Aug 27, 2010

Pagi tadi

Pagi tadi aku di Kuantan tapi sekarang aku di Kelantan. Hebatkan aku. 
Pagi tadi juga sesuatu yang tak diduga berlaku.
Semalam aku join program qiam di luar. Sempena menyambut Nuzul Quran. Subhanallah langit serta bulan dan bintang sangat indah dan cantik tahap tatau nak cakap. 
Plan nak gerak balik Kelantan asalnya lepas Subuh. Gaya macam nak balik kampung halaman sendiri jek wakaka..
Pagi tadi tengah dok bersiap aku pergi tandas. Selepas balik dari tandas aku pun tatau apa masalah aku, taktau la angin tolak ka apa ka, tiba-tiba dengan tanpa sebarang amaran dan kesengajaan aku tersmack down diri sendiri. Jatuh terhempas kat tangga depan bilik. Adussss. Mungkin sebab licin. Qadarallah.Aku memang hebat. Sebab masuk yang ini, ni baru kali kedua aku jatuh depan bilik dalam masa tak sampai sebulan lagi setelah berpindah ke bilik baru. Erm sakit tu hanya Tuhan saja yang tahu. Sangat dan amat. Aku duduk diam sesaat dua. Kemudian baru minta tolong Amy, teman sebilik buatkan bandaging to my left arm. 
Macam mana nak drive ni tapi? Bahagian badan sebelah kiri injured. Bengkak, hematoma, bruises? InsyaAllah mereka semua pasti akan muncul. Mula-mula aku nak drive jugak tetapi kena marah dengan Yuwi, 'hey kan kalau lepas kena trauma kena apply RICE kan??' huuu baiklah..akur sudaaa..
What is RICE? R= rest. I=ice pack. C=compress (i.e; by bandaging). E=elevate. Ini ialah immediate action untuk merawat skeletal/sport/orthopaedic injury. Ini formula daripada Dr Hafiz.
Huuuu dan alhamdulillah mujur Wani si budak medic boleh memandu kereta manual jugak. Afisha setia menjadi co-pilot dan Yuwi jadi nurse peribadi seketika di belakang hehe..Konvoi dua ketul dengan kereta Kak Syidah. Dan bila aku jadi penumpang ni, tak sempat keluar Kuantan habis lagi aku dah masuk sleep pattern stage 1 heee..


Tadi lalu ikut jalan pantai. Ohh damainya jiwa tenangnya raga! Biru laut di Setiu menggamit rasa hati. Cantekk!! Nak snap sekeping dua gambar tapi aisehh Conan berada dalam beg kat bonet kereta plop.. Snap dalam memori jelah. Aku hanya jatuh chenta dengan laut Terengganu dan Sabah je. Setakat ini laa.


Kenapa aku cerita semua ni? Perlu ke..? Biar ahh. Sebab aku dah masuk fasa pertama proses release tension. Yeay! Seronok gile sebab dapat keluar daripada kampus. Bahagia. Walaupun tak balik rumah, lek luuu. Balik rumah orang seperti rumah Afisha pun boleh. Bila Sister Sanisah bertanya masa kelas semalam, 'haa sapa balik rumah minggu ni? kata kerja banyak kan u all'
dengan bangganya aku laju angkat tangan.
'ha hajar, kenapa nak balik?'
'Stress! saya nak keluar daripada UIA pergi mana2'. Jujur sungguh! Telus.


Ya Allah tabahkan hati kami menempuh setiap dugaan yang mendatang dalam Ramadhan ini.
Ameen


hajrun
RAntau Panjang
Bumi Bertuah
noktah

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni