Nov 28, 2012

Petang

Petang tadi alhamdulillah diberi kesempatan menziarahi keluarga Mami Timah, merangkap kakak angkat ayah di Bandar Perdana. Lama sungguh aku tidak ketemu mereka.. Waktu terakhir aku bertemu mereka sewaktu menziarahi mereka di Johor Bahru dahulu ketika usiaku baru 9 tahun dan baru sebesar tahi hidung cuma. Sejak mereka berpindah ke utara, hanya emak yang sudah beberapa kali bertemu mereka.

Mami Timah dan suaminya, Mamu Usop adalah orang yg bertanggungjawab menguruskan perkahwinan ayah dan emak suatu masa dahulu. Sementelah ayah sudah tidak punya sesiapa maka mereka menawarkan diri untuk membantu menguruskan pernikahan ayah. Mamu Usop itu merangkap rakan sekerja ayah. Senior. Mereka terlalu murah hati untuk membantu sesiapa sahaja. Junior-junior bujang seperti ayah, mereka anggap seperti adik sendiri. Itulah yang menyebabkan tautan ukhwah itu terlalu kuat hingga sekarang.

Saat kami bertentang mata, mereka kata wajah aku persis ayah! Saling tak tumpah dari hidung dan sebagainya. Makcik Siti pakcik Jabbar juga pernah berkata perkara yang sama ketika terserempak sewaktu majlis kenduri anak salah seorang sahabat ayah tempoh hari. Malah beliau sampai tidak sanggup menatap wajahku berlama-lama kerana teringatkan ayah. Ya, sesiapa yang pernah mengenali ayah pasti akan mengatakan perkara yang sama.

Lalu segala nostalgia 20 tahun lalu terhambur semula...Aku lebih banyak diam mendengar butir bicara emak dan mereka. Menjadi pendengar setia cerita suka duka suatu masa dahulu. Sekali-sekala aku menyampuk bila perlu. Tiba-tiba, Kak Ida, anak Mami Timah yang kedua pulang bersama suami dan ibu mertua. Lantas beliau pun menegur perkara yang sama, "Laaaa muka macam Uncle Mad!" dan dia pun terjebak dalam bual-bicara di meja itu. Bila tiba cerita tentang aku, mereka juga yang bersungguh-sungguh memberi nasihat itu dan ini hingga membuat aku terharu.

"Wahh bagus tu ambik nursing. Boleh buat banyak pahala"

'Ada rezeki pi la sambung oversea'

'Pi Saudi setahun dua ke jadilah. Takpun pi keja Singapore ke'

'Umur muda lagi, keja cari duit dulu nanti dok rumah goyang kaki'

'Nanti nak kawen, carilah orang yang begini, begini dan begini..'

Blablablabla...

Wah wah wah banyak sekali suara yang memberi komen serta cadangan itu dan ini! Terbakar segala semangat yang sedia ada. Aku suka!

Kami memang tiada pertalian darah namun itulah anugerah ukhwah yang Tuhan berikan. There are time when strangers are like family and family are like strangers.

Lalu setelah selesai bersolat maghrib di rumah mereka, melantak laksa semangkuk dua dan setelah puas menyambung cerita, kami mohon mengundur diri saat jam sudah menginjak pukul 9 malam.

Terima kasih Tuhan atas anugerah ukhwah ini. InsyaAllah akan aku jaga amanah ukhwah ini seterdaya yang mampu.

..dan aku pun pulang bersama suntikan semangat baru. Terasa agak puas menerima dos-dos terbaik daripada orang2 yg bersemangat. Terasa impian kembali dibajai dengan harapan ia akan subur kembali. InshaAllah biiznillah!

Tersenyum puas. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni