Aku bertenggek di atas tembok batu. Di hujung sana ada orang sedang memancing. Macam nak pergi tumpang sekaki pun ada wakaka tetapi segan ekeke. Di hadapan jalan kelihatan beberapa orang sedang berjogging di padang Esplanade. Di kiri padang ada dua tiga orang makcik berbangsa Cina sedang berehat di bawah pokok. Melepaskan lelah mungkin setelah penat berjogging. Muka melayu mana? Eh tuu diaa kat bangku bawah pokok sana tu baru perasan ada dua orang pakcik berusia emas sedang duduk berbicara.Tiba-tiba bila aku berpaling ke belakang kelihatan kapal Star Cruise yang bersaiz tidak kecil baru tiba di Pelabuhan Swetennham di hujung sana. Aku berpaling semula ke depan. Kemudian aku bangun dan terus melintas jalan menuju ke satu arah. Senyuman dilebarkan. Yes! Ini yang untung datang Padang Kota pagi-pagi ni. Sebab buaian kosong! Takda orang main. Yeay! Bolehlah aku main wakakaka. Satu perkara yang aku suka tentang Padang Kota ialah di sini terdapat selajur buaian yang terdiri daripada pelbagai saiz. Bukan setakat kanak-kanak riang, orang tua pun boleh main sama. Kalau ada satu dua tiga aku tak heran sangat tetapi ada sampai lima enam tujuh lapan sepuluh kot tu yang macam bahagia teragiga sikit. Best! Di hadapan buaian ialah pintu masuk ke Fort Cornwallis. Tempat yang pelancong selalu ambil gambar tu. Di kiri dan kanan pula abangLa sedang sibuk menjalankan tugas menyapu membersihkan kawasan.
Alamak macam lapar pula huahuahua haishh kalau dapat pekena koey teow sup pokok ketapang sedap jugak nih. Lantas stereng di hala ke arah bulatan Jam Besar kemudian masuk ke Lebuh Pantai dan seterusnya aku belok ke kanan masuk ke jalan Lebuh Chulia. Lalulah depan Restoran Kassim Mustafa main branch. Terus aku masuk ke Penang Road dan menghala ke Jalan Dato' Keramat kembali. Seterusnya tiba di Jalan Masjid Negeri yang selalu terjebak dengan kesesakan lalu-lintas itu. Aku short cut ikut Jalan Delima dan Island Glade untuk sampai ke Gelugor. Bila pandang ke sebelah kiri alamakk koey teow sup pokok ketapang tutup la pulak! Aiseh lupa pulak Jumaat tutup. Uhuu kempunan la jawabnya. Kemudian aku terus belok ke jalan Tingkat Pemancar dan menuju ke Market Taman Tun Sardon, Gelugor mencari-cari nasi lemak sotong yang best di situ. Sekali lagi aku tiada rezeki. Tutup lagi. Ahh belasah la apapun. Belambak je gerai situ sebenarnya hahaha..
Sebenarnya kawasan Gelugor ini adalah tempat bermain suatu ketika dahulu (tempat bermain? ayat macam tak boleh blah). Dulu ayah dan mak menetap di Kuarters Kastam Bukit Gelugor. Jadi kira ini memang kawasan yang aku dah biasa sejak kecil la. Dan kuey teow sup pokok ketapang dan nasi lemak sotong itu juga telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi sejak aku masih bayi. Warisan turun-temurun.
Apesal aku seronok cerita pasal kampung halaman ni? Sebab aku macam malas gilerrr nak balik negeri SANA aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Ingatkan benda ni wujud dalam cite Single Dad ja rupanya memang ada sungguh la |
Lori kontena rosak kat tengah jalan. Kesian pemandu dia. Jiwa jadi kacau |
P/S: Sebenarnya waktu menulis entry ini aku dah selamat sampai pun di sini. Saja buat gimik huahuahua
No comments:
Post a Comment