Aug 6, 2009

Amazing ESQ!


Salam’alayk

ESQ best gile!

Alhamdulillah hujung minggu lepas Allah beri ruang dan peluang utk diriku menghadiri program ESQ Leadership Training selama 2 hari di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Dekat je dgn UIA Kuantan ni..

Kami pergi balik hari. Setiap hari kira 12 jam jugak la program berlangsung. 7.30am-7.30pm huuu tapi seronok! Sangat enjoy!

Ya Allah sungguh aku tak pernah jumpa program sehebat dan sebest ni sebelum ni.

ESQ 165 way. Diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian, Indonesia. Trainer kami sepanjang program ialah Abg Firdaus Djamaris, bapa kepada 2 orang putera.Bang Firdaus Djamaris

Emotional & Spiritual Quotient.

Program yang betul2 menekankan aspek spiritual dalam diri kita.

Program dan agendanya mudah-mudah sahaja tetapi pendekatan yg dibawa begitu membuatkan hati setiap orang terusik dan terjentik.

Programnya secara keseluruhan ala-ala slot muhasabah yg selalu kita adakan bila membuat program motivasi budak2 sekolah dsb.

Boleh kata sepanjang waktu kami hanya berada dalam keadaan gelap dan menangis!
Ya menangis.
Sekalipun pada mulanya anda tidak mahu menangis tetapi akhirnya air mata akan mengalir keluar jua tanpa dipaksa.

ESQ ialah program koreksi diri secara total. Koreksi yg bagaimana?
Sekadar memperingati kembali siapa kita yg sebenarnya, apa tujuan hidup ini, kepada siapa sebenarnya kasih dan sayang harus dicurahkan dan bermacam-macam lagi.
Sekadar perkara-perkara basic yg kita terlupa dan terleka dalam mengharungi arus kehidupan.

Kami banyak duduk di bawah berbanding di atas kerusi yang hanya sekali sekala sahaja. Bagus tak bagusnya ESQ ini anda akan sampai ke tahap bersujud taubat beramai2 di dalam dewan tanpa menghiraukan orang lain. Anda akan menangis sepenuh hati dan melepaskan segalanya kepada DIA Yang Maha Mendengar.
Perasaan malu kalau org tengok mata kita bengkak ke apa dah tak wujud ku kira sebab semua orang sama,tak kira lelaki atau perempuan, mengadu kepada DIA dgn sesungguhnya.
rasanya dalam 2 hari berturut-turut itu 2x kami sujud taubat mohon keampunan Ilahi.

Oh terlupa pula. Dewan kami bersih sebab kami semua memang diarahkan tidak memakai kasut sebelum masuk ke dalam.
Setting dalam dewan memang mantop! Dengan 3 skrin gergasi di hadapan ditambah pula sound system yang superb, Allah Allah memang akan terasa mcm dalam panggung w.pun aku belum pernah menjejak panggung.
Macam mana jiwa tak terusik kalau dah sound system excellent tahap cipan.
Sepanjang-panjang program juga alunan muzik tak pernah putus, program dikendalikan ala-ala Deejay radio gitu.
Lagu-lagu dan muzik-muzik yg dipasang memang kena dgn setiap slot yang berlangsung.

Em trainer kami, Bang Firdaus memang mantop! Terima kasih Ya Allah atas semua ini.
Benarlah sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati.
Bang Firdaus mengendalikan slot dengan penuh penghayatan hinggakan beliau juga turut menitiskan air mata utk beberapa slot.

Semua slot dikaitkan dgn Al-Quran, Sains dan keagungan nama-nama Allah serta kebesaranNya.

Slot awal dimulakan dgn the origin of the universe. Bagaimana terciptanya alam raya ini, perkaitan teori Big Bang dgn hadis Rasulullah dsb.
Kemudian diteruskan dgn sirah perjuangan Rasulullah SAW yg memang akan membuat anda menitiskan air mata. Allah telah menganugerahkan kebolehan luar biasa kepada Bang Firdaus dalam menjentik hati-hati manusia sepertiku ini.

Antara part yg aku tertarik ialah slot sirah Nabi Ibrahim.
Bagaimana Bang Firdaus mengolah ceritanya dgn begitu halus dan terperinci adusss sungguh menusuk kalbu.
Bagaimana ujian yg telah Allah timpakan ke atas Nabi Ibrahim as apabila setelah sekian lama beliau tidak mempunyai anak kemudian dianugerahkan Nabi Ismail tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama rupanya bila Allah perintahkan beliau utk meninggalkan Hajar dan Ismail di bumi gersang lagi tandus Kota Mekah waktu itu.
Dan kemudian setelah sekian lama akhirnya Allah menemukan semula anak dan ayah yg terpisah. Allah terus menguji Nabi Ibrahim apabila beliau diperintahkan utk menyembelih Nabi Ismail.
Allahuakbar! Sangat berat ujian yg diterima Nabi Allah Ibrahim.
Antara rela dan terpaksa Nabi Ibrahim keluar utk melaksanakan perintah menyembelih Nabi Ismail.
Seperti yg kita maklum tubuh Nabi Ismail ditukar dgn seekor kibas.
Apakah simboliknya penyembelihan yg Allah perintahkan itu?
Sebenarnya Allah ingin mengajar bahawa peristiwa penyembelihan itu adalah utk menyembelih kecintaan dunia yg wujud dlm diri manusia dan menunjukkan betapa hanya kepada Allah sahajalah segalanya harus diserahkan.
Allahuakbar!

Suara Bang Firdaus yg acapkali melaungkan kalian buta sebenarnya, buat mata hati. Kalian tertipu dgn nikmat dunia, benar-benar membuatkan jiwa terusik.

em kebanyakan ilmu-ilmu dicurahkan adalah perkara-perkara basic yg telah sedia maklum dan tahu cuma sejauh mana penghayatan kita terhadap perkara tersebut, itu ukurannya.

Sepanjang 2 hari program juga selang 3-4minit pasti Bang Firdaus akan menyuruh kami beristighfar dan melafazkan Al-Fatihah.
Lidah kami sentiasa basah dgn istighfar dan Al-Fatihah.
Moga tsabat Ya Allah ameeen.

hari pertama lebih kepada slot mengkoreksi diri. Kesedaran diri semata-mata.
Masuk hari kedua barulah ilmu leadership diterapkan.

erm lagi antara part yg aku rasa sgt best ialah semasa hari kedua. Kami diarahkan cari partner masing2 yg memang tak kenal lagi sebelum ni. Kemudian kena peluk sahabat kita tu, then soal dia apa yg kamu mahu dalam hidup ini dan siapa kamu. Dengan muzik yg teragiga punya best + cara Bang Firdaus dan Bang Faizi handle situation tu memang kita akan terluahkan segalanya. Kemudian kami diarahkan utk azan ke telinga partner masing-masing, vice versa.
It looks like saat-saat sewaktu kita dilahirkan!
MasyaAllah..Subhanallah!

aku dah nampak sequence2 slot yg dijalankan, memang ESQ bertujuan utk melakukan penyucian jiwa dan minda dan buat kita rasa seolah-olah dilahirkan kembali.
Allahuakbar!

Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan peluang ini.
Moga aku dan sahabat-sahabat tsabat Ya Allah
Mohon dikekalkan jiwa dan hati kami wahai Tuhan Pemilik nyawa seluruh makhluk


Konklusi
1. ESQ memang best tahap taktau nak cakap!
( This is an experience training, u must go only then u'll know how it will be)

2. RM350 is worth! kalau ada yg kata mahalnya, u should think twice.
( sekali bayar je awal2 tu then u'll become the alumni. once dah jadi alumni ESQ anda boleh sertai mana-mana program ESQ lagi secara percuma lifetime! oops, we all dpt harga RM350 sebab UIA dah support sket.Normal price ~RM500 tapi memang tak rugilah!)

3. ESQ adalah satu program turning point yg sangat bagus

4. ESQ adalah program pengislahan diri yg luar biasa

5. Kepada sahabat-sahabat di luar sana, jika ada peluang PERGILAH! Anda sesekali tidak akan merasa rugi. Percayalah. Aku tidak bohong.Juga aku tidak memaksa cuma aku sekadar ingin kalian merasai pengalaman bermakna dan tidak terlepas peluang yang cukup berharga!

2 comments:

  1. salam'alayk.
    dah p..setuju sgt2 dgn akak!
    hehe. hr tue pn trainer abg firdaus tue jugak.. :D
    akak, umy tukar link taw.
    www.ertihijrah.wordpress.com

    wassalam. :D
    -umyrah.

    ReplyDelete
  2. kat sarawak untuk teens je dah rm 800+ .. but worthed la :)

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni