Mencari damai di bumi Iskandariah...
Akhirnya Tuhan temukan aku! Bukan sekadar itu sahaja, bahkan pesona Iskandariah bikin aku separa gila! Alex aku jatuh chenta! Bahrul Mutawassid atau Laut Mediteranean benar-benar buat aku terkesima. Wallahi.
Sebelum bertandang ke Iskandariah, aku sedikit jiwa kacau. Fikir apapun entahlah. Sekuat apapun aku, setabah manapun aku, aku menyedari hakikat yang aku tetap seorang perempuan yang punya hati dan perasaan yang ada masanya akan jadi bengong tak ketahuan.
Lewat ini, aku sering bertanya kenapa Tuhan masih tidak menjawab doaku? Kenapa aku sering menjadi insan terpilih? Kenapa mesti aku? Kenapa itu dan kenapa ini? Bertubi-tubi soalan datang memenuhi ruang fikiran. Walaupun aku tahu La yukallifullahunafsan illa wus'aha (Tuhan tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuan dirinya) dan walaupun aku tahu yang aku tidak layak berkata sedemikian dan sememangnya aku tidak langsung punya hak untuk bertanya sebegitu kerana ianya boleh menyebabkan aku menjadi orang yang kufur nikmat, tidak bersyukur! Tetapi kerana kedangkalan seorang aku, kerana lemahnya Iman di dada, kerana kekhilafan aku dalam mentafsir segala kurnia dari Tuhan, demikianlah yang berlaku..Ya Allah.. Wa'firi zunubi. Benarlah syaitan itu tidak pernah menunggu walau sesaat untuk terus menghasut anak Adam, terutamanya manusia lemah serta tidak tabah seperti aku ini. Arghhh kurang ajar betol aku ini! Betapa lemahnya seorang aku tiap kali didatangi ujian perasaan.. Benci betoll!
Ya aku manusia yang lupa. Lupa diri, lupa segalanya. Lupa yang aku hidup disebabkan kasih sayangNya. Lupa bahawa hakikatnya aku tak punya apa-apa. Astaghfirullahal'aziim..
Terus, harus menyerah atau apa?
Tidak dan tidak.
Sebab sabar itu kena belajar! Mesti belajar untuk bersabar. Sebab itulah Allah kata Dia sentiasa berjalan bersama orang yang sabar. Allahu Akbar!
Jangan pernah tinggalkan aku keseorangan. Jangan pernah pisahkan aku dari rahmatMU Tuhan. Aku bermohon Ya Tuhan Yang Sentiasa Mendengar.
Azam tahun baru: Belajar untuk lebih bersabar. Jika tidak cukup, perlu belajar lagi dan terus belajar sebab; learning is a lifelong process!
Tirai 2012 aku buka dengan moment yang begitu mengujakan. Moga hari esok dan seterusnya menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna inshaAllah.
Ketibaan kami di Iskandariah disambut dengan awanan hitam yang memenuhi ruang angkasa. Semuram perasaan akukah? Usai solat asar di rumah Wani di Camp Caesar, Syari' Bur Sa'id dan setelah berehat untuk seminit dua, Wani membawa kami ke Qaitbay Citadel. Di situ aku menemukan Laut Mediteranean yang semakin menggugah jiwa. Namun, suramnya cuaca membuatkan aku berasa sedikit kecewa kerana biru air laut yang aku cari tidak ada sebaliknya yang ada hanya warna hijau tua. Warna air laut itukan dipengaruhi warna langit.. Erm tidak mengapalah, tidak ada rezeki barangkali hari ini untuk berfoto dengan bahagia. Itu yang terdetik di hati.
Kami ke pintu masuk Kubu Qaitbay, namun sayang sekali kami tidak dapat masuk kerana sudah tiba masa untuk tutup. Aku dan Maryam hanya dapat bergambar di luar binaan kubu sahaja. Sekali lagi aku dihempap perasaan kecewa. Lalu kami berpatah balik semula untuk sekadar ambil angin di tepi pantai dan melihat sunset jika ada.
Ternyata Tuhan punya rencana berbeza. Tuhan punya rencana yang tidak terduga akal fikiran kita. Betapa Tuhan suka memberi kejutan dari arah yang tidak disangka-sangka! Kepulan awan hitam yang menghiasi langit sebentar tadi beransur-ansur berarak pergi dan sekaligus lenyap dari pandangan mata. Langit sudah cerah! Dan warna biru langit ternyata memberi impak yang luar biasa terhadap warna air laut. Itulah biru laut yang aku cari! Subhanallah walhamdulillah..
Apakah ini tamsilan perasaan seorang aku? Sungguh Tuhan tahu apa yang kita tidak tahu.
Malam pertama di Alex aku sudah kena cakaran kasih sayang daripada si dia yang bernama Baby, kucing parsi berbulu putih dan bewarna merah di sekitar bola matanya. Milik Syu, teman serumah Wani. Berdarah la jawabnya haha..tanda aku menjejak tanah Alexandria.
Ohh terlalu banyak sebenarnya yang aku mahu ceritakan, tetapi apa yang boleh aku katakan ialah Iskandariah ialah tempat yang MESTI kalian datangi jika ada rezeki. Mesti!
Alex kau buatku tersenyum!
Terima kasih Tuhan =)

Qaitbay Citadel |
at Montazah |
No comments:
Post a Comment