Apr 10, 2009

Kerja Tuhan Siapa Tahu

Salam'alayk

Allahuakbar...ujian apakah akhir-akhir ini??
kes kecurian hp anje dan kejadian di bilik Kak Ess masih panas lagi
tiba-tiba pula pagi tadi,
'Vee..Mas..'
terdengar suara esakan yg memanggil-manggil nama Vee dan Mastura
waktu itu aku di compartment Kak Rif, bermastautin di situ
eh mcam suara kaYan je tu
lantas aku pun jenguk
ya itu memang kaYan, wajah suram dgn tangisan itu menimbulkan 1001 persoalan
'kaYan kenapa? hang pasaipa ni?'
'aku kena ragut jaq..aku kena ragut!'
Allahuakbar..
Ya Allah tak sampai seminggu pun lagi tapi macam2 kes bermotifkan kecurian berlaku terhadap kenalan-kenalan di sekeliling..
Pagi tadi,kaYan keluar atas urusan tertentu dgn menaiki Honda Wave miliknya
dalam perjalanan pulang ke kampus kami di Bandar Indera Mahkota
waktu itu di Jalan Bukit Ubi
ada sebuah motosikal daripada arah belakang melanggar Wave milik kayan
lalu kayan memperlahankan motosikalnya kerana memikirkan accident telah berlaku dan memandangkan waktu itu juga lampu isyarat di hadapan masih merah
sejurus selepas itu terus beg sandangnya yg kebetulan terletak di posisi kanan badan diragut kasar!
kayan cuba melawan dan mengejar tetapi oleh kerana noradrenaline telah menguasai diri hingga menyebabkan kayan shaking tahap maut maka peragut itu terlepas..

Ya Allah dugaan apakah?
apakah ini kafarah?
Atau apakah ini secebis tarbiyah?
teringat lirik lagu Kehidupan nyanyian Inteam feat Nazrey,
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya...


Kepada mahkluk2 perosak alam
semoga kalian disembur pesticide yg paling advance
takpun diberi minum potassium cyanide!
Ya Allah 'adili mereka dgn selayaknya
Berilah petunjuk dan hidayah agar spesies mereka terus luput dari muka bumi!

Duhai sahabat-sahabatku, teman-teman yg dikasihi sekalian
Bertabahlah dan bersabarlah
dengan segala ujian dan dugaan
memang ianya pahit utk ditelan, sakit utk dikenangkan
tapi kita tiada daya utk menidakkan takdir dan percaturan Tuhan!
positifkan minda dan jiwa;
bahawa Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya
bahawa tarbiyah Allah itu boleh jadi apa sahaja,
boleh datang dalam pelbagai rupa..
Sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya
Barangsiapa bertakwa maka Allah akan membukakan jalan baginya
Bersangka baiklah dgn DIA Yang Maha Kuasa!

Kerja Tuhan siapa tahu
(Faisal Tehrani, Tunggu Teduh Dulu)

3 comments:

  1. jarq..berhati2 menunggang PDK..~

    ReplyDelete
  2. sian kayan
    anggap ini satu dugaan...

    ReplyDelete
  3. to effizwan: yup dugaan di saat nk habis exam dah..

    to afishi: ya insyaAllah akn ku berhati2 menunggang PDK, thanks

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni