Sep 30, 2010

Dalam hati ada taman

Semalam merupakan hari pertama aku bekerja syif malam. Almaklumlah sudah bergelar pelajar tahun akhir kan makanya posting kali ini memang sedikit berbeza daripda kebiasaannya. Kali ini kami posting untuk management. Jadi kena belajar dan apply selok-belok untuk menguruskan sebuah wad. 


Aku dapat posting dekat Wad Kenanga 6 iaitu wad Ortopedik Perempuan. Tetapi disebabkan wad Ortopedik Lelaki penuh maka ada juga tiga empat orang pesakit lelaki ditumpangkan di wad K6.


Staff nurse wad K6 memang semangat-semangat dan berdedikasi belaka. Aku tabik spring ah! Staff nurse tak tido langsung walaupun untuk 15 minit atau setengah jam. Jadi aku dan Amy pun tak tido langsunglah. Lagipun, entah rasa cerah je mata hehe..


Semalam keadaan wad agak sibuk juga sebab ada 2 orang patient under critical condition tambah satu patient DIL ( dangerous in life). Maknanya doctor dah declared 50-50 la. Jadi ada yang kena monitor tekanan darah, nadi  hourly lah, paras gula hourly, urine output hourly dan macam-macam lagi. Juga tiba-tiba doctor request nak buat ECG (pemeriksaan jantung) pula. Sudahnya aku buat ECG untuk 4 orang pesakit semalam. Sedar-sedar jam dah nak dekat pukul 4.30pagi hohoho.. Kemudian buat itu ini bersama staff nurse dan terakhir pusing 1 wad untuk kerja menukar cadar dan mengemas katil pesakit. By 6.15am  macam tu segala kerja yang perlu dibuat boleh kata sudah siap sepenuhnya.


Pukul 4.50am tu aku pergi melantak sekejap dekat pantry sampai pukul 5.04am. Makan nasi goreng yang dibekalkan oleh Hajar Iberahim di rumah. Sahur? hehe arigato gozaimas!


Seusai solat Subuh, dalam pukul 6.40am macam tu aku pergi round cubical depan dan tengah. Sebab keadaan pesakit di situ lebih stabil berbanding cubical di hadapan.Saja nak tengok patient. Kemudian aku menyapa seorang pesakit di katil nombor 3 yang kala itu kedua telinganya terpasang earphone, 


'Dah solat Subuh?' aku bertanya
'Kaki macam ni...' dia membalas
Oh yaa.. kaki kananya patah dan dia ada skeletal traction. Tidak boleh berjalan.
'Boleh je solat. Sekadar yang termampu. Islam tak bebankan umatnya kan' 
'Kiblat pula cemana?' dia mula menunjukkan minat.
'Tak apa, sekadar yang awak mampu. Antara nak dengan tidak je sekarang ni. Boleh je saya nak tolong ambilkan besen berisi air untuk awak ambil wudhu' aku meneruskan tawaran.
Dia berfikir kemudian,
'Ya bolehlah. Tolong ambilkan air'


Selepas besen air diserahkan aku menarik skrin untuk memberikan dia sedikit ruang privacy untuk menunaikan solat Subuh dan aku menunggu di luar skrin sambil kaki pantas diatur ke tepi tingkap untuk menikmati pemandangan pagi. Keadaan ini mengingatkan aku kepada Fauzi, Din dan bro apantahnamadia sewaktu aku posting di Wad Ortopedik Lelaki semasa tahun dua dahulu. Fauzi patah tulang dekat pangkal peha, Din patah kedua kaki dan tangan dan bro apantahnamadia injured seluruh badan. Bedridden. Tetapi mereka sangat gigih mahu mengerjakan perintah Tuhan. Fauzi tidak malu menyuruh aku ambilkan air untuk berwudhu' walaupun pada mulanya dia macam segan-segan. Din pun sudah mula menyuruh adiknya membantunya untuk menunaikan solat dan bro apantahnamadia tidak segan silu menyuruh aku mengajarkan cara-cara mengambil wudhu' dan membaca surah Al-Fatihah. Dah lama tak buat katanya. Apa khabar korang semua haa?


Kemudian aku bergerak ke katil bertentangan. Memberikan tawaran yang sama kepada brother apa ntah namanya. Macam lupa haha. Akan tetapi responnya agak keras. 


'Saya tak boleh solat. Kaki tu..' dan dia geleng-geleng kepala. Oraito. Kemudian aku ke cubical tengah. Bertanya makcik katil nombor 8, dia menjawab sudah solat sambil tersenyum. Kemudian aku berganjak ke katil nombor 5. Soalan yang sama. 


'Makcik dah solat? Saya boleh tolong'
'Kaki macam tu macammana la makcik nak solat blablabla'. Aku senyum. Rasanya kaki brother katil 3 lebih teruk keadaannya. Setidak-tidaknya makcik masih boleh berjalan. Tidak mengapalah.Makcik ni tak belajar rukhsah solat sepenuhnya kot. 


Aku berpatah semula ke cubical depan.Menjenguk ke sebalik tirai. Dia masih belum sudah. Aku jenguk ke luar tingkap lagi menghirup udara segar.


Lama.


Aku menjenguk ke sebalik tirai lagi. Dia selesai meraup wajah. Aku buka tirai. Ya Allah mata dia merah! Aku tak bersalah. Tolonglah! Hmm agaknya dia terharu kot sebab selama ini takda yang offer untuk tolong dia melaksanakan perintah Allah. Alhamdulillah. Aku tersenyum girang dalam hati. Selama terjebak ke dunia kejururawatan itulah perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Perasaan bila setiap kali kita offer untuk tolong orang melaksanakan solat dan kemudian dia menyahut tawaran itu.


Dan hari ini aku pun pulang dengan hati yang sangat riang! Walaupun kerja sejak jam 9 malam hingga 7 pagi tetapi entah, rasa bahagia gumbira sahaja.


Dalam hati ada taman.


p/s: Jom tido untuk menjana sedikit tenaga sebagai bekalan untuk bekerja pada malam nanti!

1 comment:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni