Aug 28, 2013

Cinta




Berchenta dengan kamera dan lensa, inilah padahnya!! Uhuu can't help myself to stop thinking about it =( 

focusing problem..autofocus tak boleh, manual focus pun problem.Huaaaa apapun tak boleh =(


3 kupang ohh 3 kupang... Nak harap orang hadiahkan?? Berjanggut laa jawabnya. 
Huuu ottoke? Ottoke?? H E L P

Aug 10, 2013

Raya

Raya. Tiada kata. Meriah? Sama sahaja. Apalah erti raya tanpa seorang dia.. Waiting for someone to bright up my day, our day again :) 
Who???  Only Allah knows. 
Wait for ur turn!



Jul 26, 2013

Tanah Rencong, takkan terlupakan!



Aceh.. 

InshaAllah segala perasaan dan kenangan itu takkan terlupakan! Sebagai seorang perempuan berduka dari Tanah Melayu yang berkelana ke Tanah Rencong, ternyata itu suatu pengalaman yang tidak tergambarkan. Apatah lagi, pemergian ke Nanggroe Aceh Darussalam itu merupakan suatu impian yang sudah lama terpendam di lubuk hati yang paling dalam serta sudah lama terpahat di awan impian. Kemudian, Tuhan mendaratkan impian itu di bulan yang penuh kemuliaan dan sememangnya dinanti-nantikan, Allah Allah..luar biasa rasanya.

Memang aku berdarah Aceh di sebelah nenek sebelah ayah namun itu belum cukup untuk membulatkan keinginanku untuk ke sana sehinggalah terjadinya peristiwa yang meruntun hati masyarakat seantero dunia, Tsunami 2004. Ketika itu, jiwa ini meronta-ronta untuk ke sana mengikut misi bantuan. Padahal waktu itu aku masih sekolah tingkatan lima. Mana mungkin dengan mudah aku lolos untuk ke sana melainkan sekolahku ada menghantar skuad bantuan khas. Lalu, hasrat itu akhirnya ku tahan-tahan dahulu dan biarkan ia terbang bebas meronta-ronta semahunya ke seluruh pelosok sanubari selama mana yang ia perlu sehinggalah nanti bila tiba saatnya Tuhan pasti menjawab doa dan hasrat itu.

Dan alhamdulillah, akhirnya Tuhan menjawab doaku di bulan Ramadhan yang mulia tahun 2013. Ameen Ya Allah! Terima kasih Ya Allah.

Sejujurnya sebelum berangkat ke Aceh pada tanggal 19 July, aku sedikit gusar. Itu perasaan yang tidak dapat dinafikan. Memang aku sudah maklum tentang gempa yang baru berlaku di Aceh awal Julai lalu, kemudian diikuti dengan gempa kedua dan ketiga yang hampir sangat dengan tarikh keberangkatanku ke sana. Allah2..Sehingga membuatkan aku pasrah berdoa apapun yg bakal terjadi sewaktu aku di Aceh nanti, aku sudah bersedia dan redha. Tambahan pula, aku pernah menonton dan mengulang tonton cerita Hafalan Sholat Delisa yang ternyata mengisahkan tentang kejadian Tsunami 2004 di Aceh. Lagilahhh!! Namun, aku tetap tekad dan meletakkan seluruh keyakinanku kepadaNya. Sekali aku melangkah, aku tidak akan menoleh ke belakang lagi. Itu sifat orang Intuitive Extrovert, bilang Ust Rizki =D

Ustaz Rizki Fakhrullah

Aceh menemukan aku dgn beberapa insan yang benar-benar menginspirasikan. Patutlah sejak dahulu lagi aku ingin sekali utk ke sana. Rupanya memang ada tarikan yg sangat kuat rupanya. Emm aku jarang berbicara soal jodoh secara terbuka dengan sesiapa terutamanya mereka yg tidak pernah aku kenal. Tetapi dengan beliau, aku mampu bercerita dgn bahagianya seolah-olah aku sedang bercerita dgn pakcik aku atau lebih tepat seperti berbicara dgn seorang ayah. Setiap butir bicara beliau umpama mutiara yang telah lama aku nantikan. Antara pesanan beliau yang terus masuk menyentuh tangkai hati ku dan takkan terlupakan inshaAllah;

"Jangan pernah memasukkan pria ke dalam hati sehinggalah telinga kamu mendengar lafaz aku terima nikahnya. Jangan pernah."

"Kalau berjodoh di dunia itu kan perkara biasa. Tapi kalau berjumpa jodoh di akhirat, naah itukan luar biasa. Jadi usah risau, tetap terus bermohon kepada-Nya kerana Dia pasti akan menurunkan apa yg dihajati."

Zaaaaaaap! terus merentap hati. Luar biasa. Terasa seperti aku berada dalam novel karangan Andrea Hirata ataupun Ahmad Fuadi pula. Padahal ini betul-betul terjadi di alam realiti. Ya takkan terlupakan! Jazakallah Ust Rizki Fakhrullah! Semoga dan semoga sentiasa dirahmati Allah. Barakallah.

Buk Yanti
Masjid Makmur, Kota Banda Aceh terletak selang beberapa bangunan sahaja dari hotel kami menginap. Sepanjang keberadaan kami di situ, di situlah tempat kami berterawih. Malam kedua di Aceh, merangkap malam terakhir di sana, aku tetap juga solat terawih di kaki lima masjid kerana kebanjiran jemaah lelaki mahupun perempuan. Yes i was impressed! Ini suatu pemandangan yang aku jarang lihat di masjid sekelilingku di Malaysia. Mungkin ada tetapi tidak terjumpa oleh aku. Sangat menyejukkan mata!






Semalam aku dengar Makcik Semah bercerita, ohh dia juga ahli rombongan kmi, katanya kanak-kanak perempuan mereka letak di saff hadapan sekali untuk bahagian perempuan. Wahh betul ke? Aku teruja. Sebab aku tidak berkesempatan untuk solat di dalam masjid lagi. Lalu aku bertekad, ok inshaAllah subuh esok aku mesti datang solat di masjid demi menyaksikan kebenaran yang diperkatakan Makcik Semah itu.

Erm aku solat terawih seorang diri di sebelah makcik, kakak Aceh yang pastinya tidak dikenali. Usai solat, aku sekadar berbasa-basi dengan seorang makcik Aceh di sebelah kiriku. Beliau juga kelihatan ramah apatah lagi setelah aku khabarkan aku dari Malaysia dan sudah mahu pulang esoknya. Lalu aku tanyakan kepadanya perihal saff kanak-kanak perempuan itu.

"Iya benar, di masjid ini memang dipraktiskan kanak-kanak perempuan dikhususkan berada di saff pertama wanita kerana tidak mahu ribut-ribut dan.. (apatah lagi yg dia ckp, aku kurang jelas)"

Tapi setakat yg aku paham, Wow bagusnya masjid ni! Pada hemat aku, memang bagus buat gini sebab selain membuatkan anak-anak tadi undercontrol, secara tak langsung membuatkan mereka rasa dihargai apabila datang ke masjid dan seterusnya memupuk minat mereka untuk terus datang ke masjid lagi nanti.

Kanak-kanak dihargai! Bagusnyaaaa..

Aku tengok budak-budak lelaki pun macam bahagia ja depa dok tolong angkat dan bentangkan tikar dan sejadah di luar masjid. Bahagia bukan main sambil bekerja! tapi kalau budak-budak kita, Allah jenuh kena tempik dah..huu esok-esok besar, memang payahlah generasi kanak-kanak nak dekat dengan masjid sebab dari kecik asyik kena marah ja dan tidak dihargai warga masjid. Ohhh sedih.

Erm itulah Aceh serambi Mekah.

Berbalik kepada makcik Aceh tadi, setelah mengetahui aku orang Malaysia, beliau pun semangat bercerita. Rupanya, beliau itu seorang guru tadika dan juga ketua guru-guru tadika seluruh Aceh! Beliau pernah beberapa kali datang ke Malaysia melawat beberapa tadika di seluruh Malaysia. Okayy, she is someone. Sesudah puas bertukar cerita, lalu kami bergerak keluar untuk pulang. Memandangkan aku datang pun jalan kaki jadi pulang pun sudah tentu macam tulah. Tetapi, makcik itu bersungguh mahu menghantar aku pulang. Aku menolak dengan baik sebab memang dekat je pun hotel dengan masjid, tetapi dia bersungguh juga mahu menumpangkan aku. Ok aku tiada upaya menolak lagi.

Kami bergerak ke arah skuternya. Ok orang-orang di sini kalau pemboncengnya terutama perempuan mereka memang biasa duduk sebelah sopan gitu. Oh minta maaflah aku tak mampu. Haha aku celapak je macam biasa. Dah memang itu gaya aku naik motor di Malaysia. Sempoi sungguh makcik ini bawak motor membelah lautan kenderaan di kiri kanan jalan. Macet itu perkara biasa di negara Indonesia. Beliau siap offer nak bawak aku ronda-ronda melihat kawasan lagi. Itu memang peluang keemasan tapi aku terpaksa menolak kerana sudah berjanji untuk berjumpa Ustz Rizki malam itu. Sudahnya, beliau menghantar aku sampailah ke depan entrance hotel walaupun terpaksa melawan arus trafik. Oh terharu. Kebetulan sewaktu dia menurunkan aku, geng2 budak lelaki kumpulan kami baru juga tiba di entrance hotel berjalan kaki. Terus si Ridhwan meluru ke arah aku,

"siapa tu kak? Saudara ke?"
'Eh taklah. Baru je jumpa masa solat tadi'

Setelah mengucapkan salam perpisahan dan bersalaman, motor makcik berlalu pergi. Terima kasih banyak Buk Yanti! InshaAllah ada rezeki kita bisa ketemu lagi!Dan esoknya, alhamdulillah aku Subuh di masjid dan sememangnya aku dapat menyaksikan kebenaran yang diperkatakan. Kanak-kanak perempuan di saff hadapan dan apa yang membuat aku lebih kagum, waktu-waktu Subuh begini bukan hanya seorang dua sahaja kanak-kanak perempuan yg datang solat okay, lebih kurang 10 orang. Oh ok. I'm impressed!

En Marlizar

En Marlizar itu bertindak sebagai tourist guide kami sepanjang di Aceh. Awal-awal lagi aku khabarkan kepada En MArlizar tentang hasrat untuk ke kedai buku memandangkan memang aku sudah memasang niat untuk mesti pulang dari Aceh dengan Rantau 1 Muara, pelengkap trilogi Negeri 5 Menara karya Bang Ahmad Fuadi. Kerana, novel itu belum masuk ke pasaran Malaysia. Aku sudah terlepas peluang sewaktu di Padang tempoh hari kerana tarikh launching nya sehari dua sebaik sahaja aku pulang ke Malaysia. Adusss keciwa.

Memandangkan jadual kami agak padat di Aceh, yelah 3hari je pun, itu pun bukan fully 72hours, aku masih tidak nampak ruang untuk kabur sebentar ke mana-mana toko buku di sekitar Banda Aceh. Dan hal itu ternyata amat merisaukan aku. Malam terakhir itu, kami cuba untuk mencari kedai buku selepas solat terawih tetapi malangnya jam sudah melangkau jam 10malam, jadi kedai sudah tutup. Ahh aku semakin gusar.

Akhirnya, alhamdulillah pagi terakhir sebelum kami berangkat ke airport, sewaktu yang lain singgah ke kedai souvenir, En Marlizar mengajak aku mencari toko buku di sekitar situ. Kak Siti dan En Sofee ikut serta. Dan saat novel itu tiba ke tangan, subhanallah luar biasa rasanya. Gumbira. En Marlizar mohon maaf kerana tidak dapat ke kedai buku seperti yang aku hajati (seperti yang aku lihat di dalam website Negeri 5 Menara, mereka yg mencadangkan nama toko buku di Aceh yang menjual Rantau 1 Muara). Ohh itu sudah tidak mengapa lagi kerana yang pentingnya ada atau tidak novel itu. Kedai mana sudah tidak jadi masalah lagi. Alhamdulillah! Terima kasih mas!




En Fade dan isteri

Mereka ini datang dua malam berturut-turut sepanjang keberadaan kami di Aceh. Malam pertama, mereka bawa ke kedai makan Mee Razali yang terkenal di Aceh. Kemudian malam kedua, mereka bawa ke tempat sate Aceh pula. Wahhh sangat masyuk! Tapi malangnya kedua-dua tawaran hebat mereka itu, aku tidak dapat ikut serta kerana ada kerja yang perlu dilunasi. Malam pertama, aku diamanahkan untuk mengira total wang sumbangan bersama beberapa orang yang lain. Kemudian, malam kedua aku sudah berjanji mahu berjumpa Ust Rizki. Maka kedua peluang itu terpaksa aku lepaskan.

Sungguhpun begitu, En Fade dan isteri melayani kami dengan bagus sekali. Seperti kami ini saudara yang telah lama dikenali. Hinggalah pagi terakhir kami di sana, mereka turut datang untuk menghntar kami.

Sekembalinya ke Malaysia, aku masih berhubungan dengan mereka. Aku khabarkan keterharuan aku dengan layanan mereka sewaktu di sana, lalu En Fade jawab;

'Hajar itu kami anggap sudah seperti saudara kami. Kerana sewaktu tsunami dahulu, kami banyak kehilangan saudara mara, jadi sekarang Hajarlah saudara kami.'

Terharu kan..?

'Seandainya butuhkan pertolongan kami nanti, silakan menghubungi kami. Kami sentiasa sudi membantu dan pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk anda smua'

Mereka sangat ikramu dhuyuf kann?? Memuliakan tetamu. Aku ingat setelah berjumpa Ammu, Ustazah Maha, Ustazah Amal, Ustaz Mahmud dan Ammu Ibrahim di Mesir dan Jordan, aku tidak akan menemukan lagi orang yang memuliakan tetamu sebegini rupa. Ternyata aku silap. Masih ada sebahagiannya di negeri Aceh ini. Allahu Allah..

Mungkin inilah dia yang dimaksudkan Imam Shafie dalam sebahagian syairnya;

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri seberang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang


Ok i feel it Ya Allah. Terima kasih atas segalanya Ya Allah. Haza min fadli Rabbi!
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan....?


Nukilan,
Perempuan berduka dari Tanah Melayu





p/s: sorry! Bila aku mula menulis, beginilah jadinya. Lupa nk berhenti. My bad.

Jul 16, 2013

Mereka dan Kita

Kalau bukan bulan Ramadhan pun banyak kita jumpa 'mereka' ini, apatah lagilah bila dalam bulan Ramadhan. Siapa 'mereka'? Mereka yg meminta sedekah di bazar ramadan, dkt entrance bank @ di mana-manaa, mereka yg memohon sumbangan dan derma itu ini utk golongan yg memerlukan. Kebanjiran mereka-mereka ini hmm agak-agak sebab apa ya? Mereka memang jujur atau menipu?

Untuk seorang saya, biarlah alasan apa yg mereka berikan sekalipun kerana saya percaya itu urusan mereka dgn Tuhan, (hang muhong hang jawab la dgn Tuhan nanti), saya tetap percaya dalam setiap bahagian rezeki kita pasti tetap ada bahagian orang lain juga dan saya percaya inilah PELUANG yg Tuhan bagi untuk kita menjana pahala. Peluang memang banyak. Nak rebut atau tidak itu terserah kpd kita. Infak itu kan salah satu cabang keberkatan hidup?

Tak terasa ka kehadiran 'mereka' ini seperti--- "woi2 kami mai nak bantu, nk bagi peluang hampa generate saham akhirat ni"--?hehehe..

Tidak kisahlah hendak hulur seringgit dua atau sekupang dua sekalipun yg penting kita TERASa nak memberi. Kalau tidak mahu memberi sekalipun tidak mengapa. Tidak berdosa. Jangan mengata tak ketahuan hala haa itu mengundang dosa. Sebab siapa tahu, dgn keadaan diri kta yg senantiasa banyak dosa ni, mungkin ni caranya utk bersihkan, hapuskn segala dosa, tambah keberkatan hidup dannnn sebab tulah rupanya Allah hadirkan 'mereka' ini kpd kita, kan??!
(Sebab tulah 1hri nnt saya nak jadi kaya tpi tak cinta harta! ok tlg doa.)
Emm saya fikir begitu. Anda bagaimana?

Jul 15, 2013

Peluang

TAWARAN HEBAT MENJANA PAHALA. JOM rebut peluang!;

1) InshaAllah ada satu trip amal ke Aceh utk menyantuni anak yatim akan berlangsung pd 10 Ramadhan [19-21july] oleh fb Tiket Murah, jadi sesiapa yg ingin menderma barang seringgit dua jangan malu jangan segan boleh pm sy. Sy tlg jadi wakil kutip dana je

2)Rayuan sumbangan beras utk fakir miskin sempena Eidul Fitri 1434.. Sekampit beras 10kg berharga RM25 shj. Segala sumbangan anda bolehlah disalurkan kpd International Muslim Aid M'sia (IMAM) melalui saya sendiri selaku Bendahari atau kpd wakil IMAM yg lain spt Ust Mahizan Mat Lazim 013-5931797 dan En Md Juhari Ismail 012-4309860.

Thanks in advance! Jazakumullahukhairujazak!! May Allah bless us all
~One of the sources of barakah is through CHARITY. ~ Setiap amaun duit yg kita ada, tetap ada bahagian org lain di dalamnya. Dalam dua ringgit yg kta punya, kurang2 sekupang dua tetap hak org lain sebenarnya..,contoh. Pelaburan akhirat tak rugi lho!~

p/s: untuk perkara no. 2, kalau nk bnk in duit dan mnta kmi tlg belikan beras pun bole. no problemo. kmi tukang perantara dan pelaksana ja =)

Jul 13, 2013

Ramadhan Rush!


It's 4th of Ramadhan.. 
Ramadhan is running away. Away n awaaaay from me...
it's leaving us (me; to be specific)! .. but I.. I feel like...erm..
am still standing at the beginning and looking around; 
looks like do not know where to start. 
Blurrr.
Brain shutdown huh?
My bad..
Aiyakkkk!! Deyyy wake up laaa. 
Ain't Ramadhan is 'PESTA IBADAH' ?? 
Oh kemonn! 
Get out from ur dungeon of unproductivity!
Ramadhan RUSH!!




Jul 10, 2013

Langit Ramadhan




Langit Ramadhan. Duduk depan rumah watching sunset. Solace!

Entering madrasah Ramadhan. Semoga grad dengan jayanya! 

Jul 8, 2013

Menyantuni Ulama'

Sebelum subuh Jumaat lalu, rombongan kami tiba di Masjid Darul Anuar, Pulau Melaka. Masjid yang selalunya beliau menjadi Imam. Ah beruntunglah menjadi makmum kpd beliau. Suaranya perlahan dan syahdu sekali. Kedengaran seperti sarat dengan kelelahan yang telah lama sekali ditahan-tahan. Kata Ustaz Mahizan, ketua rombongan kami, kemungkinan besar Tok Guru tidak dapat beri kuliah dhuha hari ini kerana beliau kelihatan uzur sangat sewaktu subuh tadi. Ahh terasa seperti berkecai impian. Telah lama aku ingin mendengar kuliah yg disampaikan Tok Guru di dataran ilmu.

Setibanya kami di pekan Kota Bharu, kami diberi waktu sehingga jam 10.30pgi untuk bebas ke mana-mana. Ada yang pergi ke Pasar Siti Khadijah, Pasar Buluh Kubu dan tidak kurang juga yang sekadar turun minum di kedai berhampiran kemudian naik ke atas bas semula. Namun, aku dan Dr Asyura, kami putuskan untuk tetap jalan sahaja menuju ke sana demi melihat siapa yang bakal menyampaikan ceramah. Untung-untung Tok Guru sendiri walaupun ustaz sudah khabarkan yang Tokguru sepertinya uzur amat. Setibanya kami di sana, wahh ramainya manusia! Indahnya pemandangan. Masyarakat dahagakan ilmu. This is Kota Bharu!

Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara yang mendatar perlahan senada tetapi menyentuh hati para pendengar, sepertinya suara beliau! Alhamdulillah Tuhan beri peluang sy berada di Dataran Ilmu, Kota Bharu, mendengar kuliah dhuha Tok Guru! Dream came true! Perasaan?? Allahu Allah, tak terucapkan! Alhamdulillah akhirnya..,sbg anak bumi Mutiara yg jarang dpt peluang bertentang mata dgn tok guru tentu sekali saya teruja! Menyantuni ulama'. Suka!




Kemudian, hari Ahad berpeluang menziarahi Ma'ahad Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu. Berpeluang berjumpa dgn Penaung Ma'ahad, YAB Tok Guru Haji Hadi Awang dan mendengar tazkirah beliau seketika. Paling sy ingat Tokguru pesan, first thing first, bersyukurlah sebab Allah lanjutkan usia kita..
Ma'ahad Darul Quran, Rusila, Marang




Allahu Akbar..seronoknya tak terkata dapat bertemu mata dgn ulama'! Segala rasa ada. Rasa nak pecah hati sebab sarat dgn rasa malu, rs byk dosa gila dan macam-macam lah. Terharu dan tersentuh dgn kerendahan hati mereka. Jumpa dgn orang-orang soleh ni at least membuatkan kita rasa nak jadi lebih baik daripada diri kita yg sedia ada. Automatik membuat jiwa rasa penuh dosa cacat-cela. Em kurang-kurang terkena la juga tempias 'minyak wangi' daripada mereka kan. Jom jadi baik! Belum terlambat.

May this visit be a good start for me to be a better man! Ramadhan Kareem!!
p/s: Rombongan petugas2 Konvensyen Perubatan Islam peringkat kebangsaan 2013 + International Muslim Aid Msia (IMAM) ke Kelantan-Terengganu 4-7Julai '13

Jul 2, 2013

Kemenjadian


Menjadi yang terlupakan. Itu impian!


Jun 27, 2013

Time flies.. it's June 27th!

Sesudah separuh abad lamanya, sesudah tiada lagi seorang dia, barulah aku menemukan sekeping foto ini yang menyimpan seribu satu makna. Itupun baru saja ditemukan sekitar beberapa minggu yang lalu. Mujurlah Kak Aisyah khabarkan ketika kami para sepupu sedang bersama-sama menatap album lama yang terkandung sejuta nostalgia itu. Jika tidak, sampai saat ini pun aku masih tidak ketahuan lagi bahawa itulah dia cinta hatiku yang senantiasa membuat aku rindu. 



Oh masa..pantas sungguh dikau berlalu. Hari ini, sekali lagi hari dan tanggal yang sama, seperti 11 tahun yang lalu, berkunjung tiba. Masih teringat-ingat aku segala yang berlaku pada 27 Jun di kala 11 tahun yang lalu. Masih segar segalanya! Biarlah momen yang tidak disangka-sangka itu terus kekal dalam lipatan sejarah hidup kami. Biarkan ia terus hidup dalam memori kami. Maafkan aku atas segalanya.
Semoga tenang di sana!


You are forever my hero!




Jun 24, 2013

Simple Rules

:LIFE HAS FEW SIMPLE RULES:

Rule 1:
Always thanks to ALLAH, no matter how sad you are or how happy you are.

Rule 2:
Always believe in your self, no matter how many times you have failed.

Rule 3:
Never judge your self on the basis of other's comments/critics.

Rule 4:
Always be a good listener, but take decisions on the basis of pure logic.

Rule 5:
The last but not least, always be motivated. Because it is the key 2 a successful life!
(Dr Zakir Naik)

Jun 23, 2013

Luar biasa

When I'm alone and need someone to support me, no one comes to help me except Allah. When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I'm sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful and all praise belongs to Him. -Prof Tariq Ramadan

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan..?


p/s: suka ulang-ulang ayat ni. Sensasinya senantiasa luar biasa!


Jun 21, 2013

21 Juni


Entah entah dan entah..entahlah. 
Di hujung sudut hati, jiwa seperti meronta. Di hujung sudut yang satu lagi, ia seperti redha. Di sudut yang lain pula, ia seakan menjeruk rasa. 
Oh Tuhan, mengapa? 
Ujian perasaan itu benar-benar mengocak ketenangan jiwa..Sesungguhnya aku dan seluruh jiwa ragaku adalah hak milik-MU. Maka bantulah aku.

Jun 20, 2013

Jakun

Hari itu, setelah selesai majlis kahwin seorang rakan sekolah dan se-universiti, aku menemani rakan-rakan dari KL untuk berjalan-jalan di sekitar Penang. Berjalanlah sangat katanya..haha..memandangkan jam sudah hampir pukul 6 petang, lalu mereka pilih untuk pergi ke mana-mana port yg best untuk shoot sunset. Ahh sudahh mana aku nak bawak depa ni? Setelah difikir-fikir, lalu kami menghala ke Kuala Muda. Pemandangan sunset di situ boleh tahan juga. Epit yang bawak aku ke sini suatu masa dulu untuk tengok sunset.

Kami tiba di pantai Kuala Muda. Depa kata nak cari sesuatu seperti jeti atau yg sewaktu dengannya. Aku tak penah pi pun sampai hujung jeti nun. Tanya orang kemudian sampailah kami kt tempat jeti bot loading ikan. Bau? Jangan cakap la. Opkos bau ikan lerr haha..tapi aku layan je.

Sejak kami turun dari keta, kami perasan ada beberapa pasang mata seperti memerhati setiap gerak geri kami. Alamak tak boleh parking sini ka? Atau tempat ni hanya boleh untuk org tertentu ja ka? Takpa kami redah ja.

Melihat bot-bot nelayan yg parking elok di situ ohh indahnya pemandangan. Seketika, seorang pakcik datang menghampiri.

"Ni mai nak buat liputan ka? Wartawan dari mana?" soalnya.

Erkkk...ada rupa wartawan kah kami? hahahaha... Oh baru aku perasan, mungkin sebab pakaian kami tampak kemas dan bergaya sket kot haha..kebetulan aku pakai baju kurung ke pantai, yelah terus dari kenduri tadi. Biasanya aku sempoi dengan t-shirt dan seluar je seperti budak sekolah hehe..tambah plak kami masing-masing menggalas kamera siap dengan tripod bagai, waduhh ada laa kot sikit-sikit gaya wartawan di pandangan mata depa,...katanya..haha

'Dak aih pakcik. Kami bukan wartawan. Saja ja mai nak ambik gambar'
"Ohh ingatkan wartawan tadi. Kalu ya, pakcik nak jadi jurucakap la haha"
Dan terburailah ketawa semua orang...hahahaha

Sedang mereka asyik berfoto, aku lebih banyak menikmati keindahan alam sahaja, ada beberapa bot tiba. Nelayan yg baru pulang dari laut. Aku perhatikan sebuah bot ini dan nampaklah dalam bot beliau udang lipan yang besar bgi aku sebab ak tak pernah tengok udang lipan sebesar tu selama hidup ni. So, jakun la sikit.

Sekadar berbasa-basi ,memandangkan bot dia memang parking depan kami, aku menegur

"Besaq udang bang"

Dia membalas, 'kak nak ka?'
"Eh dak, dak..Saja la. Tak pernah tengok udang lipan besar tu"

'Dak aih takpa-takpa, mai saya nak sedekah dekat kak',

"eh takpa takpa cik"

'Takpa kak takpa, saya nak sedekah" serentak dia pun menjerit ke arah pembantunya untuk diambilkan plastik beg.

Erkk..dan aku pun kelu tak terkata.

Setelah menuang sebaldi kecik yang ada udang lipan dan sedikit ketam kecil, dia menyeluk ke dalam uncang ikan pula untuk mengambil segenggam dua utk diberikan pada aku.

"Nah kak, saya sedekah dekat kak. Takpa saya nak bagi"

'Ya Allah cik, ish terima kasih banyak-banyaklah ya. Semoga murah rezeki!'


Disebabkan taktau nak cakap apa dah, malu pun ada jugak, aku rasa itulah kot ayat yg terbaik mampu aku lafazkan kepada beliau. Terima kasih encik! Rezeki dari arah yg tak disangka-sangka.
Pemilik bot ni, barakallah! Dlm gmbr: pembantu beliau.
Erm setelah pulang ke rumah, aku ceritakan hal tersebut kepada tok dan toklong dan depa pun kata;

"Haa dia rasa besar hati la kot ada orang nak tegur dia. Selama ni mungkin org luar tak penah tegur dia"

'Ooo orang besar hati ka kalu kita tegur dia lagu tu?' macam bangang kan tanya soalan gini haha..biarlah.

"Haa la, orang besar hati woo kalau kita tegur depa"

Oooooooooooooooooooooohh baru ku tahu sebenarnya orang-orang sebegini sangatlah berbesar hati jika kita menegur mereka!

..mungkin juga mereka ini sedia memahami erti hidup pada memberi, kan? =)

Alhamdulillah. Thank you Allah! for everything..


rezeki!

jakun#excited

Jun 8, 2013

Pokoknya...


Setiap kali menyusuri tol Sg Petani Utara untuk pulang ke rumah, aku pasti memandang pokok sehelai sepinggang ini, yg letaknya bersebelahan lebuhraya, berhadapan pula dgn tempat parking Amanjaya Mall. Ahh sungguh indah di pandangan mata!. Klasik. Lagi-lagi bila waktu senja. Sunset. Ohhh teruja! Bilalah agaknya dapat berhenti untuk mengambil gambar barang sekeping dua dengannya. Sungguh aku jatuh chenta dgn ciptaan Tuhan yg sebegini rupa!

Hari ini memandangkan cuaca sangat baik dan kebetulan pula aku melalui kawasan ini hampir jam 7 malam, setelah difikir-fikir aku lantas memberi signal untuk membelok ke kiri langsung menuju ke kawasan lapang tempat parking di hadapan Amanjaya Mall. Lengang. Tak ada orang. Bahagia!

Asyik sungguh aku snap gambar yang ntah apa-apa. Ahhh pedulikan. Yang penting 'moment!'

Setelah puas bermain dengan kamera dan langit malam pun melabuhkan tirainya, aku bergerak pulang. Aku keluar ke pasar malam semula di Taman Ria Jaya tanpa ingatkan suatu benda ni lagi. Setelah pulang ke rumah dan unpack barang dari kereta, barulah aku teringat akan sesuatu. Henset di mana?? Ahh sudah..


Cari di dalam kereta, cari dalam beg, dalam bilik, guna henset emak miscall, semuanya sudah tetapi masih tidak ketemu lagi. Allah.. aku sudah mula membayangkan akan post status di fb malam ni seperti, "Makluman: henset saya hilang. IAllah akan guna nombor yg sama. Jadi tolong pm /msg nombor anda semua ataupun kalu ada sesapa nk bagi hadiah henset pun bolehh hehe"..

Inilah harga yang perlu dibayar untuk mendapat ruang snap gambar dgn pokok sehelai sepinggang di tepi highway. Ohhh Tuhan.. Ak berjeda seketika. Masih belum berpuas hati. Lalu aku ambil kunci kereta dan keluar semula menuju ke tempat parking Amanjaya Mall.  Mujurlah Amanjaya Mall tidak jauh sangat dari rumah. Sekelumit harapan masih ada. Mana tahu tercicir mungkin. Yang penting usaha! Jika tidak ada, tidak mengapa. Mungkin ini takdirnya. Jadi aku redha.


Sampai di situ, alamak gelap gelita. Hanya ada lampu kereta. Kawasan parking terbuka tu luas maa! Aku mulakan kerja mencari. Sambil-sambil tu dok call menggunakan henset emak. Di kiri kanan tepi semua tidak ada. Aku berjalan ke belakang kereta sambil di telinga masih melekap henset emak membuat miscall berulang-ulang sejak tadi, dari kejauhan aku nampak seperti ada cahaya berkerlip-kerlip. Semacam hensetku! Laju aku berlari ke arah itu. Alhamdulillah i found u! Seb baik henset cap ayam ja. Mau iphone 5 ka atau yg sewaktu dengannya kaa, aduss lagi jiwa kacau aku dibuatnya sebab dok pikiaq bnda mahai hehe.. Ahamdulillah 'ala kullihal! Terima kasih Allah!

rasanya masa dok gigih snap ni ak tertinggai dia ats bumbung keta dah hahaha
Moral of the story:
1) Sila gantung henset di leher atau simpan terus dalam beg, jangan bawak keluar langsung sewaktu nak bergambar sakan
2) Selagi ada sinar harapan, teruskan usaha!


ALLAH loves those who don't give up!

p/s: drama again huh?? sorryyyy! =p

Jun 7, 2013

Turn to HIM =)

Dulu..aku pernah bermimpi, ingin keliling dunia membantu sesiapa sahaja. Aku ingin ke Mesir, Gaza, ke Kemboja, Aceh dan ke mana sahaja mengikut misi bantuan kemanusiaan terutamanya. Ahh minat sungguh diriku dengan aktiviti seumpama itu! Paling penting, aku nak jadi seorang 'HELPER'! Ya itu suatu kenyataan yg pernah ditulis dalam ruangan cita-cita sewaktu dalam sebuah program di tahun satu semasa kuliah di universiti.

Sekarang, sesudah  hampir dua tahun usai kuliah, Tuhan benar-benar mengotakan segala keinginanku suatu masa dahulu! Tuhan benar-benar memberi ruang kpd aku untuk merealisasikan cita-citaku untuk menjadi seorang 'Helper'dalam erti kata yang sebenar. Dalam segala ruang lingkup kehidupan! Alhamdulillah Mesir sudah ku jejaki (menuntut ilmu walau hanya 2 bulan lebih tetapi amat bermakna bagiku), kemudian mengenali IMAM (International Muslim Aid Malaysia, sebuah NGO) yg baaaanyak membuka ruang untuk aku "reaching the ummah" seperti yang aku pernah angankan suatu masa dahulu, mengikut misi bantuan ke Kemboja pun sudah, mengikut trip Amal ke Indonesia juga sudah, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Tinggal lagi aku hanya perlu terus celik mata dan jiwa bersyukur atas segalanya serta mesti berlapang dada dengan segala ketentuan-NYA.

Find the hikmah. Ayat yang aku sering utarakan kepada teman-teman dahulunya. Ya Allah, aku lupa. Sentiasa! Bahagian rezeki yang tidak akan diambil orang. Itu janji-MU yang pasti. Ya Allah teguhkan hatiku yang mudah goyah. Tetapkan hati ini. Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui.

----manusia mungkin akan mentertawakan angan-angan dan impian kita tetapi Tuhan tidak pernah mentertawakan segala angan-angan dan impian kita walau sekecil, seremeh dan sepelik apapun. Therefore, turn to HIm! =)

Jun 5, 2013

ohsem!





..he always wins my heart! My lovely "double A!" - Asyraf Aiman, anak buah

Jun 4, 2013

masterpiece


                           




...paSsion =)

May 16, 2013

G U R U

Dahulu, saya begitu kepingin mahu makan gula-gula kapas. Untuk seorang kanak-kanak berusia 5-6 tahun, keinginan untuk makan gula-gula kapas bukanlah suatu kepelikan. Tetapi ayah selalu tidak pedulikan permintaan saya yg satu ini. Setiap kali ke pasar malam dan lalu di hadapan pakcik penjual gula-gula kapas, saya akan menarik-menarik baju ayah untuk berhenti. Tetapi ayah tetap tidak peduli. Pura-pura tidak mendengar rengekan saya.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu menziarahi saudara di Alor Setar, sepupu saya mengajak ke kedai. Kebetulan di kedai itu ada dijual gula-gula kapas. Wah inilah peluang! Saya minta dibelikan gula-gula kapas tersebut. Alangkah girangnya hati tatkala tangan mencapai gula-gula kapas tersebut! Saya makan di sepanjang jalan dgn penuh perasaan. Sebaik sahaja tiba di rumah saudara, terus saya khabarkan kepada ayah,

'Haa ayah tengok ni. Ceq dah beli dah aih gula-gula kapas. Suruh ayah beli, ayah takmau beli sangat!'

Ayah senyum-senyum tengok saya lalu berkata, "Haa syok ka makan benda tu? Sedap? Lekat celah gigi ja"

"Eleh!" hati saya sedikit membengkak. Apalah ayah ni. Benda ni bukan mahai pun, tu pun ayah takmau beli. Saya merungut di dalam hati. Sebagai seorang sahaja anak ayah, saya agak terasa hati. Iyalah, masakan tidak hanya soal gula-gula kapas yang tidak seberapa ringgit itupun ayah seperti berkira.

Tetapi, apabila sudah dewasa barulah saya faham. Kenapa banyak keinginan saya tidak tertunai. Kebiasaannya anak seorang mudah dapat apa shj yg dihajati. Tetapi tidak untuk seorang saya. Ayah tidak mahu mengajar saya bermewah-mewah. Kata ayah apabila saya minta dibelikan sesuatu, 'Ayah dulu orang susah. Pi sekolah pun tak pakai kasut. Nak beli apa pun semua susah sebab kami orang susah. Kalau hendak sesuatu kena kerja cari duit sendiri baru boleh beli'. Saya akan terdiam saat ayah berkata begitu.

Ayah nak saya usaha. Itu sebenarnya.

Tetapi saya agak perasan ayah agak tidak berkira bila masuk bab buku. Jika kemana-mana dan lalu di hadapan kedai buku, ayah akan ajak saya singgah. Walaupun tidak beli apa-apa, sekadar pusing-pusing ronda jamu mata. Mungkin inilah puncanya saya punya daya tarikan yg kuat dgn kedai buku. Ahh tetapi tetap tidak cemerlang pun. Saya masih ingat beliau selalu mengulang kata, "kami dulu tak ada peluang belajar mcm zaman hampa. Susah. Sekarang peluang banyak. Kita nak taknak sahaja".

Ayah juga merupakan orang yg bertanggungjawab dengan kegilaan saya terhadap kamera. Sejak kecil ayah sudah mengajar saya cara-cara untuk mengambil gambar dari sudut yang betul. 'Rule-of-Third' mungkin sudah diajar masa ini tetapi saya yg tidak faham haha.. Ayah sudah biasakan saya memegang kamera dan memberi kepercayaan kpd saya utk shoot. Walaupun hanya dengan kamera kodak biasa tetapi pesonanya bisa membuat saya ingat sampai sekarang!

Oh maafkan saya!! Saya hanya rindukan seorang 'guru' saya yang ini =)

SELAMAT HARI GURU buat semua warga PENDIDIK! Khususnya kpd;

-ibu bapa, keluarga
-Cikgu Sam, Tadika Kemas Tok Bedu
-warga pendidik SK Kg Tok Bedu + KAFA
-warga pendidik SMKA Al-Irshad, KISAS (seketika)
-warga pendidik UIAM
-teman-teman serta sesiapa sahaja yang pernah memberi ilmu, mengajari aku walau hanya sesuatu di setiap persinggahan dalam hidupku!

TERIMA KASIH atas segalanya! Semoga Allah merahmati kalian di mana sahaja kalian berada. Fi amanillah wa barakallahufikum!~

May 6, 2013

Gelombang Anak Muda

Young voters, ahlan2. Please get ready for the next 5years =) Bagus juga ada tempoh lgi 5 tahun ni, maksudnya makin ramailah anak muda di bawah umur yg boleh mengundi bila tiba pilihanraya seterusnya nnti. Sekarang pun dah banyak penipuan dan ketidaktelusan terang-terangan kita boleh nampak dalam PRU 13 ni. Jadi anak muda sudah boleh menilai dari sekarang. Tetapi jika tidak mahu buka mata lagi dan sengaja menjadi golongan yang pekak dan tuli, sungguh saya tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi...

Apa guna belajar tinggi-tinggi hingga masuk universiti tetapi minda kelas ketiga masih dimiliki? Bukankah generasi muda adalah pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang?

Ayuh anak muda, jom sama-sama kita tambah ilmu di dada supaya menjadi golongan terpelajar yang lebih terbuka mata dan minda serta tidak mudah diperdaya atau dimanipulasi sewenang-wenangnya! Gelombang 'young voters' sangatlah mampu memberi impak yang besar terhadap pilhanraya Malaysia. Kami sayangkan dan cintakan Malaysia! Ya Allah tunjukkanlah kebenaran, hancurkanlah kezaliman dan kebatilan..

Generasi X, Y Penentu Masa Depan Politik Negara (dah lama tak baca BH, tpi tiba2 terjumpa ni. Interesting! 'Gelombang-anak-muda' is coming. Get ready!)



"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni