Setiap kali menyusuri tol Sg Petani Utara untuk pulang ke rumah, aku pasti memandang pokok sehelai sepinggang ini, yg letaknya bersebelahan lebuhraya, berhadapan pula dgn tempat parking Amanjaya Mall. Ahh sungguh indah di pandangan mata!. Klasik. Lagi-lagi bila waktu senja. Sunset. Ohhh teruja! Bilalah agaknya dapat berhenti untuk mengambil gambar barang sekeping dua dengannya. Sungguh aku jatuh chenta dgn ciptaan Tuhan yg sebegini rupa!
Hari ini memandangkan cuaca sangat baik dan kebetulan pula aku melalui kawasan ini hampir jam 7 malam, setelah difikir-fikir aku lantas memberi signal untuk membelok ke kiri langsung menuju ke kawasan lapang tempat parking di hadapan Amanjaya Mall. Lengang. Tak ada orang. Bahagia!
Asyik sungguh aku snap gambar yang ntah apa-apa. Ahhh pedulikan. Yang penting 'moment!'
Setelah puas bermain dengan kamera dan langit malam pun melabuhkan tirainya, aku bergerak pulang. Aku keluar ke pasar malam semula di Taman Ria Jaya tanpa ingatkan suatu benda ni lagi. Setelah pulang ke rumah dan unpack barang dari kereta, barulah aku teringat akan sesuatu. Henset di mana?? Ahh sudah..
Cari di dalam kereta, cari dalam beg, dalam bilik, guna henset emak miscall, semuanya sudah tetapi masih tidak ketemu lagi. Allah.. aku sudah mula membayangkan akan post status di fb malam ni seperti, "Makluman: henset saya hilang. IAllah akan guna nombor yg sama. Jadi tolong pm /msg nombor anda semua ataupun kalu ada sesapa nk bagi hadiah henset pun bolehh hehe"..
Inilah harga yang perlu dibayar untuk mendapat ruang snap gambar dgn pokok sehelai sepinggang di tepi highway. Ohhh Tuhan.. Ak berjeda seketika. Masih belum berpuas hati. Lalu aku ambil kunci kereta dan keluar semula menuju ke tempat parking Amanjaya Mall. Mujurlah Amanjaya Mall tidak jauh sangat dari rumah. Sekelumit harapan masih ada. Mana tahu tercicir mungkin. Yang penting usaha! Jika tidak ada, tidak mengapa. Mungkin ini takdirnya. Jadi aku redha.
Sampai di situ, alamak gelap gelita. Hanya ada lampu kereta. Kawasan parking terbuka tu luas maa! Aku mulakan kerja mencari. Sambil-sambil tu dok call menggunakan henset emak. Di kiri kanan tepi semua tidak ada. Aku berjalan ke belakang kereta sambil di telinga masih melekap henset emak membuat miscall berulang-ulang sejak tadi, dari kejauhan aku nampak seperti ada cahaya berkerlip-kerlip. Semacam hensetku! Laju aku berlari ke arah itu. Alhamdulillah i found u! Seb baik henset cap ayam ja. Mau iphone 5 ka atau yg sewaktu dengannya kaa, aduss lagi jiwa kacau aku dibuatnya sebab dok pikiaq bnda mahai hehe.. Ahamdulillah 'ala kullihal! Terima kasih Allah!
rasanya masa dok gigih snap ni ak tertinggai dia ats bumbung keta dah hahaha |
1) Sila gantung henset di leher atau simpan terus dalam beg, jangan bawak keluar langsung sewaktu nak bergambar sakan
2) Selagi ada sinar harapan, teruskan usaha!
ALLAH loves those who don't give up!
p/s: drama again huh?? sorryyyy! =p
banyak drama akk. =) everyone is an actor. hargai bakat anda, and the best script is heading to its end. just strive to make a good one. the best one, lead u to HIM! yang dekat tv tu, diorang ambil yang what most people want dan sebenarnya orang hanya nak ending atau momen2 yang menarik je dalam drama. susah payah yang watak tu lalui, mestilah xnak, walaupun pelakon tu nampak cute dengan air mata yang berjurai-jurai ^^
ReplyDeleteyeahh absolutely true! thanks adinda.
ReplyDelete