Aug 3, 2010

Saturday Night Fever

Salaam


Weekend lepas terjebak lagi ke KL haha well selagi kaki boleh melangkah maka selagi itulah aku tidak akan mudah mengalah wakaka ada kaitan ke? haha belasah sudaa...


Kali ini PCL ditinggalkan. Mara Liner menjadi pilihan. Kami sampai di Stesen Bas Pekeliling sekitar jam 12 tgh mlm. Sementara menanti Kak Iza iaitu kakak kepada Cik Kem sampai kami bertenggek di bangku besi di tepi jalan tempat bas menurunkan orang dan kereta lalu-lalang. Melihat 1001 ragam manusia. Itu je kerja yang mampu dibuat pada waktu dan ketika itu. Nak membaca pencahayaan terhad satu hal, takde bahan bacaan satu hal jugak! Haha kelam-kabut nak naik bas tadi tak sempat nak capai buku barang sebuah dua.


Saat mata tertoleh ke arah kanan menghala ke arah tangga tempat orang turun dari Stesen Monorel Titiwangsa,


'Cik Kem'


Cik Kem segera menoleh memahami maksud gerakan anak mataku lantas berkata


'Aku rasa tu laki'


Yes exactly  she is a man. Tengok body shape pun dah tahu lelaki walaupun pakai skirt dan baju tak cukup kain. 


'Weh agak-agak kalau aku pi tegur dia, Hai abang. Apa reaksi dia haa?'


hahahaha dan kami ketawa


'Silap-silap hang kena maki, eiii b*** la you ni!' ujar Cik Kem


hahahahaha dan kami ketawa lagi..


Di sebelah kanan pula, ada seorang pemuda sedang buat aksi membunuh diri trangtangtang di khalayak ramai. Kalau melibatkan diri dia sorang tidak mengapalah tapi ini tidak. Melibatkan kami juga insan-insan di sekelilingnya! Adusss aku sangat laaa tidak suka!! Nak hisap rokok mati sorang-sorang sudah laa jangan la dok libatkan kami sama. Haisshhh mensampah betul orang yang sesuka hati mak bapak dia merokok di tempat awam sebegini! Brader esok nanti kalau hang sakit masuk hospital sebab rokok aku nak sumbat rokok banyak-banyak dalam mulut. Masa tu baru hang tau. Aku dan Cik Kem sudah mula menekup mulut dan mengipas-ngipas tangan isyarat tidak suka asap beracun itu.


Dihadapan bangku tempat kami duduk lepak itu pula ada seorang makcik berusia lebih kurang setengah abad sedang duduk di atas Yamaha Lagenda bersama seorang anak lelakinya yang mungkin berusia darjah satu dua atau tiga aku rasa. Stylo. 
'Makcik ni tunggu anak dia ni'. 
Aku dan Cik Kem berbicara. Cayalah makcik! Tabik spring gue! Dah la merempit di tengah malam di tengah kota pula. Tabah sungguh beliau menanti  si anak yang belum berkunjung tiba. Hampir jam 12.30tgh lebih kurang, sebuah bas ekpress tiba dan si anak pun tiba. Gembira sungguh makcik menyambut si anak yang baru tiba. Si adik pula yang sudah terlena di dalam raga segera dikejutkan. Dan makcik separuh abad bersama dua orang anak lelakinya bergerak dan hilang dari pandangan mata. Selamatkan perjalanan mereka Ya Tuhan.


Kami masih setia menanti di bangku besi.


Jalan raya masih penuh dengan kenderaan yang lalu-lalang. Bagaikan tiada beza antara siang dan malam.
Di celah-celah teksi yang berhenti di bahu jalan, bas yang singgah untuk menurunkan penumpang, kereta dan motosikal yang lalu-lalang tiba-tiba,


'Cik Kem tengok tu!'


Kelihatan seorang pakcik penjual roti yang boleh dipanggil tokwan terkial-kial membelok motosikalnya yang-sarat-dengan-roti-di kiri-dan-kanan-tong-roti yang terletak kukuh di seat belakang motosikalnya ke arah jalan utama. Arghh betapa gigih dia berusaha mencari rezeki hingga lewat malam sebegini! Terharu. Ya Allah selamatkan perjalanan pulang pakcik ini. Duhai si anak kepada pakcik, hargailah pengorbanan bapamu yang gigih mencari rezeki untuk sesuap nasi ini!


Dan selepas itu tiba pula dua buah motosikal di hadapan kami. Dari segi cara dan gaya mereka hanya biasa-biasa sahaja. Maksudnya bukanlah gaya golongan berada atau seangkatan dengannya.Hmm mungkin nak ambil orang juga ni kerana sebuah motosikal ada pembonceng manakala yang satu lagi tiada pembonceng sebaliknya ada helmet lebih dalam raga. Itu telahan aku. Dan tidak lama selepas itu sebuah bas ekpress berkunjung tiba dan turunlah seorang gadis jelita lagi girlish bersama beg sandang yang digalas dan teddy bear Mr Bean yang berwarna coklat di tangan kanannya. Si gadis segera mengambil begnya di dalam perut bas. Ohooo beg nak pi airport ni. Aku dan Cik Kem saling berpandangan. Rasanya motosikal tu tak besar mana tapi bakal pemboncengnya boleh tahan besar dan begitu juga dengan beg nak pergi airportnya. Ohh tidak mengapa. Biarkan mereka critical thinking sket. Erm yang tak boleh blahnya dan buat aku geleng kepala dengan Cik Kem, ek enaa sekali minah tu smoking sebelum naik moto! haishhhhhh apa daaa


Manusia.Manusia.Manusia.


"Laqad khalaqnal insaanafi ahsanitakwim.." ( At-Tiin;4)


Thing to ponder!


dan tidak lama kemudian Kak Iza pun tiba..

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni