Salaaam..
Setelah hampir 12tahun akhirnya aku kembali ke daerah itu. Tetapi kali ini bukan lagi sebagai seorang pesakit sebaliknya sebagai seorang pelawat.
Hospital Pulau Pinang.
Daerah itu menggamit memori lama yg tersimpan kemas dalam kotak ingatan.
banyak perubahan berlaku. beberapa bangunan baru tersergam indah berhampiran laluan keluar ke Jalan Residensi sana. di seberang jalan di hadapan tempat parking pelawat sudah wujud bangunan pusat sumber kesihatan yg lebih besar, itu dan ini dan mcm2...
Em asal tujuan aku ke sini adalah untuk menzirahi tok cik Kem yg bakal menjalani rawatan chemotherapy di sini.
memandangkan aku sampai agak awal, dalam 4.15pm mcm tu sedangkan waktu melawat pukul 5pm maka apalagi aku pun merayau-rayau la melawat kawasan. hehe..
dan langkah pantas diatur ke Klinik 004 iaitu Klinik Peadiatrik.
mula-mula tu aku aci redah je masuk pastu kepala dok tercari-cari dan akhirnya.. i found her!
aku sgt mengenali susuk tubuh itu
she is my mamamia! my mama angkat, Mama Chin =). Staff nurse Chin Geok Sin
seronok dia peluk gue!
memang lama sungguh tak jumpa
yg buat aku terharu dia still ingat bila b'day aku semua huaaa
dan paling tak tahan dia dok perkenalkan aku kt staff2 di situ pulak
'she's my anak angkat. ex-patient. 10 years back ++. patient Dr Balvier.very stubborn blablabla'
aisehh dah la ceq ni pemalu muahaha
cool cool..
haha itu cerita lama daaa
Em sister di situ siap semangat lagi suh aku apply keja sini after grad nanti
wohoo mcm menarik!!
dekat pun dekat dah
hospital pun hospital besar dah, meaning that byk kes lah
hmhm thinking..thinking...
dan selepas itu langkah diatur utk ke wad A2 di mana tok Cik Kem ditempatkan
tapi sebelum tu..hehe
aku singgah di Wad Oncology Kanak-kanak dulu =p
saja nak jenguk kot-kot masih ada nurse yg lama-lama yg masih dikenali
ternyata semuanya muka baru
kemudian barulah aku melawat tok Cik Kem
rawatan belum dimulakan
mungkin esoknya
cuma tok Cik Kem kelihatan letih dan sakit ketika hendak menelan dan tak selesa nak bernafas
ak buatlah nursing care sket2 apa yg termampu
dan selepas hampir setengah jam di situ aku meminta diri utk pulang
Pulang ke rumah ibunda yg tak jauh mana pun dari hospital
tapi...uhuk..
walaupun dah pukul 6 lebih tapi biasalah jalan di Penang
masih jam lagi!
nak2 pulak aku nak kena cross Jalan Masjid Negeri yg memang sibuk itu
huaaaaaa
rumah dah nampak bayang cuma tak dpt nak smpai
mujur utk ke rumah ibunda boleh short cut lalu ikut dalam Masjid Negeri P.Pinang
lega sket
em bila stuck dlm jam mcm ni
aku pun terfikir balik
'err betul ke aku nk keja kt Penang nanti??'
No comments:
Post a Comment