Aug 11, 2009

When A Nurse Becomes A Patient..

Salam'alayk

Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua diriku berada di Kem Tahanan Abu Gharib..
hehe takdelah..

Sebenarnya diriku merupakan insan terpilih utk mnjadi tahanan di tempat kuarantin yg disediakan oleh pihak universiti.

Setelah mengalami simptom batuk secara tiba-tiba sejak Jumaat lalu + mula rasa sakit-sakit badan + rasa tak selesa + suhu 37.9 akhirnya aku didiagnos URTI, Upper Respiratory Tract Infection, oleh Health Centre UIA dan terus diarahkan ke pusat tahanan insan-insan terpilih yg bertempat di bahagian atas musolla sister.

Tempoh kuarantin smpai Khamis ni + dapat MC smpai Jumaat yeay!
banyak la aku punya suka..tuuu nanti jenuh nk cover study balik huhu baekk

Em sebenarnya Jumaat itu juga ak telah segera ke klinik berdekatan rumah sebab mlm tu muntah huuu tetapi setelah diperiksa doktor mengatakan suhu badan ku normal, tidak demam. ya, aku pun dah check sendiri kt rumah sebenarnya. em oklah mcm tu.dapat ubat batuk + ubat demam jgk.
Sabtu mlm Ahad selamat tiba di bumi Kuantan.
dan
Ahad malam, selepas waktu maghrib..aku mula rasa tak sedap badan yg amat + batuk semakin bertambah + badan terasa panas. Check suhu 37.6 darjah Celcius. ohooo mild fever..
still nk pegi clas ke esok ni?
Jangan cari pasal.

maka pagi itu memang tak daya dah rasa nak bangun ke kelas..dan selepas jmpa doktor maka teruslah tercampak ke kem tahanan ini...

em kem tahanan ni special, boleh bwk segala apa brg yg kta nk bwk. so aku bwk la laptop, at least xdelah boring sgt..heee
makanan,keperluan lain semua disediakan =)

mak dah tanya masa kt rumah am i fit enough nak balik Kuantan?
acik dah pesan kalau rasa tak sihat takyah la balik lagi
cik Pia pun mcm taknak kasi balik mula2
hehe
tapi saya ni degil =p
tabah la konon heeee
takpelah dah Allah nak uji..
Jutaan terima kasih atas keprihatinan kalian!

Terima kasih kpd Kak Rif yg sedia membantu mengambil alih tugasanku menguruskan tempahan buku2 junior dan sahabat2

Terima kasih kpd Cik Kem atas mesej keprihatinan anda

Terima kasih kpd Aidayatey yg merupakan insan pertama menghntar makanan kpd diriku walaupun sekadar sebotol yogurt yg dikirimkan melalui seorang teman tahanan

Terima kasih kpd Kak Siti kerana sanggup membeli dan menghantar tomyam berserta buah-buahan utk diriku
[Kak Siti pun baru je keluar drpd kem tahanan minggu lepas hehe + tomyam best!]

Terima kasih buat Anje yg menyatakan hasrat utk dtg ziarah + nasihat2 berguna + bertindak sbg my e-solat.com hehe

Terima kasih buat Afisya yg menghubungi diriku utk bertanya khabar drpd UKM nun kerana dia dan beberapa org shbt terpilih menghadiri conference di sana

Terima kasih buat Kak Syikin Razak yg menawarkan diri utk mengupdate nota-nota terkini utk kelas yg telah bermula sejak semalam dan utk pengetahuan dirimu aku telah menerima lecture notes utk kelas semalam melalui email, jzkk

Terima kasih buat sahabat-sahabat yg menghntar mesej bertanya khabar, berpesanan itu dan ini

Terima kasih sahabat-sahabat sekalian yg namanya mungkin aku tidak sempat coretkan di sini tetapi itu bukanlah beerti aku tidak menghargai budi baik kalian

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan-insan seperti mereka semua

terasa manisnya ukhwah Islami... =)



inilah hikmahnya sesekali menjadi pesakit ;P

1 comment:

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni