Jul 31, 2011

Menjejak Haramain

Assalamualaikum wbt..

Allahuakbar..terlalu lama rasanya aku mengambil masa untuk mulakan tulisan ini. Ya sebenarnya, sejujurnya aku tidak tahu dari mana dan bagaimana aku harus mulakan. Sudah beberapa orang teman yang bertanya tentang mana perginya catatan tentang Haramain?? Teman, ketahuilah betapa aku terlalu terlalu dan terlalu mahu bercerita di sini, terlalu banyak yang aku ingin nukilkan, terlalu banyak yang aku mahu coretkan, bicarakan serta kongsikan hingga aku rasakan segalanya tidak terluahkan! Arghh mengapa jadi begini...


Terima kasih Pakngah, makngah, pakcik, makcik dan semua kerana menghantar kami

Alhamdulillah sedar tidak sedar, hampir seminggu lebih sudah kami menjejak bumi permata. Terima kasih Tuhan! Terima kasih Tuhan kerana telah memeluk mimpi-mimpi kami. Terima kasih kerana telah menukarkan awan impian kami menjadi nyata. Terima kasih atas segalanya! Aku terlalu bersyukur! Alhamdulillah. Seandainya ada perkataan yang lebih baik dan bisa menggantikan perkataan terima kasih dan syukur tolonglah khabarkan kepadaku Tuhan. Syukur yang teramat wahai Tuhan yang sentiasa mendengar! 

(WARNING: ini entry terpanjang yg pernah aku tulis! JANGAN teruskan pembacaan kerana ia mungkin mengundang kebosanan menggila!)
 
Erm dari mana ya aku harus mula? Haha perlukah aku ceritakan apa yg berlaku pada setiap saat dan ketika? Haha kalian akan bosan membaca nanti.



7 Julai 2011 kami bertolak dari airport Penang ke KLIA. Perjalanan sebenar kami bermula pada tanggal 8 Julai 2011. KLIA-Karachi-Madinah. Alhamdulillah saat roda pesawat PK 0743 menggegar bumi Madinah, Subhanallah..Allahuakbar..Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan ini. Tuhan telah memeluk mimpi kami! Itu yang awal-awal terlintas di hati. Ya masakan tidak, impian ini adalah impian sejak di tahun satu pengajian. Seperti kata Alif Fikri dalam novel Ranah 3 Warna, walaupun aku tidak tahu bagaimana caranya tetapi modalku hanyalah sekadar berani bermimpi. Ya berani bermimpi. Itulah yang Tuhan telah buktikan. Sekali lagi terima kasih Tuhan. Juga aku teringat lagi antara butiran mutiara dalam Ranah 3 Warna, sekiranya ada kemahuan yang kuat maka akan terbukalah jalan! Allahuakbar..Penangan Ranah 3 Warna begitu hebat dan terlalu bermakna buat diriku dalam mengharungi kembara ke Tanah Haramain ini.


Mengegar Kota Madinah!





Erm setelah kembali ke bumi permata rata-rata teman bertanyakan aku, apakah kenangan paling bermakna, paling indah, paling best sepanjang di sana? Arghh agak sukar aku mahu berikan jawapan. Kerana bagiku, segala-segalanya adalah yang paling, paling dan paling seperti yang anda katakan. Segala pahit manis yang aku lalui sepanjang di sana terlalu lazat, indah dan arghhhh aku tidak tahu perkataan apa yang harus aku gunakan untuk menterjemahkan perasaan ini. Sungguh kawan, hanya Tuhan yang tahu sensasi perasaan seorang aku.

Sepanjang di sana, Tuhan sungguh mahu menguji sejauh mana hebatnya aku berpegang teguh pada mantera Man Sabara Zhafira. Sejauh mana aku mampu untuk aktif bersabar. Sejauh mana aku mampu untuk terus bertahan. Sejauh mana aku mampu untuk membuktikan apa yang aku perkatakan selama ini tentang sabar. Aku terasa seperti Tuhan sedang berkata, "Dulu bukan main pandai cakap tentang sabar bukan? Sekarang nahh buktikan!!"


Ujian sabar. Allah... benar-benar membuat aku rasa terhenyak! Benar-benar membuat aku hampir menyerah. Betapa hebatnya ujian sabar yang Tuhan berikan, sehingga aku rasakan sudah tidak tertanggung lagi perasaan yang ada hingga suatu ketika aku ledakkan segala perasaan di dada ketika bersolat maghrib di Bukit Safa kerana waktu itu kami masih Saie dalam pusingan kelima. Aku lepaskan segalanya. Ya Tuhan, diri ini tidak cukup sabar lagi rupanya. Diri ini sangat tidak tabah dengan ujian perasaan!



"...sabarlah wahai hajar yg hebat. hang tengah berada di bumi yang Hajar isteri Ibrahim diuji Allah. Ditinggalkan suami bersama Ismail! Hang kena buktikan hang layak bernama Hajar!"



Mesej daripada seorang sahabat benar-benar membuat aku membuka mata. Aku terdiam seketika dengan juraian air mata. Apakah ini sebenarnya memang ujian untuk seseorang yang bernama Hajar, Tuhan?


Begitu juga setiap kali jika ada ruang untuk aku bersolat di dataran Kaabah, aku akan lepaskan segala perasaan yang tertanggung kepadaNya. Aku mengadu sepuas-puasnya sehingga kering air mata. Aku datang tumpang berteduh di rumah-Mu wahai Tuhan yang sentiasa mendengar. Allahuakbar..sensasinya sangat hebat dan tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Sungguh aku rasa lega! Ya, sekarang aku sudah punya jawapan kepada persoalan yang diajukan teman-teman berkaitan apakah perkara paling terindah sepanjang di sana. Momen paling indah sewaktu di Haramain adalah bila mana aku dapat mengadu sepuas-sepuasnya kepada-Nya tanpa perlu malu atau pedulikan sesiapa. Dan sememangnya itulah hajatku sebelum bertandang ke Haramain. Aku datang untuk tumpang berteduh!

Ada benarnya kata Faisal Tehrani dalam novel Tunggu Teduh Dulu, hal berteduh sementara duga datang mencuba-cuba bukan hal main-main. Ya aku sedang dan telah merasakannya.



Erm aku reverse sedikit ke belakang. Ujian sabar ketika awal-awal menjejak Haramain adalah semasa ziarah ke Masjid Quba'. Aku dan emak sudah selesai mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid dan kami ingin bergegas keluar dari masjid. Orang berhimpit-himpit dan berasak-asak mahu keluar. Fenomena berasak-asak seperti ini adalah perkara biasa di Haramain. Erm aku terselit dahulu ke hadapan dan seingat aku, aku sedang menggenggam erat tangan emak dan secara tiba-tiba sahaja ada sesusuk tubuh menyelinap masuk di celah kami. Takpelah aku fikir kerana aku masih nampak wajah emak di belakang. Tetapi yang aku peliknya apabila Mak Arab yang mencelah masuk tadi semakin lama semakin menghimpit aku, memanglah semua orang tengah berasak-asak masa tu. Aku sudah mula merasa pelik. Lalu aku sengaja bergerak ke kanan lalu ke kiri dan berulang kali. Setiap gerakan aku, Mak Arab itu mengikut aku. Dia bagaikan sudah menempel serta melekat kuat di belakangku. Haishh aku dah rasa sangat pelik ni. Lalu aku menguak kedua-dua belah tangan aku sekuat hati dan memandang tajam tepat ke matanya. Bahasa mata aku kalau diterjemahkan ke dalam bahasa mulut lebih kurang sebeginilah,



'Lu apehal ikut rapat-rapat sangat? Cari gadoh?'

Serius aku bengang. Dia membalas pandangan aku dengan bersahaja dan kemudian blah. Aku masih tidak sedar rupa-rupanya sesuatu telah berlaku. Aku tergerak hati untuk melihat ke arah sling beg yang aku galas secara menyilang. Allah!! Aku lihat zip beg aku dah terbuka separuh dan purse aku dah separuh terkeluarrrr..rupanya aku nyaris-nyaris menjadi mangsa pencopek Masjid Quba'! Hantu betollll... Tapi Alhamdulillah la dia gagal. Erm disebabkan bengang dengan tindakan makhluk pencopek itu, aku segera meloloskan diri dari kawanan manusia-manusia yang hendak keluar dari masjid dan meluru keluar mencari kasut. Aku jerit 'Laknatullahi'alaik!'. Tak tahulah di dengar ke tak. Jaga kau. Serius aku nak kejar dia . Sebab aku nak ambil gambar dia!! Err nak belasah tak mampu la pulak sebab aku tengok dari jauh dia mcm bwk geng. Alhamdulillah aku berjaya ikut dia sampai ke tepi masjid dan berjaya snap gambar dia. Tapi..tak tahulah nak kata macam mana, hati kering ke apa dia ni, dia tukar plan pulak pegi curi kasut orang kat tepi masjid. Ya Tuhan!! Lepas tu nampak dia pakai burqa pulak. Menyamar pulak!! MasyaAllah...Hmmm tak tahu nak kata apa. Semoga Tuhan bayar balik segala perbuatan dia. He knows best!


Pencopek Masjid Quba'

Erm banyak sebenarnya kisah sempoi dan tak boleh blah yang mahu aku kongsikan hahaha..Tengoklah setakat mana aku larat menaip dan mengadap skrin komputer ini.

Kami tiba di bumi barakah Makkah sekitar jam 8 malam. Waktu itu kami sudah berada dalam ihram setelah berniat ihram di miqat Bir Ali. Saat menjejak kaki ke dalam Baitullah, hanya Dia yang tahu sensasi perasaan kami waktu itu. Haha hmm aku sudah mula perasan yang lewat ini aku gemar sekali menggunakn perkataan 'sensasi' hahaha..biarlah bukannya berdosa. Ketibaan kami di Baitullah pada malam itu disambut dengan sesuatu peristiwa yang bagiku amat menarik. Erm setelah selesai tawaf qudum, kami bertenggek di tangga-tangga di tepi dataran Kaabah yang menghala ke arah tempat Saie. Sebenarnya kami sedang menanti satu sama lain. Tiba-tiba baru aku perasan suasana di hadapan tempat duduk kami agak kelam-kabut. Si anak perempuan sedang mengipas-ngipas ibunya dan kelihatan si ibu sedang tercungap-cungap dan berpeluh-peluh. Lalu aku terus memanggil Khai yang sedang duduk di anak tangga di sebelah kiri di hadapanku,

'Khai, rescue 911!'

Khai, Yani dan aku segera mendapatkan makcik. Dalam hati, Ya Allah janganlah sampai nak kena perform CPR di sini, memanglah aku ada bawa je lesen CPR dalam beg tetapi..Allah..cuak juga sebenarnya. Kami tolong kipaskan makcik Mesir itu dan baringkan dia dalam kedudukan yang sedikit semi-Fowler. Aku check nadi di bahagian tangan kirinya, laju dan rimanya tidak normal.

'Err can you speak English?'

Mujurlah anaknya faham dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Emak awak ada sakit apa-apa?'

'Ya, emak saya memang ada masalah jantung'


'Ada bawa ubat semua?'

'Ya, ada di hotel'

Berdasarkan short history taking yang kami dapat, kami buat jelah intervention apa-apa sekadar yang kami tahu. Alhamdulillah setelah beberapa ketika kelihatan wajah makcik Mesir sudah kembali memerah tanda capillary refill sudah berlaku dan nafasnya sudah tidak secungap tadi lagi dan nadinya juga sudah kembali normal. Alhamdulillah! Ahh kebetulan pula kami berempat dari latar belakang medical, Khai dan aku nursing, Yani bakal doktor dan Sarah bakal ahli farmasi. Haha tetiba jadi rescue rangers pula di tengah malam buta di hadapan Kaabah pula tu! Allah...sangat istimewa!



Lagi kisah sempoi ialah sewaktu kunjungan ke Ladang Kurma di Madinah.

'Tumpang tanya mas, Hajar Jahanam itu yang mana mas?'

'Owh Hajar Jahanam itu yang ini. Ini obat kuat. Sangat bagus untuk blablabla..'

'..err tapi mas, hajar itu nama ku!'

dan dia pun tergelak berdekah-dekah..Hadoii...



Erm, ujian sabar kami tidak hanya sekadar itu. Terus-menerus hinggalah saat kami hendak meninggalkan bumi barakah. Perjalanan balik kami; Jeddah-Lahore-KL. Disebabkan kami datang atas tiket umrah maka kami perlu ke Terminal Haji. Di situlah self survivor kami benar-benar teruji! Atas sebab-sebab tertentu Ustaz Mokhtar, pengurus kami, terpaksa pulang lebih awal. Tetapi dia sudah mengkhabarkan kepada kami apa yang perlu dilakukan untuk urusan pulang sewaktu di Terminal Haji nanti. Ya Tuhan..sudahlah manusia berduyun-duyun dari pelosok dunia dan semuanya mahu mengejar waktu untuk check-in, boleh pulak diaorg buka SATU pintu je untuk masuk!!! Ya Allah...aktif bersabar la wahai diri! 



Sudahlah mahu mengangkut beg dari tempat bas loading ke terminal utama agak jauh, masalah nak dapatkn troli pula..Allah...tolonglah.. Pakcik Mahram dan inchek Yunus bertungkus-lumus menguruskan hal check-in, Khai dan aku menghala ke kaunter wrapping air zam-zam yang sebanyak 9 botol itu, emak dan Sarah menjaga beg sementara Yani dan tok entah tersesat ke mana. Allah... Keadaan agak kelam-kabut waktu itu. Hmm setelah segalanya selamat serta selesai dan berjaya melepasi pintu utama, urusan beg di kaunter check in pula yang buat hal. Entah kenapa beg kami masih tidak boleh lepas. Orang yang mula-mula kata nak uruskan beg entah ke mana hilangnya hingga ke sudah. Huhu entahlah aku pun tidak berapa paham sebenarnya. Yang aku pasti, setelah dibayar sebanyak 10 riyal kepada seorang petugas airport di situ, yang dia janji mahu tolong uruskan beg kami walaupun Pakcik Mahram, aku dan smua agak ragu-ragu pada mulanya, kami sudah boleh masuk ke kaunter imegresen. Allah....di sini lagi satu bala.

Setelah mengorat abang imegresen yang agak ada rupa dekat pintu depan, alhamdulillah kami semua sudah selamat berada dalam kawasan imegresen. Cuma mahu beratur dan menunggu giliran untuk melepasi kaunter imegresen sahaja. Nak menunggu giliran dan melepasi kaunter imegresen nilah bala besar! Kaunter dia bukan main banyakkkkk akan tetapi hailaaa...orang arab ni buat kerja ikut suka dia saja. Masa semakin berjalan dan kami kesuntukan masa! Kalau tidak silap aku rasa kami hanya ada masa dalam 30-40 minit sahaja lagi sebelum berlepas sedangkan kami masih tersangkut lagi di sini. Ini tak sampai lagi tempat security. Yarghhhh! aku rasa nak menjerit pun ada. Rasa nak jugak pergi tanya, 'ada keja kosong? Saya belum keja. tengok kaunter banyak kosong tu'.

Dalam kekalutan perasaan beratur dengan penantian dan harapan yang belum pasti ada kesudahannya, tiba-tiba ada seorang dua makcik Pakistan meluncur laju seakan-akan mahu memotong barisan kami. Ohoooo no way man! Dia berkata sesuatu kepadaku dalam bahasa Urdu, gaya dia cakap macam aku pun paham sungguh la apa yang dia cakap. Wahh ini sudah tidak boleh tahan. Sejak di Madinah, Mekah aku asyik menghadapi fenomena yang sama iaitu orang Arab, Pakistan, Turki atau sesiapa selalu bercakap bersungguh-sungguh dalam bahasa mereka seolah-olah aku paham, siap angguk-angguk geleng-geleng lagi. Owhh tidak adil sekiranya aku seorang sahaja yang terpinga-pinga. La ni, jom kita sama-sama terpinga-pinga dan ternganga. Baru adil. Fair and square. Lalu dengan rasa tak bersalahnya, aku pun membalas

'Takpa makcik. Sabar, sabar, Sila beratur dulu ya. kami pun dah lama tunggu ni. Saya tahu memang makcik tak paham pun. tapi saya nak cakap juga ahahaha..'

Makcik Pakistan itu mula menunjukkan wajah blurr!

'Takpa makcik, kita jumpa kat Lahore naaa!! sila beratur kat belakang naa'


Walaupun tak paham tapi aku rasa dia macam paham kot sebab dia pusing mengadap aku, senyum-senyum dan terus letak tangan di atas kepala aku sambil menggosok-gosok kepala aku kemudian dia pun blah ke belakang. Ahh sudahhh, buatnya dia baca jampi apa-apa jenuh aku balik jadi tak ketahuan hahahaha..tapi alhamdulillah setakat ni masih waras.

Huhu setelah tidak tahu nak buat apa, kami semua duduk bersila sambil makan buah epal yang sempat diseludup ke dalam beg. Ya Tuhan..kenapalah Arab ni buat kerja lembap macam ni??? Patutlah Ust sudah cakap hari tu, masa awal-awal kami sampai di Airport Madinah, pengurusan Saudi ni adalah pengurusan terlembap di dunia! Memang betul pun..huuu...hari tu di Madinah pun sangkut di kaunter imegresen dalam 2 jam lebih...Allah..

Aku semakin stress akibat penantian yang tak ketahuan ini. Masalahnya dekat kaunter kosong dan takde org pun dok check in, tu yang aku rasa hangin tuuu haishhh...Erm tiba-tiba timbul satu idea lalu aku khabarkan kepada pakcik Mahram,

'hmmm..pakcik, saya rasa kena guna senjata wanita la pakcik'


'haishh..bahaya tu jarr'

'hahaha takpe tengok dulu pakcik'

Lalu aku terus bangun dan keluar dari barisan yang panjang itu ke hadapan sebelah kiri. Aku berdiri betul-betul di hadapan pegawai imegresen. Ada 2 pegawai imegresen di kaunter. Seorang buat keja, seorang lagi kawal lalu-lintas, aku rasa la. Setelah berdiri tercegat di situ, aku pun memandang tepat ke arah pakcik kawal lalu-lintas itu sambil dalam hati terus berdoa smoga Allah permudahkan segalanya, semoga Allah bagi kami cepat lepas. Lalu aku hadiahkan kepadanya senyuman termanis dan terindah sepanjang hidup aku. Hati terus bekerja keras berdoa. Dia berpaling! Kemudian dia mengambil cermin mata dan berpaling ke arahku semula. Yes berjaya! hahaha masa tu aku rasa nak buat joget sinchan je kalau mampuuu hahaha sebab berjaya tarik perhatian dia. Erm lama juga aku berdiri keras menjadi tugu di situ dengan senyuman sumbing macam hapa, ah lantakk laa..Sesekali aku menoleh melihat jam di tangan kiri. Ya Allah tolonglah kami semua! Pakcik Mahram dan mereka-mereka di belakang sudah ketawa terkekeh melihat gelagat gila aku akibat stress hahaha..dan akhirnya usaha aku tidak sia-sia bila pakcik imegresen tiba-tiba berkata kepadaku

'Passport!'

Aku tidak tunggu lama lalu terus meluru ke arahnya dan dia suruh masuk kaunter. Ya Allah alhamdulillah! Masa tu rasa nak lompat sebab gembira tapi tak boleh lagi nanti terkantoii la lakonan terhebat aku di abad ini. Erm emak dan tok ikut sekali ke kaunter sebab aku pegang 3 passport sekaligus termasuk passport mereka berdua. Di hadapan kaunter, aku terus menghadiahkan senyuman terindah walaupun aku rasa aku dah tak larat nak sengih macam kerang busuk dan memang aku tak pandai senyum pun hahaha. Pakcik Mahram, Khai, Yani, Sarah terkekeh ketawakan aku. Hahaha sebenarnya aku pun tak tahan nak tergelak gila! Fake gile segala senyuman ak td haha hadoiii...memang la lakonan terbaeek di abad ini. Boleh menang American Funniest Video mcm ni hehe...Malu juga dengan diri sendiri sebab buat aksi di tengah lambakan manusia haha..



Alhamdulillah kami bertiga berjaya lepas dengan selamat dan aku buat tangan tanda 'Yes!' kat bawah kaunter hehe..dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu betapa seluruh kerajaan hati sedang bersorak sorai, berdentam-dentum, siap ada bunga api, meriam kabad lagi bagi marayakan kemenangan misi tak boleh blah ini hahaha..dan selepas itu giliran Khai, Yani, Sarah hinggalah Pakcik Mahram bergerak lancar. Alhamdulillah kami semua berjaya lepas. Apapun semuanya berlaku dengan izin Tuhan. Terima kasih Tuhan!


Pakcik Imegresen yg mengawal lalu lintas! (J105i)

Seterusnya menuju pula ke kaunter security check. Huaaa...pak arab buat perangai lagi..Dia dok main-main dgn kawan dia dan dok cakap-cakap telefon..Huaa aku dah tak larat nak berlakon dah..Apesal laaa tak amanah dengan kerja nii??/ Tolonglah....aku sangatlah tak paham! Disebabkan kami akan terus menanti lagi, maka kami pun duduk bersila sekali lagi walaupun di dalam barisan sambil membuka juadah nasi yang dibekalkan oleh Adil, sebab nanti makanan ni tak boleh lepas juga di security check. Silap kami juga tak makan awal-awal. Silap percaturan. Makan kelam-kabut macam hapa, yelah takut kang tetibaa pak arab dah ready nak jalankan tugasan dia mau tak terketar-ketar kami dengan dok makan nasi ni. Buka satu dua sahaja nasi kemudian share ramai-ramai. Tengah-tengah dok makan tu, tetiba dia panggil. aku dah kata dahh.. pak arab ni memang dengki. huaaa...sayang nasi punya pasal aku belasah je habiskan nasi sambil berdiri pun, lauk sedap pulak tu haduiii..masak lemak ayam.. hmm bau lagi daun kunyit dia sampai sekarang haduii..Kalau tak, makcik-makcik pakistan kat belakang nak overtake ohooo sorry. No way man!

Alhamdulillah penantian kami berakhir juga bila semuanya selamat masuk ke tempat menunggu. Fuhh lega!


Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya tido je. Sedar-sedar troli makanan dah kat sebelah. Masa transit di Lahore pun aku belasah tido juga di bangku airport.


Lahore, Pakistan (J105i)

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA 20 Julai sekitar jam 7 malam. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari! Episod ujian sabar aku tidak terhenti sekadar itu. Setelah dipastikan semua orang telah mendapat beg masing-masing, hanya beg aku yang belum menampakkan diri. Allah.. Itu adalah bagasi aku dan emak. Kami berkongsi kerana kami hanya bawa 2 bagasi untuk 3 orang kami, aku, emak dan tok. Aku dan emak bergegas ke kaunter aduan bagasi di hujung kanan sebelum diberitahu rupanya kami perlu ke kaunter di hujng kiri pula. Kami bergegas ke sana pula kemudian diberitahu perlu berjumpa dengan pegawai MAS di tempat bagasi E. Tuhan, sabarkan aku!

'inchek, mana lagi beg-beg dari Lahore, Pakistan Airline?'

'Ini sahaja beg-beg yang terakhir yang ada'

Aku cari-cari, sememangnya sudah memang tidak kelihatan beg aku yang ada luggage strap yang berbelang kuning itu. Allah..Kami tunggu untuk beberapa ketika sebelum diarahkan ke kaunter di hujung kiri semula untuk terus membuat aduan. Aku dan emak terkejar-kejar semula ke sana. Sesungguhnya aku memang dihambat waktu kerana jam sudah hampir 8.30mlm, flight ke Penang pukul 9.15mlm! Aku sepatutnya sudah check in. Arghh...Aku selongkar beg galas cuba mencari simkad celcom yang diletak di dalam sebuah beg kecil bersama-sama dengan bateri kamera spare dan paling penting adalah 4gb memory card yang aku remove sebab sudah penuh dan telah diganti dengan satu lagi memory card!Ya Allah aku semakin stress. Pakngah sudah pesan supaya telefon dia sebaik tiba di KLIA kerana dia mahu adjust waktu untuk ambil kami di airport Penang nanti. Ya Allah tolonglah..Aku benar-benar rasa kesabaran aku di hujung tanduk. Sudahlah baru mengharungi penerbangan 12jam yang memasuki 3 dimensi waktu berbeza, Allah...rupanya sudah 24jam kami di jalanan! Ya Allah aku tersangat letih ini..letih fizikal, letih fikiran..tolonglah beri kekuatan..

Hmm setelah aduan dibuat, kami kembali ke tempat berhimpun smua ahli kumpulan.
Kami berpisah di situ dengan Pakcik Mahram akan pulang ke Kuantan, incheck Yunus err aku tak ingat dia balik mana, Khai ke Kelantan, Yani ke rumah pakciknya dan Sarah ke Terengganu.

Dan dengan sisa-sisa waktu yg ada aku bergegas semula ke tingkat 5 dari tingkat 3 KLIA menuju ke kaunter MAS untuk check in. Domestic flight kena buat self check in pakai komputer pulak...Allah..hmm selesai. Kemudian urusan air zamzam pula. Air zamzam perlu di hantar melalui kaunter security. Aku benar-benar kehabisan tenaga. Dengan beg galas yang entah berapa kilo di belakang ini serta beg sandang di sisi, aku gagahkan juga menolak troli yang ada beg dan air zamzam. Sewaktu di kaunter security, yang buat aku rasa bengang, abang dua orang tu dia boleh tengok saja aku yang perempuan ni termengah-mengah angkat 4 botol air zamzam yang setiap satunya berisi 10Liter ke atas mesin pengimbas tu. Abang ni takda perasaan kesian ka? Tak gentleman langsung!! Aku dah malas nak layan perasaan sendiri, jalan jelah, Yang penting sekarang aku nak masuk dalam perut kapal terbang dan sampai airport Penang. Itu je.

Alhamdulillah setelah masuk ke dalam, flight ke Penang postpone pukul 10.25mlm! Ya Allah bersyukurnya!!

Alhamdulillah setelah melalui segalanya, akhirnya kami semua selamat tiba di bumi permata, Pulau Pinang Darul Mutiara.

Sungguh, Tuhan benar-benar mahu menguji aku dengan aplikasi mantera Man Sabara Zhafira!


Aku sangat menyukai gambar ini!! ..walaupun hanya di snap menggunakan j105i..sebab G12 tak berani nak bawa masuk lagi masa ni...

Merindui Al-Haram!

Kenangan sepanjang di Haramain benar-benar menggamit memori. Hmm entahlah. aku rasa sepatutnya perenggan ini patutnya di atas di awal-awal lagi haha...biarlah..aku hanya ingin meluahkan sahaja apa jua yang aku ingin luahkan tentang memori di Haramain.

Jujurnya perasaanku sangat bercampur-baur. Ada suka, gembira, syukur,terharu, sedih serta bermacam lagi. Mungkin sebab itulah juga entry pada kali ini juga seperti tungang-langgang emosinya. Sepertinya aku sedang bermain dengan perasaan dalam entry ini. Maafkan aku kerana itu.

Em 10 tahun yang lalu, ayah yang bawa emak dan aku bertandang ke Haramain. 10 tahun yang lalu, ayah yang uruskan segala-galanya tentang perjalanan kami. 10 tahun yang lalu, ayah telah mengotakan janjinya untuk membawa kami ke sini. Tetapi sekarang, setelah genap 10 tahun itu, setelah berlalunya 10 tahun itu, Tuhan telah mentakdirkan aku untuk membawa emak dan tok ke Tanah Haram ini. Tuhan telah mentakdirkan aku untuk menguruskan segalanya, dari awal hingga ke akhir proses! Tuhan telah mentakdirkan aku untuk mengotakan janjiku pada diri untuk membawa emak dan tok mengunjungi Haramain pada suatu hari nanti, dan suatu hari nanti itu baru sahaja berlalu.

Emak adalah amanat ayah kepadaku. Emak sebenarnya adalah amanah Tuhan kepadaku! Aku terlalu banyak berhutang denganMu Tuhan..terutamanya kerana mengurniakan aku ibu dan ayah seperti mereka. Emak adalah segala-galanya bagiku dan aku juga adalah segala-galanya untuk emak. Aku adalah anak perempuan emak dan aku juga adalah merupakan anak lelaki emak. Maka untuk itu, aku sedar akan tanggungjawab aku. Tuhan, panjangkan umurku dalam mentaatiMu dan RasulMu. Tuhan, berikan aku ruang Tuhan untuk terus berbakti kepada emak! Aku sayangkan emak!


..dan aku sangat dan terlalu bersyukur dengan kunjungan ke Haramain kali ini. Kerana kunjungan kali ini telah menyemai benih cinta serta mengeratkan lagi ukhwah di antara aku, Khai, Yani dan Sarah. Kunjungan kali ini telah menemukan kami semua dengan Pakcik Mohd Anuar atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Mahram! hhehe..dialah mahram tumpang kami. Terima kasih banyak pokcik kerana sanggup sahaja melayan telatah dan kerenah anak sedaro pokcik hok pale otak sewel blake nih haha..Nice knowing u Pakcik Mahram! Juga kunjungan kali telah menemukan kami dengan Pakcik Yunus yang lebih dikenali dengan nama Pakcik Mutawiff! hehe..terima kasih banyak pakcik kerana bawa kami ke tempat shopping jubah murah-murah!! Boleh dapat jubah jeans sehelai tak sampai RM25, sape taknak....Arigatogozaimas pakcik! Terima kasih Tuhan sebab temukan kami dengan pakcik sehari sebelum berangkat pulang.Ada rezeki ketemu lagi inshaAllah.

..dan alhamdulillah beg bagasi aku juga sudah selamat tiba pada hari kedua keberadaan aku di bumi Mutiara. Teruss dari Lahore ke Penang! Alhamdulillah..haishhh rupanya hang pi makan angin kat Lahore naa?? Kesian kena tinggal..huuhuu maafin gue wahai beg!

Terima kasih Tuhan atas segalanya! Aku ingin menjejak Tanah Haramain lagi!~


Al-Haram, dari aras 3, Al-Safwa Tower (J105i)








Menara Jam


Dari jendela Hotel Mehad, Makkah


Sekitar Madinah


En-route to Makkah

..erkk..terserempak dengan makcik ini di Masjid Bir Ali. Stylo habis!


Bermain dengan merpati merupakan aktiviti kesukaan di pagi hari!








Akhirnya...!! kau pulang jua..



p/s: erm aku rasa ada something wrong somewhere with this entry sebab format dia macam lari. ah belasah laa..

13 comments:

  1. fuh karangan n entry paling pjg.. hhehehe..
    mmg Allah nak uji ang pasai sabaq.. kat sini senang ja nak hot kan tp kat sana Allah mmg nak uji tinggi mana kesabaran kita.. Allahu Akbar... the most precious experiance indeed.. moga Allah memeluk mimpi aku nak ke haramain nanti.. ameenn..

    ReplyDelete
  2. ameen Ya Rabb! hg mnta hantaran kwen pakej g umrah ye cik kem hehe..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah! Tabarokallah!
    Ssghnya kamu, Khai, Yani dan Sarah adlh insan2 terpilih utk menjadi tetamu-Nya dlm rehlah tarbawi kali ni..trm ksh adinda ats coretanmu, km bc entry mcm km pun p sn, hehe essay ni blh dpt A+ :)
    Ada rasa cemburu kpd kalian dan rindu menggunung kpd rumah Allah, doakan jg kakakmu ini, mg dikurnia rezki utk menjadi tetamu-Nya.
    Pasti hingga saat ini bayangan Haramain sentiasa dlm ingatan dan memori kamu kan? Lafazlah Alhamdulillah ats setiap kurnia-Nya kpd kita, adinda..
    Ramadhan kareem! =)

    ReplyDelete
  4. the best la kak! :))

    ReplyDelete
  5. Khaulah Azwar: mafimusykillah kakak! thanks to u too kerana sentiasa menyokong setiap mimpi-mimpiku

    Nadia: =) long time no see dear..

    ReplyDelete
  6. mlm ni aku pn nk brmmpi jgkla

    ReplyDelete
  7. hohoo.. jumpe jugak entri ni. kene tekan read more, x prasan plak


    gila happening entri akak nih..
    saya punye pengalaman x terkata sampai x publish pn bab pengalaman ni dlm blog..
    btw, mak pn kne diseluk beg gak kt masjid quba tu, n alhamdulillahh x hilang ape2..orang tu pn cuba2 seluk, tp bila mak prasan trus dia lari...


    smg dapat jejak haramain lg...

    kak, x leh tahan betul..mmg ayat novel n5m habis!

    ReplyDelete
  8. Anonymous: bermimpilah setinggi apapun! tak kena bayar pun =p

    Huda Idris: kehkehkeh..dalam hati ada taman huda! sebab tu entry pun bengong supo tuan dia haha..itu yg huda taktau tentang eden =p

    ReplyDelete
  9. Masha'Allah! Seronok baca cerita pengalaman mengerjakan Umrah :)

    May Allah accept the good deeds, ameen!

    ReplyDelete
  10. subhanallah..mg diberi kesempatan menjejak bumi berkah ini sebelum menutup mata..

    ReplyDelete
  11. mabruk ukhti, nice ;)

    hajar..xde pown pic kite dua kt airport ??
    hehe..

    ReplyDelete

"Today is all that you have. Organize the hours of this day so that you make years out of minutes and months out of seconds. Seek forgiveness from your Lord, remember HIM, prepare for the final parting from this world and live today happily and at peace."

'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni