Mar 24, 2011

Labyrinth

Baru sahaja seketika tadi aku bawa dia ke tandas dengan kerusi roda. Sekitar kurang 10 minit pukul 8 pagi begitu. Dia sudah memakai pampers sebenarnya tetapi tetap berkeras mahu ke tandas juga. Ahh tak ingat namanya.. tetapi yang aku ingat dia katil 14, bukan dari cubicle di bawah jagaanku hari ini.


' Misi! saya mahu kincing aa. Mahu pegi itu tandas sikalang juga' dia memanggil aku yang kebetulan lalu di situ dan dengan pantas dia mengengsot mahu turun dari katil.


'Sekejap auntie sekejap. Eh ni bukan pakai pampers ke? kenapa takmau kencing sini saja?' ah kalut seketika sebab di tangannya ada wayar IV line. Tak pasal-pasal boleh tercabut kang.. Perlu disconnect dahulu jika mahu pergi ke mana-mana. Tetapi tengok keadaan juga, bukan sebarang IV line boleh di disconnect begitu sahaja.


Erm dia menggeleng laju.


'Takmau. Saya nak pegi tandas juga. Mau kincing sana juga'


Segera aku mendapatkan staff nurse memohon pertimbangan kerna bukan sesuka hati boleh bawa patient ke tandas kerana banyak sebab. Takut patient jatuh. Bila patient jatuh hahh bala la jawabnya. Kena tengok juga condition patient macam mana stabil atau tidak untuk bergerak. Kena tengok diagnosis patient. Banyak perkara perlu ditimbang-tara dengan bijak. 


Akhirnya,
'bawak jelah dik dah dia nak sangat pergi tandas'


'Auntie tunggu sekejap saya nak ambil kerusi roda'


Setelah selesai melepaskan apa yang tertahan dia kubawa ke katil semula. Setelah dia baring dengan selesa dan pastikan segalanya ok lalu aku tinggalkan dia kerana aku perlu kembali ke cubicle aku semula. 


Masing-masing sibuk bergerak ke sana ke mari melaksanakan tugas yang tersedia. Suasana wad agak tenang.  Aku sedang buat procedure suction atau menyedut kahak pesakit di katil 7 di cubicle jagaanku hari ini bila mana tiba-tiba sahaja suasana menjadi sedikit kecoh.


Kelihatan staff nurses dan beberapa orang doktor berlari-lari ke cubicle belakang. Terdengar suara doktor mengatakan 'Code blue!'. Itu bermakna emergency. Lalu aku jenguk seketika di sebalik tirai yang menghadang, ternyata mereka mengerumuni pesakit di katil 14. Auntie tu!! Itu yang terlintas di benak.


Setelah kerjaku selesai lalu aku menghala ke cubicle belakang. Mahu lihat apa yang terjadi. Kelihatan Dr. Kok sedang melakukan CPR terhadap auntie bergilir-gilir dengan staf yang lain. Allah.... walaupun hampir sejam telah berlalu setelah segala bagai usaha menyelamat diakukan aku cuba untuk menyibukkan diri juga untuk ambil port walaupun aku sudah dengar doktor beritahu mahu pronounce. Bila mana doktor cakap nak pronounce meaning that itu adalah pemberitahuan tentang kematian. 
..dan bila saatnya doktor arahkan aku supaya berhenti dari bagging dan segala mesin untuk monitor dihentikan maka mengertilah kami. Innalillahi wa innahilaihiraji'uun...


Doktor keluar dari tirai untuk menyampaikan berita kepada ahli keluarga. Cucu auntie yang layak dipanggil nenek itu terduduk di sudut dinding depan sana sambil mata digenangi air mata. Kemudian seorang demi seorang ahli keluarga mereka tiba dan suasana menjadi hening seketika..


Allahuakbar..


Nak katanya..maut itu tidak mengenal masa. Tidak mengenal usia. Tidak pernah terlewat mahupun tercepat walau sesaat.
Nak katanya...malaikat maut itu berada di mana-mana, sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita. Cuma terhijab oleh pandangan mata sahaja. Andaikata hijab terbuka nescaya bercemperalah kita, berlari bagai tidak cukup tanah gayanya. Pasti tidak mahu lagi kemana-mana tetapi mahu di atas sejadah semata-mata.


Lupakah kita? Mati itu pasti. Kullu nafsun zaaiqatul mauut..


Ya Allah, panjangkan umur kami dalam mentaatiMU dan RasulMU 
ameeen...


....dan Sebelum Mata Terlena dendangan Hijjaz pun terus berkumandang berulang-berulang meresapi gegendang telinga hingga ke labyrinth..


-hajrun, Medical ward, 6H. HUKM-

No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni