Nov 9, 2016

Malam

Bangun-bangun tido je tadi dapat mesej dari kawan yg syif pagi,
'Hajar, pakcik dah takda'
..innalillahi wainna ilaihi rajiuun..
88years old male.
CKD, CML,APO, pneumonia.
Malam pertama jaga dia, pakcik sangat restless. wheezing plus2 tapi SPO2 maintain 97-100%. Tak tido sampailah pagi. Kejap2 panggil, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Semua tak kena. Sampai dia sendiri pun kata,
''semua tak kena. Minta maaf lah kacau,.
''pakcik tak boleh dah, tak boleh dah ni,,innalillah dah ni,,
Sayu dia pandang kami sambil genggam erat tangan kami berdua lama.
He's really asking for help.
Kau mengantuk tahap gila tapi nak tido tak boleh, rasa lemas nak bernafas walaupun dah pakai oksigen. Haa itulah perasaannya.
We tried our best what we can, call Dr etc etc sampailah akhirnya dia berjaya lena dgn tenang sekitar jam 620pagi. Condition pt much better.
Very deep sleep. Letih tak lena semalaman.
Malam kedua kami jaga dia, datang2 je keja tengok he's already intubated and ventilated. Double conc inotropes, infusion itu ini. Senang ckp, wayar yg berselirat mcm dlm crita korea.
Dusky looks.
Ya, malam kedua memang kami jaga dia dgn lebih tenang sikit sebab dia dah tak panggil dah seperti semalam. Walaupun mata tertutup tapi still ada respon to pain. GCS 6/15.
Hmm,,,kau tahu kawan hidup itu seperti apa.
Nikmat yg tak ternilai yg sama sekali tak boleh dijangka.
Sihat tubuh badan, dapat lena dgn nyaman, semua tu Allah yg punya.
Saat Dia mula menarik kembali satu persatu maka beringatlah kita bahawa saat utk bertemu denganNya sudah tidak lama.
Boleh jadi esok, lusa bahkan cuma sebentar saja lagi. Hanya Dia yang tahu.
Maka masa yg tersisa ini manfaatkanlah dgn sebaiknya.
Khairunnas anfa'un linnas.
Salam maghrib.
Hajrun.

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni