Current mental state: Emotionally breakdown
.......................ERROR!!!...............
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
Current mental state: Undefined.
Sah!
Waktu Malaysia sekarang jam 6pagi tetapi waktu sini baru pukul 12malam. Malam masih muda...Jam di laptop memang sengaja aku biarkan waktu Malaysia. Apa kena-mengena ni??
Sebenarnya, sebelum pergi mengaji tadi lagi aku sudah tidak ketahuan. Sungguh kawan! Lewat ini aku rasakan aku semakin sudah tidak ketahuan. Menjadi-jadi penyakit gila nombor 5 aku ini. Ahh sudahh.. Mujur lacrimal gland sempat merembeskan isinya sebelum aku mengorak langkah bergerak ke rumah Ustazah Maha. Terima kasih kekanda Nurhafizah Yaakob kerana sudi menjadi telinga dan bahu untuk aku!
Allah...apa lagi yang diri ini mahukan?? Sungguh kawan, fikiran dan jiwa aku benar-benar berkecamuk kala ini. Aku...aku...aku....arghhhhh! Segala rasa bermukim di hati. Perasaan yang tak terluahkan. Begitulah aku. Senantiasa begitu. Sila jangan teruskan pembacaan kerana aku mungkin akan mengarut dan melalut selepas ini.
Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, hanya jasad aku yang berjalan di kaki lima jalan Muneera menuju Sayyeda Zainab yang samar-samar disinari cahaya lampu di hujung jalan beserta cahaya daripada lampu kereta-kereta yang lalu-lalang tanpa mengira waktu. Mesir katakan... What do u expect? kata Ustaz Jet. Fikiran aku melayang jauh amat. Kalau diukur mungkin sudah sampai ke Malaysia agaknya. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Bertanyakan hati tentang apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini. Menyoal diri apakah tidak cukup lagi dengan segala apa yang Tuhan telah beri hingga ke saat ini..? Lalu aku terdiam sambil minda terus melayang-layang ke mana sahaja yang ia ingin pergi. Biarkan ia pergi kerana pasti ia akan menemui sesuatu..
Sejenak aku teringat ayat yang dibaca sewaktu kelas di rumah Ustazah Maha tadi..Kebetulan? Tidak ada kebetulan melainkan segalanya adalah takdir. Allahu Rabbi.. Subhanallah..Sungguh, Tuhan telah menyusun atur segala sesuatu itu dengan susunan terindah!
Surah al-Naml. Wallahi jamiil jiddan! Sungguh, aku temui sesuatu di sini!
Saat membaca ayat-ayat ini aku terus menggaris maknanya terang-terang dengan pen merah dan membuat tanda bintang besar-besar supaya selepas ini mudah untuk dirujuk semula.
"....Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." [ayat 19]
" Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat." [ayat 62]
" A ilaahum ma'a Allah.."
Allahu Akbar...ayat ini benar-benar menggegar jiwa!
Astaghfirullah hal'aziim..
Tiada Tuhan yang disembah melainkan mu Ya Allah dan Sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Tuhan benar mendengar. Tuhan benar mahu menunjukkan sesuatu. Duhai diri, bukalah mata hati!
Tuhan, aku khilaf dalam mentafsir apa yang Kau cuba sampaikan. Aku..aku keliru Tuhan.. Maafkan aku Ya Rabb!
Wa'fu'anni Ya Rahman Ya Rahim..
No comments:
Post a Comment