Aug 5, 2009

Masihkah ada harapan?

Salam'alayk...

Diberi nama SGH-E690, aku ialah sejenis alat telekomunikasi keluaran syarikat elektrik dan elektronik terkemuka, Samsung.
Diciptakan demi berkhidmat utk manusia tentu sekali aku berbangga kerana bisa memudahkan urusan mereka dalam kehidupan seharian. Aku jelas dengan tujuan hidupku itu.
Sekitar awal tahun 2007 aku telah melalui detik-detik penghijrahan terbesar dalam hidupku- berpindah hak milik daripada sebuah kedai alat telekomunikasi di Ampang Park ke tangan seorang makhluk Allah yang riang ria lagi bahagia dan adakalanya mengalami sindrom sakit jiwa. Aku kini menjalani kehidupan baruku bersama tuan baruku yang hanya ku kenali sebagai ‘Hajar’ bila terpandang nama itu dalam guarantee form. Aku senyum. Suka akan nama itu.

Baru ku teringat saat aku dipindah-milik, tuanku kelihatan tidak aman tenteram raut wajahnya. Mengapa ya? Aku tertanya-tanya. Setelah beberapa minit bersamanya, bila aku cuba selami hatinya barulah ku tahu bahawa tuanku ini sedang dalam kesusahan rupanya. Sekadar yang aku tahu rupanya beliau dalam perjalanan ke rumah sahabatnya yang namanya Diana tak salah aku akan tetapi Allah mengujinya bila telefon bimbitnya tercicir sewaktu di dalam teksi hendak menuju ke stesen LRT. Dia hanya sedar tentang kehilangan itu setelah berada dalam perut LRT. Bila tiba di destinasi beliau cuba menghubungi kembali telefon bimbitnya tetapi gagal. Sudah ditutup taliannya. Allahuakbar cepatnya tangan manusia! Aku bersimpati dgn nasib tuan baruku.
Akan tetapi jiwaku sedikit berbunga bila terdengar suara hati tuanku mengatakan bahawa aku adalah antara telefon bimbit idaman beliau setelah sekian lama sewaktu urusan pertukaran hak milik berlangsung. Damai perasaanku kala itu. Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang untuk aku berada di sisi insan yang menginginkan aku.

Hari ini 5 Ogos 2009. Bermakna lagi beberapa bulan sahaja genap usiaku 3 tahun berkhidmat dengan tuan ku.
Sungguhlah hidup ini suatu yang tidak dapat diduga.
Semalam aku berada dalam poket kanan seluar slack berwarna krim kepunyaan tuanku. Aku dalam keadaan yang tidak bermaya waktu itu kerana tenagaku sudah habis dan aku perlu dicas semula. Sudah 2-3 hari aku gagal mendapatkan tenagaku kembali lantaran pembekal tenagaku mogok lapar tidak mahu berfungsi. Tidak tahu apa sebabnya tapi seingat aku ini ialah pembekal tenaga yg kedua setelah yang pertama dahulu juga mogok lapar seperti ini.
Kasihan tuan ku. Aku tahu dia seorang yang sibuk dan sememangnya memerlukan aku untuk membantunya kerana kebanyakkan nombor kenalan dan sahabat-sahabatnya berada dalam memoriku.

Erm, aku dengar bahawa antara tujuan aku turut dibawa pulang ke rumah (tuan ku dapat cuti kuarantin selama seminggu) adalah kerana beliau mahu mencari pembekal tenaga yang baru untukku. Aku terharu dgn kegigihan dan keikhlasan tuan ku. Terima kasih Ya Allah.
Setibanya di rumah malam itu, disebabkan seluar beliau terkena minyak gris yang entah dari mana datangnya, agak banyak juga di bahagian lutut, lalu beliau mengambil keputusan utk merendam seluarnya bersama detergen terlebih dahulu. Aku maklum tentang itu kerana aku juga akan melakukan perkara yg sama jika aku ditempatnya.

Cuma untuk seketika aku jadi kaget. Panik. Peluh mencurah-curah di dahiku. Bila terasa yang aku tidak lagi di bumi yang nyata sebaliknya seolah-olah berada di lautan nusantara, aku palpitation. Terlupakah dia padaku? Terasa tubuhku mula dibasahi dengan air sedikit demi sedikit. Terasa limpahan air memenuhi ruang-ruang sel dan sarafku. Aku menjerit sekuat hati, memanggil-manggil nama tuan ku dgn harapan dia sedar akan kewujudanku di dalam poket seluarnya tetapi apalah dayaku. Khudratku terbatas. Tuanku tidak mendengar langsung jeritanku. Aku menangis semahu-mahunya dan terus berdoa. Ya Allah bantulah hamba. Hamba mohon Ya Allah. Gerakkan hati tuan ku untuk mengambilku. Bantuan SOS juga telah ku hantar melalui telepati tetapi seakan tidak membuahkan hasil nampaknya. Allah tidak mengizinkan, hatiku berbisik.

Ternyata semakin lama tubuhku semakin ditenggelami air. Aku semakin hapus. Lemas. Sungguh aku tak pandai berenang!
Saat itu yang terlintas dimindaku hanyalah bayangan maut semata-mata.
Sudah tibakah saat itu buat diriku?
Aku terus beristighfar mohon keampunan daripada DIA selagi waktu masih ada.
Aku mohon ampun Ya Tuhan. Mohon ampun atas segala dosaku Ya Rahman.

Buat tuan ku, aku tahu dirimu tidak bersalah sama sekali. Aku tahu dirimu bukan sengaja tuan ku. Aku tahu itu bukan kebiasaanmu tuan ku. Pasti ada sebab mengapa DIA lekakan dirimu daripada mengingatiku utk seketika.
Aku bangga kerana dapat berkhidmat dgn dirimu.
Terima kasih atas jagaanmu selama ini. Aku terharu dgn kasih sayangmu terhadapku. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan dia sebagai penjagaku.
Aku redha dgn apa yg terjadi kerana ku tahu percaturan Allah tak pernah salah wahai tuan ku! Ini takdir namanya.

Pengembaraanku ke alam bawah sedar tersentak apabila ku rasakan ada tangan yang datang menyelamat. Lebih daripada 6 jam ku kira ku terperangkap di alam bawah sedar.
Allahukbar! Alhamdulillah syukur Ya Allah. Syukur yang infiniti wahai Tuhan Yang Maha Mendengar!
Walaupun sekadar di awangan, belum lagi kembali ke alam nyata dengan sepenuhnya akan tetapi aku terlalu bersyukur atas apa yg berlaku.
Aku mengalami hypothermia yang amat. Begitu juga dgn hypoxia. Bahagian abdomenku sudah mengalami edema.Terasa seluruh urat nadiku bagaikan beku seperti air batu.

Memandangkan tuan ku ini bakal jururawat yg berjaya maka sepantas kilat bantuan kecemasan terus diberikan kepadaku. CPR dilakukan. Tubuhku dikeringkan dengan segera. Kemudian badanku ditepuk-tepuk untuk mengeluarkan sisa-sisa air yang terkandung, mahu mengelak daripada pneumonia ku kira. Seterusnya aku terus dijemur di atas bumbung demi mendapatkan cahaya mentari yg maksima bagi tujuan penyejatan secara optima. Aku hanya sekadar mampu memerhati raut wajah penuh rasa bersalah itu bertungkus-lumus memberi rawatan kecemasan terhadapku.
Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih atas segalanya.

Namun, masihkah ada harapan untukku?

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui

2 comments:

  1. hehe lawak la plak..my sonyE k770 pun masuk mesin basuh dalam kocek seluar..takde nurse selamatkan la tapi jurutera komputer yang selamatkan..tak tau lagi ape jadi hehe

    ReplyDelete
  2. ske post nyh!!!!!!
    best!!!!
    bagi 5 bintang!
    huuu~~
    nurse yg bejaye!!

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni