Jan 19, 2012

Moment

Asalnya mahu tidur.., gigih aku membungkus diri dengan buble, menyarung stoking lapisan pertama dan melilit kepala dengan pashmina walaupun sudah memakai dua lapis t-shirt dan track. Semuanya hawa sejuk punya angkara. Betullah apa yang pernah Husna dan Syafiq khabarkan suatu masa dahulu sebelum aku sampai ke sini bahawa sejuk di sini memang terasa menyucuk hingga ke tulang!


Mata terus jadi segar selepas aku secara tak sengaja terbuka file gambar di desktop laptop. Ah..kenangan.. Gambar sungguh punya nilai memori yang tak terganti. Walaupun kualiti gambar berbeza sentiasa, ada masa macam terbaek dan ada masa sekadar sempat snap apa saja pada sela masa yang cuma hanya seketika sekelip mata. Namun, pada gambar yang biasa-biasa itulah selalunya punya 1001 cerita yang buat kita senyum sampai telinga dan rasa nak ingat sampai bila-bila. Moment itu yang penting. M.O.M.E.N.T.



Biarlah walau hanya kamera henset cap ayam sekalipun, tak apa tak ada masalah punya, snap aja! Sebab apa yang kita nampak pada sesuatu masa takkan berulang buat kali kedua, takkan ada dah moment yang sama sebijik seketul serupa! Kalau terjumpa juga moment yang sama alhamdulillah lah, itu rezeki namanya =)


Erm sebenarnya aku bukan nak cerita sangat pasal moment serta sejarah dan salasilahnya. Aku nak cerita pasal folder gambar yang sangat menarik perhatian mata aku pada malam ini. Hmm entah kenapa selepas puas melihat gambar di desktop lalu pantas sahaja aku buka partition D untuk mencari file gambar-gambar lama. Dan folder Sport Carnival 5.1.10 langsung jadi pilihan. Asyik aku meniti satu gambar ke satu gambar. Allahu Akbar betapa kenangan itu sesuatu yang tak terbanding nilainya!


Gambar-gambar itu menggamit aku untuk mengimbau kenangan gila sukan sewaktu di kampus. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menjebakkan diri wakil kuliah untuk futsal hehe..Tak da lah pandai sepak sangat macam Fakri Shaarani ke, Muslim Ahmad ke ataupun Drogba mahupun Terry ke tapi it's better than daripada aku main bola jaring yang tangan 'pengkaq' macam hapa haha.. [Pengkaq; alamak apadia haa bahasa buku? tangan keras kot hehe..] Em tapi Nuaim kata aku main ada gaya macam Torres sket2 kahkahkah..sikit jerr..sebab bila dapat bola dua-dua belah tangan aku automatik terangkat konon buat shield la supaya orang tak boleh kacau kehkehkeh rasa nk termuntah dak dengar?? haduiii..haha entahlah itu Nuaim yang kata ok. Kot dia saja nak ambik hati ka.. hehe celah mana gaya Torres pun tatau la haduiii..!


Hmm mungkin sebab waktu sekolah dulu aku tak sempat nak bersukan puas-puas agaknya sebab asyik tak ada sahaja pada hari sukan sekolah sebab terlibat untuk pertandingan itulah inilah. Haduii gaya busy giler! Tak tahan..haha


Erm aku menyedari yang kaki aku lebih berfungsi dengan baik serta tidak pengkaq daripada tangan ketika program Baktisiswa di Langkawi semasa zaman matrikulasi. Waktu itu ada program explorace. Kumpulan kami ada 3 lelaki; Pakwan, Moja, Padil, dan hanya aku dan Najwa perempuan. Ada satu checkpoint di mana perempuan perlu main permainan lelaki iaitu sepak bola bagi masuk gol. Kami perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol. Mula-mula Najwa sepak dulu. Dengan penuh keayuan, kesantunan serta sifat kegadisan yang tinggi, Najwa sepak bola tersebut dengan segala khudrat yang ada namun sayangnya sepakan Najwa tidak mengena. Tersasar. Lalu tiba giliran aku. Aku ambil bola dan letak di tempat yang sesuai setelah membuat sedikt anggaran lalu berundur ke belakang beberapa langkah untuk mengambil lajak sebelum berlari dan terus menyepak bola. Tiba-tiba aku dengar ada suara lelaki menjerit "Woii sepak macam laki!". Waktu itu baru aku tersedar ohh laa gaya lelaki ka..Tapi setahu aku itulah gaya nak sepak bola kan? Sifu aku yang ajar begitu haha..Siapa sifu aku?


Hmm disebabkan kawasan rumah aku tak ada rakan perempuan yang sebaya jadi nak taknak aku terpaksa kawan dengan budak lelaki. Mereka itulah yang pernah aku ceritakan perihal mereka dalam entry sebelum ini.    Walaupun dah lengkap siap dengan baju kurung untuk pergi mengaji di surau tetapi sementara menunggu azan maghrib berkumandang, kami masih sempat bermain bola walaupun di dalam rumah hehe..ni Matrod dan abang-abangnya punya kerja. Membuli aku seadanya. Kalau tak mahu main kena paksa. Hampa memang gila. Tengok aku jadi apa sekarang??


Bermula tahun tiga pengajian, aku wakil kuliah. Alah untuk inter-faculty tournament je pun. Aku main untuk posisi defender dan midfield sub dengan Kak Naddy. Alhamdulillah kami berdua memang ada chemistry sewaktu bermain terutamanya utk jadi benteng pertahanan. Kalau tak ada chemistry memang haru-biru la jawabnya sebab kami berdua antara pemain yang tak ditukar sepanjang waktu perlawanan. Selalunya yang ada tukar striker dan midfield. Perghh macam hebat sangat je gaya haha..


Masuk tahun keempat yakni tahun akhir pengajian aku ingat tak mahu main dah, nak bersara la konon sebab nak fokus pada research. Ramai ja player baru. Tapi alahai rasa sayang la pulak. Lagipun pemain-pemain handalan seperti Kak Naddy dan Kak Deqma (striker terbaik) dah tak ada..hmm cemana ni??  Lalu aku diamanahkan untuk mengambil posisi Kak Naddy sebagai main defender. Oh tidak..


Bermain futsal 5 sebelah bukan mudah. Terutamanya futsal perempuan. 5 orang itu dah la termasuk dengan goal keeper, sudahnya yang main tinggal 4 orang sahaja. Court futsal ohoo tidak kecil. Kalau lari 10-20 pusingan tu rasa nak rebah la jugak. Dan walaupun hanya bermain untuk 7minit dan rehat seminit kemudian main untuk second half selama 7 minit jugak, oh waktu itu aku rasakan terlalu lamaaaa dan begitu lambat sekali berjalan. Letih jangan cakaplah. Tercungap-cungap rasa tak cukup nafas sentiasa sebab aku antara player yang tak ada sub. Harus bermain sepanjang-panjang perlawanan. Kalau buat liga lagi naya sebab main beberapa game tanpa henti dan tak ada pengganti. Oh betapa hanya Tuhan sahaja yang mengerti perasaan capek itu!


Alamak apa ni melalut pasal bola ni..aku bukan nak cerita pasal bola. Bukan..bukan..Tetapi apa yang aku mahu kongsikan kawan, bukan soal sukan itu, bukan soal bola itu tetapi ada perkara yang lebih indah dari bola dan sukan iaitu soal manisnya ukhwah yang terbina! Sensasi ukhwah yang terjalin tanpa disedari! 


Walaupun sewaktu bermain mungkin ada rasa tak puas hati, rasa nak tumbuk sepak terajang rakan sepasukan sendiri, kalah sebab orang ni tak jaga posisi ataupun terjaringkan gol sendiri serta apapun sekali namun percayalah kawan betapa hebatnya penangan tautan ukhwah sesama rakan sepasukan sewaktu bermain lebih terasa sebenarnya. Betapa kemanisan ukhwah yang mengalir itulah yang membuat kita lebih kenal siapa kawan kita, membuat kita rasa mampu yakin dan percaya pada dia dan paling penting membuat kita sedar bahawa hakikatnya kita tidak berjuang sorang-sorang sebaliknya kita mengorak langkah bersama teman-teman demi menggapai satu matlamat bersama dan juga mengajar kita supaya tidak pentingkan diri! Jatuh bangun semuanya kita bersama! Itu semangat kebersamaan dan setiakawan yang aku rasa tak mampu jumpa di mana-mana. Teamwork and friendship. Yeah itulah kemanisan yg aku jumpa dalam dunia sukan.


Menang kalah perkara nombor dua. Pertamanya kita mesti berusaha untuk bermain dengan terbaik! Sebab Allah dah kata dalam surah An-Najm ayat 39, dan bahawa manusia akan memperoleh apa yang diusahakannya. Kalau memang alhamdulillah, kalau kalah sekalipun alhamdulillh juga sebab tak perlu nak habis tenaga dah lepas ni hee..


'Kerja kita adalah main all out, sehabis baik yang kita mampu. The rest leave it to Allah! because He knows best.."


Itu perkara yang aku begitu titikberatkan dan selalu zikirkan pada teman-teman sepasukan walaupun aku bukanlah kapten. Kerana apabila kita dah set minda untuk bermain sehabis baik kita tidak stress untuk rasa mesti menang dan memikirkan kebarangkalian akan kalah. Malahan kita akan terasa lebih enjoy! Sebab kita adalah satu pasukan. Satu keluarga. 


Walaupun ada masa memang cedera, terjatuh, terseliuh, lebam dan segala tetapi itu semua sudah tidak terasa bila kita berjaya tamatkan permainan dengan persembahan yang penuh pesona. Tambahan kalau ada rezeki menang pula, ohhh lagilah rasa bahagia tak terkata. Subhanallah sensasinya terasa enak sekali. Yang penting niat kita nak bermain untuk apa. InshaAllah Tuhan akan mempermudahkan segalanya =) 


Main bola buat aku buka mata bahawa kita tak boleh simply main buta je tanpa strategi. Yelah apa-apapun perlukan strategi. Tapi aku suka strategi permainan bola. Sebab ala-ala gaya strategi perang. Setiap orang ada peranan dan amanah masing-masing. Main mesti jaga posisi bukan serbu macam ayam. Dan kalau sesaat terlalai dari menjaga kewajipan kita itu boleh mengundang malapetaka yang besar. Contoh kalau defender terlalai seketika, dengan mudah musuh boleh menerobos benteng pertahanan dan langsung menuju ke gawang kita. Aku suka formasi buka-tutup, yakni formasi V yang Meji ajar. Kalau kita menyerang kita akan buka, kalau diserang pula kena cepat-cepat tutup kubu pertahanan kita. 


Dan semasa bermain juga menguji kita kepada siapa kita nak taat nak dengar kata. Dalam tempoh semua orang tengah stress bercampur penat yang tak terucap dalam masa yang begitu terhad, boleh jadi semua nak ikut kepala sendiri, boleh jadi apa sahaja sebenarnya. Di sinilah teruji ketaatan kita terhadap ketua (wala'). Kalau penting diri, binasalah jawabnya! Dan di saat ini jugalah pentingnya suara semangat dari ketua atau sesiapa sahaja untuk terus membakar api dalam jiwa setiap pemain supaya tetap terus bertabah untuk berjuang. Terima kasih Meji sebab sudi jadi coach kami. 


Inilah segala 'sesuatu' yang aku cari =) Sensasinya ternyata luar biasa!


..dan moment-moment indah ini inshaAllah akan kekal dalam ingatan walaupun mungkin ada sebahagian yang tak sempat dirakam dalam foto.


Semoga hari esok dan seterusnya menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna! 


Oklah aku nak pergi bersiap-siap mengemas barang kerana inshaAllah lepas Asar nanti mahu berangkat ke Sinai =) Mohon doa dipermudahkan segalanya! ~








Alhamdulillah victory! Champion Futsal Tournament 2010



hajrunsasuke, Jan 18, 2012
Ardhul Kinanah


2 comments:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni