Hari ini aku terima 3 berita yang tak berapa best.
Pertama,
seorang senior yang baru sahaja selamat mendirikan masjid pada hujung minggu lalu, Kak Fiey, terlibat dalam kemalangan semalam sewaktu dia dan suami dalam perjalanan pulang ke KL. Accident di highway Jabor. Impaknya, tangan kanannya patah dan tangan kiri mengalami kecederaan yang teruk..almost amputate! ..tapi alhamdulillah dengan izin Tuhan satu pembedahan telah dilakukan untuk menyambung saraf, tisu dan sebagainya. Pembedahan berjaya dan doktor kata nak tengok progress tissue perfussion n everything in two weeks. Kalau semuanya ok maka tak perlulah amputate.. Em suami kat Fiey, Mun'em alhamdulillah hanya cedera ringan.
Ayuh mari bersama kita doakan yang terbaik untuk mereka!
Kedua,
menerima panggilan daripada Cik Kem lewat petang tadi namun panggilan tidak dijawab kerna aku pengsan setelah pulang dari kerja. Menjelang maghrib aku hubungi Cik Kem semula. Katanya, neneknya yang relapse Non-Hodgkin Lymphoma (NHL) sudah tidak sedarkan diri dan doktor sudah arahkan untuk dibawa pulang ke rumah. ..dan pada malam ini Cik Kem akan segera pulang ke Perlis. Mohon doa katanya..
Ketiga,
sewaktu pengsan petang tadi selain mendapat panggilan daripada Cik Kem, aku juga mendapat miscall daripada Mr Jim. Dia beritahu yang pakcik Ari masuk hospital semalam sebab suspect denggi.
Lalu..aku terdiam sejenak..
Tuhan mahu tunjukkan apa kali ni? Pelajaran apa pula ini..........?
Maka jadilah hamba yang bersyukur! 'abdan shakura.
Life is short thus appreciate it.
Fabiaiyi alaa irabbikuma tukazziban?
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan...?
innalillah wainna ilaihi raji'uun
ReplyDeletep/s
gambar smart tu!
Ya, hidup kita ini hanyalah pinjaman daripadaNya semata-mata. Bila sampai masanya, pinjaman ini terpaksa kita kembalikan.
ReplyDelete