Jan 21, 2012

Selamat tinggal bumi Misra! 


Nanti aku cerita~

Jan 19, 2012

Moment

Asalnya mahu tidur.., gigih aku membungkus diri dengan buble, menyarung stoking lapisan pertama dan melilit kepala dengan pashmina walaupun sudah memakai dua lapis t-shirt dan track. Semuanya hawa sejuk punya angkara. Betullah apa yang pernah Husna dan Syafiq khabarkan suatu masa dahulu sebelum aku sampai ke sini bahawa sejuk di sini memang terasa menyucuk hingga ke tulang!


Mata terus jadi segar selepas aku secara tak sengaja terbuka file gambar di desktop laptop. Ah..kenangan.. Gambar sungguh punya nilai memori yang tak terganti. Walaupun kualiti gambar berbeza sentiasa, ada masa macam terbaek dan ada masa sekadar sempat snap apa saja pada sela masa yang cuma hanya seketika sekelip mata. Namun, pada gambar yang biasa-biasa itulah selalunya punya 1001 cerita yang buat kita senyum sampai telinga dan rasa nak ingat sampai bila-bila. Moment itu yang penting. M.O.M.E.N.T.

Jan 10, 2012

Kau buatku tersenyum!

Mencari damai di bumi Iskandariah...


Akhirnya Tuhan temukan aku! Bukan sekadar itu sahaja, bahkan pesona Iskandariah bikin aku separa gila! Alex aku jatuh chenta! Bahrul Mutawassid atau Laut Mediteranean benar-benar buat aku terkesima. Wallahi.


Sebelum bertandang ke Iskandariah, aku sedikit jiwa kacau. Fikir apapun entahlah. Sekuat apapun aku, setabah manapun aku, aku menyedari hakikat yang aku tetap seorang perempuan yang punya hati dan perasaan yang ada masanya akan jadi bengong tak ketahuan.


Lewat ini, aku sering bertanya kenapa Tuhan masih tidak menjawab doaku? Kenapa aku sering menjadi insan terpilih? Kenapa mesti aku? Kenapa itu dan kenapa ini? Bertubi-tubi soalan datang memenuhi ruang fikiran. Walaupun aku tahu La yukallifullahunafsan illa wus'aha (Tuhan tidak akan menguji  seseorang itu melainkan sesuai dgn kemampuan dirinya) dan walaupun aku tahu yang aku tidak layak berkata sedemikian dan sememangnya aku tidak langsung punya hak untuk bertanya sebegitu kerana ianya boleh menyebabkan aku menjadi orang yang kufur nikmat, tidak bersyukur! Tetapi kerana kedangkalan seorang aku, kerana lemahnya Iman di dada, kerana kekhilafan aku dalam mentafsir segala kurnia dari Tuhan, demikianlah yang berlaku..Ya Allah.. Wa'firi zunubi. Benarlah syaitan itu tidak pernah menunggu walau sesaat untuk terus menghasut anak Adam, terutamanya manusia lemah serta tidak tabah seperti aku ini. Arghhh kurang ajar betol aku ini! Betapa lemahnya seorang aku tiap kali didatangi ujian perasaan.. Benci betoll! 


Ya aku manusia yang lupa. Lupa diri, lupa segalanya. Lupa yang aku hidup disebabkan kasih sayangNya. Lupa bahawa hakikatnya aku tak punya apa-apa. Astaghfirullahal'aziim.. 


Terus, harus menyerah atau apa?


Tidak dan tidak.


Sebab sabar itu kena belajar! Mesti belajar untuk bersabar. Sebab itulah Allah kata Dia sentiasa berjalan bersama orang yang sabar. Allahu Akbar!


Jangan pernah tinggalkan aku keseorangan. Jangan pernah pisahkan aku dari rahmatMU Tuhan. Aku bermohon Ya Tuhan Yang Sentiasa Mendengar. 


Azam tahun baru: Belajar untuk lebih bersabar. Jika tidak cukup, perlu belajar lagi dan terus belajar sebab; learning is a lifelong process! 


Tirai 2012 aku buka dengan moment yang begitu mengujakan. Moga hari esok dan seterusnya menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna inshaAllah.


Ketibaan kami di Iskandariah disambut dengan awanan hitam yang memenuhi ruang angkasa. Semuram perasaan akukah? Usai solat asar di rumah Wani di Camp Caesar, Syari' Bur Sa'id dan setelah berehat untuk seminit dua, Wani membawa kami ke Qaitbay Citadel. Di situ aku menemukan Laut Mediteranean yang semakin menggugah jiwa. Namun, suramnya cuaca membuatkan aku berasa sedikit kecewa kerana biru air laut yang aku cari tidak ada sebaliknya yang ada hanya warna hijau tua. Warna air laut itukan dipengaruhi warna langit.. Erm tidak mengapalah, tidak ada rezeki barangkali hari ini untuk berfoto dengan bahagia. Itu yang terdetik di hati.


Kami ke pintu masuk Kubu Qaitbay, namun sayang sekali kami tidak dapat masuk kerana sudah tiba masa untuk tutup. Aku dan Maryam hanya dapat bergambar di luar binaan kubu sahaja. Sekali lagi aku dihempap perasaan kecewa. Lalu kami berpatah balik semula untuk sekadar ambil angin di tepi pantai dan melihat sunset jika ada. 


Ternyata Tuhan punya rencana berbeza. Tuhan punya rencana yang tidak terduga akal fikiran kita. Betapa Tuhan suka memberi kejutan dari arah yang tidak disangka-sangka! Kepulan awan hitam yang menghiasi langit sebentar tadi beransur-ansur berarak pergi dan sekaligus lenyap dari pandangan mata. Langit sudah cerah! Dan warna biru langit ternyata memberi impak yang luar biasa terhadap warna air laut. Itulah biru laut yang aku cari! Subhanallah walhamdulillah..


Apakah ini tamsilan perasaan seorang aku? Sungguh Tuhan tahu apa yang kita tidak tahu.


Malam pertama di Alex aku sudah kena cakaran kasih sayang daripada si dia yang bernama Baby, kucing parsi berbulu putih dan bewarna merah di sekitar bola matanya. Milik Syu, teman serumah Wani. Berdarah la jawabnya haha..tanda aku menjejak tanah Alexandria.


Ohh terlalu banyak sebenarnya yang aku mahu ceritakan, tetapi apa yang boleh aku katakan ialah Iskandariah ialah tempat yang MESTI kalian datangi jika ada rezeki. Mesti!


Alex kau buatku tersenyum!


Terima kasih Tuhan =)




Qaitbay Citadel







at Montazah








Jan 5, 2012

January 4

Current mental state: Emotionally breakdown

.......................ERROR!!!...............
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
Current mental state: Undefined. 
Sah!

Waktu Malaysia sekarang jam 6pagi tetapi waktu sini baru pukul 12malam. Malam masih muda...Jam di laptop memang sengaja aku biarkan waktu Malaysia. Apa kena-mengena ni??

Sebenarnya, sebelum pergi mengaji tadi lagi aku sudah tidak ketahuan. Sungguh kawan! Lewat ini aku rasakan aku semakin sudah tidak ketahuan. Menjadi-jadi penyakit gila nombor 5 aku ini. Ahh sudahh.. Mujur lacrimal gland sempat merembeskan isinya sebelum aku mengorak langkah bergerak ke rumah Ustazah Maha. Terima kasih kekanda Nurhafizah Yaakob kerana sudi menjadi telinga dan bahu untuk aku! 

Allah...apa lagi yang diri ini mahukan?? Sungguh kawan, fikiran dan jiwa aku benar-benar berkecamuk kala ini. Aku...aku...aku....arghhhhh! Segala rasa bermukim di hati. Perasaan yang tak terluahkan. Begitulah aku. Senantiasa begitu. Sila jangan teruskan pembacaan kerana aku mungkin akan mengarut dan melalut selepas ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, hanya jasad aku yang berjalan di kaki lima jalan Muneera menuju Sayyeda Zainab yang samar-samar disinari cahaya lampu di hujung jalan beserta cahaya daripada lampu kereta-kereta yang lalu-lalang tanpa mengira waktu. Mesir katakan... What do u expect? kata Ustaz Jet. Fikiran aku melayang jauh amat. Kalau diukur mungkin sudah sampai ke Malaysia agaknya. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Bertanyakan hati tentang apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup ini. Menyoal diri apakah tidak cukup lagi dengan segala apa yang Tuhan telah beri hingga ke saat ini..? Lalu aku terdiam sambil minda terus melayang-layang ke mana sahaja yang ia ingin pergi. Biarkan ia pergi kerana pasti ia akan menemui sesuatu.. 

Sejenak aku teringat ayat yang dibaca sewaktu kelas di rumah Ustazah Maha tadi..Kebetulan? Tidak ada kebetulan melainkan segalanya adalah takdir. Allahu Rabbi.. Subhanallah..Sungguh, Tuhan telah menyusun atur segala sesuatu itu dengan susunan terindah!

Surah al-Naml. Wallahi jamiil jiddan! Sungguh, aku temui sesuatu di sini!

Saat membaca ayat-ayat ini aku terus menggaris maknanya terang-terang dengan pen merah dan membuat tanda bintang besar-besar supaya selepas ini mudah untuk dirujuk semula.

"....Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." [ayat 19]

" Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat." [ayat 62]

" A ilaahum ma'a Allah.."

Allahu Akbar...ayat ini benar-benar menggegar jiwa! 

Astaghfirullah hal'aziim.. 
Tiada Tuhan yang disembah melainkan mu Ya Allah dan Sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Tuhan benar mendengar. Tuhan benar mahu menunjukkan sesuatu. Duhai diri, bukalah mata hati! 

Tuhan, aku khilaf dalam mentafsir apa yang Kau cuba sampaikan. Aku..aku keliru Tuhan.. Maafkan aku Ya Rabb! 

Wa'fu'anni Ya Rahman Ya Rahim..

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni