Apr 26, 2010

'Ainun

Bismillah..


It's all about the eyes =)



Minggu ini bertugas di klinik mata dan alternate dgn wad mata.
Subhanallah bersyukurlah wahai makhluk-makhluk Allah sekalian kerna kita semua masih punya pancaindera yg digelar mata
kalau hanya tidak dapat mendengar
atau tidak dapat berkata-kata
masih boleh bertahan lagi kerna masih punya sepasang mata
setidaknya-tidaknya yang tidak boleh mendengar dan berkata-kata
masih boleh memahami bahasa isyarat
masih boleh membaca tulisan di kertas
masih boleh membaca gerakan bibir si pembicara
tetapi jika tidak boleh melihat
terus bagaimana ya??


teringat pesanan Dr Khairizan sewaktu kuliah
Appreciate your eyes
hargailah sepasang mata ini kerna 
inilah satu-satunya organ di mana proses regeneration cell tidak boleh dan tidak akan berlaku
tiada tisu baru atau tisu ganti yang akan tumbuh semula jika mata mengalami sebarang kecederaan
berbeda dengan organ-organ lain seperti kulit misalnya
jika tercedera tisu baru akan tumbuh 


Erm hari Isnin bermula dengan bertugas di klinik mata
kebetulan dapat assist di bilik Dr Haizul dgn Zu. Casualty Clinic. rezeki.
Casualty clinic ialah bilik yg menerima fresh kes terutamanya yang dirujuk daripada emergency department, klinik luar etc..disinilah doctor akan examine patient n decide samada patient perlu ditahan di wad atau boleh dirawat terus dan perlukan follow up. untuk kes mata jelah.jadinya memang banyak + pelbagai jenis kes boleh jumpa i.e cornea ulcer, conjunctivitis,blepharitis etc 


Subhanallah there's no exact word to describe him
Dr Haizul Ikhwan is a very good Muslim
good person
good guy
good doctor of course
good good good good ++++
bukan suka-suka plus saja-saja nak puji ada makna
takkk.it's not like that.
he really deserves it
Ya Allah berilah lebih ramai Dr Haizul di dunia ini
Dr Haizul seorang yg sangatttt sabar
melayani apa jua kerenah pesakit
dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya
bercakap dgn penuh hemah dan sopan santun
otai la jugak adakalanya
Dr Haizul really practices akhlak Islami
aku sangatlah bangga kerna masih ada good Muslim doctor mcm ni
proud to be a Muslim!
aku rasa kalau ramai doctor mcm Dr Haizul insyaAllah pesakit pun rasa relief
Dr Haizul sangat tidak lokek dgn ilmunya
apa sahaja yg kami tanya dia akan cuba jawab
jika memerlukan penerangan yg panjang
dia akan suruh kami KIV dulu dan buat list apa lagi yg rasa nak tanya
dan berjanji akan explain nanti
he really encouraged us to ask questions
and he kept his promise
sebelum kami tutup kedai pukul 5.00pm he answered all the questions


two thumbs up untuk Dr Haizul!
juga untuk MA Azizi yg sangat bagus mengajar kami sambil-sambil (MA=medical assistant)
dan untuk Optometrist Azhari yg tidak lokek berkongsi ilmu


Medical world needs more persons like you guys!


hari ketiga posting kembali semula ke klinik.
kali ini berada di bilik doktor lain pula
agak kelam-kabut hari itu kerana banyak doktor yg terpaksa menghadiri itu dan ini
again aku partner dgn Zu. kali ni berada di bilik Dr X.
Dr X juga seorang doktor Muslim yg baik.
cuma biasalah kita semua manusia biasa
kala jarum jam menginjak melepasi angka 4.30ptg, bilangan pesakit masih ramai di luar.
kasihan tengok Dr X ke sana ke mari
kedai pula akan tutup pada pukul 5ptg, biasalah ofis hour
tekanan masa satu hal
tekanan bilangan patient yg masih ramai satu hal
tekanan dgn sikap pesakit juga menjadi satu hal
buatnya Dr X burst jenuh laaa
tapi...
ada sorang makcik yang usianya baya-baya tok aku rasanya
tiba-tiba dia datang tanya aku yg kebetulan berada di hadapan pintu bilik Dr X 
bila nombornya akan dipanggil
kerana dia sudah tunggu sejak pukul 10.30pagi
aku check file kat dalam bilik Dr X
takde nama dia pun
dan bila check kat kaunter depan semua
rupanya berlaku miscommunication...
selepas buat test visual acuity awal-awal tadi
makcik tu pergi bagi semula file dia ke kaunter
dia tak faham mungkin
dan orang kaunter pula salah faham ingatkan dia taknak tunggu turn dia plus nak balik
jadi diorg pun cancel la appointment dia hari itu
alahai miscommunication punya angkara...haiilaaa
bahaya.
erm takpelah Dr X kata ok, boleh terima kes dia.
masa tu ada lagi baki beberapa orang pesakit plus jam dah hampir pukul 5ptg
Dr X bertanya


'makcik ada alahan pada ubat atau apa-apa tak?'


simple je soalan Dr X.
tapi aku tengok muka makcik tu blurrr
Dr X tanya lagi
'makcik, makcik dengar soalan saya. makcik ada alahan pada apa-apa ubat atau makanan tak? alergik?'
makcik pandang aku.blurrr jugak
sahh dia tak paham!!
aku tengok Dr X dah macam panas n nak jadi incredible hulk
uhuuu
sabarlah Dr X
aku memahami tekanan yg dialami
then makcik tu tanya
'alahan tu macam mana?'


Dr X jadi macam bengang dah sebab makcik tak paham
makcik tu dah macam serba salah tatau nak jawab cemana sebab dia tak paham kan
kesian sangat tengok makcik tu
aku take over


'alahan tu macam ni makcik. contohnya bila makcik makan sotong ka, ketam ka lepas tu tiba-tiba makcik jadi gatai kat tangan ka memana ka'


tu diaa terkeluar dah bahasa ibunda ku sebab awal-awal lagi aku dah perasan dialek makcik tu dialek utagha nih! 


after few moments, ok da settle semua.
makcik pun ucap terima kasih kpd Dr X semua
dan Dr X pun minta maaf bagitau dia bukan nak marah cumanya bila dia tanya tapi makcik jawab yg lain melalut,
kerna kala itu kesuntukan masa dong sebab itu DR X jadinya begitu  plus orang tua kan begitu, bila bercerita memang panjang sedikit. harus cuba memahami merekalah


aku mengiringi makcik keluar daripada bilik Dr X.
makcik berbisik kepadaku
'makcik tak paham tadi alahan tu apadia'


oh takpa. biasalah tu. aku terang lagi bagaimana alahan tu
makcik jawab
'ooohhhhhh'


dia tak faham term alahan tu. hakikatnya dia tau je bila kita cerita alahan tu akan jadi begini begitu


aku sekadar berbasa-basi lagi
makcik mai dari mana ni? dengan sapa?


'makcik mai dari Peramu nuu. naik teksi sorang. kena 6 ringgit'
'anak-anak dok jauh. makcik dok sorang ja'


aku diam dan menghantarnya pulang dengan pandangan 1001 macam 


Allahuakbar....


dalam hati terdetik..,
Dr Haizul jugak yg terbaekkk
semoga Dr Haizul dikurniakan zuriat yg soleh solehah sepertinya
amiinnn


cyanide
19-24 April 2010
Eye Clinic + Eye Ward HTAA

1 comment:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni