Aug 28, 2010

Hari ini

Aku tak ingat bila dan bagaimana aku boleh terlena semalam. Apa yang aku ingat adalah aku sedang duduk di atas katil setelah solat dan mengadap Al-Quran kemudian Afisha bertanya mahu ikut sekali pergi terawih di luar atau tidak. Aku nak pergi tetapi setelah memikirkan keadaan diri yang jika aku pergi juga bakal mengundang pertanyaan dan perhatian orang maka aku geleng kepala kepada Afisha. Nak duduk tahiyyat pun struggle hehe sabar..sabar.. dugaan. Fasobrun jamil!
Dan tup-tup pagi tadi aku hanya tersedar bila ayah Afisha ketuk pintu bilik. Gelap. Bangun. Pening-pening lalat seketika. Cari henset sebab nak tengok pukul berapa. Sekali dah 5.13am daa.. Sleep pattern stage berapa dah ni? 3, 4? Allahuakbar..


Dan hari ini, insyaAllah bersemangat untuk masuk gear 1 dan mungkin terus ke gear 2 dan 3 insyaAllah..yeah!!


Mujur hari Isnin tidak ada kuliah dan hari Selasa pula Hari Merdeka maka boleh extend cuti lebih sikit. Lega sikit sebab dah mengharungi non-stop midterm exam sejak Sabtu lepas kemudian Isnin,Selasa,Rabu dan Khamis dan kelas still on macam biasa. Dan presentation dan assignment yang tiba-tiba je ada tetap diberi seperti selalunya. Jangan mimpilah untuk hanya dapat assignment di awal semester sahaja. Well, nursing kan hebat. Belajar hanya 10 minggu sahaja. Express dan compress. Sebab nak kejar posting before and after final exam. Sebab ini fakulti nursing di UIA yang ikut sistem semester universiti bukan serupa seperti kolej-kolej khas kejururawatan lain yang sudah ada spesifik waktu belajar dan posting mereka bila dan bila. Maka sebab itulah kami selalu berpraktikal sewaktu budak-budak course lain sedang bahagia bercuti dan bilangan hari cuti kami boleh dibilang dengan jari (benarkah?) dan tiada lagi istilah cuti 3 bulan dalam kamus hidup kami dan sememangnya kami sangat menghargai hari, masa, ruang atau apa-apa jua yang dipanggil cuti! 


Cuti raya nursing start 8hb sampai 19hb September kemudian lepas tu terus pergi posting/praktikal/on job training (panggil la nak panggil apa pun) selama 4 minggu dan kemudian balik daripada posting terus final exam!! Terbaekkkk ah!


Erm sebenarnya boleh kata tak bahagia sangat pun walaupun tengah bercuti beberapa hari ni. Sebab:
1. 1hb September iaitu hari Rabu ada lagi satu midterm exam untuk Subjek Research Methodology yang mempunyai 4 kredit. Laa aku mati-mati ingat exam dah habis huahuahua.. Jadi kalau rasa taknak menyesal kenalah sekurang-kurangnya bawa balik sehelai nota untuk dibaca. Tetapi kalau tidak mahu pun tidak mengapa sebab nanti exam kan semua jawapan dah ada, perlu tanda sahaja. hahaha betul tak Farael?
2. Hari Rabu juga perlu hantar assgmnt Issues in Nursing yang macam biasa 3000 words, APA style semestinya, lagi mau tanya ka haha kemudian kena ada reference at least 30 journals
3. Juga assignment Oncology perlu dihantar
4. Presentation Oncology
5. Ward Simulation Role-play untuk subjek Nursing Management juga minggu hadapan? Berlakon je. Everything is provided. Tak gitu?


Layak ke ini dipanggil sibuk? Alasan zaman Jepun je kann.. Dulu, kini dan selamanya Allah tetap beri kita 24 jam walaupun ada kalanya kita rasa waktu macam cepat je berlalu. Dan ada certain masa kita rasa lambatnya  gerakan masa. Habis tu apa bezanya? 
Keberkatan waktu. Aku suka 2 patah kata ini yang dilontarkan Anje semasa tazkirah selepas terawih di surau blok hari itu.


Ya keberkatan waktu. Seakan terlupa pula. Bagaimana kita menggunakan masa itu persoalannya. 


Fikirkan.


Ya Allah berilah keberkatan waktu kepada kami ameeenn..

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni