Apr 12, 2010

Rapuh

detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Rapuh by Opick

Apr 10, 2010

tiada tajuk


Assalamualaikum
tiada tajuk. tapi mcm nak ada tajuk haha..
apapun aku just nak cakap
Terima Kasih Ibunda!
for everything
May ALLAH bless








Pulau Jerejak




My Lady yg sabar menanti


Sebuah cerita dari daerah itu


Sebuah cerita dari daerah yang telah lama aku tinggalkan itu...

'mak, mana ayah ni? dah lama kita tunggu'

'sabarlah. sat lagi dia sampai la tu. dia dok mai dah tu'

'tadi lepas ambil ubat ayah terus pi kan? takkan lama sangat nak ambil kereta?'

Apr 9, 2010

aku dan dia


Alhamdulillah just a few minutes ago i was able to reach her...

sumayyah shahidah: wsalam
star_cruize8008: how do u do?
sumayyah shahidah: alhamdulillah
star_cruize8008: alhamdulillah
star_cruize8008: selesai dah semua urusan di rumah?

Apr 8, 2010

Daerah itu...



Salaaam..

Setelah hampir 12tahun akhirnya aku kembali ke daerah itu. Tetapi kali ini bukan lagi sebagai seorang pesakit sebaliknya sebagai seorang pelawat.

Kau Pergi Jua...


Salaam

Setelah beberapa minggu tidak sedarkan diri akibat serangan stroke kali ketiga
akhirnya ayah Anje, Pakcik Ismail Mohamad pergi jua.
Beliau telah selamat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10pgi tadi..

Innalillahiwainnahilaihiraji'uun

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah utk almarhum

semoga ruhnya dicucuri rahmat dan tenang di sana ameen...

kepada Anje dan keluarga;

ku mohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat menghadirkan diri ke sana di saat ini

kerana kala ini aku sudah selamat berada di rumah
andai aku masih di Kuantan insyaAllah langkah kaki akan dipanjangkan ke KT
dgn seberapa segera

seluruh keluarga di sini kirimkan salam dan doa buat Anje sekeluarga

aku doakan semoga kalian tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini
Sesungguhnya DIA Mengetahui apa yang tidak kita ketahui



Apr 7, 2010

Kecil Tapi Besar



Benda alah yg sifatnya lembut + berwarna putih kebiasaannya ini, seringkali diperlukan tanpa kita sedari. namanya TISU. bukan sutun

soalnya bila??

*utamanya memanglah lepas basuh tangan selepas makan kita akan cari tisu utk mengelap tangan jika tiada sapu tangan. kalau takda tisu..? baju kawan pun boleh =p

Psikologi Seorang Pesakit

:: Psikologi seorang pesakit :: by JARULE MEDICAL CENTRE =D

Bila mana bergelar seorang pesakit, maka seseorang itu pasti menjadi individu yg unik.

menjadi seorang pesakit;

Emosi berputar 360 darjah, jika tidak pun sekurang-kurangnya 15 darjah atau 0.05 cm jaraknya

tiba-tiba rasa nak marah-marah jika tiada yg cuba memahami kondisinya

cepat terasa bila dirasakan diri tidak diberi perhatian

sensitif membabi buta utk certain ungkapan yg normalnya menjadi kebiasaan je pun

tak boleh tersalah cakap, tersalah gurau oohh cepat sekali berubah mood

tidak ingin ditinggalkan, sentiasa ingin ditemani atau bahasa mudahnya nak orang jaga 24 jam kalau boleh

nak orang concern, ingin dimanjakan, mengada-ngada ada ketikanya sampai rasa nk sekeh pun ada!

juga tidak gemar topik-topik perbualan yg berkaitan dengan kematian, orang tu sakit ni, dia tu sakit teruk dan yg seangkatan dengannya

Jangan cuba berlagak faham situasi mereka dgn mengatakan
'aku paham cemana hang rasa. ya aku paham'
NO. don't lie
itu lebih menyakitkan jiwa pesakit sebenarnya
berbalah la sampai mcm mana sekalipun
'aku paham'
'dak, hang tak paham'
'ye aku paham'
'dak, hang takkan paham'
'ye aku try paham'
@%**$!!
....actually you don't.
yelah dah nama pun pesakit, mestilah tengah sakit dan hanya diri orang yang sakit itu sahaja memahami bagaimana rasa sakitnya

being a good listener is much better

sebolehnya mereka hanya ingin didengari, disayangi,diberi perhatian lebih sikit daripada kebiasaan

itu sahaja..noktah.

Sokongan emosi itu sangatlah besarrr peranannya

sebab itulah yang menjadi caregiver mahupun visitor pun kena bijak juga

Janganlah dah tau orang tu sakit lagi mau dok cerita pasal minggu lepas orang tu mati la, kemarin dia tu nazak la, tadi kawan ni eksiden patah riuk blablabla
it's so annoying u know??
tak membantu langsung!
common sense la sket..
kawan tu baru nak rasa seronok tengok kita datang ziarah dia tuptup buka cerita yang sangat tidak menyedapkan hati dan mensampahkan jiwa raga pulak
haiilaaa

Empati sangat penting dan diperlukan dalam keadaan sebegini
Put yourself in others' shoes

Juga caregiver kenalah belajar bersabar lebih daripada biasa

Pengorbanan sangatlah penting di sini
Jangan berkira
'aku dah 2-3 hari tak tidoq jaga hang, esok kena keja pulak, ada tu ada ni blablabla'
kalau benar-benar tidak mahu membantu, just go. leave it. tak perlu menserabutkan diri dan kepala otak
mengungkit adalah perkara yg sangat merbahaya. it is a silent killer.
sedih kot kalau orang cakap mcm tu depan kita yg sedang sakit ni, atau hanya aku yg berperasaan sebegitu?
tell me how do u feel?

Di sinilah sebenarnya Allah mahu menguji pengorbanan dan kesetiaan caregiver
Reward yg tidak ternilai menanti di negeri abadi sana =)
You choose.


p/s: Entri ini ditulis atas permintaan seorang sahabat. Maaf kalau tak memenuhi citarasa. Tulisan ini tiada rujukan khusus, sekadar pengalaman hidup sendiri dan cebisan ilmu yg dipelajari. enjoy!

Apr 5, 2010

Saat tirai berlabuh

Salaam..
Alhamdulillah dengan berakhirnya final paper--> paper Health Information System pagi tadi maka berlabuh sudah tirai pengajian di tahun tiga.

pengajianku di tahun ketiga penuh suka dan duka.
punya hikayat 1001 macam cerita
transisi ke alam final year??
apa benar begitu?
kedengaran lucu di situ

Apr 3, 2010


pulse detected!
Alhamdulillah
i'm back..

Mencari hikmah dalam diam
untuk mencegah sesal dalam kalam
-Hasrizal Abdul Jamil

Mar 24, 2010



hibernate..?

asystole..??
___________________________

Feb 21, 2010



....off to Temerloh
ready to be posted in OT and Emergency??
ganbatte!





Feb 18, 2010


Cacat is a mean word!
no it isn't
yes it is
no it isn't
yes it is
no
yes
no
yesssss!!!
@%$/#*&
OKU is much better
mereka bukan berpenyakit Sindrom Down
tetapi mereka insan terpilih
yg dilahirkan dgn kurang upaya
utamanya dari segi kecerdasan mental






Feb 14, 2010


Assalamualaikum
Nak menulis macam kanak-kanak riang
biarr rr
suke hati gue laa

sudah 4 hari....
telinga tersumbat
hidung tersumbat semua tersumbat
arghhhh
k.siti tolong bukak tingkap saya nk jeritt
gerak ke KL dari Kuantan semalam pun diorg yg drive
huuu
plan asal nk ke JB umah k.syeril
at last sangkut kt Bangi
maka lepak sinilah...
xde rezeki
sorry K.syeril
K.siti keluar hantar K.syeril pegi cari tiket nk blk JB + bwk bdk2 ni pegi knduri K.Azi
huaaa nk ikutt
tpi kena tinggal dekat umah.. =(
sebab kepala masih tak betul lagi penin2 + rasa berat
increase intracranial pressure + electrolyte imbalance huaaa
hjr duduk la rumah rehat2
tak kira nk ajak Iqah gi Sogo
woii org suruh rehat dia nk gi sogo plak
pusing kiri pusing kanan
Ya Allah tolonglah tak boleh nk bernafas dgn bahagia
arghhhhhh
mujur Allah bagi dua lubang hidung kan..?
tersumbat 1 bleh guna yg lagi 1
bersyukurlah..
haa baru tau langit tinggi rendah bila Allah tarik nikmat sket.. baikkk
huuuu nk buat apa ni..kepala penin tpi tak boleh nk tido
lantas tangan mencapai henset
K.Siti jangan balik lambat sgt. petang ni kita gi putrajaya.ok bye
next..
Bmer...
tak sembuh2 lagi ka cek demam tu?? kalu ikut petua pklong, minum air bnyk, mandi bnyk, jgn dok merepek bnyk sgt ( ah ni petua bmer hehe...)
huaaaaa nk teman berbual jeeee
huuuu masalah btol laaa
what to do..
psikologi org sakit kan pelik sket..perlu difahami
tiba-tiba kak Aliya naik bilik utk iron tudung
eh awak org Sarawak ke?
dgn suara yg takde dan separuh rocker ' eh bukan la k.aliya.. oghang penang'
fuhhh seksanya nk menuturkan sebaris ayat
dan tiba-tiba lepas tu pulak
dengar suara Mak Jah
'hajar meh turun bawah makan bubur'
yeay!!
sejak hri khamis tak makan nasi haha
bubur nmpk sedap
ada karet warna oren, daging, bawang goreng, ada tu ada ni blablabla
waahh sgt menggoda
walaupun tak dapat nk bau dgn sebaiknya
makan dgn sgt bahagia
biar la takde perasaan pun sebab deria bau suma kena block
janji mata kata nmpk macam sodapp
pun bole..
alhamdulillah bubur yg Mak Jah masak dgn penuh kasih sayang telah membuatkan sy bermandi peluh hahaha
dan rasa sedikit gumbira

so bila agaknya boleh start enjin balik penang haaaaa...?

Feb 7, 2010

Untukmu kekanda


Khususan ila ukhti al-hibba'
;

Wanita Cantik menurut ALLAH adalah:


1. Melukis kekuatan melalui masalahnya
2. Tersenyum di saat tertekan
3. Tertawa di saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa meminta balasan
7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan ILAHI



|
|
|
|
|
|
|
alamak
.....
....
...
..
.


not alone, linkin park

Feb 6, 2010



Feb 3, 2010

































'OPEN YOUR EYES!'


nikmat Allah yg tak ternilai
Iqtanim khamsan qabla khamsin~

Feb 2, 2010




Mengejar bulan...

Subhanallah memang sgt cantik bulan malam 15 Safar
indahnya ciptaan Tuhan tak terbandingkan

kebetulan baru sampai Kuantan dari KL
mula-mula nampak bulan besar gle!
Allahuakbar
nak kiamat ke apa ni..?? itu je yg terlintas kt kepala otak
amalan apa semua tak cukup lagi ni
huu baru tau nk cuak

nilah manusia kekurangan kesedaran diri namanya
em nk cari port lawa punya pasal so terus ke Teluk Cempedak
haha obsess tahap tak bleh blah!
bila sampai bulan dah semakin mengecil tapi masih besar drpd saiz biasa
angin teragiga punya kuat
nasib baik ada kaki kalau dah lama aku terbang melayang rasanya
silap-silap sampai Penang terus

masa tu
rasa nk jerit je
nak DSLR sekaraanggg jugakk!
kalau ada shutter yg lagi mantap sure bleh capture gmbr dgn lebih jelita
takpe bersyukurlah
sabarrr ok



Feb 1, 2010


Mentor-mentee Gathering Day, Pantai Balok. January 30, 2010







we love you teachers..we do






Hikayat Malim Deman Versi Belangkas
Si Belangkas terdampar nun jauh ke tengah pantai..mencari arah jalan pulang


misi mencari jalan pulang. Found. Rescue 888 sudi membantu


sayonara Belangkas! jangan teriak. ada rezeki kita jumpa lagi

aku pi dulu...



Belangkas dah pi...aku mesti tidoq tak lena mimpi kat dia

belangkas pi tak kembali dah ka?

eh apadia tu? Belangkas patah balikkk??

heee dah aihhh..nak tunjuk gambaq mama dan abah kami jaa


oit gaduh ke kak? jgn kata disebabkan Belangkas plak

p/s: credit to Sister Akma n husband sebab bagi pinjam anak jadi model heeee...

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni