Aug 25, 2010

Semalam

Semalam
kelas habis pukul 5 lebih.
Maka nak elak jalan jem punya pasal aku balik ikut jalan jauh sikit tapi trafik lancar. Ikut jalan Permatang Badak.
Dan aku singgah tepi jalan untuk membeli makanan.
Waahh macam best lauk dia! Macam-macam ada.
Tapi hati aku macam berat semacam nak beli nasi kuah taruk atas ni. Sebab? Nanti aku bagitau.
Anje macam berkenan dengan gulai daging. Aku pula dok usha sup daging dan ikan bakar dan kerabu perut dan masak lemak lala pun ada. Usha je dulu. Bukan berdosa. Sekali aku pun tanya makcik dan pakcik penjual tu,
'Sup ni kira macam mana cik?'
dia kata, 'Sebungkus 6 ringgit dik'
aku tanya lagi, 'kalau nak 2 ringgit boleh tak?'
dia jawab, '2 ringgit dapat ape jelah dik. 2 ringgit tak jual dik'


Lepas tu aku tanya pulak, 'Ikan pari bakar tu berapa kak? Yang kecik sekali tu'


'ermm 5 ringgit, eh 6 ringgit'


haishh main suka hati letak harga nampak. hailaaa..


Gilo mahal! Inilah jawapan kepada persoalan yang aku tinggalkan di atas tadi. Sebab aku berat hati nak beli nasi berlauk kat SINI ni sebab nilah. Mahal macam hapa. Nak kata penduduk dia hebat sangat aku tengok biase je. Baik orang Tasek Gelugor lagi advance maju terkehadapan. Tapi aduhaii apesal laa cost of living tinggi sAAAngat kt SINI?? Sila jawab. Sila jawab sesiapa yang berkenaan.
Haisshhh ni yang aku rasa nak balik beli kat DIN ikan bakar kat Kepala Batas je nih. Memang berdosa la aku gi compare harga DIN ikan bakar dengan harga gerai pakcikmakcik tepi jalan tu. Tapi aku rasa makcikpakcik tu lagi berdosa sebab main letak harga sesuka hati dia saja dan taknak jual sup daging 2 ringgit kat aku. Haishhh sabar..sabar.. Ramadhan. Ramadhan.


Tapi kalau bukan Ramadhan pun aku rasa aku tak sabar dengan  harga makanan yg macam ni. Nilah penyebabnya at last aku end up beli nasi ayam Pok Din je sebab harga RM3.50 takpun nasi beriyani ABu dekat bazaar Ramadhan Stadium yg berharga RM5 tapi nasi banyak gile boleh makan 2 org, lauk banyak siap dapat kuah dal free lagi dengan jelatah. Berbaloi. Takpun makan megi je puas hati. 


Sabarlah wahai diri. Lagi satu,dua, tiga lapan bulan je lagi nak blah dari SINI!!
Aku nak buka kedai makan sendiri la macam ni.

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni