Sep 10, 2012

Terkagum

Semalam hari Sabtu, saya kerja syif petang. Sejak saya mula kerja di sini, pada saya inilah peristiwa yg benar-benar menyentuh hati. Sudah dua hari Puan K warded, masih belum bersalin lagi kerana pintu rahim baru buka sedikit shj. Beliau juga under special case sebab kandungan just 36 minggu++. Borderline antara pramatang-cukup bulan. Puan K seorang jurutera bertaraf sarjana. Raut wajah beliau Subhanallah Tabarakallah..cukup tenang dan sejuk mata memandang.

Em sudah dua hari juga saya mendengar suaminya, En F mengaji Quran tanpa jemu di bilik beliau. Menurut data yg tertulis, En F seorang businessman tetapi beliau kelihatan sempoi sahaja, ringkas dengan T-shirt dan jeans. Ketika Puan K sudah ditolak ke dalam dewan bersalin, En F ikut bersama.

Ketika kami, staff sibuk membuat persediaan untuk menyambut kelahiran, saya dengar En F tidak putus-putus mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian disambung dengan doa, selawat, tasbih, zikir memuji Allah secara berterusan. Ketika Puan K sedang berjuang bermati-matian untuk melahirkan, En F tidak putus memberi semangat supaya isterinya ingat Allah dan beliau sendiri semakin kuat melafazkan segala doa dan ayat Quran yg terlintas di fikiran. Very supportive! Saya mula kagum dengan beliau.

Bila tiba saatnya permata hati kedua mereka lahir ke dunia, sy lihat En F sungguh-sungguh melafazkan kalimah Alhamdulillah Allahuakbar silih berganti. Dan serentak air mata jantan beliau gugur dan meluncur laju. Tersedu-sedu. Air mata kesyukuran dan kegembiraan berpadu. Saya yg menonton adegan sebabak itu pun terasa nak nangis sama! Terharu dengan ketulusan dan kerendahan hati En F... Nina, rakan sekerja pun rasa yg sama. Dengan mulut yg masih terkumat-kamit melafazkan syukur ke hadrat Ilahi, tangan dan dahi isteri diciumi.

Apa yg saya nak katakan, tak semua orang mampu ingat Tuhan terutamanya dalam keadaan terdesak dan tertekan. Saya dapat lihat mudahnya proses bersalin Puan K, selepas pertolongan dari Allah, selebihnya adalah disebabkan oleh kesungguhan dan berkat doa suami yg tak putus-putus. Tidak ramai suami yg mampu utk berada di dalam dewan bersalin bersama-sama dgn isteri.. Maka beruntunglah siapa yg dapat suami seperti ini. Err saya pun nak suami mcm nilah! Doakan~ Thanks in advance.

(Sebelum balik kerja, kami dapat hadiah sorang sekotak KFC drpd En F, nak buat kenduri sket katanya..alhamdulillah rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka...)

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni