Dec 30, 2011

Respon Isu Rusuhan Mesir

Selamat hari Jumaat! Jumma'ah mubarakah inshaAllah =)

[..emm sedikit respon tentang gambar-gambar wanita dipukul, diperlakukan secara tidak adil di Medan Tahrir, Kaherah pada minggu lepas.]

Menurut guru Bahasa Arab saya di sini, yg merupakan seorang pelajar PhD di Universiti Ains Sham dan juga pada pendapat saya merupakan seorang penganalisa situasi di Mesir yg kritis lagi terbaik, katanya lebih kurang sebeginilah...

(Antara persoalan-persoalan dan keraguan yg wujud)

Situasi 1
Merujuk kpd gambar seorang wanita yg dipukul sehingga jubahnya tersingkap dan menampakkan auratnya:, ..kata ustazah,

1. Tidak mungkin, amatlah MUSTAHIL bagi seseorang wanita arab sini yang memakai jubah tetapi tidak memakai sekurang-kurangnya selapis lagi pakaian lain di bawah jubahnya.

2. Tambahan pula, sekarang adalah musim sejuk. Jadi nampak sangat kurang logik jika wanita tersebut hanya memakai jubah di luar semata-mata. 

3. Posisi tudungnya yang tersingkap ke atas hingga menutup wajah beliau juga menjadi tanda tanya.

4. Bila ditemuramah, terdapat perbezaan pada wanita yg ditemuramah dan wanita yg dipukul seperti dalam gambar. Bentuk tubuh yg tidak sama kata ustazah, dlm bahasa yg mudah mereka adalah dua wanita yg berbeza.

Apa yg ustazah cuba sampaikan di sini adalah; sangat TIDAK mustahil yg wanita itu pergi ke Medan Tahrir dan berbuat demikian dgn sesuatu tujuan. Wanita itu pasti ada tujuan tertentu. Memang benar ada rusuhan yg membabitkan golongan wanita pada hari tersebut. Tidak mustahil juga, ini juga merupakan salah satu rencana Israel untuk memecahbelahkan umat Islam. Kejadian ini boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia. Itulah yg mereka mahu. Zaman ini, tak mustahil orang boleh upah sesiapa utk buat sesuatu.


Situasi seterusnya;

1.Dalam gambar tentera angkat kaki hendak memijak mangsa ( maaf saya tak pasti gambar yg mana), kata ustazah setelah di zoom in, tertera tulisan 'Gucci' pada kasut seorang tentera tersebut. Persoalannya tentera pakai kasut Gucci?

2. Dalam gambar yg lain (maaf juga sebab tak pasti gambar yg mana), kata ustazah setelah di zoom in, nampak ukiran tatu di bahu seorang tentera dan tatu itu adalah menyerupai lambang tentera Maghribi. Rusuhan ini di Medan Tahrir, Kaherah, Mesir, macam mana pula boleh wujud tentera Maghribi?

Apa yg ustazah cuba sampaikan, adalah TIDAK MUSTAHIL wujud teknik superimposed/editing pada gambar-gambar yg tersebar di internet. Semuanya bermatlamat untuk memecahbelahkan umat Islam. 

Hakikatnya, Israel dan pihak yang tidak menyokong Islam sangat takut dengan kebangkitan Mesir kerana mereka tahu Mesir adalah 'Ummul Dunya'. Mesir punya kekuatan kesatuan Islam dan dari segenap segi. Dan musuh-musuh Islam seperti Israel yg jaraknya hanya sekangkang kera dari bumi yg penuh keberkatan ini akan sentiasa dan berterusan berusaha untuk menjatuhkan kesatuan Islam di Mesir khususnya dan di seluruh dunia amnya. Mereka akan sentiasa berusaha supaya Islam tidak menang!

Teruskan berdoa teman-teman moga kemenangan milik Islam! 

Takbirrr ALLAHUAKBAR! 
@Tahrir Square, 28 Nov
..'ala kullihal, Wallahua'lam..

hajrunsasuke,
Ardhul Kinanah

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni