Dulu..aku pernah bermimpi, ingin keliling dunia membantu sesiapa sahaja. Aku ingin ke Mesir, Gaza, ke Kemboja, Aceh dan ke mana sahaja mengikut misi bantuan kemanusiaan terutamanya. Ahh minat sungguh diriku dengan aktiviti seumpama itu! Paling penting, aku nak jadi seorang 'HELPER'! Ya itu suatu kenyataan yg pernah ditulis dalam ruangan cita-cita sewaktu dalam sebuah program di tahun satu semasa kuliah di universiti.
Sekarang, sesudah hampir dua tahun usai kuliah, Tuhan benar-benar mengotakan segala keinginanku suatu masa dahulu! Tuhan benar-benar memberi ruang kpd aku untuk merealisasikan cita-citaku untuk menjadi seorang 'Helper'dalam erti kata yang sebenar. Dalam segala ruang lingkup kehidupan! Alhamdulillah Mesir sudah ku jejaki (menuntut ilmu walau hanya 2 bulan lebih tetapi amat bermakna bagiku), kemudian mengenali IMAM (International Muslim Aid Malaysia, sebuah NGO) yg baaaanyak membuka ruang untuk aku "reaching the ummah" seperti yang aku pernah angankan suatu masa dahulu, mengikut misi bantuan ke Kemboja pun sudah, mengikut trip Amal ke Indonesia juga sudah, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! Tinggal lagi aku hanya perlu terus celik mata dan jiwa bersyukur atas segalanya serta mesti berlapang dada dengan segala ketentuan-NYA.
Find the hikmah. Ayat yang aku sering utarakan kepada teman-teman dahulunya. Ya Allah, aku lupa. Sentiasa! Bahagian rezeki yang tidak akan diambil orang. Itu janji-MU yang pasti. Ya Allah teguhkan hatiku yang mudah goyah. Tetapkan hati ini. Engkau mengetahui apa yang tidak kami ketahui.
----manusia mungkin akan mentertawakan angan-angan dan impian kita tetapi Tuhan tidak pernah mentertawakan segala angan-angan dan impian kita walau sekecil, seremeh dan sepelik apapun. Therefore, turn to HIm! =)

No comments:
Post a Comment