Unney telah selamat naik bas
Afisha juga telah lama ikut jejak
dan insyaAllah kejap lagi aku dan Kak Rif pula bakal menyusul..
Ramadhan terakhir di bumi Kuantan..
haishh rasa sedih pula
sebab untuk Ramadhan akan datang entahkan sempat entahkan tidak
berada di mana pun entahlah tidak dapat dijangkau akal fikiran
Memandangkan budak-budak course lain telah selamat bercuti sejak Jumaat lalu
maka tinggallah kami dan sedikit budak dentist serta medic
yang setia dan gigih menuntut ilmu
disebabkan itu juga sejak 2-3 hari lepas kami terawih sendiri-sendiri sahaja di musolla blok
bergilir-gilir aku kau dan dia jadi imam
dan yang tak tahannya siap lawan 'O-Som' dengan Ecah siapa dahulu kena jadi imam huahuahua
tetapi seronok pula begitu
terasa ukhwah semakin erat
Tadi berbuka puasa di rumah Sister Nik Kausar
lebih kurang 10-11 orang kami-kami yang belum lagi meninggalkan bumi Kuantan memenuhi jemputan Sister Nik
Heaven!. Havoc. Sangat bahagia. Benarlah ukhwah itu indah. dan mungkin kerana ini Ramadhan terakhir di bumi Kuantan (insyaAllah) maka bahagianya extravaganza sikit hahaha dan yang bestnya juga tadi dapat duit raya! Wakaka Sister Nik memang buat lawak antarabangsa! tetapi kami tetap terima juga sebab bila orang memberi wajarlah kita menerima. Tak gitu?
Ya Allah andai ada rezeki pertemukan kami dengan Ramadhan akan datang. Semoga tautan ukhwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayat ameen..
Oleh itu jom balik kampung! Wahai Kak Rif setialah anda menjadi co-pilot saya hingga ke Pulau Mutiara. Tuhan, permudahkan dan selamatkan perjalanan kami ameeen...
No comments:
Post a Comment