Sep 21, 2010

Ceritera Raya 2, 3...


Raya kali ini aku memang raya sakan sungguh sungguh. Tak tahulah kenapa. Terasa macam Aidilfitri yang terakhir pun ada hahahaha..


Tetapi apapun aku sangat bahagia seronok extravaganza teragiga gila raya kali ini.
Sebab Aidilfitri kali ini menemukan aku dengan ramai insan-insan yang telah lama terpisah.


Seusai solat sunat Aidilfitri, ketika melawat pusara ayahanda aku terserempak dengan Cikgu Ahmad bin Darus. Tidak disangka-sangka cikgu menegur aku terlebih dahulu. Haishh malu la saya wakaka.. Cikgu bertanya buat apa sekarang, sudah habis belajar ke belum itu ini dan blablabla. Dahulu beliau ialah guru Pendidikan Jasmani sewaktu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg Tok Bedu. Sekarang khabarnya beliau orang penting juga dalam politik.


Petang Raya pertama, aku dikunjungi Nurul Zanah Mohd Said teman seperjuangan di zaman sekolah rendah yang terpisah setelah keluarganya berpindah ke Bota, Perak. Ahhh lamanya tak jumpa kamu! Sudah semakin jelita.Tetapi mulut masih becok macam dulu lagi ya hahaha biasalah kita kan kalau bersembang memang gaya tak ingat dunia punya. ( huu seronok jumpa punya pasal sampai tak ingat nak ambil gambar sekeping dua =(


Raya kedua Nazirul dan Najib bertandang ke rumah seperti kebiasaannya. Time raya jelah nak jumpa kanak-kanak dua orang ni pun. Kemudian kami bergerak ke rumah Kak Raidah iaitu isteri kepada Abang Badrul Sani yang rumahnya hanya sekangkang kera dari rumah aku. Ohoo Ahmad Danial Ikmal sudah besar rupanya. Sudah la dah besar lepas tu seronok pula minta aku dukung dan tak mahu turun ahhh sudahh.. hang tu bukannya ringan cheq oii! Haha bakal dapat adik dah kanak-kanak tu hujung tahun ini inshaAllah.


Seterusnya hari Ahad raya ketiga, aku berkunjung ke rumah Cikgu Isfaliza. Aku jumpa ramai kanak-kanak ribena yang sudah membesar rupanya. Ramai junior Irshad datang rumah Cikgu. Batch Shahirun ramai juga. Punyalah aku dok mengerah otak berfikir siapakah makhluk yang sedang berbual dengan aku ketika itu haishh sapa dia ni...? Bila Shahirun kata ' alah Kak Hajar dulu dia ni kecik ja. Kan masa tu kami baru form 1, Kak Hajar form 5'.. Ohhhhh patutlah rasa muka macam kenal tapi di mana ya...


Kemudian hari Isnin, kebetulan buat bihun sup, ramai juga yang datang. Mat Nih aka Hanif teman seperjuangan semasa zaman kanak-kanak ribena yang kebetulan balik beraya di Malaysia tahun ini datang bertandang. Sejak dia berangkat ke Mesir 4-5 tahun lalu ni baru jumpa. Makin sihat hang nooo hehe..
Juga jumpa Umi Fasihah, teman sekelas yang memang duduk sebelah meja aku di 5 Ibnu Sina dahulu walaupun aku kerap kali menghilangkan diri macam chipsmore pun ada hehehe..


Aidilfitri kali ini juga menemukan aku dengan Ustazah Alawiyah, Cikgu Shimah, Cikgu Rafidah.. Kemudian bila hari Rabu rumah kami buat laksa, aku jumpa lagi ramai kanak-kanak ribena yang sudah membesar. Najib angkut geng dia! Hahaha takpa, takpa. Tarahal punya! Si kembar Hazman, Hazwan datang, Sabihi, Fatihi, Zakri, Fahmi, Nazirul lagi sekali kemudian Uzair the gengstaz last sekali. Mereka ini dahulunya kanak-kanak hingusan yang nakal macam hapa tetapi sekarang sudah segak bergaya dan sedikit matang serta berbudi bahasa. Tahniah!


Aidilfitri kali ini juga menemukan kami 4 sekawan sejak tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Yana, Epit dan Kinah.Yana dan Epit baru tamat pengajian. Yana di UUM dan Epit di UPM. Kinah pula di UiTM Shah Alam. Walaupun kita ni rumah bukan jauh mana pun, kentut pun dengar akan tetapi hailaaa susah sungguh la nak jumpa satu sama lain walaupun semua orang balik ke rumah. Semua menyepi. Sudahnya aku pula yang terjebak jadi information centre orang tu tanya orang ni dah balik kampung ke belum haishhh kita..kita..apa nak jadi ni? hahaha



Mereka; Norliyana, Noorsyakinah, Norafiza

Raya kali ni aku bawa mak beraya di rumah kawan sekolah merangkap rakan sekerja mak suatu ketika dahulu. Ohhh seronok sungguh mak dapat jumpa Makcik Hasnah. Sembang tak ingat dunia. Tidak mengapa. Aku duduk diam bagi chance sahaja sambil tangan dok sentap apa sahaja yang ada di depan mata haha.



Dan sebelum aku sampai ke Kuantan aku terjebak singgah di KL terlebih dahulu. Dan aku jumpa makhluk ini di rumahnya di Taman Ferngrove Cuepacs, Cheras. Dulu di matrik, dia ni makhluk yang aku suka buli eh silap bukan buli, kalau buli dia boleh buli balik hahaha erm bergurau manja wakaka.. Dan makhluk ini memang tetap istimewa di hati sampai bila-bila. The pinky lady in red, she is Diana Daim. Keep in touch okai. Aku sayang ko 3 kilo wakaka
   

Chenta hati Diana. Gilo pink sampai tahap ni =p siap offer nak jual kat aku lagi tuh ceh


Kemudian aku terjebak pula ke Bandar Tun Hussien Onn untuk berjumpa dengan dia di Jalan Suasana. Dia antara sahabat terbaik pernah ditemui.Sudah bekerja sekarang setelah tamat belajar di US pada tahun lepas. 
Dia bagi aku ni sebab dia kata aku kurus
Ni la dia. Nama dia Maryam Kamal yang poyo 
Pendek kata, raya kali ini ialah program jejak kasih bagi akulah! Hehehe bahagia apa.

3 comments:

  1. information centre : nak tanya bila nk balik kg lagi..hahahaha

    taun ni aku pun raya mcm nk gila...xtau pasai pa....tak melekat di rumah asyik p raya je....hehehe...walaupun jumpa sat je tp mcm dunia ni kita yg punya...hehehe...

    p/s : dlm gambaq tu nmpak sgt aku lapaq...bukan main panjang lg laksa aku...

    ReplyDelete
  2. yeah exactly! macam dunia kita yang punya hehe haaa sedaq pun diri kempunan laksa aku wakaka

    ReplyDelete
  3. cettttt.....yelah2..kempunan.....nnt buat len...hahaha

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni