Apr 10, 2010

Sebuah cerita dari daerah itu


Sebuah cerita dari daerah yang telah lama aku tinggalkan itu...

'mak, mana ayah ni? dah lama kita tunggu'

'sabarlah. sat lagi dia sampai la tu. dia dok mai dah tu'

'tadi lepas ambil ubat ayah terus pi kan? takkan lama sangat nak ambil kereta?'


'sat lagi dia sampai la tu'

'hishhhh'

si anak terus merengus dan wajahnya semakin masam mencuka

'mak...mana ayah ni..? tak larat dah nak tunggu'

'ayah pi ambil kereta sayang'

dan si anak terus-terusan menunjukkan rasa tidak puas hatinya

Selepas beberapa ketika,

'haa tu ayah!'

'yeay ayah mai dah! eh tapi apa di dahi ayah tu?'

'mana? mana?'

dan si ayah pun tiba sambil menghadiahkan segaris senyuman

'maaf ayah lambat'

kelihatan si anak tadi terdiam tergamam. begitu juga ibunya, penuh tanda tanya

'ayah, dahi ayah tu...? mana spek mata ayah?'

'oh, ini.. tadi masa tengah berjalan ke sini, ayah terjatuh longkang. spek mata ayah pecah dan luka sikit dekat dahi ni. tadi kena jahit sikit sebab tulah ayah lambat. ayah minta maaf ya'

wajah si anak seakan-akan mahu menangis menyesali ketidaksabarannya

'minta maaf ayah!'
dan dia terus menerpa ke arah ayahnya

dan aku..
berdiri kaku menjadi pemerhati di situ
Allahuakbar....


No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni