Sekarang sudah pukul 2 pagi. Saya sedang berjuang menyiapkan kerja sekolah yang berbaki. Kenapa saya tidak siapkan siang tadi? Saya buat apa? Berfoya-foya? Membuang masa? Atau adakah saya malas?
Semalam saya tiba dari Kelantan pada pukul 12 malam. Saya memandu dengan penuh bergaya. Bila berhenti di traffic light saya akan memalingkan muka ke sebelah kiri dan mengangkat tangan kanan konon-konon menutup muka kerana malu jika kereta sebelah ternampak wajah saya yang stylo dengan cool fever di dahi. Sebelum itu saya telah menelan panadol 500mg seketul akibat terpaksa sebab hendak memandu kereta. Saya teruskan pemanduan dengan penuh bergaya walaupun saya tetap rasa seram sejuk, loya dan mengalami diarrhea sejak tengah hari semalam. Saya pun tidak tahu di mana silapnya dan apakah puncanya saya menjadi begitu.
Sejak siang tadi kerja saya hanya ulang-alik mengunjungi Mr Tan sahaja. Dia pun sudah muak melihat rupa saya. Mujurlah Mr Tan tidak pandai berkata-kata jika tidak sudah tentu saya dimaki hamunnya. Itulah hikmahnya Mr Tan diciptakan sebagai tandas semata-mata.
Teh kelat sudah diminum, ORS (oral rehydration salt) juga telah diteguk dan juga jus jambu dan madu juga sudah ditelan. Mencari-cari ubat diarrhea seperti Lomotil tetapi tidak ketemuan pula. Stok sendiri sudah kehabisan.
Saya memang tidak tabah. Cukuplah jika Allah hanya menguji saya dengan ujian perasaan dan kesihatan memang sudah mampu buat saya jadi tidak tabah.
Cuma saya ingin berdoa supaya Allah beri kesihatan yang baik semasa hendak menjawab exam Research Methodologies pukul 9pagi nanti dan supaya perut saya tidak berbunyi dengan kuat lagi seperti hari tu. Malu.
Ohh tidaak.. perut saya memulas-mulas lagi. Saya macam perlu pergi dahulu.
Kalaulah ada yang tahu apa yang saya rasa sekarang...
aku pn dua round cr mr tan in 2hours coz mnum air 1.5l at one time..wakakak...apela ku makan smpai sdh kosong prut ini
ReplyDelete