Jul 26, 2013

Tanah Rencong, takkan terlupakan!



Aceh.. 

InshaAllah segala perasaan dan kenangan itu takkan terlupakan! Sebagai seorang perempuan berduka dari Tanah Melayu yang berkelana ke Tanah Rencong, ternyata itu suatu pengalaman yang tidak tergambarkan. Apatah lagi, pemergian ke Nanggroe Aceh Darussalam itu merupakan suatu impian yang sudah lama terpendam di lubuk hati yang paling dalam serta sudah lama terpahat di awan impian. Kemudian, Tuhan mendaratkan impian itu di bulan yang penuh kemuliaan dan sememangnya dinanti-nantikan, Allah Allah..luar biasa rasanya.

Memang aku berdarah Aceh di sebelah nenek sebelah ayah namun itu belum cukup untuk membulatkan keinginanku untuk ke sana sehinggalah terjadinya peristiwa yang meruntun hati masyarakat seantero dunia, Tsunami 2004. Ketika itu, jiwa ini meronta-ronta untuk ke sana mengikut misi bantuan. Padahal waktu itu aku masih sekolah tingkatan lima. Mana mungkin dengan mudah aku lolos untuk ke sana melainkan sekolahku ada menghantar skuad bantuan khas. Lalu, hasrat itu akhirnya ku tahan-tahan dahulu dan biarkan ia terbang bebas meronta-ronta semahunya ke seluruh pelosok sanubari selama mana yang ia perlu sehinggalah nanti bila tiba saatnya Tuhan pasti menjawab doa dan hasrat itu.

Dan alhamdulillah, akhirnya Tuhan menjawab doaku di bulan Ramadhan yang mulia tahun 2013. Ameen Ya Allah! Terima kasih Ya Allah.

Sejujurnya sebelum berangkat ke Aceh pada tanggal 19 July, aku sedikit gusar. Itu perasaan yang tidak dapat dinafikan. Memang aku sudah maklum tentang gempa yang baru berlaku di Aceh awal Julai lalu, kemudian diikuti dengan gempa kedua dan ketiga yang hampir sangat dengan tarikh keberangkatanku ke sana. Allah2..Sehingga membuatkan aku pasrah berdoa apapun yg bakal terjadi sewaktu aku di Aceh nanti, aku sudah bersedia dan redha. Tambahan pula, aku pernah menonton dan mengulang tonton cerita Hafalan Sholat Delisa yang ternyata mengisahkan tentang kejadian Tsunami 2004 di Aceh. Lagilahhh!! Namun, aku tetap tekad dan meletakkan seluruh keyakinanku kepadaNya. Sekali aku melangkah, aku tidak akan menoleh ke belakang lagi. Itu sifat orang Intuitive Extrovert, bilang Ust Rizki =D

Ustaz Rizki Fakhrullah

Aceh menemukan aku dgn beberapa insan yang benar-benar menginspirasikan. Patutlah sejak dahulu lagi aku ingin sekali utk ke sana. Rupanya memang ada tarikan yg sangat kuat rupanya. Emm aku jarang berbicara soal jodoh secara terbuka dengan sesiapa terutamanya mereka yg tidak pernah aku kenal. Tetapi dengan beliau, aku mampu bercerita dgn bahagianya seolah-olah aku sedang bercerita dgn pakcik aku atau lebih tepat seperti berbicara dgn seorang ayah. Setiap butir bicara beliau umpama mutiara yang telah lama aku nantikan. Antara pesanan beliau yang terus masuk menyentuh tangkai hati ku dan takkan terlupakan inshaAllah;

"Jangan pernah memasukkan pria ke dalam hati sehinggalah telinga kamu mendengar lafaz aku terima nikahnya. Jangan pernah."

"Kalau berjodoh di dunia itu kan perkara biasa. Tapi kalau berjumpa jodoh di akhirat, naah itukan luar biasa. Jadi usah risau, tetap terus bermohon kepada-Nya kerana Dia pasti akan menurunkan apa yg dihajati."

Zaaaaaaap! terus merentap hati. Luar biasa. Terasa seperti aku berada dalam novel karangan Andrea Hirata ataupun Ahmad Fuadi pula. Padahal ini betul-betul terjadi di alam realiti. Ya takkan terlupakan! Jazakallah Ust Rizki Fakhrullah! Semoga dan semoga sentiasa dirahmati Allah. Barakallah.

Buk Yanti
Masjid Makmur, Kota Banda Aceh terletak selang beberapa bangunan sahaja dari hotel kami menginap. Sepanjang keberadaan kami di situ, di situlah tempat kami berterawih. Malam kedua di Aceh, merangkap malam terakhir di sana, aku tetap juga solat terawih di kaki lima masjid kerana kebanjiran jemaah lelaki mahupun perempuan. Yes i was impressed! Ini suatu pemandangan yang aku jarang lihat di masjid sekelilingku di Malaysia. Mungkin ada tetapi tidak terjumpa oleh aku. Sangat menyejukkan mata!






Semalam aku dengar Makcik Semah bercerita, ohh dia juga ahli rombongan kmi, katanya kanak-kanak perempuan mereka letak di saff hadapan sekali untuk bahagian perempuan. Wahh betul ke? Aku teruja. Sebab aku tidak berkesempatan untuk solat di dalam masjid lagi. Lalu aku bertekad, ok inshaAllah subuh esok aku mesti datang solat di masjid demi menyaksikan kebenaran yang diperkatakan Makcik Semah itu.

Erm aku solat terawih seorang diri di sebelah makcik, kakak Aceh yang pastinya tidak dikenali. Usai solat, aku sekadar berbasa-basi dengan seorang makcik Aceh di sebelah kiriku. Beliau juga kelihatan ramah apatah lagi setelah aku khabarkan aku dari Malaysia dan sudah mahu pulang esoknya. Lalu aku tanyakan kepadanya perihal saff kanak-kanak perempuan itu.

"Iya benar, di masjid ini memang dipraktiskan kanak-kanak perempuan dikhususkan berada di saff pertama wanita kerana tidak mahu ribut-ribut dan.. (apatah lagi yg dia ckp, aku kurang jelas)"

Tapi setakat yg aku paham, Wow bagusnya masjid ni! Pada hemat aku, memang bagus buat gini sebab selain membuatkan anak-anak tadi undercontrol, secara tak langsung membuatkan mereka rasa dihargai apabila datang ke masjid dan seterusnya memupuk minat mereka untuk terus datang ke masjid lagi nanti.

Kanak-kanak dihargai! Bagusnyaaaa..

Aku tengok budak-budak lelaki pun macam bahagia ja depa dok tolong angkat dan bentangkan tikar dan sejadah di luar masjid. Bahagia bukan main sambil bekerja! tapi kalau budak-budak kita, Allah jenuh kena tempik dah..huu esok-esok besar, memang payahlah generasi kanak-kanak nak dekat dengan masjid sebab dari kecik asyik kena marah ja dan tidak dihargai warga masjid. Ohhh sedih.

Erm itulah Aceh serambi Mekah.

Berbalik kepada makcik Aceh tadi, setelah mengetahui aku orang Malaysia, beliau pun semangat bercerita. Rupanya, beliau itu seorang guru tadika dan juga ketua guru-guru tadika seluruh Aceh! Beliau pernah beberapa kali datang ke Malaysia melawat beberapa tadika di seluruh Malaysia. Okayy, she is someone. Sesudah puas bertukar cerita, lalu kami bergerak keluar untuk pulang. Memandangkan aku datang pun jalan kaki jadi pulang pun sudah tentu macam tulah. Tetapi, makcik itu bersungguh mahu menghantar aku pulang. Aku menolak dengan baik sebab memang dekat je pun hotel dengan masjid, tetapi dia bersungguh juga mahu menumpangkan aku. Ok aku tiada upaya menolak lagi.

Kami bergerak ke arah skuternya. Ok orang-orang di sini kalau pemboncengnya terutama perempuan mereka memang biasa duduk sebelah sopan gitu. Oh minta maaflah aku tak mampu. Haha aku celapak je macam biasa. Dah memang itu gaya aku naik motor di Malaysia. Sempoi sungguh makcik ini bawak motor membelah lautan kenderaan di kiri kanan jalan. Macet itu perkara biasa di negara Indonesia. Beliau siap offer nak bawak aku ronda-ronda melihat kawasan lagi. Itu memang peluang keemasan tapi aku terpaksa menolak kerana sudah berjanji untuk berjumpa Ustz Rizki malam itu. Sudahnya, beliau menghantar aku sampailah ke depan entrance hotel walaupun terpaksa melawan arus trafik. Oh terharu. Kebetulan sewaktu dia menurunkan aku, geng2 budak lelaki kumpulan kami baru juga tiba di entrance hotel berjalan kaki. Terus si Ridhwan meluru ke arah aku,

"siapa tu kak? Saudara ke?"
'Eh taklah. Baru je jumpa masa solat tadi'

Setelah mengucapkan salam perpisahan dan bersalaman, motor makcik berlalu pergi. Terima kasih banyak Buk Yanti! InshaAllah ada rezeki kita bisa ketemu lagi!Dan esoknya, alhamdulillah aku Subuh di masjid dan sememangnya aku dapat menyaksikan kebenaran yang diperkatakan. Kanak-kanak perempuan di saff hadapan dan apa yang membuat aku lebih kagum, waktu-waktu Subuh begini bukan hanya seorang dua sahaja kanak-kanak perempuan yg datang solat okay, lebih kurang 10 orang. Oh ok. I'm impressed!

En Marlizar

En Marlizar itu bertindak sebagai tourist guide kami sepanjang di Aceh. Awal-awal lagi aku khabarkan kepada En MArlizar tentang hasrat untuk ke kedai buku memandangkan memang aku sudah memasang niat untuk mesti pulang dari Aceh dengan Rantau 1 Muara, pelengkap trilogi Negeri 5 Menara karya Bang Ahmad Fuadi. Kerana, novel itu belum masuk ke pasaran Malaysia. Aku sudah terlepas peluang sewaktu di Padang tempoh hari kerana tarikh launching nya sehari dua sebaik sahaja aku pulang ke Malaysia. Adusss keciwa.

Memandangkan jadual kami agak padat di Aceh, yelah 3hari je pun, itu pun bukan fully 72hours, aku masih tidak nampak ruang untuk kabur sebentar ke mana-mana toko buku di sekitar Banda Aceh. Dan hal itu ternyata amat merisaukan aku. Malam terakhir itu, kami cuba untuk mencari kedai buku selepas solat terawih tetapi malangnya jam sudah melangkau jam 10malam, jadi kedai sudah tutup. Ahh aku semakin gusar.

Akhirnya, alhamdulillah pagi terakhir sebelum kami berangkat ke airport, sewaktu yang lain singgah ke kedai souvenir, En Marlizar mengajak aku mencari toko buku di sekitar situ. Kak Siti dan En Sofee ikut serta. Dan saat novel itu tiba ke tangan, subhanallah luar biasa rasanya. Gumbira. En Marlizar mohon maaf kerana tidak dapat ke kedai buku seperti yang aku hajati (seperti yang aku lihat di dalam website Negeri 5 Menara, mereka yg mencadangkan nama toko buku di Aceh yang menjual Rantau 1 Muara). Ohh itu sudah tidak mengapa lagi kerana yang pentingnya ada atau tidak novel itu. Kedai mana sudah tidak jadi masalah lagi. Alhamdulillah! Terima kasih mas!




En Fade dan isteri

Mereka ini datang dua malam berturut-turut sepanjang keberadaan kami di Aceh. Malam pertama, mereka bawa ke kedai makan Mee Razali yang terkenal di Aceh. Kemudian malam kedua, mereka bawa ke tempat sate Aceh pula. Wahhh sangat masyuk! Tapi malangnya kedua-dua tawaran hebat mereka itu, aku tidak dapat ikut serta kerana ada kerja yang perlu dilunasi. Malam pertama, aku diamanahkan untuk mengira total wang sumbangan bersama beberapa orang yang lain. Kemudian, malam kedua aku sudah berjanji mahu berjumpa Ust Rizki. Maka kedua peluang itu terpaksa aku lepaskan.

Sungguhpun begitu, En Fade dan isteri melayani kami dengan bagus sekali. Seperti kami ini saudara yang telah lama dikenali. Hinggalah pagi terakhir kami di sana, mereka turut datang untuk menghntar kami.

Sekembalinya ke Malaysia, aku masih berhubungan dengan mereka. Aku khabarkan keterharuan aku dengan layanan mereka sewaktu di sana, lalu En Fade jawab;

'Hajar itu kami anggap sudah seperti saudara kami. Kerana sewaktu tsunami dahulu, kami banyak kehilangan saudara mara, jadi sekarang Hajarlah saudara kami.'

Terharu kan..?

'Seandainya butuhkan pertolongan kami nanti, silakan menghubungi kami. Kami sentiasa sudi membantu dan pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk anda smua'

Mereka sangat ikramu dhuyuf kann?? Memuliakan tetamu. Aku ingat setelah berjumpa Ammu, Ustazah Maha, Ustazah Amal, Ustaz Mahmud dan Ammu Ibrahim di Mesir dan Jordan, aku tidak akan menemukan lagi orang yang memuliakan tetamu sebegini rupa. Ternyata aku silap. Masih ada sebahagiannya di negeri Aceh ini. Allahu Allah..

Mungkin inilah dia yang dimaksudkan Imam Shafie dalam sebahagian syairnya;

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri seberang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup akan terasa setelah lelah berjuang


Ok i feel it Ya Allah. Terima kasih atas segalanya Ya Allah. Haza min fadli Rabbi!
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan....?


Nukilan,
Perempuan berduka dari Tanah Melayu





p/s: sorry! Bila aku mula menulis, beginilah jadinya. Lupa nk berhenti. My bad.

5 comments:

  1. jaq!

    ah...
    kamu beruntung boi.banyak teramat yg kamu peroleh,
    "Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti kerabat dan kawan"

    sungguh aku dengki, sungguh sangat bijak kamu memerhati segala.

    ReplyDelete
  2. boi, seandainya kau mengerti..banyak sekali perasaan yang tertahan-tahan. Tuhan tidak mantakdirkan aku seperti kalian yang bebas berkejaran mengikut laluan kehidupan. Aku sekadar memanfaatkan apa yg tersedia oleh Tuhan. Apapun, aku tetap percaya dengan bahagian rezekiku yang takkan diambil orang. Teruskan berlari teman! Kerana kalian juga sangat menginspirasikan untuk aku tetap terus semangat mengejar impian. Biarpun aku ketinggalan, aku tumpang gembira dengan kemajuan dan pencapaian kalian. Semangat ayuh!!

    ReplyDelete
  3. Baru berkesempatan berjln2 di rumah kamu adinda..uh-oh jeles melangit3!! Subhanallah, Tabarokallah atas safar penuh ibrah ini!
    Lagi SATU HAL, saya pun nak R1M! huhu ingatkan ada di PBAKL baru2 ni, rupa-rupanya x msk lg ya? sila khabarin saya kalau R1M dh menerobos Msia ya!
    Tahniah again adinda! Anda selalu membuat saya terkagum2, ah terimbau kenangan bersama :)
    Fi Amanillah!

    ReplyDelete
  4. Tahniah adinda! Kagum dgn semangat kamu boi! Sila khabarin saya jika R1M dh msk Msia ya! sgt menunggu2 karya itu..
    Ah, teringat kenangan bersama, semoga adik-adikku Hajar n Khai Hamasyie dilindungi Allah selalu :)
    Fi Amanillah!

    ReplyDelete
  5. inshaAllah ameen kekanda Khaulah Azwar =) jazakillah atas doanya

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni