Aug 21, 2009

Jumaat Oh Jumaat

Salaam'alayk

Hari terakhir dalam bulan Sya'aban sebelum memasuki Madrasah Ramadhan aku, Afisya dan Yuwi ambil kesempatan utk jalan-jalan di Kuantan Parade aka kedai runcit bgi kami warga Jalan Hospital Campus, yg letaknya memang setentang dgn bangunan kuliah.

Waah boleh tahan jugak ramai manusia! Sementara sabar menanti Afisya dan Yuwi membeli makanan, aku duduk di meja.booking tempat la konon hehe..

Ku lihat kiri. Seorang encik bersama isteri dan anak-anaknya sedang menjamu selera.
Ku lihat kanan. Seorang pakcik dlm lingkungan 40-an bersama keluarganya juga sedang bersemangat menikmati rezeki di hadapan mata.
Ku lihat orang-orang di sana sini, yg sekadar berpasangan duduk semeja, yg sekadar berpapasan berjalan ke sana ke mari
Ramainya lelaki waktu ini!

Aku lihat jam di tangan. Hmm pukul 1.20pm.

Tiba-tiba aku berang

Weii pegi solat Jumaat laaaa wahai lelaki-lelaki!!!

Hairan.

Waktu inilah pakcik-pakcik nak bawa kaum keluarga, sanak saudara menjamu selera

Waktu inilah encik-encik nak bawa anak isteri datang makan besar-besaran

Waktu inilah anak-anak muda ingin berpeleseran

Waktu ini jugalah mat-mat romeo nak bawa awek pergi makan

Ishh tau tak sekarang ni waktu apa? Hari apa?

Masa utk menunaikan solat Jumaat bagi korang-korang yang bergenetik XY!

Sewaktu hendak membayar,

"haa bang duit dah dapat dah. Jom gi solat pulak"

"Err nak gi la ni pahni"

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui [62:9]

Realiti kini, lunch break di Hari Jumaat seolah-olah menjadi waktu utk bershopping bagi seluruh lapisan umat manusia. Antara sebabnya waktu rehat hari Jumaat lebih panjang daripada hari biasa.

Yang tak tahannya kaum adam pun sama naik ni apa kes??

Sedarlah kalian bahawa ada 1 kewajipan yg menuntut kalian laksanakan pada ketika dan waktu itu

atau apakah kalian terlupa?

tapi bajet ah...obvious kott!

haiilaa nak buat cemana ni?

Pandangan aku kerajaan memang kena buat penguatkuasaan undang-undang yang betul betul betul betul tegas lagi efektif!
seperti mana-mana lelaki yg tak pegi solat Jumaat kena tahan reman serta merta, takpun kena potong gaji 30% ataupun nak lebih sarkastik bulan tu tak dapat gaji terus! takpun kena tulis slogan besar-besar "AKU TAK SOLAT JUMAAT, JANGAN TIRU AKU" pastu gantung kat badan then berdiri kat tengah2 lobi shopping complex! takpun berarak kt sepanjang jalan ke atau apa-apa lah. contoh je...

Biar dia malu. Sebab fitrah manusia bila dia malu dia tak buat dah pastu kecuali orang yang hatinya dah tertutup. Kalau yang tu, berdoalah agar Allah beri petunjuk dan hidayah. Dan kalau malu yang sekejap itu mampu memberi impak yg besar kpd diri individu itu serta kesannya lebih bermakna dan mendalam, jadi ku kira tiada salahnya.

Hmm bukannya apa.. kalau dah seruan makruf tak berjaya jugak like poster or billboard menyuruh orang pegi solat or balasan meninggalkan solat Jumaat dgn sengaja, forum perdana etc jadi memang kena guna method nahi mungkar lah kalau itu yang mampu mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

Sebab..kalau tak..hal ini akan jadi unfinished business! Never ending story =(

takpe, apa yang penting usaha!


Selebihnya serahkan kepada Allah kerana Dia pemilik nyawa dan pemegang jiwa kita semua!


No comments:

Post a Comment

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni