Mar 30, 2011

Menuju Sebuah Pengakhiran...


"Anak-anakku, ilmu bagai nur, sinar. Dan sinar tidak dapat datang dan ada di tempat yang gelap. Kerana itu, bersihkan hati dan kepalamu supaya sinar itu dapat datang, menyentuh dan menerangi kalbu kalian semua"

"Kerahkan semua kemampuan kalian belajar! Berikan yang terbaik. Selepas segala usaha disempurnakan, barulah berdoa dan bertwakal. Tugas kita hanya sampai usaha dan doa, serahkan kepada Tuhan selebihnya, ikhlaskan keputusan kepadaNYA, sehingga kita tidak akan pernah stres dalam hidup ini"

"...Stres hanya bagi orang yang belum berusaha dan tawakal. Ma'annajah, good luck!"

"Ingat selalu, selama kalian ikhlas, maka selamanya Allah akan menjadi penolong kita. Innallah Ma'ana"

" Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasil. Ini sunnatullah, hukum Tuhan"

"... selamat berjuang. Hidup sekali, hiduplah yang bererti.."

-Kiai Rais

"Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari ini, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang, tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup"

"....ada dua hal yang paling penting dalam mempersiapkan diri untuk sukses iaitu going the extra miles"

"...pilihlah suasana hati kalian, dalam situasi paling kacau sekalipun. Kerana kalianlah tuan dan penguasa hati kalian. Dan hati yang selalu dapat dikuasai pemiliknya, adalah hati orang sukses"

-Ustaz Salman

"Tuhan itu dapat mendatangkan rezeki kepada manusia dari jalan yang tidak pernah kita sangka-sangka"

"...Allah itu dekat dan Maha Mendengar. Dia bahkan lebih dekat daripada urat leher kami. Dia pasti tahu apa yang kami fikirkan dan mimpikan. Semoga Tuhan berkenan mengabulkan mimpi-mimpi kami.."

"...jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar"

Man jadda wa jada. Siapa bersungguh-sungguh akan berjaya~

~Negeri 5 Menara, A. Fuadi


"...orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu!"

"Tanpa mimpi orang seperti kita akan mati.."

-Arai

"...berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia!" 
-Pak Mustar

" What we do in life...echoes in eternity!"
-Drs Julian Ichsan Balia

~Sang Pemimpi, Andrea Hirata


...antara sumber motivasi favourite setelah Kalamullah..



Tuhan, berikan kekuatan dan semangat untuk ku terus berlari dan tetap tegar berjuang kerana diri ini senantiasa terasa lelah di pertengahan perjalanan.. 
hamba mohon...~

Mar 24, 2011

Labyrinth

Baru sahaja seketika tadi aku bawa dia ke tandas dengan kerusi roda. Sekitar kurang 10 minit pukul 8 pagi begitu. Dia sudah memakai pampers sebenarnya tetapi tetap berkeras mahu ke tandas juga. Ahh tak ingat namanya.. tetapi yang aku ingat dia katil 14, bukan dari cubicle di bawah jagaanku hari ini.


' Misi! saya mahu kincing aa. Mahu pegi itu tandas sikalang juga' dia memanggil aku yang kebetulan lalu di situ dan dengan pantas dia mengengsot mahu turun dari katil.


'Sekejap auntie sekejap. Eh ni bukan pakai pampers ke? kenapa takmau kencing sini saja?' ah kalut seketika sebab di tangannya ada wayar IV line. Tak pasal-pasal boleh tercabut kang.. Perlu disconnect dahulu jika mahu pergi ke mana-mana. Tetapi tengok keadaan juga, bukan sebarang IV line boleh di disconnect begitu sahaja.


Erm dia menggeleng laju.


'Takmau. Saya nak pegi tandas juga. Mau kincing sana juga'


Segera aku mendapatkan staff nurse memohon pertimbangan kerna bukan sesuka hati boleh bawa patient ke tandas kerana banyak sebab. Takut patient jatuh. Bila patient jatuh hahh bala la jawabnya. Kena tengok juga condition patient macam mana stabil atau tidak untuk bergerak. Kena tengok diagnosis patient. Banyak perkara perlu ditimbang-tara dengan bijak. 


Akhirnya,
'bawak jelah dik dah dia nak sangat pergi tandas'


'Auntie tunggu sekejap saya nak ambil kerusi roda'


Setelah selesai melepaskan apa yang tertahan dia kubawa ke katil semula. Setelah dia baring dengan selesa dan pastikan segalanya ok lalu aku tinggalkan dia kerana aku perlu kembali ke cubicle aku semula. 


Masing-masing sibuk bergerak ke sana ke mari melaksanakan tugas yang tersedia. Suasana wad agak tenang.  Aku sedang buat procedure suction atau menyedut kahak pesakit di katil 7 di cubicle jagaanku hari ini bila mana tiba-tiba sahaja suasana menjadi sedikit kecoh.


Kelihatan staff nurses dan beberapa orang doktor berlari-lari ke cubicle belakang. Terdengar suara doktor mengatakan 'Code blue!'. Itu bermakna emergency. Lalu aku jenguk seketika di sebalik tirai yang menghadang, ternyata mereka mengerumuni pesakit di katil 14. Auntie tu!! Itu yang terlintas di benak.


Setelah kerjaku selesai lalu aku menghala ke cubicle belakang. Mahu lihat apa yang terjadi. Kelihatan Dr. Kok sedang melakukan CPR terhadap auntie bergilir-gilir dengan staf yang lain. Allah.... walaupun hampir sejam telah berlalu setelah segala bagai usaha menyelamat diakukan aku cuba untuk menyibukkan diri juga untuk ambil port walaupun aku sudah dengar doktor beritahu mahu pronounce. Bila mana doktor cakap nak pronounce meaning that itu adalah pemberitahuan tentang kematian. 
..dan bila saatnya doktor arahkan aku supaya berhenti dari bagging dan segala mesin untuk monitor dihentikan maka mengertilah kami. Innalillahi wa innahilaihiraji'uun...


Doktor keluar dari tirai untuk menyampaikan berita kepada ahli keluarga. Cucu auntie yang layak dipanggil nenek itu terduduk di sudut dinding depan sana sambil mata digenangi air mata. Kemudian seorang demi seorang ahli keluarga mereka tiba dan suasana menjadi hening seketika..


Allahuakbar..


Nak katanya..maut itu tidak mengenal masa. Tidak mengenal usia. Tidak pernah terlewat mahupun tercepat walau sesaat.
Nak katanya...malaikat maut itu berada di mana-mana, sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita. Cuma terhijab oleh pandangan mata sahaja. Andaikata hijab terbuka nescaya bercemperalah kita, berlari bagai tidak cukup tanah gayanya. Pasti tidak mahu lagi kemana-mana tetapi mahu di atas sejadah semata-mata.


Lupakah kita? Mati itu pasti. Kullu nafsun zaaiqatul mauut..


Ya Allah, panjangkan umur kami dalam mentaatiMU dan RasulMU 
ameeen...


....dan Sebelum Mata Terlena dendangan Hijjaz pun terus berkumandang berulang-berulang meresapi gegendang telinga hingga ke labyrinth..


-hajrun, Medical ward, 6H. HUKM-

Mar 23, 2011

Lalu apa...?

Hari ini aku terima 3 berita yang tak berapa best.


Pertama,
seorang senior yang baru sahaja selamat mendirikan masjid pada hujung minggu lalu, Kak Fiey, terlibat dalam kemalangan semalam sewaktu dia dan suami dalam perjalanan pulang ke KL. Accident  di highway Jabor. Impaknya, tangan kanannya patah dan tangan kiri mengalami kecederaan yang teruk..almost amputate! ..tapi alhamdulillah dengan izin Tuhan satu pembedahan telah dilakukan untuk menyambung saraf, tisu dan sebagainya. Pembedahan berjaya dan doktor kata nak tengok progress tissue perfussion n everything in two weeks. Kalau semuanya ok maka tak perlulah amputate.. Em suami kat Fiey, Mun'em alhamdulillah hanya cedera ringan.
Ayuh mari bersama kita doakan yang terbaik untuk mereka!


Kedua,
menerima panggilan daripada Cik Kem lewat petang tadi namun panggilan tidak dijawab kerna aku pengsan setelah pulang dari kerja. Menjelang maghrib aku hubungi Cik Kem semula. Katanya, neneknya yang relapse Non-Hodgkin Lymphoma (NHL) sudah tidak sedarkan diri dan doktor sudah arahkan untuk dibawa pulang ke rumah. ..dan pada malam ini Cik Kem akan segera pulang ke Perlis. Mohon doa katanya..


Ketiga,
sewaktu pengsan petang tadi selain mendapat panggilan daripada Cik Kem, aku juga mendapat miscall daripada Mr Jim. Dia beritahu yang pakcik Ari masuk hospital semalam sebab suspect denggi.


Lalu..aku terdiam sejenak..


Tuhan mahu tunjukkan apa kali ni? Pelajaran apa pula ini..........?


Maka jadilah hamba yang bersyukur! 'abdan shakura. 
Life is short thus appreciate it.


Fabiaiyi alaa irabbikuma tukazziban? 
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan...?



Mar 16, 2011

Kalau Tuhan tak izinkan...


'Akak buat slow-slow ye..sakit..'

'InshaAllah..tapi awak kena tolong akak juga. Awak kena tahanlah sikit. Sakit memang sakit'

Dia mengangguk tanda setuju.

Sesungguhnya strategi yang baik diperlukan sewaktu preparation process kerana apabila cucian luka dimulakan aku tidak boleh lagi sentuh sembarangan, semuanya akan jadi sterile.  Lalu segala ilmu tentang dressing yang aku pelajari dan praktikkan sejak tahun dua aku padukan bersama. Sudahlah melakukan seorang diri tanpa assistant..  

Tambahan pula untuk dia yang bernama Muzliya Syaqina, ohh sungguh aku perlu mengatur strategi dengan bijak. Tempat yang perlu dicuci lukanya bukan satu tetapi tiga! Di tangan kanan ada 4 K-wire insertion, di tangan kiri ada pin insertion (yg macam area tv tuh) dan juga open wound di bahagian bawah lengan dan seterusnya di atas buku lali kaki kiri ada luka sepanjang sejengkal yang telah dijahit. Ohh critical thinking..

Aku mulakan cucian luka di tempat yang lebih kritikal terlebih dahulu iaitu di bahagian tangan kiri. Dia mula terjerit-jerit kesakitan bila tidak tahan. Aku cuba mengalih perhatiannya dengan mengajaknya berbual. 

'Jatuh dari tingkat 10 kan?'
"Ha'ah"
'Apa perasaan awak masa jatuh tu?'
"Emm..entahlah kak. Qina rasa macam terbang pun ada. Qina hanya mengucap banyak-banyak je. Qina ingat mama, ayah, keluarga, kawan-kawan"

'arghhh sakitt! huuuhuu..' Dia kembali menjerit. 

'emm awak rasalah kan, Allah nak tunjuk apa sebenarnya?'

Dia menjungkit bahu..
  
'Allah sayang awak kan?'

Dia senyum dan mengangguk.

'Kalau ikut logik akal dan kebiasaan yang kita dengar, kalau jatuh tempat tinggi ni tulang belakang, kepala mesti terlibat sama. Tapi untuk awak, Allah sayang awak kan?'

Sengaja aku ajukan soalan itu untuk dia berfikir.

'Ha'ah'. Dia senyum lagi.

'Awak kena bersyukur sangat-sangat sebab Allah sayang awak, panjangkan umur awak'

Dia senyum dan mengangguk lagi.

'Em tengok mama awak tu, bersungguh dia jaga awak. Lepas ni kena belajar rajin-rajin untuk balas jasa dia'

Dia terus tersenyum memandang diriku bersama anggukan mengiyakan.

..dan kami terus berbicara itu dan ini hingga tanpa sedar aku sudah sampai ke langkah terakhir untuk membalut luka di tangan kiri.

'kalau akak bandage ketat sangat bagitahu ye'

"ok kak"

'Ok dah siap. Em haa lepas ni kena jadi anak yang baik, hamba Allah yang baik. Jaga solat semua sebab itu sebagai tanda syukur awak kepada Allah kan?'

dia mengangguk dan bersuara,
'Terima kasih kak! akak buat tak sakit dan sangat selesa! Terima kasih ye"

..dan setelah itu aku menolak troli dressing meninggalkan dia sambil melirik senyum tanda puas kerana dia selesa.

Seketika teringat pesanan Dr Rafizi, pakar jantung, sewaktu praktikal di wad CCU (cardiac care unit) minggu lepas;

'Hidup ni jangan kira nak menyusahkan orang je. Kena selalu berusaha untuk memudahkan orang'

..hmmm..berbalik kepada apa yang terjadi ke atas Muzliya Syaqina.. 

Allahuakbar..
Sungguh, kerja Tuhan siapa tahu! Jika Allah tak izinkan sesuatu maka ianya tidak akan berlaku. Sesungguhnya Dialah yang Paling Berkuasa dan Berkehendak. Siapa kita untuk menidakkan takdir Tuhan dan melawan ketentuan? 

..ternyata pelajaran ini amat bermakna bagiku~ Kun fayakun!

hajrun
Female Orthopaedic Ward, 4H
HUKM

Mar 15, 2011

...

Tawau, 2009

Tuhan,
aku bukan Salsabila Fahim
yang tegar mengharungi segala ancaman kehidupan
juga bukan seorang Teh Sofia
yang teguh dan tetap pendirian..

..Tunggu teduh dulu, kerja Tuhan siapa tahu!

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni