kami tumpang naik kereta yang macam dah padat itu untuk berpatah balik mencari kasut aku.
Hadoiiiii laaa..........

Masa tengah berlari ada juga terfikir yang Safi pernah cakap kalau kita terserempak dengan anjing jangan lari tetapi buat gaya ala-ala gaya tunduk nak ambik sesuatu untuk dibaling ke arah makhluk itu. Tetapi dah anjing tu start kejar dulu takkan aku nak tunggu lagi. Kata Afisha, dia terfikir juga untuk berpusing ke arah anjing itu dan menyergahnya kembali. Nak je marah dengan sepenuh hati katanya.Terlintas juga di kepala otak aku untuk mencabut kasut dan baling ke arahnya. Akan tetapi dalam keadaan sebegitu, yang minda hanya fokus pada satu perkara iaitu LARi apalah daya kami untuk melawan kehendak kaki untuk terus berlari dan tidak berhenti.

Me: Ya Allah selama 4 tahun aku belajar UIA sini rupanya malam ni ALLAH nak bagi kenangan terindah!

Afisha: Dengan kau pulak tuh!

...dan setelah itu kami terus ketawa sampai sakit perut rasanya~


"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni