Apr 21, 2010

ceritera 3 serangkai

'jarr esok tolong amik saya boleh? dlm pukul 5 cmtu'

insyaAllah boleh
tapi mu kena teman aku buat projek esok heee

'suke!'


Setelah bersarapan roti telur dan milo panas di Paklah Corner, kami memulakan perjalanan.
nak pergi mana kita ni Yuwi?
haha saya ikut je!
ok jom kita pergi cari jalan nak ke Bukit Panorama, nanti senang lah bila-bila jadi nak pergi tengok sunrise terus dah tahu tempat.
Yuwi kata dia dah pernah pegi sebelum ni tapi dia tak ingat sangat jalan. Dia kata yang dia ingat jalan straight je daripada traffic light depan tu. dan menurutnya lokasi Bukit Panorama dekat jalan nak pergi ke Sungai Lembing.orait kita gamble lah!
jalan punya jalan...
dah jauh ni tak jumpa signboard pun? betul ke ada signboard tulis Bukit Panorama Yuwi?
ye ada. ok baiklah. jalan dan terus berjalan lagi
tapi ni signboard Gua Charas ada laa, lagi 2km. aku tanya Yuwi nak pi tengok tak Gua Charas dah dekat ni? apelagi jom la.
maka aku pun belok lah ke simpang itu.bila dah masuk lorong tu, kelapa sawit kiri kanan.
ok depan tu kot. bila dah jauh jalan ishh apesal tak nampak sebarang signboard ke apa pun?
aaa sudah.. nak terus ke patah balik ni Yuwi? kereta kita seketul je kat tengah-tengah ladang kepala sawit ni. Yuwi pula tiba-tiba berkata lebih kurang 'orang kata dalam ladang kelapa sawit ada harimau'
haishhh..em so cemana ni? ok kita teruskan. nak menguji kepercayaan kepada signboard yg first tadi ni..
dan alhamdulillah akhirnya di hujung dunia ternampaklah bayang signboard Gua Charas.
fuhh lega!! ingatkan dah sesat ke mana hala dah.
mula-mula gaya mcm nak meninjau-ninjau kawasan je, tapi...nak naik ke Yuwi?
dia dah siap semangat dah. aku pulak yg mcm kecut sebab dah la berdua je, perempuan, paling tak bleh blah takde guide yg ikut skali aaa sudah..anjing dah la banyak plak aishh.
lepas bayar 2 ringgit sorang kami pun naik. hailaa yg pakai skirt ni yg meluru dulu. semangat sungguh dia! outfit tak kena langsung. aku tahan lagi pakai slack, sandal tu takpelah kira halal la takde sport shoes pun, tak bleh blahnya Yuwi lah dengan skirt jelitanya hehe..tapi semangatnya sangat dipuji!

bila dah sampai atas dan semakin naik ke atas SUbhanallah..Subhanallah.. itu jelah perkataan yg terkeluar. SUbhanallah cantiknya ciptaan Tuhan!

Yuwi ajak naik atas lagi tapi Yuwi sedarkah kamu tu outfit clash abis, aku yg risau lebih kang terjatuh ke apa si jelita sorang ni, tak pasal je hehe
tapi sungguh tak tipu, sangat unik tengok stalaktit, stalakmit yg terbentuk.. Subhanallah..
bila nampak kera dan anak-beranaknya di hujung dalam dan atas sana ehe nak naik lagi ke?
kena serang kita kang dengan takda sesapa ni
heee..kami surrender..
tak pasal-pasal bermandi peluh di awal pagi
terbaekkk kita punya excercise pagi ni! hailaaa tak plan langsung

dan kami pun meneruskan perjalanan mencari Bukit Panorama..
dan setelah sampai..
ini bukan letaknya di jalan nk ke Sungai Lembing lagi ni, memang kat Sungai Lembing dah pun!
hehe orait lepas ni boleh datang Bukit Panorama tengok sunrise dgn mudah sebab dah tahu jalan =)
err sebenarnya sejak lepas keluar dari Gua Charas tu meter minyak macam dah bagi signal minyak nak habis tapi aku diam je sorang-sorang tak bagitahu Yuwi hehe sorry beb!
dalam hati ni YA Allah bagilah jumpa stesen minyak. tak bajetlah sejauh ni hehe terlupa nak tambah minyak siap2
dan akhirnya setelah bertanya kepada kakak jual air di tepi jalan di Pekan Sungai Lembing berhampiran pula dgn Muzium Sg Lembing, kebajikan perut PCL pun tertunai. Alhamdulillah..

kemudian meneruskan agenda utk buat projek kedua. Sebenarnya projek kedua nilah matlamat asal keluar hari ni sebab utk tolong keja Syazana sket heee..
lepas tu Yuwi ajak singgah ke rumah ibu sedaranya yg dok area situ jah. jooom. bisa aja.
dan disinilah aku jumpa makhluk Tuhan paling comel
weeee
anak kucing Parsi yg baru berusia 2 minggu
aku dah cuak gila bila sepupu Yuwi tanya nak tengok anak kucing? jap nak gi ambil.
dalam hati aku Ya Allah janganlah dibawa ke sini! aku geli anak kucing yg baru lahir ni! sebab dgn takde bulu banyak lagi, pastu nak jalan pun terketar-ketar lagi arghhhh jangan cari pasal! nanti aku hawing jauh-jauh! (hawing ialah bahasa utara yg bermaksud baling,lempar)
tuptup sekali keluar..Ya Allah! cute gile + cantik gile bulu dia.
anak kucing Parsi yg besar, bulu lebat nampak macam dah usia beberapa bulan.
aku dok bayang anak kucing kampung2 yg biasa tuh...haha tipah tertipu!
aku tak suke kucingatal je ok tapi itu tidak bermakna aku terus banned seluruh kaum kerabat kucing dalam kamus hidup aku
as long as dia tak datang nak panjat,gesel aku no problemo 
otherwise memang aku tak cakap banyak dah, kalau tak kena hawing silap-silap kena tendangan maut haha..tindakan reflek ok. bukan salah ibu mengandung
tapi apapun yg paling best pd hari ini adalah mee goreng basah yg makcik Yuwi masak!
two thumbs up =D

p/s;
-kalau nak gamble ke tempat yg belum pernah sampai isilah minyak kenderaan anda penuh dulu. senang kalau apa-apa hal
-terokailah alam ini dan seluruh pelosok dunia. semakin kita teroka, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu dan semakin kita mengkagumi kebesaranNYA
Allahuakbar!

Saturday, 17 April
cyanide

3 comments:

  1. oh bagus sungguh, nurse ni, blh wat menantu,hikhikk

    ReplyDelete
  2. hahah...apepon tq so much for your help, cik siti hajar..love u ah :) penyelamat aku yang dalam kekusutan kerja.hahahah

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni