Apr 7, 2010

Kecil Tapi Besar



Benda alah yg sifatnya lembut + berwarna putih kebiasaannya ini, seringkali diperlukan tanpa kita sedari. namanya TISU. bukan sutun

soalnya bila??

*utamanya memanglah lepas basuh tangan selepas makan kita akan cari tisu utk mengelap tangan jika tiada sapu tangan. kalau takda tisu..? baju kawan pun boleh =p

* hoho tisu sangatlah penting di kala tiba-tiba tengah makan, makanan tertumpah atau terkena pada baju yg smart dan jelita, nak nak pula baju mahal pergh lagilah gelabah
masa tu kita cari apa?
'tisu mana? tisu mana? ada tisu?'
kita tak kata
'kain buruk ada? tolong cari kain buruk' (kalau kt rumah lain cerita laaa)

*tengah menghadiri majlis grand apa2 ke i.e majlis makan malam tiba-tiba terbersin sampai terkeluar kalau air hidung je takpe bleh tahan lagi tapi kalau benda berwarna hijau kekuningan, nak nak plak time tu tengah selsema haishh... confirm tunduk kepala rapat dan lambat nk panggung semula. tangan pulak menggagau mencari tisu pada orang sebelah atau orang terdekat.
dengan wajah yg masih di bawah meja atau yg cool sket dah bleh angkat kepala dah tapi tangan still tengah memekup kawasan hidung dan mulut,
'tisu ada? tolong ambilkan tisu'
tak payah kt majlis grand2, kalau kt stesen bas pun mesti dah gelabah jugak kalau perkara yg sama berlaku

* orang yg terkena selsema adalah orang yg sangat memerlukan tisu. berkotak-kotak pun ada. ibaratnya tisu dan dirinya tidak dapat dipisahkah pada ketika itu umpama isi dan kuku. amatlah parah baginya jika tiada kedapatan tisu pada waktu itu. maka alamatnya, selamatlah baju sendiri ke, alas meja ke apa-apa yg ada di sekitar dan sempat dicapai utk dibuat ganti tisu yg tiada hehe

* tisu juga diperlukan utk mengelap air yg tiba-tiba tertumpah kt atas meja. tangan kita pasti akan cepat mencapai tisu terlebih dahulu berbanding kain buruk.

*di samping itu, tisu juga digunakan sebagai pengganti jika tiada kain buruk utk mengesat minyak enjin bila kita tengah check minyak enjin kereta. kita takdelah gigih bersungguh-sungguh bijiddi wajtihad mencari kain buruk sampai jumpa juga kan sebaliknya kita memilih tisu sbg alternatif

*juga tisu digunakan utk mengelap kotoran kecil atau membuang tahi cicak yg tiba-tiba kedapatan di hadapan mata

*tisu juga diperlukan di kala tiba-tiba ada orang yg jarinya atau mana-mana bahagian yg terluka + berdarah. kita akan cepat-cepat kata
'pi ambil tisu' cepat cari tisu'
kita tak kata
'cepat ambilkan gauze, cotton swab'

*lagi, tidak ketinggalan juga tisu juga diperlukan bila jerawat seseorang itu pecah
'tisu mana tisu?' siap tanya orang sebelah lagi walaupun tak dikenali 'ada tisu tak?'

banyak lagi kepentingan tisu tapi jenuh la nak senaraikan. ini sekadar apa yg diketahui, diperhati, dilalui pun ada jugak huahua

Lagi satu persoalan timbul
Mana nak cari tisu time terdesak?
haaa cuba tanya dengan perempuan-perempuan yg nampak gaya girlish lagi ayu dan sopan santun + yg menitikberatkan bab-bab kecantikan
pastinya mereka ada!
jaranglah mereka takda tisu
hehe sebab aku selalu buat! lalala

Jadi apa kejadahnya aku dok merapu pasal tisu ni..?
Sebenarnya tisu amatlah banyak kepentingannya tanpa kita sedari
walaupun aku bukanlah individu yg suka membawa tisu ke mana-mana tapi aku menghargai kewujudan tisu di atas muka bumi ini

Moral of the story:
jadikan tisu teman setia anda
bawalah tisu ke mana-mana
atau takpun pastikan lah at least ada tisu dalam beg/kereta anda
kerana takut terjadinya kes-kes kecemasan seperti di atas contohnya

Inilah yg dikatakan kecil nilainya tetapi besar maknanya


No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni