Mar 16, 2011

Kalau Tuhan tak izinkan...


'Akak buat slow-slow ye..sakit..'

'InshaAllah..tapi awak kena tolong akak juga. Awak kena tahanlah sikit. Sakit memang sakit'

Dia mengangguk tanda setuju.

Sesungguhnya strategi yang baik diperlukan sewaktu preparation process kerana apabila cucian luka dimulakan aku tidak boleh lagi sentuh sembarangan, semuanya akan jadi sterile.  Lalu segala ilmu tentang dressing yang aku pelajari dan praktikkan sejak tahun dua aku padukan bersama. Sudahlah melakukan seorang diri tanpa assistant..  

Tambahan pula untuk dia yang bernama Muzliya Syaqina, ohh sungguh aku perlu mengatur strategi dengan bijak. Tempat yang perlu dicuci lukanya bukan satu tetapi tiga! Di tangan kanan ada 4 K-wire insertion, di tangan kiri ada pin insertion (yg macam area tv tuh) dan juga open wound di bahagian bawah lengan dan seterusnya di atas buku lali kaki kiri ada luka sepanjang sejengkal yang telah dijahit. Ohh critical thinking..

Aku mulakan cucian luka di tempat yang lebih kritikal terlebih dahulu iaitu di bahagian tangan kiri. Dia mula terjerit-jerit kesakitan bila tidak tahan. Aku cuba mengalih perhatiannya dengan mengajaknya berbual. 

'Jatuh dari tingkat 10 kan?'
"Ha'ah"
'Apa perasaan awak masa jatuh tu?'
"Emm..entahlah kak. Qina rasa macam terbang pun ada. Qina hanya mengucap banyak-banyak je. Qina ingat mama, ayah, keluarga, kawan-kawan"

'arghhh sakitt! huuuhuu..' Dia kembali menjerit. 

'emm awak rasalah kan, Allah nak tunjuk apa sebenarnya?'

Dia menjungkit bahu..
  
'Allah sayang awak kan?'

Dia senyum dan mengangguk.

'Kalau ikut logik akal dan kebiasaan yang kita dengar, kalau jatuh tempat tinggi ni tulang belakang, kepala mesti terlibat sama. Tapi untuk awak, Allah sayang awak kan?'

Sengaja aku ajukan soalan itu untuk dia berfikir.

'Ha'ah'. Dia senyum lagi.

'Awak kena bersyukur sangat-sangat sebab Allah sayang awak, panjangkan umur awak'

Dia senyum dan mengangguk lagi.

'Em tengok mama awak tu, bersungguh dia jaga awak. Lepas ni kena belajar rajin-rajin untuk balas jasa dia'

Dia terus tersenyum memandang diriku bersama anggukan mengiyakan.

..dan kami terus berbicara itu dan ini hingga tanpa sedar aku sudah sampai ke langkah terakhir untuk membalut luka di tangan kiri.

'kalau akak bandage ketat sangat bagitahu ye'

"ok kak"

'Ok dah siap. Em haa lepas ni kena jadi anak yang baik, hamba Allah yang baik. Jaga solat semua sebab itu sebagai tanda syukur awak kepada Allah kan?'

dia mengangguk dan bersuara,
'Terima kasih kak! akak buat tak sakit dan sangat selesa! Terima kasih ye"

..dan setelah itu aku menolak troli dressing meninggalkan dia sambil melirik senyum tanda puas kerana dia selesa.

Seketika teringat pesanan Dr Rafizi, pakar jantung, sewaktu praktikal di wad CCU (cardiac care unit) minggu lepas;

'Hidup ni jangan kira nak menyusahkan orang je. Kena selalu berusaha untuk memudahkan orang'

..hmmm..berbalik kepada apa yang terjadi ke atas Muzliya Syaqina.. 

Allahuakbar..
Sungguh, kerja Tuhan siapa tahu! Jika Allah tak izinkan sesuatu maka ianya tidak akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Paling Berkuasa dan Berkehendak. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan dan melawan ketentuan? 

..ternyata pelajaran ini amat bermakna bagiku~ Kun fayakun!

hajrun
Female Orthopaedic Ward, 4H
HUKM

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni