Aug 12, 2010

Merapu-merapik di tengah malam Ramadhan

Salaam


Sebenarnya dalam kepala otak ada macam-macam idea nak menulis kat sini, pasal deja vu, pasal blood donation baru-baru ni pasal itu pasal ini blablabla...mental diarrhea non-verbal constipation? hehe... itu ayat standard aku la kan, ada macam-macam idea nak tulis tapi tak tulis-tulis pun lagi. Time constraint? Penipu. Itu alasan zaman tok kaduk. Aku yang kurang rajin sebenarnya. Takde feel doh! haha..

Kepala otak macam tak boleh nak fokus sebenarnya, kerja sekolah berlambak macam hapa. Nasib baik dah senaraikan  yang mana nak kena hantar dulu semua. Setakat senaraikan je buat apa jar, lainlah kalau dah siap buat dua tiga baru cool (^^) Kayuh jar kayuh. Laju laju! Takpalah kalau orang lain dah sampai Tambak Johor pun tapi hang baru nak pakai kasut dekat pokok nyok depan rumah yang penting semangat jar semangat! Yeahhh! Berusaha berjaya. Simple. 


"Wa allaisalil insani illa ma sa'a"
dan bahasawanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya
(An-Najm:39)


Ohoo dah selamat dah puasa sehari rupanya. Hari pertama Ramadhan telah berlalu. Ops ini Ramadhan terakhir di bumi Kuantan?? Yeay!! haha suka pulak? Konfius.


Sehari sebelum Ramadhan, kalau orang lain dok kalut pergi cari kurma serta sedikit bekalan makanan untuk sahur dan sebagainya aku pula sibuk pergi cari tempat untuk buat foot massage wakaka.. At least aku nak juga menyediakan diri agar lebih fit sikit untuk menghadapi Ramadhan ni ceywah! Hmm sebabnya macam dah tak tahan sangat sakit kaki terlampau akibat pergerakan super aktif sejak hari Khamis petang- Family Day Nurss yang ada explorace separa gila, Jumaat- seharian menjadi balaci murahan untuk program Blood Donation anjuran Public Relation Bureau Nurss sehingga tak pergi kelas Health Economic hehe betapa seronok tatau nak cakap bila Sister Judy kata komiti ada exception tak pergi kelas petang tu yeay!! akulah makhluk paling gumbira huahuahua, Sabtu pagi at last terjebak juga main futsal untuk pertandingan interbatch, Sabtu malam start buat operasi turuntangga-naiktangga-turuntangga-naiktangga dari tingkat 2 blok M5 kemudian turun tangga lagi dan naik tangga lagi sebelum sampai ke tingkat 2 blok M6 kerana urusan pemindahan bilik dan operasi berlanjutan sampailah hari Ahad dan juga Isnin. Pancit. Barang 3 tahun ++ kan..Bayangkanlah banyak mana. Bukulah yang paling banyak hehe..nak bawa balik rumah takut nanti ada pula yang nak guna jenuh la nak balik ke rumah di balik Banjaran Titiwangsa sana. Ingat dekat ka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Afisha, Yayan, Aida dan Aina kerana sudi menghulurkan tangan meringankan beban =) 


Apapun Salam Ramadhan. Happy Ramadhan to all. Moga ketemu sesuatu yang bermakna dalam madrasah Ramadhan kali ini. May Allah bless each and everyone of us!

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni