Sep 16, 2010

Ceritera Raya 1

Aku baru sahaja sampai di rumah sejam dua yang lalu. Pulang dari beraya di rumah Ustazah Alawiyah. Gigih tak pergi beraya sampai larut malam? Ahahaha well what to do..siang tadi kan rumah aku buat open house makan laksa ( aku rasa rumah aku bila-bila masa open ja hehe) maka malam la baru ada ruang untuk pergi beraya. 


Mula-mula aku ingat nak pergi esok ja rumah ustazah sebab sehingga maghrib tadi pun masih ada tetamu di rumah. Uzair the gengstaz la datang last sekali tadi wakaka. Lama gile aku tak jumpa makhluk tu. Budak-budak batch Najib la yang banyak datang tadi. Geng-geng yang aku selalu minta tolong susun kerusi dalam dewan sekolah untuk perhimpunan setiap hari Isnin. Siap solat jemaah Zohor lagi, tumpang jamban pun ada juga. Korang memang sempoi ah!


Erm sambung ayat tadi. Mula-mula aku ingat nak pergi rumah ustazah Alawiyah esok ja. Aku mesej ustazah. Kemudian ustazah balas suruh datang juga malam ni sebab bukannya jauh pun dah rumah dia dengan rumah. Dekat Bertam tu ja. Aisehh dua kali dah ustazah mesej suruh datang jugak nih. Sebelum tu mak ada ajak aku pergi rumah Tokcik selepas maghrib sebab Tokcik ajak datang makan-makan. Ahh sudahh cemano nih? Sudahnya selepas pergi rumah Tokcik aku angkut sekali dengan mak dan tok aku pergi rumah Ustazah Alawiyah hahaha. 


Nak jadi cerita, tiba-tiba ustazah beritahu Cikgu Rafidah on the way. Hah?? Memang havoc la kalau cikgu Bio aku tu sampai kejap lagi. Memang bahagia sungguh la. Sebab tu kot Allah gerakkan hati nak datang juga rumah Ustazah malam-malam begini. Sebab nak jumpa dua-dua cikgu fav aku sejak sekolah sampai sekarang. Di Irshad dulu aku rapat dengan semua orang wakaka perasan gilos tetapi yang aku paling rapat adalah 3 orang cikgu ini; Cikgu Shimah, Ustazah Alawiyah, Cikgu Rafidah.


 
Cikgu Shimah tak payah cakap la. Memang dah macam kawan sangat dah, nak-nak pula dia kahwin dengan sepupu-sepapat sedara sebelah ayah hahh lagilah tiada jurang Marihuana di antara kami. Secara automatik aku PA dia selagi hayat dikandung badan haha. Boleh pulak masa semalam aku datang beraya rumah dia aku kena tolong buatkan air dan perisi taugeh untuk majlis makan-makan petang tu hailaaa.. Cikgu Shimah datang juga ke rumah petang tadi bersama ibu mertua, Nurul Iman dan Ammar Ziyad! Mat Yad jangan lupakan cik hajar ehh cik hajar ni yang cadangkan nama Ammar Ziyad tau hehehe.. Dan cikgu Shimah juga sangat tidak berkira terutamanya bab fulus. Kalau tak tolong top up dia akan belanja makan. Hehe tapi tu dululah. Sekarang pun ada juga belanja makan sekali sekala.


Ustazah Alawiyah pula selalu menjadi motivator tak kira masa. Seronok. Nak-nak pula kalau time kelas Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, selalu je kami dapat kuliah Zohor atau Dhuha secara percuma hehe. Setiap butir kata ustazah memang penuh dengan hikmah. Ustazah otai ni kalau hampa nak tau. Erm mungkin jadi lebih rapat sebab ustazah jadi guru pembimbing untuk Pertandingan Syarahan selama 2-3 tahun berturut-turut. Maka banyak perkara yang aku selalu kongsi dengan ustazah. Ustazah pun treat macam adik dia so memang aku tiada lagi segan silulah.


Cikgu Rafidah juga merupakan tempat aku selalu bertukar buah fikiran, tempat rujukan, bertanya itu, ini dan blablabla... Sepoting abess ibu kepada 3 orang cahaya mata ni. Siap ajak aku pergi teman dia bershopping pun ada. Haha pun boleh la.. Aku masih ingat sewaktu hari ambil keputusan SPM dahulu. Di saat aku tengah down gila macam hapa duduk di tepi longkang di luar dewan sambil menatap result yang tak seberapa, meleleh la jugak setitik dua tiga air mata wakaka itu laa dulu orang suruh belajar betul-betul aku sibuk ke hulu ke hilir berbakti kepada negara hahaha tidak mengapa itu cerita lama. Erm untuk compensate balik perasaan aku masa tu, aku terus pergi jumpa Cikgu Rafidah di makmal biologi serta beberapa orang lagi cikgu selepas itu yang aku rasa boleh bagi aku jadi motivated balik. Cikgu Rafidah bagi semangat kat aku, dia kata ' Alah result awak ni kalau dekat sekolah biasa ok ja la. Mungkin sebab ni dekat sekolah kita sebab tu awak rasa down gila'. Dan cikgu nasihat itu dan ini lagi sehingga seketika aku berjaya menarik nafas lega. Alhamdulillah. What a relief. 


Terima banyak cikgu semua. Semoga Allah memberkati hidup anda dan permudahkan perjalanan hidup anda.

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni