Jul 6, 2009

Its All About Your Attitude


Salam'alayk

1.Sewaktu di tahun 1 semester kedua,posting di Hospital Tengku Ampuan Afzan...
aku, Asyraf dan K.Effy ditugaskan bersama. Asyraf mendapat arahan drpd staff nurse incharge utk menanggalkan branula di tgn patient kerana tangan beliau sudah bengkak dan kemerah-merahan.Lalu setelah Aysraf mengambil beberapa barangan yg perlu dia bergerak menghampiri pesakit tersebut. Kebetulan aku juga di cubical yg sama kerana sedang memeriksa case note/ file patient. tiba-tiba seorang HO (house officer)lelaki yg kebetulan berada di katil sebelah terus bersuara agak tinggi
'nk buat apa tu?'
'staff nurse order suruh off branula patient, doktor' lembut Asyraf menjawab.
aku terus memerhati gelagat mereka berdua
tanpa memandang wajah Asyraf lagi, doktor pelatih yg kacak bersongkok lulusan sebuah IPT tempatan yg tersohor itu bersuara lagi.. Sinis bunyinya
'pandai ke nak pasang balik??' masih tidak memandang wajah Asyraf walau sekali dan dia terus berlalu..
aku lihat riak tercabar di wajah Asyraf..sebenarnya aku juga turut terkesan dgn kata-kata doktor muda itu sebab itu bukan kali pertama dia bersikap sedemikian..
nak je aku tolong jawab 'kami dah blaja la doktor weh!'
hmmm budi bahasa budaya kita ye?

2. sewaktu di Hospital Temerloh, tahun 2...
'staff nurse, boleh takk hormat sket dekat saya? Saya ni UD41 tau!' seorang doktor pelatih lelaki lulusan luar negara berkata penuh emosi..
'ni doktor, adik2 student nurse yg seluar hijau tu pun U41 kalau doktor nk tau' balas staff nurse..
doktor muda itu terdiam..

3.sewaktu di Hospital Temerloh lagi..
waktu itu staff nurse mnta tolong aku dan kawan-kawan utk hntar beberapa orang patient ke Unit Scope utk menjalani colonoscopy dan OGDS (OGDS= oesophageal gastro duodenal scopy). kebetulan ada beberapa pelajar medic drpd sebuah IPT tempatan posting di wad sama dan ingin turut serta ke Unit Scope juga.
'korang dah tahun berapa dah?' seorang drpd pihak kami bertanya.
'tahun 4 tapi baru praktikal'
'oh kira ni first time la ye?'
'ha'ah baru je. ikut sistem lama, tak mcm UIA. tapi w.pun cmni, kalau kmi tanya bdk medic UIA certain soalan tak semua diorg tahu. nilah kelebihan kami'
erkkk?? o-kay then....

4.waktu itu aku berada di X-ray Department Hospital Temerloh, hntar patient yg diagnosisnya Chronic Cardiac Failure + Sinus Bradycardia utk menjalani Chest X-ray.Di X-ray department terdapat beberapa org pelatih juru x-ray sebuah universiti tempatan sedang menjalani praktikal.Sewaktu menolak patient ke dlm bilik X-ray, pelatih2 juru Xray mula memainkan peranan mereka. Aku di sisi hanya memerhati. Mereka cuba utk mengalihkan patient sewenang-wenangnya tanpa melihat keadaan patient yg sudah mula tercungap-cungap.
'be careful eh. patient ni takleh nk gerak dia byk2 sgt' khabarku kpd mereka
'alah takpe, sekejap je. sekejap je' kata mereka smbil masih bersungguh2 mengalihkan patient aku ke sana ke mari..
haiii tak boleh jadi ni, lalu aku menghadiahkan ayat keramat
'anything can happen within the sekejap-sekejap' aku senyum dan terus mendapatkan patientku
'oh..err ok2..'
lain kali kalau malas nk baca case note patient, tanya kitorg ni patient ni sakit apa cemana2 smua then buat la keja korg..bukan susah pun..

hmmm aku terfikir..
Dr Kamal pun HO jugak, lulusan RCSI (Royal College Surgeon of Ireland) lagi..Dr Izzuan pun apa kurangnya, lulusan Ireland jugak.. Dr Ng Beng Chet, HO lulusan Russia sikit punya friendly smpi boleh bg pnjm stethoscope, join nurses sewaktu passing report..abg juru X-ray yg skrg ni tgh smbung master pun lepak je dgn kitorg siap dok ajar itu dan ini lagi..Dr Naim, Medical Officer sikit punya bagus smbil buat ward round siap boleh mengajar lagi kalau ada apa2 yg kita tak faham or tanya dia. Dr Naim memang best! Mr David, pakar Medical pun bagus tapi....kenapa la yg bwh2 ni selalu mcm ni? kenapa la manusia ni suka sgt nk besar diri?

Its all about your attitude..

5.Sewaktu di Tawau,Allah Allah aku sgt suka dgn pemandu Tawau! Mereka sangatlah bertoleransi.Kalau selalunya bila kita nk lintas jalan kita yg berwaspada tengok kereta,motor smua tapi di Tawau keadaan cukup2 berbeza.Bagus tak bagusnya pemandu Tawau, kereta yg akan berhenti memberi laluan kepada pejalan kaki utk melintas, kiranya org boleh lintas jalan mcm tu jelah tak payah nk risau.Ops aksi melintas jalan dgn sesuka hati ni hanya boleh diaplikasi jika anda berada di Tawau sahaja ya. Kalau kt tempat lain tu...hmm susah kot nk jumpa. Nak kata betapa bertoleransinya pemandu Tawau ni, kalau ada kereta tetiba mencelah pun tanpa bagi signal takdehal punyalah sebab memang diorg akan beri laluan kepada kita.Apatah lagi kalau bagi signal, lagilah senang nk masuk jalan. Aku rasa sebab sikap toleransi ni kot di Tawau terdapat banyak sgt roundabout berbanding traffic light. Daripada sebesar-sebesar roundabout sampai laa sekecil2 roundabout kita boleh jumpa, ada tu yg dia just letak mcm batu penanda ciput ja kt tengah2 hehe pun bole laaa. Traffic light tu boleh kata ada 1-2 cmtu ja..susah la nk jumpa traffic light senang kata.
itulah keunikan Tawau!

hmmm kan bagus kalau pemandu Penang ada sikap toleransi cmtu..ini takk, selagi boleh menyelit dan mencelah hah selagi tulah nk masuk..duhhh memang sakit jiwa jugak la terutama bila kt atas jambatan Pulau Pinang. dah la ada 2 lorong je, kereta banyak jadi berhemah la sket bwk kereta. Dah sah2 nampak kereta tgh slow n jam kt depan boleh lagi nk pecut 140. Hah natijahnya memang accident laa..serve ur right la inchek! tak kira la emergency ke apa tpi use ur mind pls. Allah dh bagi akal yg sempurna utk berfikir, jadi gunalah..
Alhamdulillah mujurlah baru-baru ni dah bertambah 1 lorong, jadi semuanya 3 loronglah kt atas jambatan but still pemandu2 belum ada kesedaran secara menyeluruh..

Its all about your attitude...


6. My great grandmother aka moyang aka toknek jatuh sakit 2-3hari yg lepas. She's almost 90. Em aku perhatikan sikap org2 yg datang berziarah..
- 'dulu masa tgh suap makanan mcm ni la kt arwh anak saya..dok suap mcm nilah'
-'kalau letak makcik ni atas katil sedap la sket. dulu ada la katil kt umah tu yg cikgu tu punya bagi pinjam masa anak saya sakit tpi ada org lain pnjam pulak sat sebab nk guna. Cikgu tu memang suruh tinggal pun kt umah sebab dia kata macam boleh nampak dah makcik ni...'

"Macam boleh nampak dahh..."that lady who throw out these words memang cari pasal! She kept saying those words..ohhh berdesing telinga gue weh!
Kesian la sket kt org sakit..kecik hati org tua tu dia dengar..apa laaa tetamu yg dtg ni. bajet ah nk ckp pun..org tak mengaji sekolah pun bleh fikir daaa

hmmm lagi..tetamu2 yg dtg berziarah ni suka sangat dok bercerita pasal org ni mati org tu mati..kalau bwk pegi hospital jadi mcm nilah, mcm tulah..tambah2 bwk org tua pulak, lagilah nanti doktor dok asyik ambik darah sajalah,kalau yg doktor nmpk mcm takda harapan tu nanti depa ambik darah kita banyak2 utk buat simpan, derma darah la kira..
aku rasa nak jerit je
'woiii aku ni misi keja hospital tau takkkk! aku tau la segala procedure n policy smua'
amboii amboii amboii sesuka hati sesedap rasa oren sunkist mandarin plak hampa nak cakap sembarangan nooo??
adoiii sabar jelah hati!
hampa tu mai melawat org sakit, jadi buat la cara ziarah org sakit. kena tau la adab2 menziarahi org sakit..hadoiiiiaiiii akai ada pikiaq la weh! common sense kot...
hmmm kesian la psychology toknek aku..bertambah sakit lagi ada laa

ada lagi yg tak boleh blah..dok hisap rokok daun la pulak dah..ishhhh rasa nk sumpah jadi sesumpah je! geramnyaa rasa nk tulis kertas sebesar2 alam letak depan pintu rumah,
'SMOKERS ARE NOT ALLOWED'+ lukis logo dilarang merokok besar2! hmmm...

Its all about your ATTITUDE not your APTITUDE that determines your ALTITUDE~

4 comments:

  1. salamaliak..terkejut dgr berita toknek x chat.teringat setiap kali jumpa mesti toknek mai jumpa..ujian hidup seseorang berbeza.moga toknek diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.ameen..
    akhlak melambangkan peribadi kita.manusia mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan pemahaman.sejauh mana nak praktikkan bergantung pada diri dan iman kita..marilah sama2 kita jaga iman kita.

    ReplyDelete
  2. blh tnye x?
    dr.izzuan tu bjg lgi kew?

    ReplyDelete
  3. to anonymous: dr izzuan sudah beristeri dan beranak satu

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni