Sep 9, 2010

Pulang ke rumah adalah satu kepuasan yang tiada tandingan

Di kala ini meriam kabat sedang rancak berdentum di sana sini. Maklumlah duduk di kawasan segitiga Bermuda. Kalau orang kampung sana bagi satu das, kampung aku balas dua das dan kampung lagi satu pun taknak kalah juga bagi satu dua tiga das. Tiga kampung duduk dekat-dekat macam inilah jadinya. Status sekarang adalah memekakkan telinga buat-buat tak dengar dentuman yang adakalanya buat jantung terasa macam nak terkeluar dari tempat duduknya.


Pagi semalam sampai Penang dalam pukul 9 pagi tapi sampai rumah dekat pukul 1 tengah hari hahaha.. tido kejap di R&R  Behrang dari pukul 5-6 pagi sebab mata dah tak mampu nak buka.  Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Jalan tak jem cuma kereta tetap banyak juga. Semua orang nak pulang ke kampung kan. Yang bestnya dekat lebuhraya MTD (lebuhraya Karak + lebuhraya Pantai Timur) tol free! Yuhuuu bahagia. Sebab sekurang-kurangnya jimat RM25. Itulah antara kelebihan balik kampung di waktu malam. Tapi dekat lebuhraya PLUS disebabkan sampai di tol Juru hari sudah siang maka tiadalah diskaun tol sebanyak 20%. Jadi kenalah bayar RM43.30 macam biasa. 


Tiba-tiba terlintas di kepala otak hmm ni dah lalu Giant segala bagai nih, alang-alang baik beli barang terus. Maka stereng terus dihala ke arah Giant Perai. Lepas tu macam terasa nak cari sesuatu pula. Hehehe. 'Kak Rif jom kita singgah Jusco Perda sat. Satu hala dah ni'
Kak Rif angguk je. Dah puas pusing alamak macam tak jumpa laa. Err kejap lagi akan lalu dekat Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya jom singgah sat boleh?! Wakaka bengong dak aku. Dengan muka sememeh macam apa, kepala otak dah masuk air tetap ada hati dan perasaan untuk masuk pasaraya. Kisah apa bukan kacau orang pun. Tetapi yang paling tak boleh blah 'Kak Rif diam-diam sudah kita ni tak mandi lagi' huahuahua.. 'Shhh orang lain taktau pun'.


Sebenarnya nak meneruskan perjalanan untuk menghantar Kak Rif balik rumah di Baling. Saja melencong kejap. Kak Rif kata takpa ja hantar dia pergi stesen Bas Bagan (panggilan tempatan untuk stesen bas Butterworth). Nanti dia boleh naik bas yang terus ke Baling. Oh aku tidak sampai hatilah. Em kebetulan jumpa Kak Sal dan adiknya, Cik Thirah di Sunway Carnival Mall. Aku rasa kepala dah berat macam hapa. Rasa macam kena hempap dengan batu pun ada. Lantas aku bertanya samada Kak Sal free atau tidak jika aku mahu minta tolong dia hantarkan Kak Rif ke Baling. Mujurlah Kak Sal kata ok ja. Sedikit lega. Kerana jika tidak potensi aku memandu dalam keadaan mabuk adalah sangat tinggi dan pastinya itu mengundang bahaya. Terima kasih Kak Sal dan minta maaf Kak Rif kerana tidak dapat hantar kamu pulang.


Erm sepanjang perjalanan balik aku buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Tak pernah-pernah sebelum ni dengar Radio Klasik Nasional, asal dapat siaran Klasik Nasional je tukar, dapat je tukar siap kutuk-kutuk pun ada juga kadang-kadang hahaha tetapi nak katanya Allah itu Maha Kuasa, all the way from Kuantan aku layan Klasik Nasional je wakaka. Sebabnya siaran itu sahajalah yang dok putar lagu raya tanpa henti. Suka. Ohh tangkap lentok habis! Tulah orang tua-tua selalu katakan. Jangan cakap tak suka nanti yang tak suka itulah kita suka. Benarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216; Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. 


Menyusuri lebuhraya PLUS aku exit ke Sungai Dua - Bagan Ajam. Nasib baik bukan peak hours jika tidak memang aku terlena dalam kereta terus akibat tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Setibanya di persimpangan Tok Bedu, ohh bahagianya! Di kiri dan kanan jalan sawah padi menguning. Musim menuai rupanya sekarang walaupun tengah bulan puasa. Aku sangat suka pemandangan di jalan masuk ke rumah ini. Dan bila sampai rumah aku nampak rumah aku warna peach.  ' Rumah kita cat baru ka?' ' Haish dak aihh, bila pulak cat. Warna tu ja laa' tok aku jawab. Sah ni memang simptom otak masuk air tahap lima! Kemudian mak terus suruh aku buat apa yang patut kemudian tido. Hahaha memang syahid kubra la jawabnya.


Petang itu aku pergi bazaar Ramadhan Tasek Gelugor. Tempat masih sama macam biasa. Aku sangat dan amat suka bila makcik dan pakcik yang menjual lauk-pauk mengajukan satu soalan ni, 'nak berapa ringgit ni dik?'. Soalan yang bukan menjadi kelaziman bagi penjual lauk-pauk di tepi jalan serta bazaar Ramadhan di SANA. Dah la kuantiti banyak walaupun harga cuma RM2. Hmm benarlah pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Aku kata lebih baik tak payah hujan wakaka.


Sewaktu aku sedang membeli tepung talam secara tidak sengaja aku terkerling ke gerai sebelah kiri. Mata manusia kan tiga dimensi. Dan aku nampak imej yang tidak indah di pandangan mata. Seorang makcik separuh abad bersama anak lelakinya kelihatan bermuram durja. Tiada sinar bahagia dan ceria apatah lagi segaris senyuman gumbira. Tak tahulah kot-kot itu memang masalah genetik keluarga mereka. Inherited disease? Mungkin. Tetapi aku lihat ayam goreng yg terletak di atas meja semacam tak luak lagi. Haishhh kesian la pulak. Lantas sebaik sahaja membeli tepung talam aku segera ke gerai mereka dan membeli ayam goreng seketul dua tiga empat lima. Kemudian barulah aku perasan ada sinar gumbira di wajah mereka. Selepas itu pula datang kakak berbaju merah untuk membeli ayam juga. Alhamdulillah. Tolong beli sebab kasihan dikira kebajikan juga tak haa?


Pagi tadi aku ke pasar tani. Semestinya ramai orang dan bermacam ragam. Kemudian aku nampak satu dua tiga orang peminta sedekah. Cara macam sama. Ada yang main biola, bawa anak pun ada. Yang pastinya mereka OKU. Aku cakap dekat mak macam sama ja style peminta sedekah ni. Kemudian aku terfikir. Kenapa Allah hadirkan mereka di tengah-tengah kelompok manusia? Ohh ya mungkin Allah nak bagi peluang free untuk kita dapat pahala ni bila kita bersedekah. Kalau tidak ada peminta sedekah maka tidak adalah pemberi sedekah. Ya ya betul betul. Aku cakap dan angguk sorang-sorang. Insaf.


Subhanallah tarbiyah Allah di mana-mana. Ramadhan bulan barakah yang penuh dengan tarbiyah. Samada kita sedar atau tidak itu sahaja.


Erm jom buat kek? Macam rajin sangat jek....hahaha



No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni